Sunday, November 30, 2003
    Tetiba ada someone massage aku, bertanyakan samada aku tengok ke tidak cerekarama kat TV3 bertajuk Syawal tue.. memang pun aku tengok citer tue coz dah takda citer lain yang menarik pada malam tue , rumah aku kat kampung takda Astro macam rumah sesetengah kawan aku tue.

    Orang itu berkata pada aku dalam SMS dia pada aku..
    " Awak telah mengorbankan masa muda kita. Tak mungkin kita akan maafkan awak!"

    Aku reply balik pada dia...
    Siapa tinggalkan siapa, kenapa tak nak teruskan juga? Masa mendewasakan kita, pengalaman juga mengajar kita to be a batter person.

    Dah hampir 2 tahun, rupanya dia masih marahkan aku sampai kini... aku nak buat camna , bukan aku yang tak merayu n berusaha pada waktu dulu tapi sikap kepala batu dia yang merugikan masa-masa yang lalu. Dah lama aku buka pintu kembali tapi kepala batu dia yang merugikan dia. Sekarang pun kepala batu dia.. yang membuatkan dia merasakan begitu.., pada masa kini aku bersikap terbuka....
    Aku bukan lagi penanti yang setia, aku bukan lagi menjadi penagih cinta yang entah apa-apa yang tiada kesudahannya. Aku dah bebas dari semua masaalah aku yang lalu kini aku mempunyai freedom dan aku open minded dalam segala hal..






Purbe | 2:02 PM | Friday, November 28, 2003

    Hari Raya Yang ke-4

    Selalunya every year sehari selepas we'll ada reunion dan mesyuarat family. We'll geng-geng cousin lelaki dan perempuan akan keluar makan-makan, so tahun nie pun sama we'll keluar n berkumpul di tempat yang sama jugak macam tahun-tahun yang lalu iaitu di Pizza Hut. Ini cuma untuk cousin-cousin yang masih bujang aja, tetapi sama juga seperti majlis semalam ada juga yang tak datang.

    Tahun depan 2 orang cousin aku akan fly ke Australia, Masreen buat Master in IT di Brisbane dan adik dia Noreena akan buat Degree In Bussines di Tasmania. So tahun depan dan tahun seterusnya kita orang akan kehilangan 2 orang kuat dalam majlis reunion cousin nihh... dia orang ajak aku temankan hantar dia orang sampai kat Brisbane, so.. aku tengah dok memikirkan lagi, belum ada jawapan yang pasti lagi dari aku untuk depa.






Purbe | 3:11 PM | Thursday, November 27, 2003

    Malam BBQ n Reunion

    Every year kita orang ada malam reunion semua sedara sebelah abah kita di mestikan berkumpul (tetapi ada jugak yang tak datang). pada malamnya kita mesyuarat dan perbentangan belanjawan pendapatan tahunan daripada hasil tanah-tanah dan lain-lain. Semuanya untuk membantu ahli-ahli keluarga yang memerlukan. Tahun nie perbelanjaan sebanyak nie XXXXXX , pendapatan XXXXXXXX, org yg belum jelaskan pinjaman XXXXXX, semuanya di rekodkan. Bila semua dah setuju dengan cadangan yang baru dan perubahan so.. mesyuarat pun di tutup.

    Sesudah aja selesai hal-hal yang mesyarat tue tibalah pula time yang di tunggu-tunggu iaitu BBQ, tahun nie ada daging kambing, udang, 3 4 jenis ikan, sotong (aku tak suka) , ayam, sosej dan lain lain lagi. Tahun nie turn cousin-cousin aku yang anak-anak dara pula membakar, we'll cousin lelaki melepak pulak coz tahun sebelum tue dah kena dah. Sedap aja bila dapat makan beramai-ramai macam nihh, bila di hidangkan ada, nasi (yang sudah pastinya), ada durian, ada nenas, ada kuih raya, ada cake dan lain-lain yang tak sempat aku nak makan.

    Lepas makan macam biasa lah, tibalah pula tugas kaum Hawa di dapur untuk membersihkan apa yang patut. Kami kaum Adam melepak kat halaman rumah sambil berborak-borak sementara menuggu time nak balik rumah masing-masing.






Purbe | 2:58 PM | Wednesday, November 26, 2003

    Hari Raya Ke-2

    Pagi-pagi aku melayan cartoon dulu kat tv, aku makan saki baki ketupat yang masih ada.
    Aku pergi bersalaman dengan jiran sebelah rumah yang aku tak sempat nak gii semalam tue. Aku pergi ke rumah bapa dan emak sedara aku yang berdekatan, jumpa cousin-cousin aku bersalaman dan bermaafan.

    Petangnya aku pergi beraya luar dari kampung aku, mulanya aku pii rumah Cikgu Midad n ZaZa di Kuala Kedah, dia orang hidangkan laksa so.. aku n my sis n cousin makan aja. Sedap jugak laksa tue.. , tetapi my sis kata serondeng udang tue lagi sedap. Aku tak sempat nak merasa ketupat n rendang coz kekenyangan. Terima Kasih Cikgu Midad coz jemput aku gii umah ko. Dapat jugak aku beraya dekat rumah member Journal tahun nihh..

    Selepa tue aku gii umah cousin aku dekat dengan Tongkang Yard, dia hidangkan mee goreng pulak so.. we'll tak mensia-siakan lah rezeki tue. Last sekali aku singgah dekat KFC coz cousin aku yang kecik tue.. nak makan KFC pulak, so.. giii lah sana, take away tak lepak pun kat dalam KFC tue coz dah masuk waktu maghrib.






Purbe | 2:07 PM | Tuesday, November 25, 2003

    Memori Di Hari Raya Aidifitri Tahun 2003

    Aku bangun di pagi Syawal.. aku mandi seperti biasa dan last sekali aku mandi sunat di pagi Hari Raya Aidilfitri, mandi sunat Aidilfitri dengan niat ajerr.. mandi yang lain tak perlu coz aku bersih. Aku masih memikirkan lagi samada nak pakai baju melayu dengan seluarnya or pakai dengan kain pelekat. Akhirnya aku decide nak bergaya dengan baju melayu yang serba lengkap.

    Aku suka butang baju kurung yang ada mutiara sebagai batunya tue, nampak cantik aja, lain dari yang lain. Dulu-dulu someone hadiahkan kat aku masa dia masih lagi berinteraksi dengan aku. Aku ceria di pagi Syawal yang mulia, aku gii solat Aidilfitri, aku gii kubur dan aku bertandang ke rumah member aku yang selalu jadi port kawan-kawan aku pada tiap-tiap tahu selepas aja solat sunat Aidilfitri.

    Tahun ini berbeza sesama sekali.. hanya aku berseorangan menunggu di situ, nasib baik lahh ada kawan aku yang datang dengan anaknya aja (wife dia tak ikut sekali), so aku adalah juga kawan menemankan aku untuk berhari raya keliling kampung. Suasana dalam diri aku menjadi sayu, kerana hanya aku yang tak mempunyai berkeluarga sendiri pada tahun ini. Yang lain sibuk beraya dengan isteri dan anak masing-masing. Aku sedih... aku tak ada mentua , aku tak ada isteri yang meminta ampun dan maaf daripada suami yang tercinta sambil mencium tangan . Aku tak boleh melihat isteri aku yang melaram or bergaya di pagi hari raya, sebabnya.... sebabnya aku masihhhh... BUJANG......

    Jelous aja aku nengok kawan-kawan aku yang mempunyai anak yang comel-comel dan bergaya serta penuh dengan keriangan di pagi Aidilfitri. Di masa yang lalu aku dah melepaskan peluang untuk menikmati hidup seperti kawan-kawan aku. Tetapi sekarang entah bila peluang itu akan kembali pada diri aku. Aku mempunyai banyak harapan tetapi semuanya belum tercapai.., mungkin turn aku belum sampai lagi kot.

    Aku pergi mengziarahi dan berhari raya di beberapa buah rumah di sekitar kampung aku, aku makan macam-macam pada hari ini. Aku dah lupakan sejenak buah-buahan yang menjadi makanan asasi aku pada bulan puasa yang lalu. Aku memakan ketupat, lemang, mee sup, laksa, mee rebus, kuih raya dan banyak lagi. Macam tak percaya pulak yang perut aku boleh menerima semua-semua tue dalam masa setengah hari aja. Tak pernah lagi aku merasa mewah dengan makanan pada tahun ini sebelum nihhh.. aku kekenyangan... mata pun kekenyangan untuk buka luas-luas so.. tahu-tahu ajerlah.


    Pada malamnya aku pergi ke rumah Atok aku ziarah dan beraya dengan dia orang, kebetulan pada masa tue sedara aku yang jauh-jauh pun ada kat situ so aku tumpag lah memeriahkan suasana sambil gelak ketawa. Dalam masa yang sama jugak dapat kenal mengenali saudara mara yang dulunya kecik-kecik tetapi sekarang nie dah jadi anak dara.








Purbe | 12:15 PM | Monday, November 24, 2003

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PADA SEMUA

    Aku, Purbe bin Dahulukala , hehhee.. hehheh.. ok ok aku serious nihhh..

    Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih pada semua orang yang sudi meghinggap di blog's Purbe nihh.. walaupun hanya sekelip mata, ada yang membaca dan ada yang pergi begitu sahaja. Terima kasih sekali lagi pada semua aku berbangga dengan seadanya. Aku bukannya budak sastera aku tak reti apa-apa pasal penulisan nihh, Apa yang tercoret adalah apa yang keluar dari minda aku pada masa tuu.. coretan aku yang entah apa-apa dan tak seberapa nie. Terima kasih juga pada sesiapa sahaja yang memberi sokongan dan kerana sudi berkawan dan mengenali aku walaupun cuma di alam cyber ini. Aku minta ampun Zahir dan Batin sekiranya aku ada kesilapan dan terkasar bahasa.

