Monday, January 12, 2004
    Fishing , Boat & Friends...

    Memancing... best juga kalau luangkan sedikit masa untuk aktiviti macam nihh.. aku cuma suka-suka aja memancing tetapi tak lahh sampai ke tahap gila memancing. Hidup aku simple aje kalau ada aku buat n kalau sebaliknya aku tak kisah. Sudah lama aku tak melakukan aktiviti berjemur panas dan tunggu ikan memakan umpan kat kail.

    Aku call kenalan yang juga merupakan angota GJ Sarjen Hasan (SH), so SH jemput aku join dia gii memancing so.. aku pun cakap ok dan boleh aja. Pada pagi sabtu 10 Januari 2004 aku tunggu SH di tempat yang di janjikan berdekatan dengan rumah aku. Sebelum ini aku kenal SH cuma kat forum GJ aje, aku belum lagi pernah berjumpa faca 2 face, so pagi tuu aku menunggu SH pada pukul 6.45 pagi, aku cuma di beri no kereta n color kereta SH aja. Housemate aku Atan pun ikut sekali dalam aktiviti kali ini, dia terpaksa ponteng kerja coz aku terlewat inform pada dia. Rasanya bukan salah aku tapi salah pencuri tu yang mencuri handphone aku tuu. Kalau aku ada kuasa menyumpah so aku dah sumpah pencuri tu jadi katak, baru padan muka dia.

    Kenapa aku selalu aja teringat nak menyumpah orang yang aku tak suka jadi katak. Kalau iapun aku ada kuasa menyumpah tu surelah bersepah-sepah katak kat Malaysia nihh.. Kadangkala aku terlebih cool hinggakan ada orang yang sakit hati dengan sikap aku yang macam tu. Kenapa kalau jadi terlalu baik or lembut hati sesangat orang mengtakan kita bodoh. Adakah dia orang memahami perasaan kita yang sepi itu atau sekadar mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan sedalam-dalamnya. Adakah apabila sudah pergi dan hilang itu kan kembali dengan hanya memperbesarkan sesuatu itu.

    Aku pernah mengalami pemberian perasaan tulus iklas dari aku tidak di hargai. Aku bukannya inginkan apa-apa cuma ucapan terima kasih, itu aja. Kenapa dikau berterimakasih selepas beberapa hari menerima pemberian dari aku. Kenapa setibanya present dari aku dikau tak boleh call aku ucapkan thanx. Aku tahu pemberian yang aku bagi tak seberapa bagi engkau. Dikau tahu setiap minit aku menanti dan akhirnya aku menegurnya dan bertanyakan tentang present itu barulah engkau mengucapkan terima kasih pada aku. Hingga kini aku masih tak dapat hendak melupakan sikap engkau yang sedemikian rupa. Aku dah buang sejauh-jauhnya harsat hati aku engkau, aku sudah memadamkan diri engaku dari kamus hidup aku. Pada tahun ini tahun 2004 diari hidup aku baru bermula, aku tak ingin lagi mengharapkan sesiapa. Aku dah bosan di perbodohkan hanya kerana terpaut di dahan yang rapuh.

    Aku tahu engkau menunggu seseorang yang tak pasti hingga kini, sebenarnya aku di beri pengharapan oleh sahabat engkau untuk terus mencuba. Walaupun segalanya kekaburan namun aku beranikan diri aku untuk terus mencuba, aku tahu risikonya terlalu tinggi, aku tak kisah dengan penolakan dikau, lagi pun pada masa itu aku cuma inginkan seseorang yang aku boleh percayai. Hati aku terluka bukan kerana diri aku tak diberi peluang oleh engkau tetapi kerana diri engkau tidak cuba untuk mengucapkan dengan ucapan TERIMA KASIH sebelum aku perlu menyapa engkau terlebih dahulu. Aku tak sesekali menyangka perasaan terkecewa dengan sikap engkau itu masih lagi terlekat di hati aku ini, walaupun aku dah tak pernah berangan lagi untuk berkawan dengan diri engkau. Aku kecewa dengan sikap engkau yang tak pernah memikirkan perasaan orang lain. Dalam beberapa hari itu aku jadi pengharap pada ucapan TERIMA KASIH. Kenapa.... kenapa , KENAPAAAAAAaaaa....

    Anyway terima kasih kepada engkau yang sanggup mengenali diri aku ini sebelum ini, tetapi kini engkau sudah tak mengenali diri aku lagi... Aku tahu kau gemar berbicara tetapi bukannya bersama aku , kau tetap menyombong dan menjauh diri aku ini. Aku mempunyai kawan-kawan yang bergelar sahabat, namun kau tidak mungkin menjadi seperti mereka-mereka yang aku anggap sahabat. Aku harap dikau bahagia dengan matlamat engkau yang sesuci embun pagi itu.. Aku berdoa agar penantian kau membuahkan hasilnya. Aku tak layak bagi engkau.. dan hati aku jua terkecewa dengan sikap acuh tak acuh diri kau pada masa lalu terhadap diriku.


    OOoopsss.. aku dah melalut ke tempat lain sekali lagi, adakah aku tengah mabuk laut lagii.. ohhh.. tidak tidak aku belum pernah lagi mabuk laut walaupun ianya dihalalkan. Kemana melencongnya perasaan aku jap tadi, kenapa aku tetiba aja tersasul hinggakan mengigati perasaan terkecewa. Apa yang sudah merasuk perasaan aku sekejap tadi, adakah kerana aku terlalu taksub dengan novel-novel cinta. Adakah cerita percintaan Alia & Syahzan telah menyusub ke sanubari dan minda aku ini. Aaahhh... tidak tidak hidup aku bukanya seperti mereka walaupun betapa beratnya derita di akhirnya mereka bahagia bersama. Hidup mereka hanya di dunia coretan dan hidup aku dia alam yang nyata yang tiada kepastian di pegakhirannya.

