Tuesday, January 20, 2004
    Ulasan Gathering GEJU ke-3

    Bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa, bertarikh pada 17 Januari 2004.
    Aku datang ke Ibukota semata-mata untuk menghadirkan diri di dalam Gathering GEJU ke 3. Setibanya di ibukota aku tak sabar untuk menunggu waktu bermulanya satu majlis yang di buat hanya setahun sekali. Jernal aku masih muda lagi dan aku juga masih mentah di dalam bidang penulisan ini, tetapi semangat aku berkobar-kobar untuk berjumpa dan merasai suasana yang aku bayangkan cukup meriah.

    Jam 5.45pm aku menjemput wanita-wanita jelita iaitu ceqtie, syati, maton untuk bersama-sama dengan aku dan din menghadiri majlis Gathering GEJU tuu.. Didalam perjalanan dari Serdang ke Titiwangsa aku dan din diam aje dalam kereta coz we'll tak tahu macamana nak mula berborak dengan wanita-wanita jelita yang berada di seat belakang kereta aku tuu.. so.. aku dengan dinn menjawap aja apabila disapa dan kadangkala mendengar aja apa yang dibualkan oleh wanita-wanita jelita dan sebeb itulah juga aku n din asyik bermassage aja coz we'll kelu seribu bahasa. At last we'll sampai di restoran nelayan lebih kurang pukul 6.30pm dan bergelegar seketika untuk mencari port untuk si meroon.

    Persaan malu mula muncul di dalam diri aku bila aja keluar dari si meroon, aku rasakan diri aku amat kerdil berbanding ahli-ahli GEJU yang sememangnya sudah lama dan ada yang terkenal. Pada enterance tuu.. tertulis nama-nama yang membuat booking pada hari itu tetapi antara semua tak tertulis pula nama geju. Aku dan wanita-wanita jelita kompius juga pada awalnya dan dalam masa aku teringat nama ezlin yang mana aku masukan fees tuu ke account dia so we'll terus aja ke meja pendaftaran tuu..
    Aku dan yang lain-lain mendapat tag nama masing-masing kecuali maton yang menggantikan sahabat baik aku pada last minutes. Sahabat baik aku nii tak dapat nak hadirkan diri kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi untuk di kejar, sesuatu yang akan mencorakan masa depannya di suatu hari nanti, sesuatu yang telah lama di nanti-nantikan untuk menjadi kenyataan dan reality, sesuatu yang sungguh indah umpama mekarnya bunga di pagi hari.

    Semua wanita-wanita jelita yang hadir bersamaku kelihatan begitu anggun sekali pada petang itu. Pada petang itu aku dan din aja lelaki yang ada di meja pilihan wanita-wanita jelita kami, aku nengok toksik asyik sibok kesana sini, aku ingin juga memperkenalkan diri tetapi harsat aku itu tenggelam begitu aja apabila toksik buat pandang tak pandang aja pada aku dan din , dia tak sesekali menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku dan dinn. Arrghhh.. pedulikan siapalah kami berbanding dia orang yang sememangnya well known, hati kecilku terasa tetapi aku buat slambe ajaa.. Di meja aku dan din berborak berdua aja sementara wanita-wanita jelita mengambil angin di sekitar kawasan restoran nelayan itu.

    Bila petang sudah beransur pergi dan malam menjelang tiba.. barulah semakin ramai para ahli-ahli GEJU tiba, dari situ lah aku nengok dan bertanya pada wanita-wanita jelita yang semeja dengan aku tu untuk mengetahui ahli-ahli geju yang hanya aku kenal pada nama aja dan bukannya pada paras rupa. Meja aku tuu pun makin di penuhi dengan ahli-ahli geju yang aku baru kenal umpanyanya Iwan , kak Ros , tetapi masih lagi terdapat 3 tempat kosong yang tak di isi.

    Aku rasakan suasana dah jadi makin ceria apabila sesudah aja menunaikan solat maghrib dan ramai hadirin yang memenuhi meja masing-masing. Ada yang datang kemeja aku memperkenalkan diri dan bergambar tetapi hanya beberapa orang sahaja dan bukannya yang dah ada nama didalam GEJU. Suasana ceria dan kemeriahan hanya sementara aku rasakan dan kemudiannya menjadi seperti aku di dalam dunia yang begitu terasing sekali, mana tidaknya kebanyakan yang hadir adalah jernalis-jernalis yang dah lama menapak dekat GEJU dan biasa berjumpa sebelum ini dengan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan. Aku... jernalis baru , aku... tak kenal sesiapa yang hadir pada malam itu kecuali yang datang bersama aku. Iya.. aku beranggapan sama juga macam sultanmuzaffar kata " Aku rasa terlalu alien di sini."

    Aku rasakan pada malam itu semuanya hanya berbual dengan kelompok masing-masing dan tak ada sesuatu yang boleh buat untuk table lain saling kenal-mengenali.
    Aku aku teringin sesekali untuk mengenali orang-orang kuat GEJU tetapi tak ada sesiapa pula yang nak tolong memperkenalkan, so aku lupakan aja niat aku tuu. Semua orang buat hal masing-masing yang mana sama sepertimana dinner-dinner yang biasa aku hadiri. Aku ingatkan ada sesuatu yang istimewa umpamanya bersajak ker or ucapan-ucapan yang menarik tetapi semua tuu.. cuma anggapan aku semata.