    Pada kawan-kawan yang aku pernah jumpa aku pohon beribu-ribu Ampun dan Maaf dari Zahir hinggalah ke Batin, andainya sikap aku kurang menyenangkan korang semua. Aku appreciated pada korang yang sudi luangkan masa dengan aku. Aku suka mengenali korang semua. Bila korang nak belanja aku pulak.. hee.. hee..

    Pada orang yang akan aku jumpa, aku tak sabar menunggu masanya...
    mabybe ........ who knows.....







Purbe | 1:49 PM |

    Pecah Rumah & Dipukau...

    Ini satu cerita benar yang bukan dilakonkan semula oleh pelakon murahan kerana budget ciput, tetapi kisah benar ini aku dapat dari mangsa kejadian itu sendiri lalu aku menyampaikan pada sesiapa yang membaca melalui blog aku. Ceritanya begini.. pada suatu masa dulu ada sang buaya, si kancil dan raja rimba.
    tersebutlah al kisah.... sang kancil kepingin nak makan rambutan yang berada seberang sungai, jadi dengan IQ yang tinggi ada pada si kancil nihhh.. aarhhh.. aku dah nak mula nak merapu dah.. ok ok.. berbalik pada kisah benar nihh...

    Pada malam isnin lepas rumah D.S di masuki oleh perompak, menurut D.S, perompak nihh.. menyelongkar beg-beg di hujung katil dia, tetapi dia sedikitpun tak menyedari apa-apa yang berlaku pada masa tu. Mungkin perompak nie menggunakan ilmu pukau keatas mangsa-mangsanya. Menurut D.S lagi rumahnya menjadi terget coz bapa D.S nie, amil yang ditugaskan untuk mengutip zakat fitrah so mungkin perompak nie terget duit kutipan zakat tue laaa...

    Tetapi perompak tue cuma dapat duit D.S aja sebanyak RM500++, beg-beg dan barangan lain yang di selongkar di tinggalkan di depan tangga. Satu lagi perompak ini juga meniggalkan ketul emasnya (najis) kat depan pintu dapur. Pelik tapi benar, aku simpati dengan kejadian yang menipa D.S dan keluarganya di dalam bulan yang mulia nie. Duit D.S hilang so.. dia kata raya tue kurang lah happy sikit, perompak nie memang kejam tetapi nasib baik tak buat pekara-pekara yang lebih hina pada mangsa-mangsanya.

    Kalau nak tau lebih-lebih lagi sila piii tanya dekat polis yang menerima report dari kejadian tue. Aku tau setakat itu aja.






Purbe | 1:14 PM |

    Memori Sebelum Menjelang Hari Raya

    Pukul 3 pagi aku masih lagi berlegar di Star Walk, bukan untuk bershopping tapi untuk menyibukan diri di dalam suasana yang memang dah sibuk dengan ribuan manusia. Ramai orang merebut peluang membeli-belah pada last minutes, aku tak kepingin nak beli apa-apa pun, cuma nak tengok suasana sekeliling. Aku jumpa a few member-member aku yang matlamat dia orang sama dengan aku, dia orang pun tak membeli apa-apa just lebai sorang satu aja. Buang masa aja hehehe.. sama jugak dengan aku nihh..
    Setelah puas meronda kawasan sekeliling aku pun berangakat pulang. Nasib baik kereta aku tak kena saman malam raya...

    Sebelum aku balik ke kampung aku gii basuh kereta aku , mana tau lepas basuh kereta aku jadi bertambah happy bila nengok kereta aku bersinar-sinar dan perasaan aku cuma ingat nak balik kampung aja, aku masuk dalam kereta , aku nak undur kereta tetapi aku cuma toleh belakang tapi tak toleh ke kiri, skriiitttt... buuummm... kereta aku melanggar tiang kecil kaler merah yang hampir sama dengan kaler keta(meroon) aku, tiang kecil or pipe itu nasuk celah pintu aku (antara magat dengan pintu) kete aku kemek skit, pintu takk bleh nak buka luas, apa yang boleh buat tepuk dahi ajalah... aku menyesal , aku gelojoh aku asyik nak keluar cepat-cepat , nasib baik aku teringat regular pomen member aku tue, so dia tolong aku ketuk skit n pintu kete aku dah kembali macam normal, aku dah boleh buka pintu kiri luas macam biasa tetapi.. nampak sikit-sikit kemek n calar. Cost nak repair campur cat balik dalam RM300 lebih....
    Ingatkan nak ceria dengan keta yang di basuh cantik-cantik rupanya..
    Aku cuai.. aku cuai.. insyaallah aku akan lebih berhati-hati di masa depan. Biarlah ianya jadi pengajaran buat aku supaya lebih berhati-hati lagi di masa depan.








Purbe | 12:11 PM | Saturday, November 22, 2003

    Aku Terpaksa....

    Aku terpaksa mengikut kata client aku.. aku kena datang ke office walaupun dah dekat pukul 6 petang, client aku tak boleh tunggu sampai monday... aku tak suka buat kerja macam nihhh... aku tersepit antara kerja dengan diri aku. Aku terpaksa siapkan juga layout untuk client aku, aku hanya mentimun dia durian.. terpaksa lah aku mengikut kehendak dia orang time hampir-hampir nak dapat project nihh... aku terpaksa berbuka dalam office nihh dengan meminum nescafe ajer.. aku dah siap kerja.. aku dah nak balik..

    Satu lagi... housemate aku hantar gf dia kat stesyen bas malam nihh.. bas pukul 10.30pm balik ke selatan tanah air. Aku juga tak lehhh.. nak hantar sapa2..
    Sepatutnya hari ini aku berbuka dengan member aku di SP bersama-sama dengan family dia, (dia dah beranak pinak tetapi aku masih di awan-awangan lagi) tetapi aku terkantoi didalam office nihhh... maafkan daku my pren, aku dipaksa mungkir janji, semuanya bukan kehendak aku. Aku harap tahun depan jemput aku lagi..
    kalau aku rajin japp lagii sampai sana.. kalau tak jumpa ajerlah pada hari raya. Nanti aku bagi kat anak ko duit raya...

    p/s : aku sempat juga print yg mana aku belum baca, besok nak mentelaah





Purbe | 9:43 PM |

    Why I trust somebody..

    Why I trust somebody... why i trust somebody..... WHY I TRUST SOMEBODY.....
    Aku sendiri pun tak tahu.. macam bukan diri aku yang sebenarnya... tetapi yang pasti aku dah pun trust somebody. Somebody new in my life, someone i just know for a few days ago.. tetapi pada somebody yang baik pada aku, somebody yang hati aku kata boleh percaya pada dia. Sikap aku kebanyakannya mengikut kata hati, sebab hati adalah suci tak macam minda yang senang di pengaruhi oleh nafsu. Anyway i trust somebody. Dah lama agaknya aku tak trust somebody........













Purbe | 6:41 PM | Friday, November 21, 2003

    Flash Back Cerita Semalam..

    Cerita di pagi hari...

    Lepas subuh aku terus aja pulang kerumah aku dan terus bersiap untuk pergi kerja awal, lebih dari satu jam awal dari waktu biasa aku keluar untuk ke office.
    Di dalam rumah aku memikirkan sure waktu nii tak banyak kereta sangat, dan perjalanan aku akan menjadi lancar selancar minyak enjin yang sepatutnya aku dah tukar tetapi belum di tukar-tukar lagi. Insyaallah besok rasanya..
    Pagi ini aku tengok banyak kabus hinggakan tak dapat melihat 100 kaki keatas. Best aja pagi nihhh.. Bila aku berada di atas jalanraya lain pulak jadinya.. jalanraya jadi makin sesak, aku kena Q untuk Touch n Go, selepas aku melepasi touch n go perjalanan aku tersangkut-sangkut lagi. Kenderaan-kenderaan semua merangkak-rangkak macam kura-kura, kekadang laju sikit macam arnab tetapi tak boleh sepantas kuda lumba, apatah lagi macam roket. Mana ada kenderaan laju macam roket kecuali roket, tipu semuaaa...

    Aku bersabar aja dengan kesesakan nie sambil melayan bermacam-macam lagu dan celoteh dari bermacam-macam siaran radio yang aku selalu tukar-tukar tue. Aku bosan dengan sesetengah siaran yang banyak sangat iklan. Aku dah biasa dengan kesesakan di atas bridge nihhh.. hati aku mengatakan pastinya ada accident coz tue laa.. bridge jadi sesak. Semua kata hati aku adalah tepat sama sekali, mata aku mejadi saksi yang sememangnya accident terjadi. Semua orang memperlahankan kenderaan untuk jadi busybody, coz tue jugalah punca jem nihh..

    Bila dah melepasi tempat berlakunya accident tue perjalanan aku menjadi lancar seperti sediakala semual. Tetapi semuanya hanya untuk seketika sahaja, aku tersangkut pulak di Jelutong Highway. Kali ini semua kereta dan pemandunya pula berebut-rebut nak melepasi api stop (itu kata org tua2 kampung aku dulu2 tue, sebenarnya traffic light), keadaan memaksa aku, aku.. tak boleh selalu jadi baik hati, aku kena juga ambil kesempatan yang ada, kalau tak aku takan kemana dan akan terus tersangkut. Perjalanan yang sepatutnya hanya 25 minit, pagi nie mengambil masa 1jam 13minit.


    Cerita After Office Hour..

    Rasanya aku cuma dapat melelapkan mata selama sejam sahaja selepas sahur pagi tadi. Dah pukul 6 lebih, waktu untuk aku balik rumah. Aku berjalan ke tempat parking kereta meroon aku tue.. di situ aku sempat juga melelapkan mata seminit dua di dalam kereta sementara menunggu enjin kereta menjadi panas. Pemikiran aku dah melayang-layang, mata aku dah naik yuaii...(kata orang kedah), Aku kuatkan semangat aku, aku kena balik kerumah tetapi sebelum tue aku kena singgah di rumah emak sedara aku untuk ambil kuih raya. Aku malas nak pergi tetapi aku terpaksa, aku tak ada pilihan lain lagi, aku tak ada masa lain lagi coz besok pagi dia dah nak balik kampung.

