Tuesday, January 13, 2004
    Yume Wo Akiramenaide...

    Oohh.. sahabatku yang pernah mengalami keduakaan yang lebih parah daripada imbasan kekecewaan aku semalam, aku memintaan maaf coz coretan aku membuatkan kau mengigati kembali saat-saat pilu kau. Aku memahami perasaan terkecewa kau pada masa itu dan aku minta maaf kerana tak membalas SMS kau. Aku simpati dengan apa yang telah kau lalui, sahabatku selagi kita bergelar insan di bumi ini selagi itulah diri kita akan diuji dengan pelbagai kekecewaan dan dugaan, mungkin tuhan ingin menduga akan kesabaran kita sebagai hambanya. Sedarlah sahabatku usaha yang murni tak semestinya mendapat kejayaan yang kita inginkan kalau kita cepat mengalah dengan segala rintangan yang memeritkan.

    Sebenarnya aku sibuk semalaman, aku sibuk dengan seseorang yang aku rasakan serasi dengan jiwa aku. Aku sibuk dengan kawan-kawan yang datang melepak di rumahku dan yang nun jauh dari rumahku ini.

    Ingatlah sahabatku.. saat-saat indah kadangkala suram datang dan pergi umpama pasang surutnya air laut. Tidak ada manusia yang sentiasa berada didalam kegembiraan sepenuhnya dan selamanya, hadapilah segala rintangan itu dengan mengigati tuhan wahai sahabatku. Aku tahu dirimu tabah selama ini menghadapi sisa-sisa hidup ini, kuatkan iman sahabatku dekatkan diri pada tuhan insyaaallah semuanya akan pergi dengan begitu tenang sekali.







Purbe | 1:03 PM |