kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits
|
Friday, October 31, 2003
Di waktu ini aku tak mengerti lansung erti susah payah, kekecewaan, bebanan dan semua yang sewaktu dengannya. Di zaman kanak-kanak aku penuh dengan keceriaan. Aku hanya tahu bermain dan makan aja apabila kelaparan. Best kan jadi kanak-kanak oatak pun tak payah memikirkan apa-apa bila mengantuk tidur aja, makan minum semua terjaga. Kawan-kawan pula tak kisah lelaki ke perempuan, janji dapat kawan. Semua orang suka dekat kanak-kanak.. emak n bapa-bapa sedara aru berebut nak mengasuh aku di waktu itu, coz aku putera yang sulung dalam keluarga sebelah emak dan abahku. Betapa cerianya aku di waktu tue..
Dah tiga hari berturut-turut aku dibangunkan untuk bersahur, cuma aku n Atan ajer ada kat rumah time tiap-tiap pagi, dia kat bilik dia n aku dekat bilik aku. Aku bertuah kerana ada kawan-kawan yang sanggup bersusah payah kerana aku. Anyway aku ucap banyak-banyak terima kasih kepada E. Macam pagi-pagi yang lepas aku bersahur dengan corn flake + susu n sekeping roti ajer, tue pun buat aku cukup kenyang. Hidup kita ini cuma jadi penumpang, penumpang di bumi tuhan. Aku pernah mengalami pelbagai dugaan dalam hidup ini, aku pernah betul-betul mengabadikan diri pada tuhan, tapi tak berkekalan kerana kesibukan hal-hal duniawi tetapi aku cuba untuk memulakan kembali tetapi hanya sekadar mampu sekadar amanah-amanah yang di wajibkan aje ke atas seluruh umat manusia yang berugama islam. Aku sedar kalau sekadar sembahyang 5 waktu ajer tak mengcukupi, apatah lagi dengan dosa-dosa yang tak disedari. Aku heran kenapa aku tak boleh bangun pagi-pagi dan beramal kenapa aku tertewas dengan nafsu tidur aku. Dulu aku boleh aja.. kenapa sekarang aku jadi makin malas. Aku cuba melawan namun aku masih tertewas. Aku cuba berubah untuk menjadi insan sebaik-baik insan di sisi tuhan namun hajat ku masih lagi tak kesampaian. Dah lama aku tinggal pengajian pada tiap-tiap hari sabtu, kenapa aku sentiasa cari alasan untuk tak pergi, dulu aku antara orang yang paling menonjol diri. Apa dah jadi.. bumi makin lama makin tua.. sama jugak dengan manusia, hayat aku bukan makin panjang entah bila nama aku akan dipanggil mengadap yang maha esa. Bila aku memikirkan bekalan aku di hari akhirat nanti aku menjadi cukup takut kerana segalanya akan di hisab di akhirat nanti. Adakah sekadar sembahyang aja cukup bagi aku untuk melepasinya , tidak rasanya.. tidak sama sekali lagipun kita tak tahu samada segala amalan kita di terima sepenuhnya oleh yang maha esa. Aku tahu melewatkan sembahyang tue tak baik tetapi kenapa aku buat juga, kenapa aku tak pergi aja bila dah cukup-cukup waktu. Rasanya sikap diri aku yang menjadi punca. Adakah aku dah cukup dengan bekalan agama rasanya tidak juga tue lah ada perpatah berkata belajar sampai ke lubang kubor. Kita belajar agama sampai bila-bila pun takan habis tetapi kenapa kebanyakan cuma tahu yang basic-basic aja.... Duri dalam daging.... Aku bangga dengan negara aku nie.. yang penuh dengan kedamain dan keharmonian. Masyarakat berbilang bangsa dan pelbagai agama yang boleh bercampur gaul tak kira bangsa dan agama. Tetapi aku terlikan dengan bangsaku dan saudara islam ku sendiri coz setiap hari ada saja benda yang tak patut terjadi telah terjadi. Minggu nie aku nengok kat berita tv ada lagi agama sesat di dalam masyrakat aku sendiri. Sukar aku nak percaya tetapi itulah hakikatnya.. kenapa tak bolehkah mereka itu ikut aja ajaran yang di bawa olah nabi kita , kenapa nak di ubah-ubah kenapa ada orang nak memesongkan agama dan bertambah pelik lagi ada juga pengikut yang setia. Kalau di fikirkan dengan akal logik adakah agama kita mengajar benda-benda macam tue.. kemanakah perginya pemikiran logik mereka. Kenapa mereka mudah di tipu oleh guru-guru agama yang palsu yang terang-terang menyeleweng dari jalan asal. Kemanakah perginya otak mereka dan di manakah terletaknya kewarasan pemikiran mereka. Aku malu dengan sikap saudara seagama ku yang menyeleweng hingga ke tahap tue.... dulu dah banyak di hapuskan golongan-golongan sebegitu namun si penyesat nie tetap juga hidup di dalam masyarakat negara ini, mereka-mereka ini umpama duri dalam daging. Aku benci... aku benci.. dengan umat manusia yang sebegini.... Purbe | 11:43 AM |
Wednesday, October 29, 2003
Aku terkecewa.... apa yang aku harapkan masih tak menjadi, aku tak di beri peluang atau kesempatan lansung. Apakan daya hari nie aku terkecewa.. , tetapi aku tak rasa apa-apa coz memang aku dah jangka cuma sedikit kecewa tue ajerr... life kembali normal, hidup mesti diteruskan, biarlah ianya jadi satu lagi kenangan or sejarah dalam hidupku. Hidup mesti happy dan tak berguna kalau asyik memikirkan kesedihan.. teringat pulak lagu nie.. Bersama Pertemuan Ini Berterbangan... Bagai debu tak berhaluan, Hidupku Berterbangan... Bagai burung kucari Tempat berlindung Di sini pertemuan Kiranya ditakdirkan Engkau dan diriku Kepahitan... Masa lalu sering memburu Hidupku Kegagalan... Masa silam asyik mengganggu Fikiran Kita insan yang malang Cuba hapus kenangan Ingin membina harapan Mungkin tak sepenuhnya Keyakinan terbela Beri pada kami kesempatan Membentuk kehidupan Semoga tak terulang Mengalaman yang meninggalkan kesan Seandainya... Kusematkan bunga layu Dihatimu Kan ku buka... Keseluruh pintu hatiku Untukmu Bersama pertemuan Tercipta keyakinan Meneroka hidup baru