    Aku keluar dari office lewat kerana aku nak skip dari jem. Mata aku asyik nak lelap aja tapi aku still boleh control diri aku. Bila aja aku nampak api stop, hati aku berdoa agar lampu traffic light tue jadi merah. Pada mulanya aku tak berjaya walaupun aku memperlahankan kenderaan agar lampu tue bertukar jadi merah, aku tak peduli apa kereta yang berada di belakang aku nak kata, itu hak dia, kalau nak cepat potong ajer lah kereta aku nie. aku tak nak cepat-cepat aku nak nampak lampu merah aja pada traffic light di depan aku. Aku tak berjaya pada mulanya tetapi bila tiba di traffic light seterusnya doa aku di makbulkan , aku happy aku boleh tutup mata walaupun seketika. Aku macam nak tidur terus di dalam kereta waktu tuu, tapi apakan daya. Perjalanan yang aku sangkakan akan lancar tadi tue rupanya meleset juga. Aku terperangkap juga di dalam kesesakan di Jelutung Highway lagi, kereta aku merangkak-rangak kali ini dah tak boleh nak jadi macam arnab walaupun sekali sekala, lagi teruk dari pagi tadi.

    Pada mulanya aku ingatkan orang ramai berpusu-pusu nak balik kampung untuk berhari raya. Aku boleh terima alasan yang keluar dari fikiran aku tuu, tetapi ianya tak benar dan cuma anggapan aku semata-mata. Rupa-rupanya terdapat accidet di jalan yang bertentangan dengan highway aku. Accident lagi rupanya, pagi tadi dah lahh aku terperangkap dalam kesesakan kerana accident , nie waktu petang pun sama jugak. Apa dah jadi dengan hari ini, anyway dalam masa tue aku nampak kereta polis, aku nampak ambulance. aku nampak orang ramai yang masing-masing menyibukan diri berkumpul di tepi jalan. Aku nampak kuih-kuih yang bertaburan di atas jalan, rasanya dia membeli juadah untuk berbuka. Aku nampak sebuah motosikal terbalik, aku nampak sebuah lori di tempat kejadian, aku nampak kasut yang terpelanting jauh, aku nampak suratkhabar di atas jalan, dan aku nampak darah di atas jalan.

    Pada pendapat aku pastinya mangsa tuu sudah meniggal dunia, coz selalunya macam tue lahhh.. dia akan di tutup dengan suratkhabar, ambulance dan mangsanya masih di tempat kejadian. Aku macam nak berhenti di bahu jalan untuk membusybody jugak tetapi waktu tue dah pun masuk waktu berbuka, so.. aku teruskan perjalanan dan berbuka dengan epal yang dah beberapa hari ada dalam kereta aku tue. Aku ambil kuih raya dari rumah emak sedara aku dan terus balik rumah.

    Selepas mandi dan bersolat, aku terasa lapar lalu makan sejurai betik yang tersedia ada di dalam peti sejuk tue, meminum milosusu dan corn flake. Aku berseorangan di rumah jadi aku gii kedai DVD aku beli 3 cerita baru. Aku letih sesangat aku uzur untuk ke mesjid, mata aku taklah mengantuk sesangat pulak bila nengok tajuk-tajuk DVD yang aku beli tue, so apa lagi tibalah masa untuk menonton ,aku layan cerita Bruce Allmigthy sorang-sorang. Aku heran kenapa aku boleh lagi bersenkang mata untuk menonton cerita tue sedangkan tak boleh untuk ke mesjid. Aku terlalu mengikut nafsu jahat aku, aku di hasut oleh iblis. Semuanya salah aku, aku tak pandai nak uruskan hawa nafsu aku.







Purbe | 6:37 PM | Thursday, November 20, 2003

    Suatu Pagi Yang Segar..

    Semalam aku tak balik rumah, aku gii berbuka di rumah saudara mara aku, aku bertaraweh, aku makan lagi lepas bertaraweh, aku lelap mata sekejap, aku di bangunkan coz ada someone datang, aku bangun dan mendengar, lepas tue aku makan lagi kali ini aku makan pula serawa nangka (aku kepingin dari tadi lagi) , bila aja lepas makan tak baik kata orang kalau kita terus tidur so.. we'll ber borak-borak lahhh.. layan punya layan berborak sedar-sedar dah pukul 4 pagi, so dia orang panggil bersahur pulak, so aku n the geng makan lagi... kali nieee.. tak tunggu untuk nasi turun ke perut lagi dahh.. we'll terus tidur (aku tak lupa juga niat puasa), rasa macam baru 10 minit aja tidur , tetiba di bangunkan lagi untuk solat subuh. Aku tak cukup tidur....

    Suasana pagi yang amat menyegarkan sesudah hujan, nyamannya udara di waktu pagi di tempat yang sebegini, berdekatan dengan sebuah tasik (bekas lombong), air tasik itu begitu tenang sekali, aku selesa dengan suasana yang macam tue, walaupun begitu selesa namun mata aku dah nak tertutup, so aku and the geng pun masuk tidur di bilik bawah tue yang berdekatan dengan tasik, bila aja memejamkan mata datang pulak makluk Allah menganggu.. banyak agaknya geng dia... entah-entah bawa sekali kaum kerabat dia.. Aku tak nampak sebab semuanya dalam kegelapan.

    Aku sakit hati dengan makluk Allah nihh.. tak boleh kah.. kalau tak ganggu aku tidor , aku merasa hairan masa aku berjaga dia tak pula datang ganggu aku.

    Anyway bila memikirkan aku akan bekerja di siang hari, aku terpaksa juga melelapkan mata. Pada mulanya aku boleh bersabar lagi , aku buat selamba ajerr.. bila sampai satu part yang membuatkan paling sakit hati nihhh.. dia macam ajer bermain-main di tepi telinga aku, nyenggg.. nyeeenngggg... nyeennggggg... begitulah bunyinya bunyinya, makluk tue aku namakan the flying dracula atau pun nama biasanya orang melayu panggil nyamuk. Aku benci nyamuk niihhh... walaupun aku sedekah darah aku dekat dia namun dia tetap tak puas hati lagi. Mungkin flying dracula nie dah takda hati lagi coz Puteri Gunung Ledang minta hati dia 7 dulang di zaman generasi dia yang terdahulu. Coz tue lahhh dia buat bising dekat dengan telinga aku nihhh... Aku tak boleh tidurrrrrr...
    ada pencemaran bunyiiii...






Purbe | 3:35 PM | Wednesday, November 19, 2003

    Minggu Demam Nak Raya....

    Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum masuk ke minggu hari raya. Dekat tempat kerja aku nihh.. takder lansung suasana hari raya, maklumlah aku sorang ajer yang nak beraya, abis tue orang lain nak berholiday aja. Tak apa banner lansung, tak der kad raya pun dekat opis aku nihhh.., boleh dikatakan tak ada suasana kemeriahan nak beraya di dalam opis aku. Tahun nihh.. tak ada sesiapa pulak yang nak hantar kad raya ke beralamat opis aku nihh.. kesian dekat aku.. aku tak dapat kad raya.. semua kawan-kawan aku dah melupakan aku...??? Ahhhh... tidakkk rasanya maybe belom sampai lagi kad raya tuu..

    Bila aku berada di rumah lain pulak suasananya, budak-budak dekat rumah aku tuhh.. tak sabar-sabar nak balik beraya. Kuih raya pun makin banyak dekat rumah aku tetapi aku boleh menjeling aja dan tak boleh nak merasa walaupun. Bebudak order dari kawan-kawan dia orang untuk di bawa balik ke kampung halaman dia orang. Aku tak order apa-apa pun coz, rasanya emak aku dah buat banyak dahhh.. kalau tak cukup malam raya nanti aku boleh keluar gii beli, kalau last-last minutes tue lagi murah coz time tue dia akan menlelong semuanya untuk menghabiskan stok yang ada, so pada masa tue lag aku nak ambil kesempatan ,sedap tak sedap tue belakang kira janji ada kuih raya, hehehe.. macam-macam jenis kuih dan cake di jual dengan harga yang cukup-cukup murah sekal. Sekali lagi aku nak ingatkan diri aku yang semua kuih dan cake tue tak sedapppppp... harap rupa ajer yang menawan, Aku suka nengok orang menlelong kuih nihh..

    Berbalik kepada suasana dekat rumah sewa aku, housemate aku A bawa kerepek raya (aku tak tahu nama kerepek tue, aku tahu makan ajer) dari kampung dia. Emak dia buat kerepek tue untuk di jual sempena musim raya nihh.. Berbungkus-bungkus sudah di tempah oleh officemate dia, so tinggal dua bungkus ajer lagi, satu bungkus tue untuk awek dia dibawa balik beraya ke Batu Pahat dan sebungkus lagi untuk koleksi lepas raya rumah we'll, aku geram ajer nengok kerepek tue tak terusik lansung so malam semalam aku dah tak boleh kawal hawa nafsu aku yang ingin tahu macamana rasanya kerepek tue, so tanpa membuang masa aku sembelih lahh plastik tue dan mulakan apa yang aku kepingin, sedap juga rasanya bila mengunyah sambil menonton tv di lewat malam nihhh, si A tak nak makan coz dia dah kekenyangan memakan bubur (jiran depan rumah bagi) n sambal (sambal tue dibuat oleh awek dia). Aku cuma nak merasai kerepek tue aja so aku makan sikit aja, malam-malam lain aku tak sure lagi samada aku nak terus merasai kerepek tue lagi. Tetapi harap sempat laa.. nak menjamu tetamu selepas raya nanti.






Purbe | 12:00 PM | Monday, November 17, 2003

    Cerita Semalam...

