Tuesday, January 06, 2004
    Catatan pada Sunday 04 January'04

    Bangun hampir tengahari coz aku tidur di awal pagi pada hari yang sama, skip breakfast as usual, melepak dalam bilik kejap lepas tu baru lah aturkan perjalanan seterusnya. Aku dah berjanji dengan sahabat baik aku KOJACK untuk gii kat rumah baru dia.

    Aku berkawan dengan Kojack sejak dari kecil lagi hinggalah selama-lamanya. Aku panggik Kojack or Jack aje kat member aku nihh.. jauh benar dari nama sebenarnya. Wife dia pun tahu we'll member-member sekampung panggil Kojack kat hubby dia. Aku dah lama kenal wife dia sebelum dia kawen lagi masa tu dia orang still belajar kat UKM. Aku dah membantu Kojack di masa percintaan dia, aku jadi pengapit dia di Kedah n Johor, aku jadi driver bawa rombongan pengantin ke Johor.
    Macam-macam lagi aku jadi untuk dia.. hehhee.. best friend tak ternilai dengan wang ringgit.

    Sudah beberapa tahun aku tak gii umah Kojack, seingat aku dulu-dulu ajer masa aku tengah di lamun perasaan jiwang, aku bawa si x dia gii rumah Kojack. Selepas tu aku dah tak pernah pergi lansung or jumpa Kojack di KL or Kelang. Kini aku baru menjejak kaki kembali di rumah Kojack itupun setelah di pujuk rayu. Hehehhehe... sebenarnya aku malu kat wife sahabat aku niihh n segan nak menganggu sahabat aku.
    Aku bukannya menyombong tetapi tak nak menaganggu ketenteraman orang lain, aku rela bersusah asalkan tak ganggu orang lain. Itu prinsip aku.

    Wahhhh.. rumah Kojack kali ini lebih besar lagi dari dulu, dedulu menyewa tetapi kini dah mempunyai rumah sendiri. Aku jumpa Along, dah lama aku tak nengok Along, sekarang nie Along dah besar panjang dan dah jadi anak dara, tertawan pula aku nengok Along nihh, senyum dia nampak cukup manis sekali, hehhehe.. aku takde niat lain tetapi cuma memberi pendapat aku dari pemikiran aku sebagai seorang lelaki yang matang. Along memang menawan...... aaargghhh..
    bukan aku aja yang tertawan bahkan Art juga.

    Aku cuma pernah jumpa Along sekali aje masa 6 or 7 tahun yang lalu, masa tu aku jadi pengapit Kojack dan Along jadi pengapit Wife Kojack (Rashidah), aku pernah di pergu-pergukan pada masa tuu.. hahhahaaa.. mengimbas kenangan lama, tetapi dalam hati aku pada masa tu cuma ada si dia, lagipun muka Along masih lagi macam kebudak-budakan pada masa tuu.. Tetapi sekarang wajah Along dah totally difference, Along mempunyai wajah yang nampak ceria dan sejuk aja hati memandang, ketinggiannya pula membuatkan dia nampak begitu bergaya dengan apa aja yang dia pakainya

    Aku cuma menceritakan tak lebih dari itu, perasaan aku still macam biasa belum bisa terusik lagi dengan sifat luaran. Harapan..!! aku tak berani untuk menaruh apa-apa harapan coz harapan selalu aja mengecewakan aku. Mungkin diri aku tak sesuai untuk di sayangi dan di cintai, aku tak punyai apa-apa yang dapat membuatkan seseorang kaum hawa boleh tertawan pada aku. Aku tak mempunyai kretirea-kretirea yang di punyai oleh lelaki-lelaki penawan yang lain coz aku tak di anugerahkan tuhan dengan semua-semua tu. Aku hanya insan yang serba kekurangan yang tak mempunyai perjuangan untuk di perjuangkan.

    Kekadang kala perasan sayu datang di mindaku, perasaan inginkan mempunyai teman berkasih samada bergelar isteri or girlfriend. Bila perasaan sebegitu muncul pastinya aku akan terdiam diri memikirkan kebahagian orang lain sedangkan aku cuma jadi pemerhati yang tak dapat mengecapi nikmat-nikmat itu pada masa ini. Aku terbayangkan betapa indahnya hidup mereka bila bersama dan aku terbayangkan lagi beberapa lagi pekara yang membahagiakan. Sedih memikirkan nasib aku yang bersendirian entah sampai bila aku aku akan sebegini.

    Aku tak boleh memaksa perasaan aku dan aku jua tak boleh memaksa perassaan orang lain. Aku bukannya seorang Raja seperti kisah zaman silam, dapat semuanya yang di hajati.
    Aku bukannya superstar barat yang digilai oleh ramai peminat yang sanggup berbuat apa sahaja. Tetapi aku cuma insan di bumi tuhan yang serba keurangan.

    O.K sambuang balik cerita aku kat rumah Kojack, aku melepak kat rumah Kojack hinggalah kemalam, terlalu banyak pekara yang nak dibualkan. Kojack n family bawa aku n Art dinner kat kedai tomyam jalan nak gii Port Klang. Kat situ aku n Kojack sambung lagi berborak higgakan wife gii tahu we'll yang Kojack nihh kalau jumpa kawan-kawan ketawa sampai tak ingat dunia, mana tidaknya member aku Kojack niihh.. ketawa cukup kuat n siap ketuk-ketuk meja lagi. Aku dah biasa dengan sifat sahabat-sahabat aku yang sebegitu.

    Macam-macam cerita yang nak di bualkan tetapi aku dah kesuntukan masa sebab aku perlu jumpa cousin aku kat Seksyen 7 Shah Alam, tak banyak benda yang menarik untuk dibualkan selain membaca majalah ,so pada malam tuu aku tidur aje kat rumah sewa cousin aku.

    Art dah mula jatuh cinta dengan kehidupan kat ibukota yang penuh dengan pelbagai dugaan dan pencaroba.








Purbe | 6:38 PM |