Yesss.. yesss... hari nie aku sempat bersahur n aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sahabatku L yang mengejutkan aku pagi tadi.. aku berdoa agar tuhan berkati dirinya amiiinn.. walaupun dia masih lagi tak boleh nak memulakan ibadat puasa namun dia tetap mendapat pahala. Cayalah kat ko L besok kejutkan aku lagi.hehehe.. Aku datang opis dalam pukul 12 tengahari coz aku gii buat keje kat erea tanah besar, jumpa customer lebih kurang lepas tue habis lah kerja aku pagi nie. Orang kata sambil selam minum air, so.. aku pun ikutlah kebaikan perpatah tue, tapi aku tak menyelam n minum air coz kalau aku buat cam tue batal lah puasa aku hari nie hehehehee.. Aku cuma ambil kesempatan dari masa yang ada tue gii tempat pemaju perumahan tue ambil borang dari pemaju tue untuk masukkan elektrik dengan air kat rumah sahabat aku yang di amanahkan pada aku untuk menjaganya. Tunggu laa.. punya tunggu akhirnya aku dapat jugak borang kelulusan tue, surat yang di perlukan sudah ada, cuma tunggu saat-saatnya aja.. untuk uruskan yang selebihnya. Bila semunya dah ready nanti aku akan ada sebuah rumah extra. Selalunya kita dengar orang ada perempuan simpanan, tapi aku pulak ada rumah simpanan sekarang nie hehehe.. Teringat dulu-dulu masa aku kenal member-member adik aku yang juga memerengkap member aku lahh.. dia orang nie dah kahwin dah ada anak-anak rasanya, tetapi dia orang rumah simpanan utuk aktiviti n tujuan tertentu yang melanggar etika rumahtangga dia orang. Aku tak mau cerita lebih-lebih pasal tue coz bulan puasa nanti kurang pulak pahala puasa aku, nanti kalau aku tersalah cerita jadi fitnah pulah tidak pun nanti jatuh pulak dalam golongan yang suka mengumpat, tetapi hakikatnya.... tuhan aja yang tahu apa yang di lakukan oleh hamba-hambanya. sambung balik cerita asal, camnie... selepas aku selesaikan semua hal tentang rumah member aku tue, aku ternampak pulak vacancy dalam jadual court badminton dekat situ so.. tunggu apa lagi aku terus lerr booking tapi bukan nak main dalam bulan puasa nie.. bulan december baru aku start nak guna so prepare dari awal lebih baik dari terlepas kan. Perasaan nak bersukan ini tetiba aja datang dalam minda aku. Masa tue aku teringat bagus jugak kalau aku aktif balik dalam hal-hal yang menyihatkan badan nie.. coz makin lama makin lemah stamina tenaga dalaman nihhh.. aku nak nampak lebih fit lagi aku nak diri aku lebih cergas , aku tak kisah kalau aku sorang ajer yang bayar yang penting aku ada geng yang nak join bersukan dengan aku. Manalah ada orang main badminton sorang-sorang kan. Hanya tinggal kenangan.... Siapakah tuan punya gambar aku pun dah ingat-ingat lupa di zahirku. Itulah kenangan silam dalam hidup aku yang mana aku tersangat over confident dalam segala hal hinggakan aku tertewas dalam perjuangan masa depan aku. Aku tak merelakan dia pergi namun dia pergi jua, pergi meninggalkan dirku, walaupun aku menyesal namun tiada gunanya.. aku pernah jadi pengharap namun harapan ku hanya sia-sia... Tika ini aku rela dengan takdir dan aku percaya takdir penentu segalanya... Aku hambanya, hamba pada tuhan yang maha esa, aku hamba yang serba kekurangan dan aku bersyukur padanya, di atas apa jua.. dugaannya. Ya allah ya tuhanku aku memohon padamu agar berkatilah segala amalan-amalan ku...... Akulah Kekasih Mu Di pertemuan semusim yang lalu Harumnya suasana Kehadiranmu sewangi haruman Menyegarkan perasaan Tanpa ku menduga Bagaikan lautan menghempas Menghanyutkan daku Terlontar jauh dari sisimu Mengapa mesti terpisah Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan Biarkan wajah rinduku terdampar sepi Menunggu berakhirnya nafas... ini Sejenak itu aku menyedari Betapa sayangnya aku Andainya dikau menyesali diri Pulanglah kerna akulah kekasihmu Purbe | 1:23 PM |
Tuesday, October 28, 2003
Semalam aku berbuka puasa cuma dengan setengah biji epal n 2 keping roti ,minum soya bean ajerr. Lepas solat aku gii beli barang-barang untuk keperluan harian untuk kegunaan minggu nie, aku beli corn flake, susu, epal, buah tomato itu ajaa.. Dalam pukul 10 lebih aku makan pula sekeping roti, lepas tue aku tengaok citer Tai Chi Master kat tv3 so lepas tue tidurlah.. Aku dengan housemate aku yang sorang tue plan nak bangun sahur pukul 4.50 pagi so.. we'll pun set lah alarm dekat handphone masing-masing, mana tahu tetiba tersedar dari tidur dah pun pukul 6 pagi tadi so.. waktu bersahur dah terlepas so.. pagi-pagi tadi nengok ajerlah barang-barang yang aku beli tue. Lepas tue aku sambung tidur balik sampai pukul 8.30am , pukul 9.30am aku keluar rumah n gii buat keje yang outstanding semalam tue. Sekarang nie aku dah abis keje aku cuma tinggal paper work ajerr.. insyaallah sampai petang kot. Housemate aku si Atan tue ambil cuti hari nie coz nak gii uruskan rumah yang dia baru beli tue. Rasanya dia pun tak berbuka dekat rumah kot petang nanti coz gf dia pun cuti jugak hari nie.. anyway dia dah pun beli rumah, aku masih lagi menyewa. Bila time aku pulak untuk dapat rumah sendiri.. hmmm.. aku tengah pikir nak beli kat mana n aku nak menetap di mana.. keputusan untuk semua tue belum aku dapat lagi.. aku tak kisah nak tinggal dimana-mana pun coz dah agak lama jugak aku menetap di negeri orang. Tetapi aku nak juga buat rumah dekat kampung halaman aku walaupun aku tak tinggal di sana.. aku nak juga ada rumah dekat penang coz aku suka life dekat sini, aku nak juga ada rumah dekat area KL coz member-member n best friend aku ada dekat sana.... coz tue lah otak berpusing memikirkan yang mana terbaik untuk diri aku.. Kepala aku berserabut bila aja memikirkan pasal hal-hal rumah sendiri nie... "Pengalaman biarlah jadi pengajaran dan bukannya jadi bebanan" kata-kata dari hero filem tai chi master semalam "Merajuk biarlah pada yang pandai memujuk" kata-kata dari caller radio era pagi tadi Purbe | 11:35 AM |