    Petang semalam aku gii berbuka di rumah sedara aku, berbuka seperti biasa tak banyak lauk pauk sesangat, aku masih lagi tak menyentuh nasi walaupun kepingin. Best rasanya berbuka ramai-ramai dengan saudara mara nihh.. aku nengok semua orang buakn main berselera lagiii.. walaupun takde benda-benda yang best sangat (pada pandangan aku laa...), tetapi mereka tetap menjamah makanan tue dengan asyik sekali. Dalam masa tuuu.. ramai juga bebudak dan emak bebudak yang berpuasa dan tak berpuasa semuanya bekumpul sekali menjamu selera. Aku nengok bebudak nihh bukan main happy lagi bila berkumpul ramai-ramai macam nihh... Macam-macam kerenah dapat dilihat, ada yang membuatkan kita tertawa sendirian bila melihat telatah bebudah nihh.
    Ada yang kecik-kecik sudah pun berpuasa (budak pompuan), kurus kering aje aku nengok budak tue.. kesian pulak dekat dia. Sure lahh.. budak-budak yang tak berpuasa tue lagi ramai.. heee.. heee.. nakal-nakal pulak tuuu....

    Tetapi.. entah macamana pulak aku jadi glamer dengan budak-budak nihh.. tapi yang tak bestnya di orang asyik suruh aku beli mercun aja.., mercun mercun mercun itu ajerlah yang dia orang tahu. Aku dah muak dengan mercun dan kaum kerabatnya, aku tak ada hati lansung dengan mercun-mercun nie.. entah.. mungkin aku terlalu puas sangat dengan zaman kanak-kanak aku yang dapat bermain dengan bermacam-macam mercun termasuklah buatan sendiri.(yang merbahaya tuhhh..), semua tue kisah zaman aku masih hingusan yang tak tahu apa itu erti merbahaya. Zaman kanak-kanak tak fikirkan benda lain cuma nak bersukaria aja. Kalau kena sekali barulah dia orang sedar yang benda tue memudaratkan. Tiap-tiap tahu pastinya ada orang yang tercedera kena mercun.





Purbe | 1:22 PM |

    Aku dah kembali...

    Dah beberapa hari aku tak update blog nihh n dan beberapa hari aku tak menjenguk lansung kat internet, aku busy dengan majlis-majlis berbuka, aku busy dengan menghadiri kelas-kelas agama. Malam ini merupakan malam yang ke-23 dan juga antara malam-malam yang perlu beramal dengan berlipat kali ganda lagi untuk mendapat keberkatan dan mana tahu aku boleh berjumpa dengan malam lailatul qadar. Semuanya kuasa tuhan aku hanya mampu berusaha dan berharap aja....






Purbe | 12:39 PM | Thursday, November 13, 2003

    BerDating...

    Semalam aku bangun lewat, aku menonton cartoon sepanjang pagi. Dah banyak hari kereta aku tak berbasuh dah macam lori angkut tanah merah dahhh. Pagi ini kereta aku di basuh , di polish semuanya nampak besih dan bersinar-sinar. Semuanya kerana nak keluar berdating, semuanya kerana seorang perempuan yang di cintai. Bahagianya hidup ini, kerana si dia kita jadi rajin pada bulan puasa nihh, kerana si dia kita sanggup bekorban apa sahaja. Mungkin itulah di namakan kehangatan berCINTA.

    Kalau benda tue terjadi dalam hidup aku bukan kah best, tetapi semuanya milik orang lain cuma kereta ajer kereta aku. Housemate aku A tue yang membasuh dan membersih kereta aku. Aku melepak ajer dalam rumah menonton tv, aku tak ambil peduli, yang aku tahu aku takder teman untuk berbuka pada hari ini. I'm lonely man, aku tak der sapa-sapa untuk di cintai selain ilahi. Mungkin zaman aku bercinta dah berlalu, sekarang nie zaman aku menyepi pulak kot.... entah lahhh... aku tak mahu memikirkannya lagi..... kekadang aku terasa cukup sunyi.. sunyi yang memaksa aku mengimbas kenangan silam kembali. Ada yang membuatkan aku happy, ada yang membuatkan aku benci pada diri sendiri, ada yang membuatkan hati aku menangis sendirian...
    Kenapa aku tak menjadi seperti insan-insan yang lain yang berpasangan dan bahagia dengan kehidupa pasangan masing-masing. Aku......................... tak tahu apa-apa lagi

Purbe | 12:54 PM |

    Azam Hari Raya...

    Lebih kurang 2 minggu lagi nak raya.. aku belum bersedia nak beraya, aku belum lagi membayar zakat, aku belum lagi beli baju raya, aku belum lagi fikir nak minta maaf dengan siapa dulu, boleh dikatakan aku belum bersedia dari segi zahir dan batin dalam segala hal. Aku masih lagi sibuk bekerja dengan hal-hal dunia.

    Tahun ini aku nak minta maaf pada semua orang yang aku jumpa. Aku rasa bersalah pada diri aku, aku rasa bersalah pada pekerja-pekerja aku kerana belum dapat claim lagi (projek partime aku yang aku kongsi dengan pekerja aku). Goverment memang lambat nak bayar, kenapa tak nak paham yang kami nie nak beraya, dah berbulan-bulan lamanya. Aku bosan menunggu, aku bosan di tunggu, aku simpati dengan nasib orang lain tetapi tak peduli dengan nasib aku. Biarlah aku menjadi lilin, biarlah aku membakar diri sendiri asalkan memberi cahaya pada suasana yang gelap gelita. Aku ingin membantu mereka-mereka tetapi aku tak termampu membantu semuanya dalam satu masa, tak ada keadilan jika aku cuma membantu seorang sahaja dan nanti apa kata yang lain pula. Aku kena bersikap adil dengan semuanya. Aku nak semua orang bergembira di hari raya. Aku pening kepalaaaa.....

Purbe | 12:30 PM | Wednesday, November 12, 2003

    Nuzul Quran

    Sudah lebih dua minggu kita berpuasa. Hari ini, insya Allah, kita akan mengenang kembali peristiwa nuzul Quran, malam (semalam) dimana wahyu pertama diturunkan oleh Allah s.w.t kepada jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Wahyu pertama yang diturunkan adalah perkataan 'Iqra' atau 'bacalah!'. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu bagi orang Islam. Bacalah! Dengan pembacaan akan bertambah ilmu. Dengan bertambahnya ilmu, kehidupan seseorang akan bertambah baik, dunia dan akhirat. Orang yang berilmu akan tetap dihormati walaupun dia itu miskin. Orang berilmu mendapat tempat yang mulia disisi masyarakat.

Purbe | 5:19 PM | Tuesday, November 11, 2003

    Aku Sudah Habis Bercuti.....

    Aku sampai di pintu rumah aku tepat pukul 2 pagi, tanpa berlengah aku terus ke bilik aku dan melayan mimpi yang dok bagi isyarat semasa di dalam perjalan dari Ibukota lagi.Aku tak ada kudrat untuk bangun sahur jadi aku reply aja call member aku dalam pukul 4.50 pagi. Apa yang aku tulis dekat sms tue aku pun dah tak ingat lagi dah, coz masa tue aku hanya ingat nak tidur lagi.

    Cuaca di Penang hari ini baik aja di waktu pagi, bila datang tengahari cuaca menjadi panas terlampau, aku tak sanggup nak keluar dari office nihh.. aku takut dengan kepanasan matahari yang mana kepanasan di akhirat nanti akan lebih-lebih lagi. Aku nak jadi insan penyayang, aku nak jadi insan yang bertaqwa dan beriman, aku akan cuba jadi insan sebenar-benar insan di bumi milik tuhan ini.

Purbe | 3:49 PM | Monday, November 10, 2003

    Hari Ketiga di Ibukota..

    Bila aku buka aja mata dah pun siang hari dan dah tiga hari aku berada di sini. Tak banyak benda yang dapat aku buat waktu pagi-pagi dalam bulan posa nihh jadi aku melepak dalam bilik ajer sepanjang pagi sambil menonton tv hingga lah sampai waktu yang aku rasa berbaloi untuk check out. Aku singgah sekejap di Ikea beli barang yang aku idamkan lepas tue terus pergi rumah aunty aku dekat Sg. Buluh, aku berbuka bersama-sama keluarga aunty aku dan dengan cousin-cousin aku yang kebetulan ada di sana. Aunty n uncle aku sekarang nie dah jadi penternak kambing, di belakang bunglow yang tersergam indah tue.. ada kandang kambing. Uncle aku baru aja berjinak-jinak dengan aktiviti nihh, baru dua bulan yang lalu, dari sembilan ekor kambing dah pun jadi 11 ekor. Daripada apa yang di ceritakan rasanya uncle aku nihh.. beriya-iya benar pasal kambing-kambing nihh.. dia cakap nak tambah lagi lepas raya nanti. Anyway aku wish dia orang berjaya dengan matlamat dia orang tue lahh... harap-harap jadi penternak kambing yang berjaya suatu hari nanti.
    Aku bertolak balik ke Penang jam 10.30 malam..

Purbe | 3:32 PM | Sunday, November 09, 2003

    Berbuka Dengan Member-member..

    Aku berbuka puasa dengan member-member aku, rasanya best pulak berbuka ramai-ramai macam nihh.. Aku berselera lebih sikit hari nie, makan macam-macam sampai aku dah tak berselera untuk bersahur. Aku tak perasan pulak masa berborak dengan member-member aku jadi peramah dan mungkin terlebih peramah, rasanya macam aku nihh suka cakap banyak pulak. Anyway aku amat berbesar hati lahh coz member-member aku sudi keluar berbuka dengan aku yang datang dari jauh-jauh nie. Terima kasih tak terhingga pada member-member aku dan juga terima kasih daun keladi, kalau umur panjang kita jumpa lagi. Kekadang tue susah jugak nak kumpul member-member aku nihh.. maklumlah semuanya ada prinsip dan hal-hal yang tersendiri. Thanx My Pren.



Purbe | 2:48 PM |

    Halal Haram..

