Friday, February 27, 2004
    Macam Minggu Nyanyuk SeDunia...

    Mengapa.. pasai apa dan kenapa boleh terjadinya nyanyuk or dalam ertikata lain pelupa or dalam bahasa saintifiknya DIMENTIA. Kakadang orang muda pun mengalaminya dan tak semestinya menunggu tua, tetapi bukan semua orang tua yang mengalaminya cuma segelintir aja. Kalau mengikut apa yang aku telah baca..

    "Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali."

    Salah Satu Puncanya...

    DIMENTIA adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia.

    Salah Satu Cara Untuk Mencegahnya...

    RAWATAN bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini.

    Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum.

    Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.

    Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

    Cerita sebenarnya yang aku nak sampaikan di sini bukannya pasal sapa-sapa yang nyanyuk or dapat penyakit tuu but something about aku punya perjalanan hidup dalam beberapa hari dalam minggu ni. Anyway..i intro aku nihh terlalu panjang sangat, but ianya untuk kebaikan dan pengetahuan bersama.. Di dalam minggu nie aku alami bemacam-macam pekara dan aku asyik tersilap aja maybe coz otak aku terbelit sekali lagi.. feningg.. feninggg.. memikirkan seribu satu macam hal-hal di dalam kotak memory aku nihh...

    Kotak memory aku dah tersasul or sekali sekala terkeluar dari landasan normal, hehhee.. surelah semua yang baca ni jadi stone-stone kan.. dengan apa yang aku coretkan di sini, ahaks.. aku asyik tersilap menulis tersilap dengan kata-kata aku tersilap arah yang sebenarnya.. arrghhh.. macam-macam silap lahh aku minggu nihhh..
    Harus di ingat Nyanyuk tuu lain , Silap tuu lain dan Lupa tuu bukannya nyanyuk.

    Aku tersilap write kat conference semalam tuu.. apa yang aku nak cakapkan batch tapi aku write badge.. aarrghh.. jauh benar makna tuu.. nasib baik Dona peringatkan aku.. tuu salah satunyalahh.. lepas tuu sebelah malam pulak aku banyak kali tersasul menyebut benda-benda yang acap kali aku menyebutnya, berkali kali-kali aku di tegur fuuuhhh.. apa dah jadi dengan aku.. kotak memory aku dah makin lemah.. or batterynya dah berkarat. Lepas tuu aku boleh tersilap print out Quotation kat wrong letter head pulak, bila nak serahkan kat member aky baru aku tersedar, so it's too late, nasib baik member aku understanding kalau tak sure dah mengamuk dengan dia hehehe.. macam-macam trajedi betul lahhh... apa dah jadi dengan memory aku dah makin menjadi-jadi.

    Hari ini.. pagi tadi member aku minta tolong dia terangkan something dekat pengarah bomba tuu.. so dengan tak prepare apa-apa aku slamber jaa, keluarkan apa yang berguna dari kotak memory aku tuu untuk meyakinkan mr.pengarah tuu dan akhirnya dia orang happy dengan company member aku. Selepas tuu aku ada meeting sampai pukul 1.00pm dah lepas solat aku rush ke airport jumpa someone and then lepas aja selesai keja aku dengan si DIA (bukan gf lahh but someone tak special lebih kurang client aku) aku kena gii Georgetown pula masa aku kat Coastal Highway aku tersilap lane pulakkkk.... aku tersilap lane.. aku silap lane.... aku buat silap lagiii.. so masuk lane ke bridge, aku tak boleh turn back aarrghhh.. aku kena gii main land baru boleh pusing balik.. buang masa , buang minyak n buang duit toll aku aja. Masa aku paling penting dari semua-semua.. aku terlalu kesuntukan masa.. dalam masa tuu jugak aku melakukan kesilapan besar.. tension betull lahhhhhh...
    Maybe aku terlalu banyak sangat memikirkan seribu satu macam pekara kot...

    Ini ada satu dua cerita tambahan.. member aku cerita kat aku so aku sampaikan kat sini, bermulanya begini... kawan member aku secara tak sengaja buat lawak hahaha..
    Member aku nak cari kerja lain so.. member dia bagilah suggestion suruh member aku nihh cari keja kat Power Man, jenuh member aku memikirkan apa tuu Power Man dan dalam ingatan member aku nihh pastinya bersangkut paut dengan electric lahh.. tetiba bila kawan member aku nihh dah habis bercerita baru member aku tahu apa tuu Power Man, ahaks.. yang sebenarnya Man Power syarikat agensi pekerjaan tuu.. camner bleh terbalik plak.

