Wednesday, January 14, 2004
    I'm so Lucky Today....

    Aku cukup.. cukup.. cukup.. bernasib baik hari ini, I'm feel so lucky today kerana tak ada apa-apa terjadi pada aku pagi tadi. Mungkin aku tidak prihatin dengan keselamatan diri aku dan sebab itulah pekara seumpama itu berlaku. Aku sesekali tak ingin pekara itu berlaku sekali lagi, mungkin pada masa itu fikiran aku melayang entah kemana-mana dan tak berada di dunia nyata.

    Pagi tadi aku kena attend kat tempat customer aku, aku kena buat sesuatu untuk membuktikan system dia orang yang down itu bukannya di sebabkan oleh equipment aku. Bila semuanya dah disahkan salah STMB aku berasa lega and happy kerana kerja aku dah siap. Last minutes masa aku hampir-hampir nak balik, customer aku minta tolong pulak pasang Apc Ups untuk backup dia orang punya TDC. Bila semuanya selesai ,last sekali dia orang suruh aku buang pula power cable kat dalam rack tuu... coz dah tak digunakan lagi. Aku dengan slamber aja minta pisau dari dia orang dan terus aja memotong power cable tuuu...

    Tetiba.. keboom.. power cable tuu meletup berapi-rapi, aku gak tergezut.. tetapi semua orang kat dalam bilik itu lagi tergezut, semua orang memandang aku dan bertanya kan " 're u ok..... 're u ok " aku diam diri aja coz perasaa tergezut masih melekat lagi pada diri aku , tak lama lepas tu baru aku bagi tahu dia orang yang aku OK. Baru aku teringat rupa-rupanya cable tuuu still ada power lagi.. fuuuhhh selamat nyawa aku pagi-pagi nihh.. Aku tak mengalami apa-apa kecederaan lansung, cuma dia orang aja lebih-lebih nak ambil tahu pasal aku. Aku teruskan apa yang aku buat tadi seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku cool sepenuhnya, walaupun satu plant tuu dah takde electric coz kejadian tuu... dia orang ada electrical guy so.. bebudak electrical tuu ajer yang bakal soft pasal takde power untuk plant tu.

    Aku bersyukur pada ilahi aku masih lagi mempunyai nyawa ini, aku belum lagi bersedia untuk kembali padanya lagi, bekalan aku masih tak mencukupi untuk menjamin kehidupan yang abadi di kebangkitan kali ke dua nanti.








Purbe | 3:46 PM |