    Zaman sekarang zaman sains dan teknologi, zaman segalanya bergerak dengan pantas termasuklah tarikh dan waktu. Zaman sekarang di mana manusia hawa nafsu dan kenikmatan bermaharajalela di dalam diri manusia. Sesiapa yang tertawan dengan kenikmatan dan tergoda dengan hasutan syaitan akan terus tenggelam, tenggelam di dalam keseronokan yang cuma untuk duniawi. Akhirat dah tidak di fikirkan lagi, apatah lagi kewajipan seharian terhadap tuhan semuanya di ketepi, Waktu untuk kita beramal pada tuhan seperti yang di wajib kan dah tak ada lagi dalam kamus manusia seperti ini. Halal haram di ketepi asalkan dapat memuaskan nafsu peribadi, begitulah juga dengan mencari rezeki halal haram tidak di peduli asalkan duit masuk ke poket sendiri asalkan tidak mencuri. Halal haram di ketepi asalkan dapat memuaskan nafsu yang makin di layan makin menjadi-jadi.

    Sesetengah orang berkata aahhh.. hidup masih muda enjoylah dulu, nati bila dah berumur dah puas enjoy barulah bertaubat. Itu pendapat sesetengah manusia yang hanya fikirkan dunia, pada pendapat aku kalau kita tak beramal dari usia yang masih penuh lagi dengan tenaga, kita akan menyesal di kemudian hari. Waktu tua kita dah tak segagah waktu muda, ianya umpama battery makin lama di guna makin kurang tenaganya. Dosa-dosa di waktu usia muda takan mungkin dapat di tebus di usia tua, lagi pun kita akan sibuk pula dengan hal-hal duniawi di waktu tua nanti, jika manusia sentiasa sibuk untuk meluangkan masa pada yang maha esa sampai bila-bila pun akan tetap sama tak kiralah di usia muda atau tua. Kita tak tahu adakah segala amalan kita di terima dengan sepenuhnya atau tidak, segalanya hanya terserah pada yang maha esa.

Purbe | 12:52 AM | Saturday, November 08, 2003

    Sahabat Aku...

    Aku dah berjanji dengan K dari minggu lepas lagi untuk berbuka dia rumah dia hari ini, yang kebetulan hari terakir dia bercuti dalam minggu nihh.. Bila hampir berbuka aku pun sampai di rumah K, wife dia masak tiga empat jenis lauk pauk juga. Aku berkawan dengan K dari aku kecil lagi so K juga tahu segala latar belakang aku, kehidupan aku dan juga memori silam aku. Dah banyak kali aku plan nak jumpa K tetapi ada-ada aja benda yang menghalangnya, kali ini aku betul-betul free dan boleh berjumpa K.

    Sesudah berbuka dan bersolat, aku berborak-borak dengan K sambil menonton tv. K dah mempunya 2 orang nak yang sulung tue nama Nini dan yang kecik sekali nama Hadat. Nini dah dua tahun lebih dan Hadat baru nak cukup setahun agak akulah, Nini nie memang masih lagi kenal akan diri aku nihh.. coz aku suka melayan budak-budak katakan. Aku berborak macam-macam dengan K sampai tak habis-habis idea aku keluar, dalam masa kami berborak K berkata..

    K : hang tau Nini laa.. nie dah tak reti nak cakap kedah lagi dah..
    Aku : sejak bila yang dia tak reti cakap kadah dah...
    K : baru aja lagi dalam seminggu dua nie laaa...
    Aku : hahahhaaa.. hehhe...

    Aku ketawa.. sambil mengejek kata-kata Nini , Nini tersipu-sipu malu dekat aku. Aku : yer lah betul lah dia memang dah hilang semua slang kedah dia, dulu tak macam nie pun...

    Aku dan K ketawa aja..




Purbe | 2:33 PM |

    Aku Menuju ke Destinasi..

    Aku bangun pagi sepertimana hari-hari aku bekerja, aku kemaskan barang yang perlu dan masukan ke dalam beg. Aku bertolak dalam pukul sembilan lebih, hujan dan panas ku rentasi untuk sampai ke destinasi. Aku memandu dengan steady mengikut limit yang di had kan ,tetapi kadang-kadang tu aku jadi racer buat seketika dan kembali balik ke limit yang selamat. Perjalanan sorang-sorang nie kekadang boring jugak sebab tak ada sesiapa untuk berbicara. Aku layan radio n cd ajer lah, hari ini banyak pulak speed trapt nasib baiklah aku terlepas semuanya. Aku tiba ke destinasi dalam pukul 1 tepat, aku cari CC coz masa sorang-sorang kat dalam kereta aku asyik teringat nak baca update member-member aku.

    Dah lama aku tak jumpa J , berbulan-bulan rasanya tapi hari ini aku jumpa dia juga, dia belum kawen macam aku jugalah. Dulu aku kerap juga gii rumah J tapi sekarang nie tak pernah lansung. J bertanya pasal diri aku, aku bertanya pasal diri J sambil berjalan jalan di IKEA. Bila petang menjelang tiba aku pun minta diri dan hantar J balik ke office dia untuk ambil kereta dia.

Purbe | 2:11 PM |

    Destinasi ku...

    Sudah lama aku tidak mengunjunginya, aku merindui suasananya, aku suka melepak di sana akan tetapi aku kurang yakin dapat menetap disana. Ianya cuma sesuai menjadi tempat untuk menghibur jiwa buat seketika, mengigati kenangan silam di masa aku belajar di sana, ziarah mengziarahi sahabat dan kawan-kawan aku yang ada di sana.
    Banyak lagi cerita silam, kenangan pahit manis semuanya masih lagi segar di minda aku.
    Mungkin sekarang ini bukan masa yang sesuai bagi aku mencoret segala kenangan yang ada, Insyallah mungkin di lain waktu lain masa bilamana aku sudah bersedia berkongsi apa yang terpendam di minda.

    Kemanakah destinasiku.. ??? Destinasiku merupakan sebuah tempat yang paling kerap aku pergi selain daripada balik kampung halaman ku. Destinasi ku itu boleh dikatakan tempat untuk segalanya, tempat di mana segala urusan halal haram di jalankan dengan meluasnya. Destinasi ku itu juga tempat terdapatnya segala jenis manusia berada. Manusia yang mencari ilmu, manusia yang berilmu, manusia yang menggunakan ilmu, manusia yang menyalah gunakan ilmu dan bermacam-macam jenis manusia lagi. Kalau nak di cerita sehari suntuk pun belum tentu boleh habis semuanya. Kehidupan manusia terlalu banyak untuk di cerita, setiap insan ada jalan cerita sama ada yang di takdirkan ataupun pilihannya.

Purbe | 11:44 AM | Friday, November 07, 2003

    Renung-renungkan lahhh...

    4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

    Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
    sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

    1. Sebelum khatam Al Qur'an,

    2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

    3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

    4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

    "Bertanya Aisyah :

    "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
    seketika?"

    Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
    tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

    Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
    semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

    Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

    Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
    seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Purbe | 3:24 PM |

    Satu Cerita Di Tasik Pedu....

    Kekadang bila tengok cerita seram teringat pulak pengalaman aku di waktu dulu-dulu, di masa aku masih muda , di masa aku mula menapak dalam pekerjaan, di masa aku baru dapat lesen kereta.
    Salah satu tugasan aku selaku pekerja aku di suruh pergi bersama-sama dengan , N dan Ms.L , kami bertiga kena pergi ke Tasik Pedu untuk menghantar barang-barang yang di tempah. Ini merupakan kali pertama aku nak ke Tasik Pedu, begitu juga dengan N. So pada besoknya awal-awal pagi lagi kami dah sediakan barang0barang tu dan masukan semuanya dalam van. Aku dengan senior aku tu N memang accited habis sebab ini lah kali pertama kami nak menjejak kaki ke sana , lagi pun sebelum ini kami cuma mendengar cerita sahaja tentang tempat percutian yang dikatakan menarik nihh... Pada waktu tue kalau sebut aja pedu sure terbayangkan sebuah resort yang cantik lagi menarik, tetapi sekarang entah lah.. aku tak berminat lansung nak bercuti ke sana, kenapa aku pun tak tahu mungkin naluri aku tak suka tempat tue kot....

    Semua barang sudah ready , van pun dah di periksa, air dah ditambah dan minyak hitam pada level ok, kata N. Aku tak tahu apa-apa pasal kereta or van pada masa tu, so.. aku diam aja dan terus masuk dalam van jadi co-pilot, N memandu n Ms.L kat belakang. N kuat kan radio , we'll happy aja dan susana masa tu cukup ceria. Dalam hati kami tak sabar-sabar nak pergi.

    Perjalanan agak jauh jugak dan jalan dia tue boleh tahan jugak dengan perjalanan turun naik bukit dan jalan yang berliku. N memandu dengan stedy aja aku neng pusing sana , pusing sini , permandangan semua terhalang pokok-pokok hutan dan lereng-lereng bukit.

    Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam rasanya dari bandar a.s tu.. Dalam hati aku dengan N tu tak sabar-sabar nak sampai destinasi yang di tuju. Setelah sekian lama perjalanan kami pun sampai, penat jugak drive macaam nie N mengeluh. Kami turunkan baranng-barang tue dan serahkan pada person incharge dan kami tolong apa yang patut. Ms.L ada hal dia sendiri dekat situ so cuma tinggal aku dengan N aja kat situ, kerja kami dah habis cuma menunggu Ms.L aja. Aku dengan N ambil masa yang terluang tue meronda-ronda kawasan sekitarnya. Aku nengok permandangan agak cantik jugak dengan tasik yang luas dan resort dia berdekatan sesangat dengan tasik tu.

    Ms.L dah siap kerjanya so tibalah waktunya untuk kami bergegas pulang. Hari pun dah makin petang dan dah hampir senja dahh... Tiada lagi kedengaran burung-burung berkicauan macam waktu kami mula-mula sampai tadi. Enjin van pun dah lama berhenti so N menghidup dan memanaskan enjin dulu malum lah dah berjam-jam berhenti menunggu kami. Seperti biasa juga aku masih lagi jadi co-pilot, hari sudah semakin gelap. Perjalanan kami sekarang ini merun bukit setelah pada waktu datang tadi mendaki bukit.