Monday, October 27, 2003
Antara sedar tak sedar dah masuk half day aku berpuasa.. pagi tadi aku sampai kat rumah sewa aku tue pukul 8 lebih kurang, so.. aku lepak kat atas katil kejap n terus terlelap, tetiba aja aku tersedar n waktu tue dah pun pukul 9 lebih, lepas tue aku teringat pulak yang aku tertinggal baju n seluar yang dah di seterika kat dalam bilik aku kat hometown tue.. apa lagi terpaksalah aku buat keje tue sekali lagi.. bila dah siap semuanya aku gii lah mandi buat kali ke dua pagi nie.. Aku tak nak rush datang keje so aku relax-relax lahh.. appointment aku pagi nie jam 9.30 pun terbabas so aku call customer aku tue n bagilah alasan apa yang patut, akhirnya dia orang terima alasan aku tue n pospone gii besok pagi. Tadi masa aku drive fikiran aku asyik ingatkan bantal ajerr.. kekadang tue aku speed laju-laju coz nak cepat sampai, bila terasa mengantuk aku slowdown skit, member aku kat sebelah tue dah tak sedar diri dah n belayar dah.. entah-entah dah sampai shanghai kot, aku rasa lahhh.. dia belayar dengan kapal arang kot coz keluar bunyi macam-macam dari dia, heee..heeee... opppsss.. aku posa hari nie lupa plakk.. ohhhh... pahala posa aku dah kurang dah.. sorry my friend aku tak sengaja nak kata kat ko. Takper.. dia tak marah kot coz dia tak tau, alahhh nyindir sikit-sikit nie.. hehehee.. raya nanti aku minta maaf lerrr so.. abis lah dosa aku dengan dia tuuhh..
Assalamualaikum, Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.... Tingkatkan ibadat di bulan ini, Berjihadlah saudaraku seolah mati pada hari esoknya. Bermulanya bulan yang penuh dengan segala keberkatan dan bermulalah juga kita berpuasa , menunaikan ibadat yang di wajibkan ke atas setiap umat islam di muka bumi ini. Aku still kat kampung halaman aku lagi coz nak bersahur bersama-sama dengan family aku pada first day kita memulakan puasa. Pagi nie emak aku masak nasi n ada dua tiga jenis lauk pauk so aku merasa sikit aje coz kalau tak makan sedikit masakan dia nanti kecik pulak hati emak aku n selebihnya aku makan corn flake dengan susu ajer coz itu lah makanan aku pada waktu sahur pada tahun sebelum-sebelum nie. Selalunya bersahur aku prefer makan roti ajer coz aku tak berselera nak makan nasi. Lepasa ajer bersahur aku tak nak tidur dahh coz aku nak terus balik ke penang lepas subuh nanti lagi pun selepas makan tak bagus kalau baring-baring or tidur. Aku cuba melawan nafsu mengantuk aku so ubat yang terbaik ini lah melepak depan computer sementara menunggu azan subuh. Aku call member aku bagi tau yang aku nak jemput dia lepas solat subuh nanti. Purbe | 5:33 AM |
Sunday, October 26, 2003
Hari niee.. dah masuk hari ketiga dalam cuti aku nie.. Pada hari jumaat bersamaan raya Depaavali , buat kali keenam aku tak merayakan Deepavali coz aku dah kekurangan sesangat member india nie, dulu banyak jugak tetapi lepas aku keje kat pulau nihh.. member-member aku pun menghilang diri jugak , Cuma tinggal sorang ajer member India. Sekarang nie aku bercuti kat kampung , memang best coz member aku ramai dan bercuti hari nie.. hari raya katakan, semalam iaitu hari jumaat aku dapat banyak jugat jemputan kenduri sempena nak menyambut bulan yang penuh dengan segala keistimewaan dan keberkatan iaitu bulam Ramadan. Mula-mula sekali dalam pukul 11 pagi tue aku gii rumah housemate aku yang kebetulan satu kampung gakk ngan aku ,so lepas tok imam buat apa yang patut lerpas tue berdoa n lepas tue angkat hidangan lerr.. ada nasi minyak n nasi air so aku pilih nasi minyak hmmm… bau dia sungguh sedap n warna nasi tue pun menawan nafsu makan aku, lauk pulak ada ayam masak pedas, ikan masak kicap, kari daging bersama rebung buluh n ikan temenung (kembong) goreng. Makanan dia pun sedap-sedap jugak, so aku pun belasah lahh.. coz lapaq lahhh… tak sempat nak breakfast pagi tadi , kalau ikutkan nafsu aku nak ajerr aku abis kan semua nasi dalam pinggan tambah tue, nasi dia sedappp.. Memandangkan perut aku bukannya telaga buruk so tak boleh lah nak isi banyak-banyak lagi pun lepas solat jumaat nanti ada banyak lagi kenduri. Lepas makan semua orang nampak happy jerr coz dapat makan free n sedap plak tue. Sesudah selesai semuanya ada yang sesetengahnya terus balik n sesetengah lagi still lepak kat situ sambil borak-borak n pekena rokok daun. Freee… hehehehe... semua tue orang tua-tua lerr.. yang muda dah lama hilang lepas makan tadi tue... Aku still kat situ lagi coz nolong member aku clear sisa-sisa makanan yang di tinggalkan. Lepas solat jumaat aku terus balik rumah, menolong pakcik aku pack barang-barang dia n aku