Monday, October 27, 2003
    Bermulanya Ramadhan Al-Mubarak

    Assalamualaikum,
    Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK....
    Tingkatkan ibadat di bulan ini,
    Berjihadlah saudaraku seolah mati pada hari esoknya.


    Bermulanya bulan yang penuh dengan segala keberkatan dan bermulalah juga kita berpuasa , menunaikan ibadat yang di wajibkan ke atas setiap umat islam di muka bumi ini. Aku still kat kampung halaman aku lagi coz nak bersahur bersama-sama dengan family aku pada first day kita memulakan puasa. Pagi nie emak aku masak nasi n ada dua tiga jenis lauk pauk so aku merasa sikit aje coz kalau tak makan sedikit masakan dia nanti kecik pulak hati emak aku n selebihnya aku makan corn flake dengan susu ajer coz itu lah makanan aku pada waktu sahur pada tahun sebelum-sebelum nie. Selalunya bersahur aku prefer makan roti ajer coz aku tak berselera nak makan nasi. Lepasa ajer bersahur aku tak nak tidur dahh coz aku nak terus balik ke penang lepas subuh nanti lagi pun selepas makan tak bagus kalau baring-baring or tidur. Aku cuba melawan nafsu mengantuk aku so ubat yang terbaik ini lah melepak depan computer sementara menunggu azan subuh.
    Aku call member aku bagi tau yang aku nak jemput dia lepas solat subuh nanti.






Purbe | 5:33 AM |