    Cerita tambahan lagi... nie cerita tentang bos aku yang tahu tak tahu nak cakap melayu, chinese kat penang kebanyakan tak seberapa tahu nak cakap melayu dengan betul. Bermulanya di sini 2 hari lepas masa aku gii site visit dengan bos aku nihh ada satu part tuu dia explain kat customer aku, semua orang cakap London jaa tapi sampai kat satu hal yang bos aku campur melayu satu perkataan nihh KIPAS, aku dengan client aku nihh heran apa tuu kipas, ligat jugak aku memikirkan binatang kipas hahahhaaa... bila bos aku terangkan lagi baru lahh we'll dapat tahu apa benda tuu sebenarnya.. rupa-rupanya Lipas di sebut kipas, aku nak tergelak sangat-sangat masa tuu tapi tahan aja so.. aku gelak dalam hati lahh..

    ## Memory aku dah OK & dah tak terbelik lagi dahh malam nihh... Coz ada orang nak belanja aku Dinner jap lagi. ##







Purbe | 8:49 PM | Wednesday, February 25, 2004

    Jelmaan Minda....

    Aku minat dialog nie.. "Aku belum cakap korang dah terlompat-lompat"
    selalu aja aku dengar kat radio era yang di petik dari cerita Tan Sri P.Ramle, tapi tajuk filem tuu aku tak tahu... Aku tak suka sesangat cerita sedih sedih nihh... aku prefer happy ending story tapi kalau cerita lawak tuu ok jaa.. boleh masuk kepala otak aku nihh.. tetapi kalau cerita lawak bangang tuu.. aku prefer tutup tv jeerr... bossan betul kalau lawak bangang nihhh..

    Sudah lama dahhh... dah lama aku berjanji nak pinjamkan buku tuu pada one of my best best friend tapi aku sibuk n asyik terlupa aja nak gii pejabat pos.. i'm so sorry my friend, pls forgive me. Aku tahu kau tak marah kan.. nanti aku belanja Ndable, hehehhe... , kawan aku nie asyik bersabar aje walaupun kekadang aku melawak pada tahap maximum.. dia terima jaa dengan hati terbuka.. rasanya susah nak dapat kawan yang macam nihh.. kan kawan.









Purbe | 12:27 PM | Tuesday, February 24, 2004

    Pakej 3 Hari 3 Malam....

    Cuti-cuti Malaysia nampak macam menarik kan.. ada bermacam macam pakej yang di tawarkan, selalunya pakej-pakej tuu.. ditawarkan 3 hari 2 malam, harganya not bad masih lagi pada tahap kemampuan bagi yang mampu laaa... aku kekadang ada tahap mempunyai kemampuan dan ada kalanya tak mampu lansung, cuma ada kemampuan berangan aja. Aku selalu jugak gii bercuti-cuti nie tetapi aku mengikut pakej yang di sediakan oleh aku laaa.. kekadang dalam pakej aku cuma 2 hari 2 malam aja tetiba last munites boleh berubah jadi 3-4 hari so.. terpaksa lahh call opis dengan suara yang cool dan alasannya aku still ada benda yang belum setel lagi.
    Aku selalu jaa camnie kalau gii kemana-mana pun.. geng-geng kat opis aku pun dah tahu sesangat dengan pakej aku nihh...

    Cuti 3 hari lepas termasuk cuti Maal Hijrah tuuu.. aku ada pakej 3 hari 3 malam...
    Kali nie pakej lain skit coz pakej nie buatkan aku terasa tersangat letih hinggalah ke saat ini, iyeerrr... saat-saat aku menulis jernal nihh.. Pakej ini lain sikit dari pakej yang aku selalu gii.. tuu, kali nie pakej kerja aku kena kerja pada cuti-cuti minggu dan termasuk cuti tambahan tahun baru Hijrah , sedangkan orang lain sedap jerr berlepak n bersantai, aku pula memerah keringat 3 hari 3 malam untul uruskan contractor aku untuk siapkan kerja-kerja upgrade network system kat tempat customer aku tuu.. Malam semalam barulah.. sampai part aku untuk buat kerja configuration, up the switches n testing all connection supaya pagi nie aku boleh bangun lewat.

