|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Friday, January 16, 2004
Hidup ini penuh dengan dugaan dan segala-galanya di tentukan olehnya, aku hanya insan yang patuh pada kehendak ibubapa dan keluarga disampaing itu aku juga hamba yang kerdil disisi tuhan. Aku insan lemah di alam ciptaan tuhan ini. Aku sekadar dapat mengikuti apa yang dirasakan terbaik di dalam hidup aku ini, segalanya adalah kehendak keluarga. Suatu ketika dulu aku merasakan si hero drama tv tu bodoh aja kerana tidak ada pendirian sendiri. Aku geram bila nengok aksi hero yang macam tuu.. aku marah dalam hati dan tak nak jadi macam tuuu... Berita yang emak aku inform pada semalam tuu membuatkan aku mengingati kembali someone yang aku kenali cukup rapat pada suatu ketika dulu, hmmm.. kalau last year tuu kira dulu lahh juga kan. Aku tersentak dengan berita nihh.. BELUANG (aku letak nama tu merujuk pada nama dia dalam HP aku yang di curi tuu..) itulah nama timbangan bagi menyakat dirinya, Beluang akan mengakhiri zaman bujang akhirnya, emak saudara Beluang menghantar kad jemputan kahwin yang bertarikh pada 7 Febuary 2004. Fuuuhh... akhirnya Beluang akan berkahwin juga seperti yang telah dirancangkan oleh familinya, begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Fikiran aku melayang-layang lagi semalam tuu.. kadang-kala aku terasa kecewa, dan kekadang aku berasa cukup lega. Fikiran aku bebas dan tak payah lagi memikirkan hal-hal Beluang, aku bersykur Beluang bertemu jodoh. Daripada cerita yang aku dengar Beluang akan berkahwin dengan jejaka sekampung dengannya yang juga bekerja di KL, so dia tak payah minta tukar kerja kemana-mana. Tahniah.. tahniah... TAHNIAH.. Memory aku aku bersama Berluang kembali muncul, kau sungguh baik pada diri aku Beluang, kau sempurna dari segala-galanya. Sebenarnya bukanlah tujuan aku untuk mengecewakan harapan kau terhadap aku pada suatu ketika dulu, tetapi aku cukup tersiksa dengan desas-desus yang tersebar luas. Aku kecewa dengan khabar-khabar angin yang entah apa-apa yang menyimpang dari segala kebenarannya. Aku semangnya tidak layak jika di ukurkan dengan harta family kau yang berharga berjuta itu. Kerana itulah juga aku mencari alasan demi alasan yang sememangnya aku cipta bagi kau mula menjauhkan diri daripada diriku. Sebenarnya aku tak punyai apa-apa hubungan dengan insan silam aku, semunya ciptaan aku dan kata-kata aku cuma untuk kau Beluang melepaskan aku pergi dari dirimu. Kisah lalu yang aku timbulkan itu hanyalah dusta semata-mata, kata-kata aku pula cuma untuk membuatkan kau membenci diri ku, aku bukannya insan kejam seperti yang aku cipta dengan kata-kata dusta. Kau tidak tahu Beluang aku adalah insan lemah yang seringkali tak sampai hati untuk meghampakan orang lain. Kau tahu Beluang kadangkala aku aku menagis apabila mengigati saat bersama mu, kadang kala air-air jernih bertakung di dalam kelopak mataku. Beluang aku rela jadi umpama lilin membakar diri sendiri demi menerangi orang lain. Beluang aku punya perasaan, aku juga seorang insan dan aku tak dapat hidup di dalam bayangan harta keluarga mu Beluang. Aku tahu Beluang semua ahli keluarga mu di suatu masa dahulu begitu mengharapkan akan diriku, dan mereka amat memuji akan diri aku. Aku minta maaf bukan kehendak aku sebenarnya untuk mengecewakan diri dan ayahbonda kau, aku tak dapat melepaskan diri dengan tersepit di tengah-tengahnya, akhirnya aku mengambil keputusan untuk melupakan harsat hati dan mengembirakan hati orang-orang tertentu yang aku cukup sanjungi. Sepertimana aku kata tadi aku ini sanggup jadi lilin. Aku sudah bosan dengan kata-kata orang yang tak memahami hati dan perasaan ku. Aku tak mahu lagi mengungkit lagi cerita-cerita lama pada masa ini, aku sudah penat dengan segala jenis rintangan hidup. Aku berdoa agar kau bahagia selamanya dan jadilah isteri yang solehah. Lupakan segala kenangan kau dan aku dan mulakan hidup yang baru dengan mencurahkan segala kasih sayang kau Beluang dengan seiklasnya. Jangan sesekali kau berperasangka terhadap teman hidupmu, jagailah hati dan maruahnya dan jagailah rumahtangga mu dengan sebaik-baiknya. Aku halalkan segala hartabenda aku yang masih lagi ada pada kau Beluang, kau simpan lah or kau sedekahkan pada insan-insan yang mempunyai keinginan. Aku juga maafkan segala dosa-dosa kau dan sesiapa terlibat dengan propaganda itu. Sekali lagi aku meminta maaf diatas segala-galanya dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut, halalkan segala makan minum aku dan segala-galanya. Terima kasih di atas hadiah harijadi yang kau beri dan yang tak pernah aku sentuhi itu. Di internet kita mula berbicara dan di internet juga aku menamatkan. Aku harap kau jangan lagi mengenali akan dirku ini, maaf atas segala dosa-dosa aku pada kau Beluang. Selamat tinggal untuk selama-lamanya, aku takan muncul di hari-hari bahagia mu coz aku tak mahu menganggu emosi mu Beluang. |