dah tak larat dah nak giii kenduri lagi coz perut aku nie.. dah overload.. so aku suruh adik aku ajerr giii..semua-semua kenduri tue. Apakah salahku.... apakah dosa ku.... Petang jumaat nie aku dah janji dengan sedara islamku untuk menolong dia wiring electric kat ghumah dia, so aku pun ajak member aku yang pakar dalam bidang tue n aku, aku... cuma reti nengok ajer.. heehehehe…. So dalam pukul 5 lebih aku jumpa member aku nie, aku suruh dia nengok2 lampu kat rumah aku dulu coz ada yang dah tak berfungsi so lepas soft ajer kat rumah aku tue we’ll pun bertolak lahh ke destinasi we’ll nak gii ke Semeling, tak jauh dari S.P tue. Perpatah pernah berkata malang tue tak berbau , tapi malang aku nie berbau. Ceritanya macam nie aku drive member aku sorang tue jadi penumpang coz takder kete yang dua orang boleh drive serentak heheheee... drive la punya drive so sampai ajer dekat dengan plaza toll nak masuk highway aku berbau semacam ajer dari kete aku tue, bila aku nengok jarum meter temputure keta aku tue ada kat tahap maximum so.. tanpa berlengah aku terus turn kat kawasan paking kete belakang office plaza toll tue.. Aku berhentikan engine kereta aku cepat-cepat coz aku takut berasap pulakk.. Aku terus buka bonet depan kete aku tue n tak tahu nak buat apa so aku lepak ajer kat situ.. , anyway ada dua lelaki cina kat situ yang sangat baik hati, dia bagi tau cara-cara nak soft masaalah kete aku tue. n dia juga bagi tower kat aku untuk cuci tangan n buka penutup radiator kereta aku tue. Bila aku dah buka rupanya air dah kering coz tue lerr berbau. Perhatian... aku bukan tak ambil peduli pasal kereta aku tetapi aku dah pun tambah air bagi penuh kat tank radiotor kete aku tue.So sambung balik citer tadi, si uncle cina yang baik hati tue.. suruh aku relax n tunggu bagi engine kete betul-betul sejuk baru masukan air. Aku pun melepak lah kat situ dengan member aku nihhh.. Dalam masa yang sama member aku dari langkawi call suruh jemput dia kat kuala kedah, so lepas aku melepak hampir 2 jam kat situ n bila engine dah agak sejuk aku masukan air dalam radiator kereta, aku hidupkan engine kete so lepas beberapa minit kete macam kembali normal, dah takder bau-bau yang tak menyenangkan lagiii.. aku pun boleh senyum sikit. Member aku call lagi n dia kata dia dah sampai kat jetty so aku pun gii ambil dia, Dalam masa yang sama dia nolong aku cari member-member pomen dia untuk repair kete aku tue , tapi malangnya takder sapa-sapa pun yang buka workshop pada hari depaavali nie.. Member aku nie nak balik penang coz nak celebrate birthday anak dia.. kesian pulak kerana aku, dah takder bas dah untuk ke penang .Setelah aku fakir masak-masak n semasak-masaknya aku bagi dia bawa balik kete aku kat penang n minta dia tolong repair sekali kete aku tue. Oleh kerana dia nak balik penang so aku suruh dia drop aku ngan kawan aku tue kat semeling coz aku nak juga tepati janji aku menolong sedara seislam aku wiring rumah dia. Prinsip aku biar aku susah asalkan orang lain happy. Aku sampai di semeling dalam pukul 9.30 n aku siapkan keje tue dengan member aku hampir-hampir pukul 2 pagi. Aku tahu member aku dah letih coz dari petang tadi lagii.. menunggu n tak makan apa-apa. Aku call adik aku suruh dia datang ambil aku. Itulah yamh dikatakan ma;ang berbau. Purbe | 10:11 PM |
Wednesday, October 22, 2003
Semalam aku gii traiining tentang Firewall best jugak, coz dah lama dah aku tak belajar nihh.. rasanya semuanya dah masuk kepala otak aku nie, tutor tue pun best jugak tetapi aku heran naper dia asyik panggil nama aku ajer kat class tue macam takder orang lain dah. Anyway ada sorang amoi keje kat situ cun gilerr dia tau nama aku tapi aku tak tau pun nama dia. Heee.. heee.. kalau dia nak kat aku, aku 3 kali lagi nak kat dia hahahaha... Aku rasa aku nak sambung belajar balik lah.. aku rasa otak aku nie still boleh belajar lagi. Tetapi balik dari trainning tue aku pening kepala teramat sangat, sampai macam nak ketuk-ketuk aja kepala aku nie kat dinding rumah. Aku ambil sebiji panadol tetapi takda perubahan jugak abis tue aku ambil sebiji lagi barulah terasa kurang sikit. Badan aku rasa sejuk semacam ajerr.. macam nak demam habis seluruh badan aku rasa lesu. Purbe | 12:55 PM |
Monday, October 20, 2003
Dahhh.. masuk minggu ketiga dalam bulan october kan.. cepatnya aku rasa macam baru semalam jerr minggu kedua tue.. terasa cepat sangat hari isnin muncul kembali. Hari nie hujan turun tak henti-henti dari pagi tadi lagi, masa aku nak datang keje pagi tadi ada kemalangan kat atas bridge melibatkan 4 buah kereta, bridge selalu accident bila hujan camnie, abis tue orang yang dok negok accident tue buatkan bridge jadi makin sesak. Accident yang tak di minta tapi mamat-mamat yang tunggu kat atas bridge tue happy lahh coz accident melibatkan banyak buah kereta nie so bolehlah dia orang dapat income lebih, dia orang hanya perlu menunggu dalam hujan coz time tue lah selalunya kejadian sebegini. Dia orang cuma perlu guna walkie talkie laporkan ajer nanti datang lahh tow truck tue. Nampak macam senangkan keje dia orang nie.. hanya lepak jerr dah masuk income,tetapi nak kita nak buat camna kan coz mereka memang mencari rezeki macam tue. Rezeki mereka diatas kecuaian dan kealpaan pemandu-pemandu nihh. Masa