    Aku berasa sungguh-sungguh bertuah... pagi-pagi masa aku tengah syok melayan mimpi takda call yang masuk handphone aku so.. maknanya kerja-kerja aku semalam tuu berjalan lancar lah.. NO PROBLEM at ALL, aku boleh relax seharian kat opis hari nie untuk kumpul balik energy aku..

    Tadi cousin aku ym dengan aku cerita tentang suasana kat Brisbane sekarang nie, dia cakap cuaca kat sana cukup panas dan last week temperature cecah 41 deg C. Dia orang asyik telan air paip jerr.. sampai badan-badan terasa gatal-gatal, hehehee.. hujan emas di negeri orang lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Last sekali dia bagi tahu aku dia orang akhirnya dah beli juga water filter dan barulah terasa sesedap air paip kat malaysia nihh.. hmmm.. air paip kat mesia nie sedap kerr...
    Kalau bulan pusa sure terasa manis kan walaupun air paip sekali pun. Tetapi harus di ingat jangan tinggalkan puasa.. aku lain lah aku tak pernah pun tinggalkan puasa semenjak dari darjah 6 lagii... (masa tuu belum baligh lagi taww..)

    Keletihan dan kemengantukan makin menjadi-jadi pada saat ini.. rasanya macam mahu jaa aku tidur depan computer nihh... n bangun pada besok pagi, and then basuh muka dan sambung balik keje, aalaahh.. macam citer-citer omputeh kat tv tuuu.. dia orang tak payah mandi pun, baju pun pakai yang sama gakk.... tetapi kat sana sejuk kan so kurang berpeluh rasanya n bau badan tuu.. aku tak tahu lahh coz aku belum pernah kat sana lagi, anyway perfume ada so.. bau badan boleh di tenggelamkan dengan perfume untuk jangkamasa 6 jam bagi perfume lelaki dan perempuan boleh cecah 8 hingga 10 jam.. lama gakk kan perfume pompuan nihh... hmmm.. ada sapa-sapa terfikir tak kenapa perempaun perlukan perfume yang wangiannya cukup kuat dan tahan lama....
    kenapa yaa... kenapa yaaa.. kenapaa....

    Kat minda aku nie dah terfikir macam-macam kenapa dan pelbagai jawapan yang mungkin boleh buatkan aku tersenyum sendirian....







Purbe | 7:33 PM | Friday, February 20, 2004

    Minggu Banyak Kerja & Makan..

    Semalam aku habis meeting dah hampir-hampir pukul 7.00pm, balik rumah lepak kejap mandi-manda n solat lepas tuu.. member aku ajak gii island teman dia get something and then terkeluarlah idea nak makan ikan bakar so.. apa lagi semuanya mengangguk ajaaaa... dan senyum-senyum ala-ala kerang..

    Semalam aku menjamu selera dekat Teluk Tempoyak, tempat nie memang top dengan ikan bakar. Dedulu setiap tahun aku selalunya belanja member-member aku makan kat sini sempena birthday aku or aku dapat keuntungan daripada side income aku. Rasanya dah dua tahun aku tak gii Teluk Tempoyak coz geng-geng lama semuanya dah mula sibok dengan family masing-masing, aku juga blom ada family lagii..

    We'll menjamu selera dengan ikan siakap bakar, sotong masak tepung (aku tak makan coz ianya bernama sotong), kailan ikan masin, telur bungkus, tomyam campur dan semestinya nasi. Aku kempunan nak makan ketam tetapi dah habis, aku nak makan udang bakar tapi tak dapat sambutan dari kawan-kawan aku, so aku makan aja apa yang aku boleh makan.

    Aku " hari tuu.. kita pii memancing dapat kerapu besaq tuu kaa "

    Artan " cehh.. mana besaq tuu.. kalau dapat besaq tuu.. sure bangga punya, yang dapat hari tuu tak sampai suku dari saiz tuu.. pun"

    Aku " hehehehee.... "



    Dalam minggu nie entak kenapa tetiba aja kerja datang tak henti-henti, meeting pun banyak dan aku pula makan macam-macam dan rasanya terlebih makan daripada sebelum-sebelum nie.. macam-macam makanan aku rasa dalam minggu nie bermula dari hari sabtu lepas dan juga hari pertunangam Artan hari tuu.. Plan aku nak balik ke gym tertangguh lagi.. plan aku nak terjun kolam tertangguh lagii... plan aku nak jogging lag-lagi tertangguh sehinggalah aku tak sambung tidur balik selepas subuh tuu... Rasanya aku kena NEKAD dengan matlamat-matlamat aku nihhh.. Aduhhh... aduhhh.. aku nak sentiasa fit.. camner..