    Aku jumpa Rudy masa dia datang berborak dengan Fajar kat meja aku tapi Rudy tak kenal aku, aku jumpa Mat Jan tapi Mat Jan tak kenal aku namun aku sempat gakk bersalam dengan dia dan gii tahu orang kampung, aku jumpa MIe dan sempat juga berborak-borak dengan Mie yang kebetulan companya dia keje tuu customer company aku kat KL. Aku jumpa Tok Rimau dari jauh tapi tapi dia tak kenal aku dan aku jumpa ramai lagi yang tak pernah nak bersapa dengan aku coz ini 1st time aku nengok n jumpa dia orang. Satu lagi aku jumpa sultanmuzaffar last minutes dan sempat bersalaman dan berkenalan dengannya semasa aku menyuruh dia mengambil gambar aku, din dan wanita-wanita jelita. Thanx sultanmuzaffar coz sudi menolong we'll n thanx again coz sudi mengenali diri aku dan letak link aku dalam jernal dia.

    Acara diteruskan dengan makan-makan pada sesiapa yang masih kuat untuk bermakan-makan lagi. Dalam masa yang sama Fajar & Gf dan hamba alllah yang muka macam Cikgu Midad tuu.. ambil tempat kosong kat table aku tuu.. Fajar hmm.. sebelum nie aku tak pernah dengar nama dia lagi anyway pada malam tuu.. aku kenal muka dan nama dia tetapi dia tak bertegur or bersalaman dengan aku walaupun semeja dengan aku. Dia buat hal dia dan berborak dengan geng-geng dia dan aku berborak dengan din aja, dinn aja sahabat aku pada malam tuu.. kenapa orang lama cuma tak cuba bertegur sapa dengan orang-orang yang baru macam aku dan yang senasib dengan aku.

    Table aku bersebelahan dengan table orang-orang kuat GEJU tetapi tiada sesiapa yang bersebelahan dari meja Top Men n Women kat GEJU tuu.. datang beramai-ramai n saling kenal mengenali. Kenapa mesti berborak di dalam kelompok yang sama dan bergambar di dalam kelompok yang sama juga. Adakah orang-orang kuat GEJU cuma tugasnya untuk menguruskan majlis itu aja dan tak cuba ambil tahu pasal bab-bab yang lain. Kenapa mesti ada kasta (itu yang aku rasakan) di dalam majlis-majlis seperti ini. Aku pernah menghadiri majlis yang lebih besar lagi dan di penuhi dengan orang-orang yang berkedudukan tinggi tetapi semuanya di layan dengan sama rata dan tak mengira bangsa.

    Dimanakah terletaknya Salam UKHUWAH sepertimana yang di laung-laungkan oleh setiap ahli-ahli GEJU bila aja berjumpa orang baru. Dan dimanakah pula perginya kemesraan setiap ahli sepertimana ketika berborak di forum GEJU.

    Bila aja tiba masanya nama-nama pemengang boling dan anugerah lain di siang hari di umumkan dan di ikuti dengan cabutan bertuah pada ahli-ahli GEJU yang bertuah. Aku... aku salah seorang yang bertuah di malam itu dimana aku orang pertama memenangi cabutan bertuah itu dan lebih daripada separuh ahli-ahli GEJU yang satu table dengan aku memenagi hadiah. Selepas cabuatn bertuah itu di dikuti pula dengan lain-lain hadiah pada jernalis yang berjaya dan menonjol pada tahun 2003.
    Mat Jan ada membuat ulasan mengenai pemenang-pemenang pada malam itu so refer aja kat jernal Mat Jan.

    Bila aja semuanya selesai dan tibalah pula pada saat-saat akhir dalam program Gathering GEJU pada malam itu, iaitu sesi bergambar beramai-ramai. Semuanya bergerak ke pentas untuk mengambil gambar, tetapi yang paling tak bestnya tak ada orang yang nak arrange kan susunan setiap ahli-ahli geju supaya semua orang dapat bergambar beramai-ramai. Sesi bergambar terlalu rush sesangat, tak ada Ajk or orang kuat GEJU yang ambil perhatian pasal benda-benda nihh. Aku dan beberapa orang lagi yang tak suka berebut-rebut tuu cuma melepak kat belakang dia orang yg beratur tuu aja coz we'll tahu gambar we'll takan dapat dilihat kerana dilindungi oleh ahli-ahli Geju yang berada di hadapan. Macam ini kah satu penganjuran yang baik, macam inikah arah tuju penganjuran di masa-masa depan.

    Last masa bergambar nak balik tuu aku n dinn tertinggal sebinior, stiker GEJU dan hadiah luck draw aku..., suramnya aku pada malam itu coz semua kenangan pada GEJU ke 3 tertinggal. Anyway maybe next year going to be batter dari this year dari segi penganjuran dan lain lain lagi. Anyway thanx to all my friend coz sudi meramaikan kereta aku n jadi teman berbual serta teman information.



Purbe | 5:57 PM |