kat tengah bridge tue aku dah tak nampak dah island coz hujan tersangat lebat, dan di waktu tue jugalah aku nengok ada orang menolak motosikal,di dalam kelebatan hujan tue. Kesian aku nengok coz aku pun pernah ada dan menunggang motosikal dia suatu masa dulu. apakan daya aku perlu ketempat kerja n tak ada apa-apa yang dapat aku bantu mereka. Hari nie aku tak banyak sangat kerja cuma computer aku nie ajer meragam window 2k aku dah tak nak kawan dengan aku lagi. So.. format n reinstall windows XP pulak, buat masa nie XP masih lagi berkawan baik dengan aku dan takda tanda-tanda dia ambil hati dekat aku lansung coz aku load macam-macam kat atas dia. Aku suka kat dia dia memang ngam dengan aku.. heee.. hee.. Hari-hari Cuti Aku.... Semalam hari Ahad kalau dalam bahasa arab maknanya satu. So.. aku nak cerita dulu hari sebelum hari ahad tue yang yang di beri nama hari Sabtu. Hari sabtu adalah hari yang boring dalan kalendar aku coz aku dalam minggu nie pagi-pagi aku gii kerje yang terpaksa coz contractor aku nie manja sikit, anyway pagi tue aku cuma keje 2 jam ajer, lepas abis tue aku terus balik rumah ingat nak melepak dengan housemate aku lah secara tidak di duga rupa-rupanya takda sapa-sapa lkat rumah aku dah coz sorang balik kampung n sorang lagi keluar dengan makwe dia. Aku jadi lonely man arii tue.. aku teramat bosan sangat duduk kat rumah sorang-sorang cuma ada tv ajer.. aku dah tak tahu nak buat apa dahhh.. aku terpaksa melepak kat rumah sampai lah ke malam n di masa nie lah aku terfikir betapa baiknya kalau aku berkawin tak yahh lahh kepak sorang-sorang kat rumah n melayan cerita-cerita yang membosankan kat tv tue. So dalam minggu nie aku namakan sabtu tue the most bosssannnn day. Satu ahad Pagi-pagi lagi aku bangun tido, layan citer cartoon sampai pukul 11am abis tue aku basuh keta aku yang dah lama tak basuh coz musim hujan. Hujan yang bersalah bukannya aku tak nak basuh, bayangkan bulan lepas masa aku basuh tak sempat 24 jam abis kete tue jadi kotor balik semuanya salah hujan. Aku bukannya budak pemalas tapii.. hujan tue yang buatkan aku jadi tak nak basuh. At last aku jugak tak bersalah coz hujan. heee... heee... Anyaway aku aku basuh jugak kete nihh coz nak gii kenduri kat rumah mentua member aku sempena kelahiran anak sulung dia. Aku gii dengan member aku Atan kat n aku jumpa Atan, anak dia yang baru lahir tue n wife dia. Aku ada 2 orang member nama Atan, so.. aku juga jumpa member-member yang lain semasa kat tempat kenduri tue sekitar kawasan Merbok agaknya, hmmmm.... yeerr lah area tue lah coz aku tahu jalan nakk gii situ ajer nama tempat tue aku tak sure pulak. Lepas makan-makan n bersalaman aku pun keluar dari majlis tue n gii nengok Sprint Test dekat Gurun, fuuuhhhh... cuaca panas terik n penonton tersangatlah ramai.. aku melapak kat situ dalam sejam abiss tue aku pun balik rumah. Hari nie cuma drag race ajer untuk motor, aku sempat nengok sikit-sikit ajer coz takder ruang untuk aku menyelit kat depan-depan tue. Kerana cuaca jugaklah aku balik. Sampai ajer kat S.J aku cuma sempat rest dalam 10 minit ajer coz member aku ajak gii memancing pulak dekat dengan tempat jogging berdekatan dengan area rumah aku tue. Umpan cengkerik coz tue lerr aku gii memancing nie kalau cacing tue sorry lah sikit coz buat aku geli geleman bila pegang cacing tue. Nasib aku ngan kawan aku tue Atan tak baik baru ajer 10 or 15 minit kat situ hujan turun dengan lebatnya tapi aku nekad tak nak balik jugak so memancinglah kami berdua di dalam hujan lebat tue. Habis semuanya basah tak ada seurat benang pun kat badan aku nie tak basah.. orang yang ramai-ramai memancing tadi tue dah pack barang untuk balik coz of hujan nie.. Aku tunggu laa punya tunggu sampai maghrib sekor ikan pun tak dapat member aku Atan tue bernasib baik jugaklah coz dapat jugak ikan walaupun ikan Blues. Nyamuk pun makin banyak so kita orang pun mengalah lahhh... Boleh dikatakan semua yang memancing kat situ dapat ikan keli besar-besar jugak, ada yang datang dari pukul 10 pagi untuk memancing n hasilnya amat berpuas hati. Segala bangsa ada kat situ memancing ikan keli, entah dari mana datangnya ikan keli yang banyak-banyak tue aku pun tak tahu lah... Purbe | 10:21 PM |
Friday, October 17, 2003
Pagi nie hujan turun dengan begitu lebat sekali, masa tue aku masih kat atas katil lagi.. tengah fikir samada nak bangun ker tidak, last-last aku kecundang jugak dengan kesejukan pagi tadi. Mengikut kata orang tua-tua kalau hujang malam jumaat tue maknanya dalam hujan akan turun sepanjang minggu tue.. abis tue orang tua-tua jugak kata air hujan malam jumaat bagus kalau simpan bagus, boleh pii minta ubat (kat bomohlah), entahlah.. aku pun tak tau betul ke tidak kata orang tua-tua nie.. yang aku tahu negeri yang aku tinggal nie dah banyak pencemaran udara so.. kalau malam jumaat ka malam apa-apa kaaa... rasanya.. air hujan tue dah tak elok dah kot coz banyak kilang-kilang dekat sini yang buat pencemaran udara. Aku rasa lahhh... kalau aku tinggal lama-lama kat sini sure lahh.. hayat aku tak panjang kot coz tiap-tiap hari sedut udara yang tercemar. Tambah-tambah lagi waktu air laut surut tue , kan terdapat satu bau yang memang tak menyenangkan kalau korang guna bridge untuk ke tanah besar. Bau dia perit semacam jerrrr... eeeee.... eee... Tapi kalau takda kilang banyak-banyak kat sini susah jugak coz ramai orang yang takda keje.. so sama lah dengan aku, walaupun aku tak keje kilang namun company aku nie bergantung hidup dengan kilang-kilang tue laaaa.... Cerita pasal kilang, aku lupa plak yang aku ada appoitment dengan kilang satu tue kat tanah seberang.. ok lahhh.. batter aku cabut julu sebelum jalan jadi sesak. Purbe | 4:48 PM |
