Monday, December 01, 2003
    Bekerja Selepas Bercuti Hari Raya...

    Perasaan malas untuk bekerja padi hari ini masih lagi menebal dalam diri aku nihh..
    Aku tak nak keluar dari office hari nie, aku tak nak gii lunch, aku tak nak minum apa-apa pun coz aku berpuasa hari ini. Aku bukan berpuasa ganti tapi posa sunat, Kepada kawan-kawan aku tak berpuasa sepenuhnya bulan Ramadhan lepas mungkin kerana sebab hormon ataupun berbuka puasa lebih awak dari waktunya , mehhh.. kita berpuasa bersama-sama, tak payah nak tangguh-tangguh lagi. Bayar n langsaikan semuanya secepat mungkin.

    Aku baru kembali dari tanah besar, hari ini aku kembali bekerja di pulau yang penuh dengan kota-kota batu, pulau yang majoritinya bukan dari kaum bangsaku. Pulau yang satu-satunya di negara aku yang pemimpinnya bukan dari keturunan bangsa ku. Ehhh... aku keturunan pure Melayu kaaaa... hmmm... iye lah kot coz dalam IC tertuis melayu, dulu-dulu moyang aku lain lah dia orang takder IC, yeppp... aku Melayu.





Purbe | 10:57 AM |