|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Wednesday, January 28, 2004
Meniti hari-hari kian mendatang, aku tak pasti dengan masa depan aku entah bagaimana dengan besok lusa dan seterusnya. Aku bukannya ahli nujum yang dapat menilik sesuatu itu mahupun masa depan aku. Aku rasa bahagia bila melihat orang lain bahagia dan kadangkala aku terasa inginkan kebahagiaan yang sebegitu, tetapi aku tak pasti dan tak dapat untuk mengetahuinya bila ianya akan muncul di dalam diri aku. Aku umpama pengharap pada sesuatu yang hanya berlegar di dalam memori aku. Kadangkala kita kecewa dan kadangkala kita mengecewakan namun itu semua bukan kehendak diri kita dan mungkin sudah tersurat di dalam takdir diri kita. Kemahuan dan usaha tak semestinya membuahkan hasil seperti yang di harapkan. Akan tetapi dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh memberi peluang untuk kita meraih kejayaan dan apabila sudah berjaya diri kita akan merasa cukup bahagia. Di masa aku menghabiskan cuti Chinese New Year selama 7 hari itu aku banyak membaca novel-novel cinta untuk memenuhi masa-masa yang terluang di waktu malam hari. Wahh.. cukup hebat percintaan antara sepasang kakasih namun kebanyakan kesudahannya dengan aman harmoni. Si wanita selalu aja di datangi dengan bermacam-macam ujian yang berat hinggakan jiwa memeronta dan hidup tersiksa namun si wanita ini tetap tabah mengharungi hari-hari seterusnya dengan penuh kesabaran walaupun di penuhi dengan lenangan air mata tanpa henti. Jika dibayangkan cerita dari novel-novel itu, fuhhh.. hebat sungguh sifat wanita-wanita ini cekal dan tak mudah berputus asa. Orangnya pula cantik, berharta, penuh dengan budi bahasa dan selalu aja taat pada perintah agama , wanita-wanita ini digambarkan seperti mana idaman setiap lelaki yang ada di Malaysia. Tetapi di samping itu ada juga cacat celanya, adakah perempuan yang begitu taat pada agama di tambah lagi dengan sembahyang-sembahyang sunat di waktu malam hari tetapi tidak memakai tudung di waktu siang harinya. Adakah perempuan yang sebegitu tidak menyedari akan auratnya...!! Pelik kan... kenapa penulisnya tidak peka dengan aurat seseorang wanita itu. Adakah kerana kerjaya lebih penting daripada aurat seseorang wanita... Aku hanya pembaca yang hanya meneliti jalan ceritanya, cerita cinta, suka duka dan airmata memang cukup laris di pasaran kini. Kadangkala aku merasa hidup cukup bahagia jika menjadi hero seperti di dalam cerita sebegitu yang segalanya di penuhi dengan kegembiraan, namun itu semua cerita imiginasi daripada penulis-penulis yang ghairah menghebohkan betapa asyiknya sesuatu percintaan itu. Cinta yang penuh dengan dugaan, di lahirkan di dalam dulang emas dan mendapat pasangan yang benar-benar menyejukan hati di akhirannya. Namum hidup kita bukannya boleh direka-reka umpama cerita novel yang cuma untuk memenuhi citarasa semua pembacanya. Hidup kita bagaikan satu pengembaraan yang bakal menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan sebelum kita kembali padanya. Mungkin kita akan tersesat di persimpangan namun kalau diri kita masih utuh pastinya akan dapat kembali ke jalan yang sebenarnya. Aku pasrah dengan jalan hidupku...... |