Tuesday, January 13, 2004
    Kadangkala Minda Memikirkannya...

    Kadangkala kita luahkan apa yang tertanam di benak kita tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Keindahan dunia ciptaan tuhan seringkali membuatkan kita terleka dan asyik di dunia ciptaan sendiri. Kita seringkali menyalahkan orang lain di atas sebab tertentu dan kita sering merasakan diri kita sentiasa betul sepanjang masa, tanpa kita menyelami hati dan perasaan orang lain. Apakah hanya anggapan hati aku sahaja yang betul tanpa membiarkan orang lain menilai diriku. Apakah aku menganggap diriku cukup perfect untuk mengeluarkan kata-kata hati aku ke alam reality.

    Adakah aku patut judge seseorang mengikut dari pandangan hati dan perasaan aku sahaja tanpa meminta pandangan orang lain. Yang pasti sesetengah part dalam life aku ini tak dapat di kongsikan dengan orang lain kecuali hatiku aja. Aku tak pernah medendam rasa, aku bukan insan pedendam yang kadangkala membara. Aku cuma insan sepi yang tak mempunyai sesiapa yang memahami hati dan perasaan ku ini.
    Aku berlagak riang di zahirnya namun di batinnya hanya tuhan aja yang tahu. Kadangkala hati ku terjerit-jerit akan sesuatu yang aku tak dapat mencapainya. Aku melayari hidupku sendirian tak kala aku di duga dengan bebanan yang tak patut aku tanggung berseorangan.

    Mungkinkah aku akan teruskan tradisi tahun-tahun yang lalu hidup sendiran takala rakan-rakan serumah aku semakin hari semakin dekat dengan hari-hari bahagia mereka.
    Adakah aku patut menerima pertolongan sahabat-sahabat aku untuk saat-saat bahagia aku or adakah aku patut kekal kan life aku sebegini, freedom atas apa sahaja.

    Kenapa terlalu banyak persoalan bermain di minda aku sejak akhir-akhir ini, mungkinkah tahun 2004 ini tahun untuk aku bertanyakan apa yang masih aku kekurangan dalam life aku ini...?? Apakah harus aku tamatkan zaman bujang aku pada tahun ini..??
    Tetapi persoalannya macamana dan siapa...???

    Aku STOP di sini coz aku sudah pening memikirkan segala-galanya, tahun ini soalan CEPU EMAS belum lagi ada di kamus diari hidup aku ini.









Purbe | 7:30 PM |