Sunday, October 26, 2003
    Kenduri....kenduri....kenduri.........

    Hari niee.. dah masuk hari ketiga dalam cuti aku nie.. Pada hari jumaat bersamaan raya Depaavali , buat kali keenam aku tak merayakan Deepavali coz aku dah kekurangan sesangat member india nie, dulu banyak jugak tetapi lepas aku keje kat pulau nihh.. member-member aku pun menghilang diri jugak , Cuma tinggal sorang ajer member India. Sekarang nie aku bercuti kat kampung , memang best coz member aku ramai dan bercuti hari nie.. hari raya katakan, semalam iaitu hari jumaat aku dapat banyak jugat jemputan kenduri sempena nak menyambut bulan yang penuh dengan segala keistimewaan dan keberkatan iaitu bulam Ramadan.
    Mula-mula sekali dalam pukul 11 pagi tue aku gii rumah housemate aku yang kebetulan satu kampung gakk ngan aku ,so lepas tok imam buat apa yang patut lerpas tue berdoa n lepas tue angkat hidangan lerr.. ada nasi minyak n nasi air so aku pilih nasi minyak hmmm… bau dia sungguh sedap n warna nasi tue pun menawan nafsu makan aku, lauk pulak ada ayam masak pedas, ikan masak kicap, kari daging bersama rebung buluh n ikan temenung (kembong) goreng. Makanan dia pun sedap-sedap jugak, so aku pun belasah lahh.. coz lapaq lahhh… tak sempat nak breakfast pagi tadi , kalau ikutkan nafsu aku nak ajerr aku abis kan semua nasi dalam pinggan tambah tue, nasi dia sedappp.. Memandangkan perut aku bukannya telaga buruk so tak boleh lah nak isi banyak-banyak lagi pun lepas solat jumaat nanti ada banyak lagi kenduri.
    Lepas makan semua orang nampak happy jerr coz dapat makan free n sedap plak tue. Sesudah selesai semuanya ada yang sesetengahnya terus balik n sesetengah lagi still lepak kat situ sambil borak-borak n pekena rokok daun. Freee… hehehehe... semua tue orang tua-tua lerr.. yang muda dah lama hilang lepas makan tadi tue... Aku still kat situ lagi coz nolong member aku clear sisa-sisa makanan yang di tinggalkan.

    Lepas solat jumaat aku terus balik rumah, menolong pakcik aku pack barang-barang dia n aku dah tak larat dah nak giii kenduri lagi coz perut aku nie.. dah overload.. so aku suruh adik aku ajerr giii..semua-semua kenduri tue.



    Apakah salahku.... apakah dosa ku....

    Petang jumaat nie aku dah janji dengan sedara islamku untuk menolong dia wiring electric kat ghumah dia, so aku pun ajak member aku yang pakar dalam bidang tue n aku, aku... cuma reti nengok ajer.. heehehehe…. So dalam pukul 5 lebih aku jumpa member aku nie, aku suruh dia nengok2 lampu kat rumah aku dulu coz ada yang dah tak berfungsi so lepas soft ajer kat rumah aku tue we’ll pun bertolak lahh ke destinasi we’ll nak gii ke Semeling, tak jauh dari S.P tue. Perpatah pernah berkata malang tue tak berbau , tapi malang aku nie berbau.
    Ceritanya macam nie aku drive member aku sorang tue jadi penumpang coz takder kete yang dua orang boleh drive serentak heheheee... drive la punya drive so sampai ajer dekat dengan plaza toll nak masuk highway aku berbau semacam ajer dari kete aku tue, bila aku nengok jarum meter temputure keta aku tue ada kat tahap maximum so.. tanpa berlengah aku terus turn kat kawasan paking kete belakang office plaza toll tue.. Aku berhentikan engine kereta aku cepat-cepat coz aku takut berasap pulakk..
    Aku terus buka bonet depan kete aku tue n tak tahu nak buat apa so aku lepak ajer kat situ.. , anyway ada dua lelaki cina kat situ yang sangat baik hati, dia bagi tau cara-cara nak soft masaalah kete aku tue. n dia juga bagi tower kat aku untuk cuci tangan n buka penutup radiator kereta aku tue. Bila aku dah buka rupanya air dah kering coz tue lerr berbau. Perhatian... aku bukan tak ambil peduli pasal kereta aku tetapi aku dah pun tambah air bagi penuh kat tank radiotor kete aku tue.So sambung balik citer tadi, si uncle cina yang baik hati tue.. suruh aku relax n tunggu bagi engine kete betul-betul sejuk baru masukan air. Aku pun melepak lah kat situ dengan member aku nihhh.. Dalam masa yang sama member aku dari langkawi call suruh jemput dia kat kuala kedah, so lepas aku melepak hampir 2 jam kat situ n bila engine dah agak sejuk aku masukan air dalam radiator kereta, aku hidupkan engine kete so lepas beberapa minit kete macam kembali normal, dah takder bau-bau yang tak menyenangkan lagiii.. aku pun boleh senyum sikit. Member aku call lagi n dia kata dia dah sampai kat jetty so aku pun gii ambil dia, Dalam masa yang sama dia nolong aku cari member-member pomen dia untuk repair kete aku tue , tapi malangnya takder sapa-sapa pun yang buka workshop pada hari depaavali nie.. Member aku nie nak balik penang coz nak celebrate birthday anak dia.. kesian pulak kerana aku, dah takder bas dah untuk ke penang .Setelah aku fakir masak-masak n semasak-masaknya aku bagi dia bawa balik kete aku kat penang n minta dia tolong repair sekali kete aku tue. Oleh kerana dia nak balik penang so aku suruh dia drop aku ngan kawan aku tue kat semeling coz aku nak juga tepati janji aku menolong sedara seislam aku wiring rumah dia. Prinsip aku biar aku susah asalkan orang lain happy.
    Aku sampai di semeling dalam pukul 9.30 n aku siapkan keje tue dengan member aku hampir-hampir pukul 2 pagi. Aku tahu member aku dah letih coz dari petang tadi lagii.. menunggu n tak makan apa-apa.
    Aku call adik aku suruh dia datang ambil aku.
    Itulah yamh dikatakan ma;ang berbau.

Purbe | 10:11 PM |