    Pusing laaa.. punya pusing tetiba, aku rasa agak lama juga kami kat atas bukit tue.. bila aku tanya Ms.L dia kata dah dua jam kami bertolak dari resort tue. Kenapa setelah perjalanan 2 jam kami masih ada di atas bukit tue lagi, perjalanan tak henti-henti, sepatutnya kami dah sampai ke main road. Tetiba kami baru tersedar yang kami semua masih lagi di tempat yang sama dan berpusing di tempat yang sama. Sepatutnya tak terjadi macam tue sebab cuma satu jalan aja yang ada dekat situ dah tak ada jalan lain lagi dahh.. Bulu roma kami semua mula meremang dan kemudian Ms.L mengesyaki sesuatu yang tak kena jadi dia suruh kami baca apa yang patut, aku dengan N pun bacalah apa yang kami tahu. Selepas tue semuanya diam dan tak berkata sepatah kata pun . tak lama kemudian kami tidak lagi berpusing di tempat yang sama so.. perjalanan kami pun berada di landasan yang betul. Akhirnya kami berjaya jugak sampai di office setelah perjalanan selama 3 jam lebih. Aku dengan N terus aja balik ke rumah tanpa berkata-apa.

    Satu perjalanan yang tak masuk akal, sepatutnya menuruni bukit lebih cepat daripada mendaki bukit. Aku tak dapat nak lupakan kisah itu sampailah ke hari ini. Mungkin sebab itulah aku tak berminat nak pergi bercuti ke sana.

Purbe | 9:38 AM | Thursday, November 06, 2003

    Cerita Kahwin...

    Semalam aku kena gii buat keje dekat bandar a.s, so dalam perjalanan tue aku bersembag-sembang lahh dengan colleague dalam kereta tuuu, sembang la punya sembang sampai lah ke bab pasal kahwin nie, kebetulan officemate aku yang sorang tuu yang juga memerangkap boss we'll nak kahwin dalam minggu nie. So... aku tanya dia mahal tak cost kawen u'll , si E nie menjawab , cost kahwin dia orang boleh mencecah 15 hingga 20 ribu ringgit kalau yang biasa punya, cosy tue termasuk untuk baju, gambar, dewan makan minum dan lain-lain lagi. Pasal tempat nak buat jamuan tue selaunya dia orang akan tempah setahun lebih awal coz nak dapat tarikh yang baik mengikut feng sui dia orang.

    So officemate we'll tue baru decide 5 bulan yang lalu so.. tak dapatlah tempat yang besar untuk menampung semua tetamu dia yang agak ramai juga, so.. dia orang buat lah dua kali jamuan tue. Colleague aku bagi tahu lagi, walaupun dia orang keluarkan belanja yang besar tetapi dia orang takan rugi coz bila tetamu datang dia orang akan dapat angpow .. so.. selalunya dia orang dapat duit n kekadang tue dapat jugak cincin dan rantai. Bila di dikira balik semua apa yang pengantin tuuu.. dapat, selalunya dia orang dapat pulangan lebih daripada modal yang diaorang keluarkan. So.. katanya lagi ini macam lah satu pelaburan jugak... tue laa dia kata kalau dia kawen banyak kali lagi laaa untung hehehee...

Purbe | 1:00 PM |

    Aku Rindu...

    Aku datang kerja hari ini terawal lahh sikit, anyway blom ada sesiapa dekat office nie.. aku terasa bangga sekejap sebab aku yang terawal, maklumlah sebelum-sebelum nie aku datang pastinya dah ada orang kat office nie. Aku tunggu sampai hampir 9.30 baru lah ada seorang datang, lepas tue aku tanya dia mana acc. exec ofiifice aku nie.. so dia cakap mc , so.. tinggal kami berdualah hari ini coz yang sorang lagi sepatutnya kerja hari ini belum datang-datang lagi hingga waktu aku buat update journal nie..., hmmm.. curi tulang lah tue.., bos kat office sini pulak yang juga memerangkap kawan aku tue dia dah cuti coz nak kawen 8hb nanti, aku tak di jemput sebab semuanya masakan non halal heee... hee.. so dia kata dekat aku next time dia bawa aku gii makan-makan. Bakal wife bos aku nie dulu kerja kat tempat aku jugak yang juga salah sorang yang paling rapat dengan aku dekat ofiice nie, sebelum dia orang bercinta selalu juga aku keluar makan dengan bakal wife boss aku nie, biasalah kawan-kawan lagipun aku mana ada kawan melayu kat office nie cuma aku seorang aja. Seorang lagii sales person dekat office aku nie bercuti selama 3 minggu coz attend exam kot dekat salah satu ipta kat sini. Aku nekad akan sambung belajar tahun depan walaupun apa terjadi, azam untuk tahun depan.

Purbe | 10:01 AM | Tuesday, November 04, 2003

    Kelam Kabut....

    Tetiba aja petang nie aku jadi kelam kabut bukan sekadar banyak kerja tetapi terlalu banyak sangat kerja aku kena uruskan. Kepala aku dah mula pening-pening tetapi bukan kerana darah tinggi seperti mana yang di jelaskan oleh L dalam jurnalnya. Aku pening kerana memikirkan terlalu banyak pekara dan juga kesuntukan masa untuk meguruskan kerja yang tak tersenarai dalam bidang kerja aku. Aku kena jawab soalan-soalan yang sememangnya tak pandai aku nak jawab, sekali lagi ianya bukan dalam bidang aku. Aku kena make call aku kena jawab call dari orang yang sekejap-sekajap telefon aku, tak sempat aku nak buat semuanya dalam satu masa. Kenapa hari ini orang asyik call dan bertanya itu ini, aku bukan sales person. Kenapa aku.. kenapa aku yang di suruh buat kerja tuuu.. aku tak tahu dari mana aku nak memulakan dulu, aku tak tahu bagaimana nak dapatkan information-information yang dulunya ada pada document tetapi sekarang ini di dalam bentuk digital.

    Walaupun teknologi sebahagian dari bidang kerja aku namun hari ini aku tersesat di dalamnya, tersesat di dalam keserabutan hasil kerja orang lain yang mana aku tak pernah sentuh sebelum ini. Aku sanggup bekerja tak kira masa tetapi aku pening bila berhadapan dengan sikap orang yang tak ada sistem kerja. Pada waktu ini pun aku masih lagi di tempat kerja, waktu berbuka sudah tiba namun aku tak ada apa-apa untuk dijadikan pembuka selera, tak ada epal tak ada tomato dan juga tak ada roti.
    Aku cuma dapat meneguk segelasa air sahaja tanda berbuka....

    Alhamdulillah... akhirnya aku berjaya selesaikan semua kerja-kerja.


Purbe | 7:14 PM |

    Aku suka hero macam nie..

    Aku meminati jalan cerita cerpen ini.. jadi aku nak berkongsi dengan korang semua..

    Cerpen sumbangan daripada atida77 di petik dari khazanah melayu.

    Bukan Kehendak Hati

    "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu",serentak dengan itu, airmata mula mengalir laju ke pipi ku, dengan ini aku telah disahkan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak berapa ku kenali. Tiada siapa yang mengerti rawan dihatiku namun ku gagahi jua tersenyum apabila jemputan mengucapkan tahniah kepada ku.,Muhammad Nur Hakim itulah nama suamiku seorang yang amat baik tetapi sayang tidak pernah mengetahui perasaan ku padanya.

    Suasana begitu meriah sekali di rumahku, sekejap lagi aku akan disandingkan, walaupun tanpa kerelaan namun takdir tetap mengatasi segalanya, "shikin dah siap?" tanya mama, aku cuma mampu menganggukkan kepala "cantik anak mama"puji mama. Kain songket berwarna peach yang membaluti tubuhku itu terasa panas membahang walaupun terdapat aircond dalam bilikku itu. Tidak lama selepas itu, terdengar sayup2 paluan kompang menusuk ke telingaku menandakan pihak lelaki telah pun sampai. Mak andam masuk ke bilikku lalu mengajakku keluar kerana pengantin lelaki telah berada di luar. Aku melihat suamiku menjeling ke arahku sambil tersenyum aku cuma menundukkan kepala. Ramai yang memuji kata mereka seperti pinang di belah dua. Aku cuma mampu tersenyum, suamiku kelihatan amat gembira sambil melayan tetamu yang hadir. Selepas semua majlis selesai, aku mengambil keputusan untuk berehat di bilik.
    "Sayang, nape ni? Abang tengok shikin macam tak gembira je", tanya suamiku. "Takde apa abang, shikin cuma letih je". Jawabku. Abang??? Aku tidak menyangka aku akan memanggilnya abang, teringat kembali semasa kali pertama aku berjumpa dengannya di pejabat abah, kebetulan pagi itu aku terlewat sikit ke pejabat kerana keretaku rosak. Apabila sampai di pejabat, sestiausaha abah terus menyuruhku masuk ke bilik abah, aku telah diperkenalkan abah dengan Muhammad Nur Hakim yang baru menjawat jawatan sebagai jurutera.Aku cuma menganggap nya sebagai rakan kerja biasa kerana pada masa itu aku telahpun mempunyai pilihan hati.


    Kamalul Azry itulah nama pilihan hatiku, aku telah menjalin hubungan dengan nya sejak di bangku sekolah hinggalah ke universiti. Aku terlalu menyintainya, tetapi sayang hubungan kami tidak direstui kerana Azry adalah anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya dari kecil hinggalah dewasa, Mama tidak merestui hubungan kami kerana tidak mengetahui asal usul keturunan azry kerana kata-kata mama itulah azry menghilangkan diri. Aku teingat kembali pada pertemuan kami yang terakhir. " Shikin, walau sekuatmana abg menyintai shikin, abg tahu abang takkan dapat bersama dengan shikin, dan abang telah mengambil keputusan utk jauh dari shikin" ucapnya dengan tersekat sekat. " Apa abang cakap, u want to leave me? Abg tahu tak shikin amat sayangkan abang, shikin tak leh terima kalau abg tak de", jelasku sambil menangis," Jangan menangis sayang, kerana abg tahu shikin sayangkan abang, abang pun tak leh hidup tanpa shikin tapi kita kena cuba demi masa depan shikin, tapi abang percaya kalau kita memang ditakdirkan ade jodoh, kita akan tetap bersama" " Sampai hati abang", "shikin, hubungan yang tak direstui oleh keluarga takkan diberkati sayang, kita kena terima hakikat tu, biarlah abang pergi, abang tetap mendoakan kebahagiaan shikin selamanya, Shikin, lagi lama abang di sini lagila abang tak sampai hati tinggalkan shikin, biarlah abang pergi sekarang", " abang, jangan tinggalkan shikin abang" aku teresak-esak di situ sedangkan azry telah jauh meninggalkan ku. Semenjak itu aku rasa hidupku tidak bermakna lagi, di mana saja aku pergi aku terbayang wajahnya, hilai tawanya, kasih sayang yang dibina hampir 8 thn hilang begitu saja. Dulu aku selalu berangan-angan untuk duduk di pelamin bersamanya, dan sekarang ini yang menghiasi pelaminku adalah orang lain.