Purbe | 12:13 PM | Thursday, February 19, 2004

    Pulau Mutiara...



    Pulau Mutiara.. hmmm.. nama jaa pulau mutiara tapi sebiji mutiara pun aku tak nampak lagi kat sini, anyway aku bersyukur coz aku selesa tinggal n cari makan kat sini. Hari tuu masa aku on da way nak datang ke office aku snap dua tiga keping gambar kat atas ferry tuu..


    Ini pula aku punya lunch untuk hari ini, sedap gakk sekali-sekala makan benda-benda nihh. Aku terlalu bz so.. aku sempat nengok biskut nie aja kat petrol stesyen japp tadi, takda pilihan lain untuk isi perut, cuma tiger nie jaa lahhh...



    Malam semalam aku cuma makan cake nie (Tiramisu) dengan Bluberrycheese cake, sedap n kenyang walaupun dua potong cake tuu jaa..





Purbe | 3:58 PM | Wednesday, February 18, 2004

    Sibuk tahap Kuda.....

    Pagi-pagi member aku msg bagi tahu yang dia sibuk tahap gajah hari nie, pada waktu tuu aku masih kat atas katil coz semalam aku balik keja agak lewat lebih kurang pukul 11.30pm rasanya. Hari-hari busy aku muncul kembali dalam kerjaya aku nie, dah setahun lebih aku tak busy giler macam nie. Aku rasa aku busy tahap kuda coz kalau gajah lambat nak begerak kalau kuda tuu.. boleh gii satu tempat ke satu tempat tuu dengan pantas jaa.

    Pagi-pagi hari nie aku dah ada banyak kerja, aku kena arrange aku punya contractor, aku menuggu dia orang jumpa aku, aku kena terangkan macamana dan aku kena confirmkan dan explain kat customer agar dia orang berpuas hati dengan perjalanan projek tuu. Kekadang customer nie banyak songeh jugak nak macam tu nak macam nie dan kalau lebih dari seorang yang incharge sure lagi pening kepala aku, lagi banyak yang dia orang nak ubah-ubah, aku.. aku... kena ubah layout pula nanti.

    Contractor aku layan aku dengan cukup baik sekali maybe coz aku selalu bagi project kat dia orang kot, aku pula layan customer aku dengan baik juga segala perubahan plan aku terima dengan anggukan dan senyuman coz The Customer Is Always Right. Aku juga dah biasa dah dengan segala kerenah customer nihh.. kekadang kalau kita layan lebih-lebih makin menjadi-jadi pula dia orang tetapi dia orang sumber pendapatan company yang aku kerja nihhh... sekali sekala terfikir macam nak tukar kerja lain pulak.

    Selepas dia orang dah mulakan kerja-kerja tuuu... aku attend pula call dari customer yang satu lagi, dia orang cakap yang Backbone dia orang down so.. dia orang tak boleh link dari prodution to main office, itu pun memang aku kena solve by today kalau tak sure director dia orang mengamuk punya. Kalau production down lama-lama rugi pun makin banyak coz tuu lah aku kena cepat-cepat solve benda-benda tuu..








Purbe | 5:15 PM | Tuesday, February 17, 2004

    Kegilaan Sementara...

    Bercinta memang indah dan tiada apa-apa yang lebih indah selain daripada mengalami perasaan cinta menyintai, sesiapa sahaja boleh menikmatinya asalkan perasaan itu ada pada pasangan masing-masing. Kalau tak der pasangan so.. tak payah fikir bab-bab cinta nie coz nanti kempunan pulak...

    Aku... aku..hmmm... aku dah lama lupa camner perasaan cinta menyintai nie, dahh.. lama dahhh.. bak kata Tun Chek Det. Aku marasa macam gayat ajer kalau nak bercinta balik, maybe perasaan tuu belum lagi jumpa jalan pulang untuk kembali di dalam diri aku buat masa ini, masa-masa depan tuuu.. aku tak tahu lah. Aku nengok betapa happynya housemate aku yang baru bertunang tuu.. abis tuu tunangannya pun makin manja-manja lagi dengan dia kerap pula menelepon.
    Bahagia... bahagia... dia orang nihhh... aku harap dia orang tak gaduh-gaduh lahhh..