Thursday, October 16, 2003
Semalam dah lahhh.. blogspot problem hari nie (petang tadi) line pulak down kat aku punya opiss nihhh... arrrghhh... naper camnie apa salah aku hari nie... nape buat perangai kat aku hari nie... bosssann lah cam nie.. dari satu ke satu problem besok entah apa pulak.. Tadi aku call tanya pasal apa line down kat person yang incharge hosting line kat opis aku nie, depa kata dia orang punya international firewall problem so tak lehh keluar dari malaysia nie, so aku kena pusing-pusing dalam malaysia nie ajer lahhh.. Hari dah lah kena hack takan hari nie kena hack jugak kot... anyway dalam peatng skit tue dah ok dahh... aku pun ada lah keje balik... so aku pun buatlah apa yang patut. Aku dah tak bengang lagii dahh kat internet line aku dia coz dia dah buat baik ngan aku dahh.. hee.. hee.. Pulau Kapas Tengahari tadi masa aku nak datang opis niee aku naik ferry, nama ferry tue jaa... pulau kapas, setahu aku, aku bukannya pernah pii lagi pulau kapas kalau naik ferry tue kerap lerrr... seingat aku dalam banyak-banyak kali aku naik ferry dengan transport nie ini lah kali kedua aku dapat parking dekat depan sekali.. best jugak duduk depan nihhh... boleh nampak permandangan yg luas.. , udara yang nyaman ehhhh.... nyaman lagi kaaa.... udara kat sini, hmmm.. boleh kot nak dikatakan nyaman tapi dengan pencemaran lerrr..... hee.. hee.. Hari nie cuaca kat pulau nie cerah ajaaa sampai ke petang, sure lah kan kalau cerah tue kak da hujan lahh kann.. kann.. langit nampak clear aja n tak nampak pokok-pokok apa-apa pun kat atas tue.. tapi panas ari nie terik sangat lahh.. kalau kat luar tue sure cepat berpeluh punya.. tapi laaa nie dah gelap dah lah coz dah malam.. ahaaaa.... bila dah gelap nie aku pun nak balik dah lah. Bueno ¡adiós! hasta que nos encontremos otra vez ini bahasa spain bawa paham2 lahh invitado semua.
Dah pun hari khamis, cepat kan hari-hari berlalu, hari nie aku gii.. opis agak lewat jugak lah coz first gii jumpa customer , second buat hal-hal yang tak boleh just duduk kat opis buat keje tue, pada awal pagi tadi aku plan nak pii jogging tak menjadi jugak, coz lepas solat subuh terdengar bantal tue dok panggil aku teman dia balik.. apa lagi aku bukan boleh dengar orang dok merayu nihhh.. aku pun pii teman dial ah sampai pukul ……, naper yerr asyik kalah dengan katil & bantal tue jerr pagi-pagi nie. Lepas bangun 2nd round tue.. aku pun get ready lah coz aku nak kena attend appointment pagi nie, sambil tunggu right time nak keluar rumah tue so aku layan dulu citer cartoon monyet dengan stick sakti dia tue sampai abis. Halaman Rumah Aku nengok halaman kat depan rumah aku nie.. ada 2 biji tayar 2nd hand yang aku jual kat member aku tue, entah bila dia nak datang ambil aku pun tak tau lahh… makin menyemak rasanya kat depan tue.. Abiss tue.. aku nengok pokok-pokok bunga tue.. yang satu tue ada bunga tapi macam berbunga secara terpaksa pulak, daun-daun pucuk dia dah layu n ada yang dah kekeringan n keguguran.. entah lahhhh…. pasai apa aku tak tau pulak., pasal apa yerrkkk… maybe aku letak baja untuk berbunga tue kot yang yang buat pokok tue jadi macam tue.. Baja tue asalnya warna merah muda tapi simpan lah punya simpan sampai lah warna baja tue bertukar ke warna ala-ala keputihan pulak. Heee.. heeee… dah lama dah.. aku simpan baja tue rasanya dah dekat 2 tahun dah kot… maybe dah expired dah kot.. aku sendiri pun tak pasti. Anyway pokok-pokok yang lain ok jerrr… tapi satu pokok tue (housemate aku punya) dah tak bermaya dahhh… dulu awal-awal tue dia memang rajin menyiram pokok-pokok nie. Purbe | 2:39 PM |
Wednesday, October 15, 2003
Apa lahhh.. hari nie petang-petang macam nie bolgger tak bagi posting pulak buak tue aja nak browse pun tak boleh jugak... merajuk laa.. tuee.. apa raaaahhh... dah lah cari idea nak tambah2 camna tetiba jaaa.. dia buat perangai pulak. Anyway bila aja hari baru maka tajuk pun baru, teringat pulak macam cerita Doremon, bila aja dia nak start citer tue sure Doremon sebut tajuk tue dulu, so.. blog aku nie pun sama jugak macam citer doremon tue cuma tak da benda-benda yang ajaib macam citer tue lah, tetapi ada cerita yang kelakar buat aku semalam tue bila aku lepak sorang-sorang kat opis nie, tetiba aja aku terdengar macam ada orang ketuk pintu cermin yang kat depan tue.. bila aku pii tengok takda orang pulak, lagipun floor nie sunyi sepi jaaa... tue yang buat aku muskil nie... tanpa banyak soal aku pun off monitor, kuncikan office nie n terus ke liff nak balik lah.. masa kat liff tue aku berdiri betul-betul depan pintu liff tue, aku ingat kalau liff tue sampai aku nak melangkah masuk ajalah, so bila liff tue sampai kat floor aku nie seperti biasa lah pintu liff terbuka kan so.. tetiba aja pak gat kat dalam liff tue tersentak tergejut agaknya... dia ingat benda lain kot coz tue la aku napak dia sereyat darah (sereyat tue lebih kurang dengan tergejut sesangat) ajaaa.... so.. aku masuk dalam liff tue dengan senyuman laaaa.. nak tergelak dekat dia pun ada jugak tapi control... Pagi tadi ada bebudak dewasa kutip derma untuk apa tahh.. kat depan pintu kat bawah tue.. aku nengok dia dok pegang macam clip baju yang kecik tue lambang bedera Malaysia dengan entah.. tak perasan pulak aku apa benda satu lagi. Masa aku bz tue masa tue lah depa nak minta derma, tak mahal cuma rm5 jerrr... tapi bila petang masa aku nak bagi derma tue.. dah hilang dah pengutip derma tue.. so takda rezeki depalah... n aku pun tak lehh nak dapat pahala skit. Hari nie cuaca elok aja, tak hujan n panas pun tak lahhh terik sangat, best aja cuaca hari nie. Purbe | 7:11 PM |
