Thursday, December 04, 2003
    Hari Ke-4

    Rasa sekejap aja.. dah pun masuk hari ke-4 aku berpuasa dalam bulan syawal nihh..
    Dah beberapa hari aku tak update blog nie.. coz sibuk dengan hal-hal yang lain.
    Kini aku kembali mencoret kisah hidup aku...
    Idea aku sedang merangkak-rangkak datang, fikiran aku pula entah kemana-mana menghilang, cuma jasad aku aja kat depan komputer nie..

    Pagi tadi aku kena saman dengan Majlis Perbandaran.

    Kandungan Saman :

    Kepada : Pemilik kenderaan
    No. Kenderaan : xxx xxxxx

    Dengan ini anda diberitahu bahawa satu Pengaduan akan dibuat terhadap anda bersabit dengan satu kesalahan di bawah.

    Undang-Udang Kecil 10 (1)g, Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPSP 1975.

    Butir-butir kesalahan : Menyebabkan halangan Dengan Membenarkan Kenderaan Berhenti Diatas Jalan.








Purbe | 1:31 PM |