    Perasaan cinta yang berkobar-kobar boleh di tafsirkan sebagai kegilaan yang sementara pada setiap individu yang tengah mabuk bercinta nihh.. bila dah lama dan capai apa yang dihajati so.. kegilaan ini akan beransur hilang sikit demi sedikit dan kadangkala bagi sesetengah individu, ianya hilang terus, coz tuu.. lah terjadinya permainan kayu 3. Masa tengah mabuk bercinta semuanya indah, gunung sanggup direntasi, hujan sanggup di harungi walaupun basah kuyup, jauh dekat semuanya tak di peduli asalkan naluri di turuti, malam terasa cukup panjang dan masa berdetik dengan lambat coz nak berdating pada siang hari tuu..

    Indah-indahhh, tiada apa yang lebih indah selain daripada melayan perasaan cinta.
    Bagaimana nak bercinta.. aku pun tak tahu nak explain coz aku tak mengalaminya pada masa ini, susah nak bercerita.. walau bagaimana pun seseorang itu boleh bercinta or jatuh cinta dengan perlbagai cara tertentu..
    Menurut ahli sosiologi John A.Lee ada 6 jenis cinta iaitu Cinta kerana Kecantikan, Cinta Main-main, Cinta antara teman, Cinta Melampau, Cinta Kudus, Altruistik dan Cinta Praktik.

    Ada beberapa konsep dalam cinta, salah satunya halo effect ( cinta pandang pertama),
    Cinta Roller Coaster atau cinta bermusim yang mana adakalanya ok dan ada masa tidak. Ada juga orang yang cepat-cepat jatuh cinta tetapi takut-takut dan tak yakin dengan perasaan cintanya itu.

    Bagaimana perempuan nak memikat lelaki atau mula menyukai lelaki...??
    iaitu dengan Copulatory gaze - pandangan yang mengambarkan minat.

    Copulatory gaze ini lelaki , perempuan pun melakukannya, salah satunya melalui solekan, dia orang akan bersolek sakan untuk memikat dan satu lagi dengan memakai baju lawa-lawa just for U.

    Anyway setiap perasaan LOVE itu mesti ada passion. Cinta juga tidak boleh dipaksa ianya harus datang dengan sendirinya. Aku simpati pada sahabat-sahabat aku yang masih menagih cinta yang tiada kepastian. Harapan yang menggunung namun hasilnya entah macamana.. susah nak di ramalkan dan semuanya kelihatan kabur.
    Aku tumpang bergembira andainya kebahagiaan muncul di pangakhiran matlamat sahabat-sahabat aku nihh...


    Wassup...

    Perfect love exists when two people feel liberated and empowered by their relationship instead of feeling contained, repressed or held back. Love should not cramp your style. Neither partner should feel that he or she has given anything up or sacrificed any other part of his or her life for the sake of the relationship. Perfect love makes the lives of both partners better at the expense of neither!






Purbe | 8:05 PM | Monday, February 16, 2004

    Majlis Belum Habis Lagi....

    Segalanya simple n life pun simple juga, so... tibalah pula uapacara menyarung cincin 2 dalam 1. Majlis pertunangan dan merisik (2 dalam 1) dan picture below di mana pengantin perempuan tunangan si Artan di sarungkan cincin pertunangan or merisik aku tak sure pula coz aku tak ambil tahu.





    Above picture
    Kedua-dua cincin tersarung di tangan empunya diri setelah secara rasminya Siti Rohaila bt Rosli bergelar tunangan pada Anuar Bin Mat Desa. Kedua-dua cincin itu melambangkan sesuatu ikatan rasmi or perjanjian antara kedua-dua insan ini untuk sehidup menempuhi segala ranjau kehidupan berumahtangga bila tiba masanya nanti, tetapi sekarang niii cuma pertunangan aja, hmmm... cuma lesen L aja.. so tak boleh buat lebih-lebih coz belum HALAL lagiiii...



    Above picture
    Ini lahh.. hantaran balas dari pihak perempuan pada pihak lelaki, Semua tuu.. dah abis masa we'll kat nilai lagi coz nak jimat space kat dalam bonet kereta tuu..



    Above picture
    Sirih Junjung dari pihak perempuan, aku kurang berminat pasal makan sirih nie coz aku tak boleh makan sirih coz body aku tak dapat nak accept sirih nihh.. pernah dedulu aku hampir pengsan gara-gara cuba memakan sirih.



