Friday, January 09, 2004
    Keiklasan...

    Apa itu keiklasan.... apakah diri kita mempunyai keiklasan pada diri sendiri dan juga orang lain..?? Kenapa kadangkala timbul ketidak iklasan di dalam hati kita, mengapa perlu ada kepura-puraan. Adakah keiklasan yang timbul pada diri kita itu kekal abadi selamanya, adakah diri kita mempunyai keiklasan di dalam perhubungan or just untuk maksud tertentu. Semuanya bermain di benak hati ku ini.. kenapa keiklasan diri kita kadang kala di permain-mainkan.

    Apakah keiklasan dan terus terang itu salah dalam kontek kehidupan pada masa ini. Aku pernah di perdayakan kerana keiklasan diri ku, aku macam tak percaya bila diri aku di khianati. Mungkinkah dunia keiklasan semakin lenyap didalam kehidupan yang serba pantas dan advance pada masa kini, atau insan-insan kini tidak lagi memperdulikan makna keiklasan sejati.

    Kadangkala diri aku juga tidak mempunyai keiklasan sepenuhnya, aku tak pasti kenapa ketidak iklasan itu timbul dalam hati aku, mungkin kerana aku terlalu mengikut keegoan diri atau aku sengaja hendak menonjol diri. Aku terlupa yang aku hanyalah hamba yang kerdil di bumi tuhan, aku lupa akan kebesarannya, aku lupa siapa diri aku. Aku sentiasa inginkan kejujuran tetapi kadangkala aku di duga dengan ketidak iklasan orang lain terhadap diri aku. Aku inginkan setiap persahabatan dipenuhi dengan keiklasan dan kejujuran, apakah itu akan pada setiap persahabatan aku..??

    Mangapa kadangkala seseorang insan itu hanya dapat memberi keiklasan pada sesama manusia sahaja tetapi bukannya pada tuhan. Apakah nilai pada manusia berbanding kebesaran TUHAN yang maha esa.

    Aku pernah mempunyai keiklasan pada seseorang tetapi keiklasan aku cuma dibiarkan dan seseorang itu cuma menyepi. Aku amat sesekali mengharap akan sesuatu keajaipan namun keajaipan hanya muncul di dalam mimpi. Aku insan yang berada di alam nyata bukannya alam mimpi, aku perlukan kenyataan dan bukannya igauan. Aku pasrah dengan nasib dan kehidupan aku yang tersepit di antara kehendak diri dan kehendak ilahi. Aku hanya insan yang belum lagi mencapai apa-apa kejayaan abadi....
    Aku hanya sempat menyentuh kejayaan tetapi belum pernah mengecapinya lagi namu ia sudah pergi meninggalkan diri aku di takuk lama lagi.. entah bila aku tak pasti, esok , lusa dan seterusnya....... ia akan kembali...







Purbe | 8:02 PM |