    Jalan cerita sebenar mengenai pengalaman aku memancing pada awal tahun ini, so aku teruskan dengan cerita seterusnya. Aku , Atan , SH n Oldman sampai dekat pantai merdeka pada pukul 8.30 pagi, so bila semuanya dah sampai we'll pun mula bergerak kedestinasinya. Aku n Atan tak sabar-sabar nak mendapat ikan, semuanya 9 orang rombongan we'll tuu termasuk tekong bot. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke lokasinya. Cuaca tak lah panas sangat di waktu pagi tu, bot berlabuh berdekatan pulau bidan so.. semua orang pun mencuba lah nasib masing-masing. Aku orang kedua yang dapat ikan fuhhhh.. lega rasanya aku dah dapat ikan sudah sekian lama aku tak menyentuh fishing rod aku tuu. Pada mulanya best aja kat situ selalu jugak dapat ikan.

    Ikan tak selalunya ada di satu tempat aje so.. we'll pun berpindah ke lokasi lain pula berdekatan dengan pulau telur, semua orang sibuk-sibuk mencuba nasib di sini pula. dapat lahh juga ikan so bila hasil tangkapan mulai berkurangan we'll pundah pulak berhampiran dengan pulau batu, ada juga tangkapan tapi menurut SH trip kali ini ikan tak banyak sangat tak macam dulu tuu.. So we'll selalu pindah ke sana-sini untuk mencari lubuk ikan, bila dah pukul 3 lebih mata aku dah mula nak tertutup coz semalam aku tidor pukul 3 pagi coz membaca buku. Aku letih dan aku tak tahan dengan cuaca matahari yang terlalu terik pada masa itu. So.. aku berehat aje kat bawah bumbung bot itu untuk mencari stimina kembali.

    Berkali kali kepala aku terantuk pada bumbung bot itu kerana kadangkala ombak menghayunkan bot kami, aku dapat rasakan kepala dan dahi aku benjol-benjol. Dahi aku terasa sakit semacam aje , pedih-pedih gitu tetapi aku buat slmber ajer coz aku nak sambung memancing ikan lagi. Pelbagai jenis ikan yang we'll dapat pelbagai warna, ada yang kaler biru, kuning, merah, silver dan bermacam-macam lagi. Ada ikan kerapu , ikan cak rumah dan bermacam-macam jenis ikan lagi yang aku tak tahu namanya. Semua jenis ikan we'll ambil tak kisah yang hodoh ker, yang cantik ker, yang besar mahupun kecil janji ikan so semuanya di masukan didalam ice box. bagi aku ini merupakan kali kedua aku memancing kat atas bot. Dulu-dulu ex-bos aku bawa gii memancing laut dalam, pada masa itu musim tenggiri so dia orang dapat tenggiri yang besar-besar tetapi rod aku tak layak untuk memancing tenggiri tu. Pada masa tuu aku cuma guna apollo untuk menangkap ikan kecil sebagai umpan tenggiri.

    Kali ini aku bersedia dengan ikan tenggiri sebesar dahulu tuu kalau ada lahh, aku teringin sesekali untuk melawan ikan yang besar-besar tetapi pada hari tuu tak sesiapa pun yang dapat mengangkat ikan yang boleh di anggapkan sebagai besar. Semuanya cuma saiz biasa-biasa aje, mungkin time we'll gii nie tak banyak ikan yang bermain or bergelegar di kawasan tuu. Namun aku tetap berpuas hati dengan hasil tangkapan pada hari tuu.. lebih banyak daripada memancing di tepian pantai dan cuma mendapat ikan gelama aje, aku berjaya juga menaikan kerapu yang mana sebelum ini aku tak pernah lagi berpeluang untuk mendapatkannya.

    Pukul 5.00 petang we'll pun bergerak kembali ke pantai merdeka, ianya mengambil masa sejam juga untuk sampai ke daratan. Team leader tak berpuas hati dengan tangkapan kali ini yang tak sampai setengah ice box bersaiz satu meter tuu.. dia orang bagi tahu trip sebelum ini dia orang dapat hasil tangkapan sebanyak 2 peti ice box sebesar itu. So we'll pun plan sekali lagi lepas raya nanti untuk mencuba nasib di lautan yang luas. Aku ok ajer, best jugak sekali sekala gii trip yang macam nihh.. aku dapat lupakan segala masaalah semasa kat atas bot tu. Fikiran menjadi tenang apabila di kelilingi oleh laut yang luas terbentang. Aku ingin pergi lagi walaupun kulit aku terbakar dek kepanasan cahaya matahari.

    Kawan-kawan aku dekat rumah sewa dah tersedia menanti untuk memasak ikan yang di perolehi, dia orang makan nasi pada pukul 11.30 malam dengan berlaukan hasil tangkapan yang dibahagi-bahagikan sama rata sebelum ini, rasanya 40 ekor ikan semuanya yang aku n Atan bawa balik. riuh rendah rumah aku di malam tuu.. yang lain asyik bertanyakan mengenai trip kami itu. Rupa-rupanya dahi aku berdarah tanpa aku sedari semasa kat atas bot tadi, mungkin kerana aku menggunakan topi yang tebal so aliran darah itu berhenti dengan sendirinya. Satu pengalaman yang memang mengembirakan aku da Atan, we'll tak sabar-sabar untuk menunggu trip sekali lagi.






Purbe | 8:28 PM |