    Above picture
    Bergambar kenangan, Artan dengan tunangnya Siti dan di apit pula oleh emak artan di sebalah kanan dan adik pada artan di sebelah kirinya. Maka selesailah majlis pertunangan housemate dan memrangkap sedara yang bau-bau macang aku nihh..
    Bahagia terpancar di muka insan-insan yang bertuah ini....



Purbe | 4:51 PM |

    Pertunangan...

    Pertunangan merupakan sesuatu yang indah bagi setiap pasangan yang bercinta. Pada kaum hawa itu lahh.. saat-saat yang di tunggu-tunggukan setelah sekian lama bercinta.
    Namum pertunangan or perkahwinan bukannya pengakhiran pada sesuatu percintaan itu.

    Berbalik pada majlis pertunangan tuu...


    Above picture: Hantaran perkahwinan yang di bawa dari negeri Jelapang Padi Malaysia hinggalah ke negeri terhujung sekali di semenanjumg malaysia. Semua hasih kerja jiran-jiran dan sedara mara cost cuma bahan-bahanya aja.


    Above picture :
    Di mana majlis yang serba ringkas di jalankan, tak macam kat tempat we'll, totally berlainan maybe coz of adat kot. Aku tak mahukan bezakan apa-apa cuma apa yang dapat aku katakan, ianya terlalu ringkas pada pandangan mata aku.

    Kata sepakat sudah di capai dan majlis 2 dalam 1 tuu.. berlansung dengan jayanya.
    RM5000.00 hantaran perkahwinan (tak mahal.. n cukup berpuas hati)
    Bila aja wakil dari pihak perempuan bagi tahu yang Mas kawen pula sebanyak RM22,500.00.. we'll semua tergejut dan aku nengok Artan dah naik pucat n terbeliak biji mata. Hehehee.. sebenarnya dia orang nie ada perumpamaan iaitu 22,500 bersamaan dengan 22.50 so... mas kawen cuma 22.50 ajer lahh.. fuuuhhh.. aku dengan lain-lain berasa lega bila wakil dia orang explain macam tuu... kalau tak sure Artan kena bertunang lama lagi lahhh..
    Sesudah aja majlis 2 dalam 1 tuu.. we'll di hidangkan dengan jamuan untuk majlis itu.






Purbe | 2:26 PM |

    Bertunang...

    Menurut kata orang yang berpengalaman, bertunang nie banyak dugaannya, tuhan nak menguji kita samada kita betul-betul boleh hadapi dugaan itu atau tidak sebelum kita bersedia untuk berkongsi hidup or dengan erti kata lain berumahtangga.
    Rumahtangga akan lebih banyak dugaan lagi dan ikatan itu mungkin akan berkekalan selama-lamanya jika masing-masing pandai mengemudi segala rintangan kehidupan yang bakal di tempuhi bersama untuk suatu jangka masa yang panjang.

    Kadangkala pasangan akan mengalami perpisahan di dalam tempoh pertunangan itu di atas sebab-sebab desakan orang lain. Telur di hujung tanduk... keadaan begini mungkin terjadi apabila seseorang itu tidak dapat membuat decision yang betul tentang masa depannya, umpama kata orang " di luah mati emak di telan mati bapa" , so bila kita berada di dalam kadaan yang macam itu kita kena percayakan diri sendiri untuk membuat keputusan. Walaupun memeritkan namun keputusan harus juga di capai bagi menyelesaikan masaalah itu, so kita cuma dapat memilih salah satu ajer..
    so.. keputusan kita menentukan hubungan dan masa depan diri kita......

    Hari kedua aku berada di dalam rombongan kak senah, seperti biasa janji orang melayu tetap dengan janji melayu, plan awal akan bergerak dari kg. semarak pukul 7 pagi tetapi oleh kerana janji n plan orang-orang melayu nie so.. 8.30am barulah nak memulakan perjalanan. We'll berhenti dekat perhentian seremban menunggu lagi sedara mara artan, dan masa makin bergerak pantas meniggalkan we'll semua namun setelah hampir setengah jam menunggu baru lah dapat meneruskan perjalanan ke destinasi.

