Friday, October 31, 2003
    Andainya Ku Pergi Dulu..

    Dah tiga hari berturut-turut aku dibangunkan untuk bersahur, cuma aku n Atan ajer ada kat rumah time tiap-tiap pagi, dia kat bilik dia n aku dekat bilik aku. Aku bertuah kerana ada kawan-kawan yang sanggup bersusah payah kerana aku. Anyway aku ucap banyak-banyak terima kasih kepada E. Macam pagi-pagi yang lepas aku bersahur dengan corn flake + susu n sekeping roti ajer, tue pun buat aku cukup kenyang.

    Hidup kita ini cuma jadi penumpang, penumpang di bumi tuhan. Aku pernah mengalami pelbagai dugaan dalam hidup ini, aku pernah betul-betul mengabadikan diri pada tuhan, tapi tak berkekalan kerana kesibukan hal-hal duniawi tetapi aku cuba untuk memulakan kembali tetapi hanya sekadar mampu sekadar amanah-amanah yang di wajibkan aje ke atas seluruh umat manusia yang berugama islam. Aku sedar kalau sekadar sembahyang 5 waktu ajer tak mengcukupi, apatah lagi dengan dosa-dosa yang tak disedari. Aku heran kenapa aku tak boleh bangun pagi-pagi dan beramal kenapa aku tertewas dengan nafsu tidur aku. Dulu aku boleh aja.. kenapa sekarang aku jadi makin malas. Aku cuba melawan namun aku masih tertewas. Aku cuba berubah untuk menjadi insan sebaik-baik insan di sisi tuhan namun hajat ku masih lagi tak kesampaian. Dah lama aku tinggal pengajian pada tiap-tiap hari sabtu, kenapa aku sentiasa cari alasan untuk tak pergi, dulu aku antara orang yang paling menonjol diri. Apa dah jadi.. bumi makin lama makin tua.. sama jugak dengan manusia, hayat aku bukan makin panjang entah bila nama aku akan dipanggil mengadap yang maha esa. Bila aku memikirkan bekalan aku di hari akhirat nanti aku menjadi cukup takut kerana segalanya akan di hisab di akhirat nanti. Adakah sekadar sembahyang aja cukup bagi aku untuk melepasinya , tidak rasanya.. tidak sama sekali lagipun kita tak tahu samada segala amalan kita di terima sepenuhnya oleh yang maha esa.
    Aku tahu melewatkan sembahyang tue tak baik tetapi kenapa aku buat juga, kenapa aku tak pergi aja bila dah cukup-cukup waktu. Rasanya sikap diri aku yang menjadi punca. Adakah aku dah cukup dengan bekalan agama rasanya tidak juga tue lah ada perpatah berkata belajar sampai ke lubang kubor. Kita belajar agama sampai bila-bila pun takan habis tetapi kenapa kebanyakan cuma tahu yang basic-basic aja....

    Duri dalam daging....

    Aku bangga dengan negara aku nie.. yang penuh dengan kedamain dan keharmonian. Masyarakat berbilang bangsa dan pelbagai agama yang boleh bercampur gaul tak kira bangsa dan agama. Tetapi aku terlikan dengan bangsaku dan saudara islam ku sendiri coz setiap hari ada saja benda yang tak patut terjadi telah terjadi. Minggu nie aku nengok kat berita tv ada lagi agama sesat di dalam masyrakat aku sendiri. Sukar aku nak percaya tetapi itulah hakikatnya.. kenapa tak bolehkah mereka itu ikut aja ajaran yang di bawa olah nabi kita , kenapa nak di ubah-ubah kenapa ada orang nak memesongkan agama dan bertambah pelik lagi ada juga pengikut yang setia. Kalau di fikirkan dengan akal logik adakah agama kita mengajar benda-benda macam tue.. kemanakah perginya pemikiran logik mereka. Kenapa mereka mudah di tipu oleh guru-guru agama yang palsu yang terang-terang menyeleweng dari jalan asal. Kemanakah perginya otak mereka dan di manakah terletaknya kewarasan pemikiran mereka. Aku malu dengan sikap saudara seagama ku yang menyeleweng hingga ke tahap tue.... dulu dah banyak di hapuskan golongan-golongan sebegitu namun si penyesat nie tetap juga hidup di dalam masyarakat negara ini, mereka-mereka ini umpama duri dalam daging. Aku benci... aku benci..
    dengan umat manusia yang sebegini....

Purbe | 11:43 AM |