Tuesday, October 14, 2003
Apa yang di bagi tau kat seminar tue pasal product baru, yang mana product baru nie dah tak boleh campur lagii dah dengan product lama macam yang lepas-lepas nie. So.. maknanya semua software yang nak guna kat platform baru tue kena lah run dengan same badge dengan dia kalau tak tak dapat lahh.. perfomence yang perfect seperti yang dia tunjuk tue. Semau software dalam computer kena upgrade lahh.. ke version yang paling latest pada masa nie.. semuanya duit lagiii... sekejap-sekejap keluar benda baru, yang lama tue guna tak cekap lagi dah dia nak suruh pakai yang baru pulak, making money betoii lahh depa nie... coz tue lah home user dok pakai benda-benda pirated nieee... Pagi nie.. sinar mentari tak begitu ceria coz pokok-pokok yang ada kat awan tue kelihatan walaupun samar-samar, macam kelmarin jugak lah time lunch time tue hujan pun turun.. tapi tak lama, kat opiss keja tak banyak coz semua appointment untuk hari nie semuanya bawa pii besok, balik ke office lepas lunch tue lepak kat office sampailah ke waktu nie... fuuuhhh... dinner pun blom lagi.. rasanya tunggu besok pagi ajer lah baru nak jumpa makanan. Pagi tadi member2 yang datang kat rumah dah pun bertolak balik so kat rumah hari nie sunyilah sikit. Haaahh... pagi tadi tengok pokok bunga kat depan rumah tue.. dah berbunga balik tapi cuma kecik2 bunga dia n tak banyak macam dulu2 tue.. rasanya dia merajuk kot or nak protes kat tuan dia kot.. haaa.. haa... Terasa macam nak makan sup dekat penang road tue tapi.. segan pulak coz sorang2 aja.. macam2 tengah pikiaq laa nie. anyway... sambung esok lahhh.. coz terasa macam org dok ketuk jaaa.. pintu depan tue... tatapi siapa yerr.. takan pak gat pulak.. alahhh.. aku balik aja lah.. Purbe | 11:42 PM |
Monday, October 13, 2003
Hari nie.. cuaca mendung dari pagi lagi... masa lunch time pulak hujan turun dengan lebatnya tapi sekjap aja.. sampai waktu nie pun aku masih lagi melepak kat office.. update apa yang patut.. pc nie pun kekadang teralu slow movement dia.. kekadang hang terus.. dah banyak hari dah aku tak jengok kat HOL, dan dah beberapa hari jugak tak borak dengan bebudak tue.. coz bz dengan benda lain. Hari nie kat office.. relax aja tak lah banyak sangat keje.. masing2 buat hal masing2 , appointment hari rabu nie cansel pulak coz telekom tak boleh provide apa yg di perlukan lagi, so.. mungkin satu hari lagi yang free.. takda keja apa-apa.. Hari berganti hari berlalu dengan begitu cepat sekali tubb.. tubbb... dah hari isnin. laaa.. nie terasa seminggu tue bergerak dengan cepat sekali.. dalam masa yang sama jugak umur makin meningkat.. bila di fikirkan secara mendalam terasa takut pulak coz usia makin meningkat tapi.. bekalan untuk akhirat.. tak sebanyak mana, kalau sembahyang 5 waktu, zakat, sedekah adakah semua tue cukup untuk bekalan nanti.. abiss tue.. samada tuhan terima segala amalan kita.. itu pun tak boleh pasti jugak tapi.. harap2 tuhan terima segala amal ibadat aku.. kalau tak lagi berat yang nak di tanggung di akhirat nanti. Dosa2 lain tak tau lagi, dosa2 yang kecik2 yang mana kita tak endah sangat dengan hal-hal kecik nie.. entah dah banyak mana dah pun tak tau lahh.. Dulu rajin jugak, boleh dikatakan setiap minggu aku piii kelas2 islamiah.. tapi dalam dua tiga bulan nie dah.. jadi segan, malas pasaii apa pun tak tau.. apa nak jadi.. apa nak jadi... apa nak jadi dengan hidup aku terumbang ambing ini... bilakah semangat untuk berilmuan tue nak datang balik... hmmmm..... hmmmmm..... rumah kata pergi kubur kata mari lagi takut aku bila memikirkan benda tue.... Rasanya hari penetuan bagi segala umat manusia bakal menjelang tiba.. dalam masa yang sama jugak saintis pon dok meramalkan satu komet akan merempuh bumi dalam tahun 2014, tetiba pulak keluar pulak berita yang lava panas di perut bumi Amerika dok tunggu masa aja nak meluahkannya... Bila memikirkan semua benda2 tue perasaan aku jadi makin kecut pulak.. fuuuhhh... sempat kaaa.. aku bertaubat sempat kaaa... aku mengumpul segala amalan.. arghhhhh.... aku masih lalai lagiii... kenapa aku masih syookk.. dengan duniawi.. kenapa aku tak boleh bahagi masaku.. agar kedua-duanya balance penat... penat... dok pikiaq semua tue. Lebih baik aku balik rumah mandi n solat isyak... kenapa tetiba aja aku memikirkan penyesalan pada waktu nie... adakah kerana aku belum mandi lagi sampai waktu malam begini.... adakah keranai.. aku sunyi kat opiss niee sorang sorang diri.. anyway aku kena balik rumah nie...
