Tuesday, December 23, 2003
    Busy Monday...

    Semalam hari terBusy aku dalam minggu nihh.. aku berkejar kesana kesini, ke daerah sana ke daerah sini, jeling sana, jeling sini, tetapi smuanya dah bersuami hehhehe... semuanya kerana tanggungjawab aku sebagai pekerja terhadap company yang aku cari makan nihhh.. aku hanya insan yang mencari nafkah untuk kehidupan seharian. Aku bukannya tokey, aku cuma menerima arahan dan melakukan tugasan aku. Tokey... bila agaknya aku nak ber title macam tue yerkk..

    Aku belum pernah masuk lagi Mahkamah Syariah so semalam aku berkesempatan menjenguk, bukan kerana aku bersalah tetapi kerana tugasan dan aku tak mahu masuk kedalam tu selain dari tugasan. No way man.... never n ever. harap-harap macam tu lah.
    Aku gii pejabat tanah fuhhh... pejabat tanah nie ada equiptment yang mewah-mewah hinggakan ada satu server tu harga dia fuhhh... boleh beli kereta idaman aku campur sebuah proton waja lagi.
    Aku gii pejabat kebajikan masyarakat, aku jadi simpati nengok tokchik hari tu, kesian aja aku nengok dia macam tu dah lah baju buruk, kain buruk, kasut buruk, umur pun dah lanjut, jalan pun menggigil-gigil gii situ nak mabil duit bantuan. Tak sanggup aku untuk hidup macam tu. Aku rela lagi mati di waktu aku masih encem dan tak bergantung pada sesiapa untuk hidup, tetapi bukan sekarang nii lahh.
    Aku gii pejabat agama, so pejabat agama nihh tak banyak benda sesangat, semuanya simple aja. orang-orangnya pun ramah-ramah dan baik-baik aja.
    Aku gii JKR, aku tak suka gii situ coz banyak orang yang berlagak-lagak melepak kat situ.
    Aku gii pejabat pertanian, aku nengok buah limau banyak kat dalam bekas tu tetapi dia orang tak memperlawa aku merasa pun.
    Last sekali aku gii pejabat Haiwan dan aku tak pula nampak sekor haiwan pun kat situ, daif betul pejabat tu.








Purbe | 3:05 PM |