    Selepas tak berapa lama aku berpisah dengan azry, Hakim telah meluahkan perasaannya padaku, kebetulan abah dan mama memang amat menyukainya dan amat berharap untuk jadikan dia menantu, aku tidak dapat berbuat apa-apa hanya mampu menerima rombongan peminangan keluarganya. Sebulan selepas itu, kami ditunangkan, walaupun bertunang, aku selalu mengelak dari berjumpa dengannaya, kami berjumpa cuma dipejabat, apabila dia mengajak ku keluar aku selalu memberikan alasan yang tidak munasabah yang tidak mungkin dapat diterimanya, aku selalu bersikap kasar dengannya tapi apa yang aku nampak dia terlalu baik dan penyabar orangnya apa yang aku lakukan, dia tetap terima. Setiap minggu pasti ada sejambak bunga di atas mejaku sampai staf-staf mengatakan yang aku bertuah mendapat lelaki sepertinya seorang yang romantik dan tahu menghormati wanita, hubungan aku dengannya direstui semua orang. Sedangkan dia tidak tahu yang hati ku tertutup untuknya aku menerimanya kerana Mama dan abah.,
    Selepas 6 bulan bertunang, aku dinikahkan dengannya,

    Pada malam itu aku cuma mendiamkan diri, pada malam yang sepatutnya aku menjalankan kewajipan ku sebagai isteri nya aku hanya mendiamkan diri, selepas membersihkan diri, dan bersolat isyak, suami memandang ku dengan penuh makna, dia memgang tanganku dan menyatakan betapa bertuahnya dia kerana dapat mengahwini aku. Aku cuba tersenyum tetapi di dalam hati aku terasa seperti mengkhianatinya, dia mula mencium ku dan ku cuba menepis dengan menyatakan alasan letih. Ku tahu dari riak wajahnya dia amat kecewa. Namun aku masih bel;um bersedia untuk memenuhi kehendaknya,dan malam itu berlalu begitu sahaja. Begitulah yang kulalui sepanjang kami menjadi suami isteri,keperluan makan minum dan pakaiannya semuanya aku sediakan tiadak ada kurangnya cuma satu tu jela yang tidak mungkin aku berikan padanya, kadang-kadang terasa diri ini berdosa tapi aku tidak dapat melakukan apa-apa..hati ku bukan untuknya, Dia tetap bersabar dengan ku. Di depan keluarga aku berpura-pura bahagia tapi bila di rumah bersamanya aku menjadi seorang yang pendiam, sepatah dia tanya sepatah aku jawab, hilai ketawa bersamanya memang tiada langsung dalam kehidupan kami. Kami pergi kerja berasingan, berumpa hanya di pejabat bercakap pun hanya soal kerja.

    "Shikin, boleh kita bercakap sikit", aku terkejut kerana tiba-tiba suamiku menegur ku.."Ada apa?"tanyaku seolah tiada apa2 yang berlaku. Namun, aku dah mula berdebar kerana aku yakin dia akan bertanya tentang layanan ku terhadapnya. " Sayang, kenapa buat abang macam ni, abang seperti tak pernah wujud dalam hidup shikin, shikin abang tahu dari segi zahirnya semuanya sempurna tapi kenapa abang tak pernah merasakan kasih sayang shikin?", aku telah pun bersedia untuk menceritakan perkara yang sebenar pada nya kerana aku ingin dia mengerti perasaan ku dan tidak memendam perasaan lagi." Maafkan shikin abang, sebenarnya berat shikin hendak memberitahu abang tentang perkara ni, abang, shikin….shikin..shikin tak pernah menyintai abang, shikin terima abang kerana mama dan abah amat menyukai abang, shikin menyintai orang lain abang,", jelasku sambil teresak-esak kerana tidak sanggup lagi menahan derita di hati. Ku lihat muka abang hakim agak berubah dan terkejut dengan penjelasan ku itu. "Abang tidak sangka, perkara ini yang berlaku shikin, kalau shikin bagitahu awal2 abang tak mungkin meneruskan niat abang ini,tapi apa yang abang tahu abang sayangkan shikin dan menyintai shikin sepenuh hati abang" . Ku lihat ada nada menyesal di dalam suara nya. " Kalau macam tu, baik Shikin fikir penyelesaian terbaik untuk masalah kita ni, abang sanggup terima apa saja keputusan Shikin, baik kata shikin, baik untuk abang, buruk kata shikin, buruk jugak untuk abang, abang sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan shikin", airmata mula laju menuruni pipiku. Aku amat terasa dengan kata-katanya.

    Aku banyak berfikir malam itu, entah mengapa buat pertama kalinya aku merasa amat sunyi sekali , terasa memerlukan seseorang untuk menemaniku malam itu, Hakim telah memberitahuku bahawa dia akan ke Jepun, kerana menghadiri seminar di sana, dia minta aku memberikan keputusan kepada nya selepas dia balik nanti. Sepanjang pemergian nya kesana aku terasa sunyi dan buat pertama kalinya rindu mencengkam dihati. Aku juga tidak menyangkakan bahawa aku akan berjumpa semula dengan Azri, org yang ku cintai selama ini, pertemuan berlaku secara tiba-tiba, pada pagi itu akuperlu menghadiri mesyuarat dan orang yang menjadi pengerusi mesyuarat itu adalah seorang yang amat ku kenal., aku terkejut dan tergamam ketika itu, fikiran ku menerawang sepanjang mesyuarat berlangsung, azry nampaknya pandai mengawal perasaannya. Namun ku tahu riak wajahnya juga terkejut sepertiku.
    Selepas mesyuarat, dia mula menyapa ku dan kami telah makan tengahari bersama, kami banyak bercerita tentang masa lampau sehingglah pada perkahwinanku, tapi yang mengejutkanku dia mengatakan dia belum berkahwin lagi kerana masih tidak dapat melupakan aku." Shikin, apa kata kalau kita menyambung kembali hubungan kita dulu, sekarang ni azry dah berjaya jadi bolehla azry tunjukkan pada mama dan abah shikin yang azry mampu berada di tahap yang sama seperti keluarga shikin" permintaannya amat mengejutkan ku. Walaupun aku gembira bertemunya namun pada masa yang sama aku merasakan perasaanku amat berlainan padanya. Ianya bukan seperti dulu. Aku cuma meminta untuk berfikir dulu, aku ada menceritakan kisah rumahtangga ku padanya. Dia cuma menyuruh aku agar berpisah dengan hakim dan kembali kepangkuannya kerana apa yang dilakukan selama ini hanyalah untukku dan juga untuk membuka mata orang tuaku.

    Sepanjang Hakim ke luar negara, aku menjadi seorang perindu, rindu pada riak wajahnya, rindu pada kesabarannya. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini hadir, walaupun aku banyak menghabiskan masa bersama azry boleh dikatakan tiap2 hari namun aku tetap merasakan kekosongannya, Aku sudah mulai keliru, hakim akan pulang dalam masa beberapa hari lagi dan aku masih lagi tidak dapat membuat keputusan yang terbaik. Azry mendesak, aku mula gelisah, sekarang tidurku amat terganggu, terganggu kerana ingin membuat keputusan yang terbaik. Di pejabat, aku mula menjadi murung, banyak kerja yang ku lakukan tersilap.Pada pagi itu, aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik suamiku. Aku duduk di kerusinya tiba-tiba aku terlihat sebuah diari di situ, aku mengambil dan mula membacanya.

    "Hari ini hari pertama aku melaporkan diri disini,suasana pejabat amat menyenangkan, dan aku juga tidak menyangka aku diperkenalkan dengan anak majikanku, Nurul Asyikin, cantik nama tu secantik orangnya, lawanya dia walaupun tanpa solekan yang tebal, aku tidak tahu mengapa hati ini terasa lain bila berjumpa dengannya."

    Setiap helaian demi helaian aku belek sehinggala ke muka surat yang terakhir, aku tidak tahu yang dia menyimpan perasaaan begitu murni terhadapku, namaku tidak pernah lupa disebut pada setiap helaian diarinya

    " Aku tidak menyangka yang shikin tidak pernah menyintaiku, namun aku tahu aku tidak dapat melupakannya aku terlalu menyayanginya, setiap hari aku sentiasa menunggu belaian kasih sayang darinya namun ini yang ku dapat, shikin tidak adakah sekelumit sayang mu padaku? Oh! Tuhan aku tidak menyangka semua ini berlaku namun aku pasrah dengan keputusannya nanti, aku sanggup lakukan apa saja untuknya biarlah pahit untukku asalkan manis untuknya".

