|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Tuesday, November 25, 2003
Aku bangun di pagi Syawal.. aku mandi seperti biasa dan last sekali aku mandi sunat di pagi Hari Raya Aidilfitri, mandi sunat Aidilfitri dengan niat ajerr.. mandi yang lain tak perlu coz aku bersih. Aku masih memikirkan lagi samada nak pakai baju melayu dengan seluarnya or pakai dengan kain pelekat. Akhirnya aku decide nak bergaya dengan baju melayu yang serba lengkap. Aku suka butang baju kurung yang ada mutiara sebagai batunya tue, nampak cantik aja, lain dari yang lain. Dulu-dulu someone hadiahkan kat aku masa dia masih lagi berinteraksi dengan aku. Aku ceria di pagi Syawal yang mulia, aku gii solat Aidilfitri, aku gii kubur dan aku bertandang ke rumah member aku yang selalu jadi port kawan-kawan aku pada tiap-tiap tahu selepas aja solat sunat Aidilfitri. Tahun ini berbeza sesama sekali.. hanya aku berseorangan menunggu di situ, nasib baik lahh ada kawan aku yang datang dengan anaknya aja (wife dia tak ikut sekali), so aku adalah juga kawan menemankan aku untuk berhari raya keliling kampung. Suasana dalam diri aku menjadi sayu, kerana hanya aku yang tak mempunyai berkeluarga sendiri pada tahun ini. Yang lain sibuk beraya dengan isteri dan anak masing-masing. Aku sedih... aku tak ada mentua , aku tak ada isteri yang meminta ampun dan maaf daripada suami yang tercinta sambil mencium tangan . Aku tak boleh melihat isteri aku yang melaram or bergaya di pagi hari raya, sebabnya.... sebabnya aku masihhhh... BUJANG...... Jelous aja aku nengok kawan-kawan aku yang mempunyai anak yang comel-comel dan bergaya serta penuh dengan keriangan di pagi Aidilfitri. Di masa yang lalu aku dah melepaskan peluang untuk menikmati hidup seperti kawan-kawan aku. Tetapi sekarang entah bila peluang itu akan kembali pada diri aku. Aku mempunyai banyak harapan tetapi semuanya belum tercapai.., mungkin turn aku belum sampai lagi kot. Aku pergi mengziarahi dan berhari raya di beberapa buah rumah di sekitar kampung aku, aku makan macam-macam pada hari ini. Aku dah lupakan sejenak buah-buahan yang menjadi makanan asasi aku pada bulan puasa yang lalu. Aku memakan ketupat, lemang, mee sup, laksa, mee rebus, kuih raya dan banyak lagi. Macam tak percaya pulak yang perut aku boleh menerima semua-semua tue dalam masa setengah hari aja. Tak pernah lagi aku merasa mewah dengan makanan pada tahun ini sebelum nihhh.. aku kekenyangan... mata pun kekenyangan untuk buka luas-luas so.. tahu-tahu ajerlah. Pada malamnya aku pergi ke rumah Atok aku ziarah dan beraya dengan dia orang, kebetulan pada masa tue sedara aku yang jauh-jauh pun ada kat situ so aku tumpag lah memeriahkan suasana sambil gelak ketawa. Dalam masa yang sama jugak dapat kenal mengenali saudara mara yang dulunya kecik-kecik tetapi sekarang nie dah jadi anak dara. ![]() |