Kemarin rasanya macam minggu sukan lah.. coz banyak game best-best ada kat TV so awal pagi tue lepaking kat dalam rumah ajerrr lahh nengok tv jaa reja den.. so.. sukan-sukan nie lah yang den nengok kemarin. F1 Michael Schumacher made history here on Sunday when he became the first man to win six Formula One world titles but he admitted it had been one of his toughest ever races. The Ferrari star finished down in eighth place but it was enough to guarantee him the title, his fourth in a row as he ended the season just two points ahead of McLaren's Kimi Raikkonen who was second on Sunday behind winner Rubens Barrichello in the second Ferrari. MotoGP Abiss tue dalam MotoGP : Velentino Rossi (Repsol Honda Team RC211V-Michelin) scored his seventh victory of the year at Sepang today to secure his third- successive premier-class World Championship. What a great young rider.. Bolasepak Pusingan Akhir Piala Asia Satu lagi game yang menarik.. Bolasepak Malaysia vs Bahrin semalam den nengok pada separuh masa pertama tue... sungguh kecewa sekali... tak usahlah nak cerita pi mai pi mai pasukan negara sendiri jugak.. nasib baik laaa... bila habis perlawanan boleh jugak seri 2-2 , semuanya young player.. kecewa.. kecewa... mulanya nak rasa bagga dengan depa macaman pulak tetiba aja hilang perasaan tue bila nengok depa main semalam... heee.. hee.. terasa macam pengulas sukan pulak kan.. eehh.. tadi dok cari tak jumpa-jumpa jugak pic pasukan malaysia untuk Asia Cup.. cehhh kenapa yerrr.. rasanya negara kita dah dalam dunia cyber dah tapi takda sesiapa yang nak ambil peduli pasal update team-team sukan yang ada kat Malaysia nie... maybe pihak tertentu terasa rugi space kot walaupun letak sekeping dua jpg files kat mana-mana laman web.. ehhh... membebel pulak den nihh.. Purbe | 6:15 PM |
Saturday, October 11, 2003
Hari nie.. bangun pagi seperti biasa tapi lewat sikit.. lepak sambil tengok citer kartun n breakfast... bila aja keluar rumah terpandang pulak pokok bunga yang den beli setahun dulu agaknya... kesian tengok pokok bunga tue.. dulu masa mula2 beli tue bukan main jaga lagii.. siap belui gunting pokok n baja sekali.. heee.. heee.. masa tue semangat betu.. berkobar-kobar nak hiar halaman rumah dengan pokok-pokok. Pagi tadi.. bila pandang pokok tue terasa kesian pulak dekat dia.. dah lah tak terjaga.. bila masanya berbunga den pun tak sedar.... Pokok kaktus - seperti biasalah tue biarkan aja.. makin sihat dan bertambah gemok lagii.. Pokok sundal malam - ehhh.. nie nama dia jerr... tapi nama saintifik dia den tak tau plakk.. pokok nie best bila berbunga, bunga dia harum diwaktu malam... wanginya.. coz tue laa den beli.. dulu , bila nengok pokok nie pagi tadi terasa kesian pulak coz dah lama tak membaja n menyiram dia anyway pokok nie still idup lagii.. Pokok tak tahu nama.. pakai beli jaa pokok nie.. masa tue suka2 kot nak bagi ramai ramai pokok kat rumah.. pokok nie tak pedulikan dia pun sihat.. malah makin tinggi lagi n pagi tadi nampak bunga warna kuning lagi.. Hari niii walaupun cuti datang jugak kat opis.. semalam last day hayat roadtax kete... so datang kat opis nie.. hee.. heee.. dengan roadtax yang expired laaa... nasib baik tak jumpa polis kalau tak... tak tau nak cakap apa lahh.. so agaknya polis tue akan kena kelentong habis-habisan kot... or den sign jaaa.. kat kat coretan tue.... eehhh.. semalam baca journal max bagi abis setahun.. sampai awal pagi jugak nak abis semua tue.. bila bangun pagi daahh pun terbabas.. subuh.. so kumpul lagi lahh dosa-dosa yang dah tak tertanggung nihh.... anyway best jugak journal dia.. macam satu cerita.. bersiri plaakkk.. respek lahh sama dia.. hee.. hee... datang opiss nie ingat kan nak siapkan design journal nie.. tapi lain pulak jadinya... bila ada kawan kawan tak jadi plakk apa yang dirancangkan... idea-idea pun dah melayang pergi.. entah kemana pun den dak tak dapat nak panggil depa balik dahh... eeehhhh.... lupa plakk member tunggu kat rumah.. siol terlajak palkk.. sure den kena banyak senyum balik rumah nanti.. haaa... haaa.... alavista 4 today. Purbe | 5:53 PM |
Friday, October 10, 2003
Today.. or Hari nie..(dalam bahasa ibundaku) entah kenapa tetiba jerr terasa nak mula buat Journal nie.. dah 2-3 hari den memikir kan camna n bila den nak start n untuk apa n kenapa nak buat journal nihh.. macam-macam benda pulak berpusing di minda den nihh.. kekadang rasa macam best aja ada journal sendiri... tapi kekadang datang pulak perasaan males nak buat semua nihh.... pikiran den cepat berubah-rubah agaknya.. hee.. hee... lebih kurang jaaa.. dengan life den nihh.. Anyway den nak ucapkan Thanx a Lot to my best pren Linn coz memperkenalkan den kat era journal nie... haaa.. haa.. berjournal plakk den kan.. ahaaaq.. Sekarag nie pun dok pikir camna n apa den nak catatkan kat sini.. samada nak imbas kembali life den yang lalu or memulakan segalanya dengan hari-hari yang kian mendatang..... cehhh... pikiran jadi buntu plakk.. japp japp... Ok lahh dahh dapat dahh.. fuuuuhh... lama gak dok pikir tue.. campur2 ajer lah.. ok kot... |