Thursday, January 08, 2004
    Dinner...

    Semalam Dinner kat Thai restoran, kat situ dia tulis halal n workers dia ada bebudak melayu. Tak banyak hidangan sesangat lebih kurang 5 jenis ajer, aku suka ikan masak masam-masam manis tu dengan udang goreng rempah. Boleh tahan juga masakan kat situ tetapi aku tak boleh seceria mana coz..

    Aku satu-satunya berbangsa melayu di dalam dinner tu..
    Dia orang suka cakap bahasa ibunda dia orang berbanding omputeh, so.. benda yang aku paham hanyalah sikit sikit ajer dan selebihnya aku main agak-agak aje apa yang dia orang bualkan.
    Bila aja sampai satu ketika tuu.. dia orang semua cakap omputeh so.. aku boleh lah juga ketawa n berbual bersama-sama dan lepas tu dia orang berbalik pada bahasa ibunda dia orang balik. Aku bossan dengan kalau jemputan dinner macam nihhh.... macam tak nak join ajer tetapi dia orang pula asyik.. bertanyakan aku.. keberatan juga aku nak menolak pelawaan dia orang coz dia orang memang harap aku dapat hadirinya..
    Aku sudah bossan dengan benda-benda yang aku tak faham...







Purbe | 12:19 PM |