    Itulah helaian terakhir, aku mula terasa lain pada hatiku adakah itu sayang untuknya sekarang ni aku sudah tahu apa yang aku mahukan dalam hidupku. Aku tersenyum dan menyimpan balik diari itu ke tempat asal.
    Petang itu aku berjumpa azry dan menyatakan keputusanku. Dia nampaknya kecewa tapi aku yakin dia tidak sekecewa dulu, tapi apapun dia tetap mendoakan kebahagiaanku. Aku merasakan akulah orang paling gembira sekali rasanya,

    Pagi itu, aku lah orangnya yang bertanya pada setiausaha Hakim bila dia akan pulang kerana aku ingin mengambilnya sendiri di airport, rumah ku hias cantik-cantik, segala keprluannya aku sediakan, tidak sabar rasanya aku menunggu kepulangannya.
    Bila tiba saat kepulangannya aku mula berdebar-debar tidak jauh di depanku ku lihat hakim baru sampai, aku mula melambai-lambai tangan ke arahnya. Hakim nampaknya terkejut dengan kedatanganku, aku menyalami dan mencium tangannya serentak dengan itu, airmata mula keluar dari pipiku, " Shikin, napa ni?" soal hakim yang agak kehairanan melihat ku menangis. " jangan macam ni , Shikin, abang dah balik ni, abang sanggup terima apa saja keputusan Shikin, abang dah maafkan Shikin", katanya lagi."Tidak bang, Shikin nak bersama dengan abang dari dunia hingga akhirat, hanya abangla suami shikin dari dunia hingga akhirat, maafkan shikin ye bang" "Betul ke ni Shikin, tidak salah ke apa yang abang dengar ni?inilah hadiah paling bermakna dalam hidup abnag Shikin, abang betul2 gembira, terima kasih sayang, terima kasih Shikin". Dia memelukku.terasa hangat pelukannya, dan kami pulang ke rumah, dan malam itu menjadi malam yang paling bermakna dalam hidup kami. Aku betul-betul bahagia di sampingnya dan aku cuma berharap agar aku bahagia di sampingnya selama-lamanya.

Purbe | 1:44 PM |

    Hidup ini....

    Hidup ini umpama mimpi yang tiada kesudahannya.. sikap manusia selalu ada keinginan yang melebihi jangkauannya.
    Aku hidup didalam dunia realiti tetapi aku bagaikan bermimpi, bermimpi mengenai sesuatu yang tak pasti , bermimpi mengenai sesuatu yang jauh dari jangkauan aku. Aku mempunyai cita-cita yang ingin dikejari tetapi memandangkan dah ramai yang kecundang dalam usaha mengejar cita-cita yang terlalu tinggi. Aku mula jadi tidak pasti dan takut dengan bayang-bayang sendiri , walaubagaiman pun aku sangat dahagakan kejayaan yang mana dah lama aku tak mengecapinya. Aku inginkan perubahan tetapi aku masih sayang untuk meninggalkan apa yang aku ada pada masa ini. Itulah masaalah utama di dalam hidup aku ini yang selalu membuatkan hidup aku selalu merasa sepi. Kakadang tu aku inginkan berteman dan di waktu lain pula aku merasakan macam nak hidup berseorangan. Aku di dalam kebingugan sebab banyak sangat persoalan dalam diri aku ini. Aku tak pasti apa yang aku perlukan sebenarnya..... fikiran aku tak henti-henti memikirkannya....

Purbe | 12:41 PM | Monday, November 03, 2003

    Suatu petang yang sunyi....

    Suatu petang yang hening yang cukup sunyi dekat office aku nie.. blom pukul 5 tadi dah takda sapa-sapa kat opis nihh... takan semuanya ada hal kot.. telefon pun tak henti-henti berbunyi mencari orang yang tak ada kat office aku pada masa tue.. aku bukannya secretary asyik nak kena jawab panggilan aja..
    Bosan jugak duduk kat office bila terasa sunyi, takda sapa-sapa nak berborak dengan aku, abiss tue aku jugak kena tunggu office nie.. tak boleh nak lari kemana-mana dahh..
    Kawan-kawan aku pun hari nie.. menghilangkan diri..
    Tak sabaq rasanya nak balik berbuka puasa seorang diri..
    heeheee.. padan muka aku, semuanya hari ini aku berseorangan diri. Hari ini penuh dengan kesunyian....

Purbe | 6:00 PM |

    Minggu Yang Baru..

    Semalam dah genap seminggu kita sebagai umat islam berpuasa, masa cepat aja berlalu tetapi aku masih lagi macam dulu. Hari ini juga Pak Lah dengan resminya masuk kerja sebagai PM yang baru, bilik yang lama di tinggalkan kekosongan entah siapa yang bakal berebut nanti, itu semua bukan masaalah aku. Aku cuma mahu negara aku ini maju dan terus maju, aku cukup kesian dekat kawan-kawan aku yang kerja dekat kilang, sebab bila ekonomi negara kita berada di kemuncak kawan-kawan aku ini pun maju jugak sebab boleh buat duit lebih banyak lagi tetapi bila ekonomi tetiba aja jatuh, mereka-mereka ini pun di dalam kesusahan jugak sebab pembayaran melebihi pendapatan. Itulah masaalah yang dialami oleh orang-orang muda kita pada masa ini. Selalunya masaalah kita pendam sendiri atau lebih baik kita luahkan pada orang yang di percayai.

    Semalam aku bersendirian..

    Semalam.. aku tak buat apa-apa sangat cuma melepak dalam rumah aja.. sukar aku nak percaya yang aku tak jejak luar dari halaman rumah aku lansung semalam tue..
    Aku tak tahu nak kemana bulan puasa macam nie jadi aku melepak aja depan computer tue sampailah waktu berbuka.. tentunya emak aku bising bila tengok bill telefon yang bakal melambung tinggi bulan nie.. heee.. heee.... sekali sekala anak emak balik kampung, apa salahnya kann.. Sekarang nie adik-adik perempuan aku dah mula meminati journal, terutama sekali yang journal Max dan yang terbaru pula journal Darkampo yang tetiba aja muncul di dalam guestbook Max tetapi kekadang tue dia orang jenguk jugak journal Mat jan. Journal yang lain aku tak pasti sangat coz mereka selalu berborak dengan aku mengenai journal-journal tuu.. aja.... Aku merasakan masa begitu cepat berlalu terutama sekali bila aku berada di depan computer nihhh... kenapa yerr.. masa selalu menceburui aku.......
    Petang semalam emak aku memasak bermacam-macam lauk pauk untuk berbuka, dia ada bertanya aku nak makan apa so.. aku cakap aja serawa labu sebab bila aku masuk dapur aku nampak aja 2 biji buah labu yang montel-montel tue, apalah lagi keluar lah idea nak makan serawa labu tue..., emak tanya aku tak nak makan nasi kaa.. aku dengan selamba dan pantas aja menjawab tak nakkk.., emak aku bagi tahu yang dia nak masak bermacam-macam lauk tetapi aku terus juga dengat niat aku nak makan serawa labu aja.. Bila dah dah cukup waktunya azan dari surau yang tak seberapa jauh dari rumah aku tue pun berkemundang so... dengan automatiknya tangan semua ahli-ahli keluarga aku dekat meja makan tue pun capai apa yang di idamkam dari tadi lagi. Aku pandang sekeliling fuhhh... sedapnya bau masakan emak aku tue bermacam-macam jenis masakan tetapi aku ambil serawa labu tuu.. dah terus menjamahnya, kemudian ahli-ahli keluarga aku yang tak seberapa orang tue memulakan majlis santapan nasi dan lauk pauknya, aku terus bangun ambil air sembahyang dan terus bersolat. Sesudah solat aku kembali ke meja makan dan memakan serawa labu tuuu.. memang sedap serawa labu tue.. tetapi nafsu aku mempunyai keinginan yang sangat kuat nak merasai nasi dan lauk- pauk yang emak aku masak tue.... akhirnya aku dapat menewaskan keinginan nafsu aku tue.. dan aku teruskan dengan matlamat aku yang aku set kan tue. Walaupun aku tak berbuka dengan epal atau tomato semalam tue tetapi labu buah jugak so.. kira ok lahh.. tue.. setakat hari ini semuanya berjalan mengikut perancangan aku.

    Bila terfikir agak lama juga aku tak jumpa kawan-kawan aku dekat KL dan dah lama juga aku tak dengar khabar berita dari mereka, kalau aku call kawan-kawan aku tue pastinya aku tertewas dengan pujukan mereka... aaahhh nanti raya jumpa lah kata hati kecil ku. Aku merindui suasana gelak tawa bersama kawan-kawan aku, walaupun kebanyakan kawan-kawan aku dah berkeluarga sendiri namun layanan mereka pada aku tetap sama juga di masa waktu mereka bujang dahulu. Aku sungguh bertuah mempunyai kawan-kawan seperti itu.

Purbe | 2:50 PM | Saturday, November 01, 2003

    Hari Pertama Buat PM ke 5


    Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

    Hari ini merupakan hari pertama dalam kerjaya Pak Lah atau dengan nama penuhnya Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang ke 5 yang dilantik secara resminya petang semalam. Syabass Pak Lah.. anyway semalam aku berborak dengan beberapa member so dia orang bagi tau satu cerita yang Tengku Abd Rahman ,PM kita yang pertama tue telah wasiat dari dulu lagi.. sapa-sapa yang nak jadi PM kenalah ikut adjad nama dia R.A.H.M.A.N , cuba nengok :

    1st PM kita R = Rahman
    2nd PM kita A = Abdul Razak
    3rd PM kita H = Husien Onn
    4th PM kita M = Mahathir
    5th PM kita A = Abdullah
    6th PM kita N = ?????
    adakah Najib?? belum siapa tahu lagi buat ini...


    hehee.... semua just omong-omong aja tetapi sebelum nie semuanya mengikut abjad tue.... benar tak benar aku pun tak pasti, semuanya hanyalah gurau senda buat masa ini. Aku menunggu apakah perubahan yang bakal di buat oleh Pak Lah untuk negara kita ini...

    Ini lah gambar kenangan mereka-mereka yang pernah menyandang jawatan tertinggi di dalam tompok pemerintahan negara kita MALAYSIA.

    Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1903-1990)
    Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia Pertama





    Tun Abdul Razak Datuk Hussein (1922-1976)
    Perdana Menteri Malaysia Kedua





    Tun Hussein Onn (1922 - 1990)
    Perdana Menteri Malaysia Ketiga





    Tun Dr Mahathir Mohamad (1925-31 Oktober 2003)
    Perdana Menteri Malaysia Keempat







Purbe | 7:25 AM |