Monday, October 20, 2003
    Bermulanya Minggu Baru..

    Dahhh.. masuk minggu ketiga dalam bulan october kan.. cepatnya aku rasa macam baru semalam jerr minggu kedua tue.. terasa cepat sangat hari isnin muncul kembali. Hari nie hujan turun tak henti-henti dari pagi tadi lagi, masa aku nak datang keje pagi tadi ada kemalangan kat atas bridge melibatkan 4 buah kereta, bridge selalu accident bila hujan camnie, abis tue orang yang dok negok accident tue buatkan bridge jadi makin sesak. Accident yang tak di minta tapi mamat-mamat yang tunggu kat atas bridge tue happy lahh coz accident melibatkan banyak buah kereta nie so bolehlah dia orang dapat income lebih, dia orang hanya perlu menunggu dalam hujan coz time tue lah selalunya kejadian sebegini. Dia orang cuma perlu guna walkie talkie laporkan ajer nanti datang lahh tow truck tue.
    Nampak macam senangkan keje dia orang nie.. hanya lepak jerr dah masuk income,tetapi nak kita nak buat camna kan coz mereka memang mencari rezeki macam tue. Rezeki mereka diatas kecuaian dan kealpaan pemandu-pemandu nihh.

    Masa kat tengah bridge tue aku dah tak nampak dah island coz hujan tersangat lebat, dan di waktu tue jugalah aku nengok ada orang menolak motosikal,di dalam kelebatan hujan tue. Kesian aku nengok coz aku pun pernah ada dan menunggang motosikal dia suatu masa dulu. apakan daya aku perlu ketempat kerja n tak ada apa-apa yang dapat aku bantu mereka. Hari nie aku tak banyak sangat kerja cuma computer aku nie ajer meragam window 2k aku dah tak nak kawan dengan aku lagi. So.. format n reinstall windows XP pulak, buat masa nie XP masih lagi berkawan baik dengan aku dan takda tanda-tanda dia ambil hati dekat aku lansung coz aku load macam-macam kat atas dia. Aku suka kat dia dia memang ngam dengan aku.. heee.. hee..


    Hari-hari Cuti Aku....

    Semalam hari Ahad kalau dalam bahasa arab maknanya satu. So.. aku nak cerita dulu hari sebelum hari ahad tue yang yang di beri nama hari Sabtu. Hari sabtu adalah hari yang boring dalan kalendar aku coz aku dalam minggu nie pagi-pagi aku gii kerje yang terpaksa coz contractor aku nie manja sikit, anyway pagi tue aku cuma keje 2 jam ajer, lepas abis tue aku terus balik rumah ingat nak melepak dengan housemate aku lah secara tidak di duga rupa-rupanya takda sapa-sapa lkat rumah aku dah coz sorang balik kampung n sorang lagi keluar dengan makwe dia. Aku jadi lonely man arii tue.. aku teramat bosan sangat duduk kat rumah sorang-sorang cuma ada tv ajer.. aku dah tak tahu nak buat apa dahhh.. aku terpaksa melepak kat rumah sampai lah ke malam n di masa nie lah aku terfikir betapa baiknya kalau aku berkawin tak yahh lahh kepak sorang-sorang kat rumah n melayan cerita-cerita yang membosankan kat tv tue. So dalam minggu nie aku namakan sabtu tue the most bosssannnn day.

    Satu ahad
    Pagi-pagi lagi aku bangun tido, layan citer cartoon sampai pukul 11am abis tue aku basuh keta aku yang dah lama tak basuh coz musim hujan. Hujan yang bersalah bukannya aku tak nak basuh, bayangkan bulan lepas masa aku basuh tak sempat 24 jam abis kete tue jadi kotor balik semuanya salah hujan. Aku bukannya budak pemalas tapii.. hujan tue yang buatkan aku jadi tak nak basuh. At last aku jugak tak bersalah coz hujan. heee... heee...
    Anyaway aku aku basuh jugak kete nihh coz nak gii kenduri kat rumah mentua member aku sempena kelahiran anak sulung dia. Aku gii dengan member aku Atan kat n aku jumpa Atan, anak dia yang baru lahir tue n wife dia. Aku ada 2 orang member nama Atan, so.. aku juga jumpa member-member yang lain semasa kat tempat kenduri tue sekitar kawasan Merbok agaknya, hmmmm.... yeerr lah area tue lah coz aku tahu jalan nakk gii situ ajer nama tempat tue aku tak sure pulak.
    Lepas makan-makan n bersalaman aku pun keluar dari majlis tue n gii nengok Sprint Test dekat Gurun, fuuuhhhh... cuaca panas terik n penonton tersangatlah ramai.. aku melapak kat situ dalam sejam abiss tue aku pun balik rumah. Hari nie cuma drag race ajer untuk motor, aku sempat nengok sikit-sikit ajer coz takder ruang untuk aku menyelit kat depan-depan tue. Kerana cuaca jugaklah aku balik.

    Sampai ajer kat S.J aku cuma sempat rest dalam 10 minit ajer coz member aku ajak gii memancing pulak dekat dengan tempat jogging berdekatan dengan area rumah aku tue. Umpan cengkerik coz tue lerr aku gii memancing nie kalau cacing tue sorry lah sikit coz buat aku geli geleman bila pegang cacing tue. Nasib aku ngan kawan aku tue Atan tak baik baru ajer 10 or 15 minit kat situ hujan turun dengan lebatnya tapi aku nekad tak nak balik jugak so memancinglah kami berdua di dalam hujan lebat tue. Habis semuanya basah tak ada seurat benang pun kat badan aku nie tak basah.. orang yang ramai-ramai memancing tadi tue dah pack barang untuk balik coz of hujan nie..
    Aku tunggu laa punya tunggu sampai maghrib sekor ikan pun tak dapat member aku Atan tue bernasib baik jugaklah coz dapat jugak ikan walaupun ikan Blues. Nyamuk pun makin banyak so kita orang pun mengalah lahhh...
    Boleh dikatakan semua yang memancing kat situ dapat ikan keli besar-besar jugak, ada yang datang dari pukul 10 pagi untuk memancing n hasilnya amat berpuas hati. Segala bangsa ada kat situ memancing ikan keli, entah dari mana datangnya ikan keli yang banyak-banyak tue aku pun tak tahu lah...

Purbe | 10:21 PM |