    Lebih kurang pukul 12 lebih we'll sampai dekat destination dan tercari-cari penunjuk arah yang berjanji nak tunggu di depan mesjid tuu.. pening jugak kalau tak kenal orang yang kita menunggu nihhh.. so setelah contact mengontact baru lah jumpa penunjuk arah tuu.. so di orang pun bawa we'll gii kat rumah yang sepatutnya, we'll sepatutnya sampai pukul 12 kalau mengikut perjanjian awal namun segala perancangan tak menepati masa, so asyik delay n delay ajer.

    Setelah berhempas pulas selama 3 jam lebih perjalanan termasuk tunggu menunggu n cari mencari akhirnya tiba juga we'll kat rumah yang di tuju. Sg. Rayat ituu lahh nama tempat di mana terdapatnya sekuntum bunga yang bakal di sunting dari taman impian oleh kumbang berkacamata hitam.



    Above picture, masing-masing menampakan keletihan setelah lebih 3 jam perjalanan dan ada yang sakit belakang, mengantuk dan of coz tekanan debaran makin memuncak pada empunya diri yang bakal di sunting dan hero yang akan menyunting tuuu..





Purbe | 1:50 PM |

    Rombongan Kak Senah to Batu Pahat..

    Friday 13 ferbruary aku memerangkap Lilin bertolak ke KL dalam pukul 4 petang, driver tuu.. member aku si Artan tuu.. aku jadi co-pilot jer sambil membaca novel Cinta Pertama.
    Setelah aku layan n melayan parents member aku berbual dan kekadang melayan novel tuu.. so.. sampai lah kat pit stop yang pertama dekat Sg. Perak.

    Kat situ we'll solat Asar dan menjamu selera sikit, aku jarang sesekali memakan kat sg.perak sebelum ini dan oleh kerana melayan parents Artan aku so.. merasa juga lah koteow goreng yang sememangnya tak membuka selera aku. Makanan kat kedai tuuu... aku letak class paling bawah sekali dan aku berjanji kat diri yang aku takan memakan or bagi sesiapa yang bersama aku makan kat kedai tuu dah... semuanya dari koteow hingga ke telor goreng reject, terlalu sejuk dan keras. Aku pangkah 101 kali kat kedai tuuu... REJECT REJECT.. REJECT...

    Pit stop kedua selepas RR tapah tuu.. aku dah lupa apa nama tempatnya. aku tak boleh recall balik dah.. kat situ just solat maghrib jerr n then we'll teruskan perjalanan kat destinasi untuk seterusnya kat Kg. Semarak.

    Bila dah sampai KL aku terover confident pulak dengan jalan-jalan nihh, cehhh.. buat malu ajer kat parents artan, camner aku boleh terlepas sampai ke selayang pulak, so.. aku bawa dia orang makan-makan angin lahh kat selayang malam tuu.. hehehhee..
    bukan sekali dua aku datang KL tetapi kali nie, camner pulak aku boleh terlepas jalan yang sepatutnya.. anyway aku dapat juga sampai ke destinasi selepas recall balik memory aku.

    Sampai Kg. Semarak dalam pukul 10 malam, setelah buang masa dekat pit stop dan terover confident. Makan nasi kat umah Pakcik Jamil n then selepas melayan tv kejap n berborak pukul 1am aku artan n marais tidur setelah masing-masing berdiam diri.





Purbe | 12:03 PM | Thursday, February 12, 2004

    Cakap Tak Serupa Bikin....

    Sudah berkali-kali aku betanya pukul berapa nak bergerak... pukul berapa nak bergerak.. dan jawapan yang sama aku dapat " bertolak pada waktu pagi dan sembahyang jumaat kat KL" so aku membuat perancangan tersendiri untuk berjumpa member-member aku apabila berada di kotaraya. Aku berjanji dengan kawan-kawan aku utuk berjumpa dan mungkin dia orang pun membuat perancangan untuk aku.

    Tetiba jap tadi aku dapat massage.. dari Atan
    "depa nak pi lepas sembahyang jumaat, lebih kurang pukul 3 dari Alor Setar"
    Fuuhhh... segala perancangan aku semuanya musnah dan kalau dia orang bagi tahu awal-awal aku boleh jaa ambil cuti half day dan pada waktu pagi tuu.. aku boleh jumpa client aku so.. tak payah nak postpone gii next week. Pukul tiga dari alor setar hmmm... aku macam tak percaya dengan janji-janji melayu (bangsaku) coz dah banyak kali sesangat aku terpaksa menuggu orang yang tak menepati janji. Aku lebih suka ready lebih awal daripada masa yang di tetapkan dan aku juga tak suka tertunggu-tunggu tanpa sebarang alasan.

    Problem.. pening.. pening.. perjalanan bukannya dekat kenapa nak di lewat-lewatkan, aku tak faham dengan idea yang tak bernas orang tua-tua nie, diaorang tak tetap pendirian.
    Aku bosan dengan perancangan-perancangan yang macam nihhhh...... bila aku call bertanya kenapa dan jawapannya dia orang dah 2 minggu tak sembahyang jumaat kat kampung, aku... aku.. tak dapat nak terima alasan yang macam tak logik, musafir boleh sembahyang di mana-mana saja dan kenapa yang tu dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan perjalanan. Aku cuma diminta menolong aja dan aku tak ada hak untuk bersuara, sekali lagi aku menjadi lilin.

    Kemungkinan tuhan ingin menduga aku dan aku redho dengan segalanya.






Purbe | 10:15 PM | Wednesday, February 11, 2004

    Caca Mereba.... fly.. fly away

    Hidup aku umpama cherita yang bersiri-siri-siri sehiggalah tiba ke siri terakhir dimana tiada lagi sambungan cerita dan hilanglah si hero daripada pandangan umum. Kadangkala apabila mengimbas kembali kisah-kisah silam aku terasa malu pada diri sendiri, aku berasa bersalah dan aku terasa betapa bodohnya aku kerana tak menggunakan masa dengan bijaknya, namun semuanya sudah terlepas kini aku cuma perlu memandang kedepan aja... kedepan depan tetapi aku tak pasti apa yang bakal ku tempuhi selanjutnya....

    Siang berlapar, malam bermewahan, siang mencari idea malam bercerita, siang mengantuk malam berjaga.

    Dedulu diwaktu remaja aku, aku terlewat sampai untuk hantar someone, hari ini pula aku tak kesempatan untuk hantar cousin aku kebetulan pula kedua-dua gii sambung belajar di tempat yang sama kat bumi Kangaroo. Dedulu susah nak beli handphone dan tak ramai orang menggunakannya. Hari ini aku just call and wish Good Luck, mudah ajer zaman sekarang nie serba canggih. Aku nengok sahabat-sahabat aku tenggelam di dunia cyber dan ada yang jatuh cinta, merana, dah berumahtangga kerana kecanggihan teknologi. Aku... aku.. pun bekerja di dunia virtual dan kadangkala aku perlu melihat sesuatu masaalah itu dengan mata aku sendiri barulah idea itu datang.

    Malam semalam aku berkawan dengan Toshiba dan malam nie pula aku bertemankan Fujitsu.

    Sudah 2 hari aku tak balik ke rumah sewa aku dan tiada sesiapa bertanya di manakah aku, kemanakah aku pergi, aku terasa bebas bila diriku tidak disoal. Si meroon umpama almari bergerak aku dan semua keperluan tersedia ada untuk 3 hari, tetapi malam ini aku nekad untuk balik coz ada hal yang perlu di bincangkan sebelum berangkat ke Batu Pahat. Aku kerap kali jadi penyuluh pada jalan-jalan kebahagiaan, dan cuma satu sahaja teman aku yang hampir-hampir or di klifikasikan untuk bergelar Laduda secara sah. Kebahagiaan bukannya dapat di nikmati oleh semua orang untuk selama-lamanya dan teman aku nie antara yang di pinggirkan oleh kebahagiaan. Aku bersimpati apabila mendengar kisah-kisah sedihnya, aku sayu apabila dirinya di perlakukan sebegitu.

    Aku nak nengok EPL..

    Hari ini takda kisah Jebon, musang mahupun bugs..
    Cuma kadangkala otak aku ini terbelit..... aku perlukan......















Purbe | 11:17 PM |

    Layar Melayari.. Sunyi Sepi...

    Pada jam ini semua orang dah di buai mimpi dan hanya tinggal aku dan cousin aku aja yang masih bersenkang mata, dia dibiliknya dan aku di bilik tetamu (last time bilik aku) kami masing-masing di dunia cyber tetapi jalanya dan jalanku aja yang membezakan kami.

    Di kala ini hanya kedengran bunyi kipas , bunyi aircond dan kadangkala bunyi si kura-kura kecil melakukan aktivitinya di dalam terataknya. Dari tadi lagi aku melayari alam cyber ini dan pada waktu ini baru aku berkesempatan melayari semua jaringan yang ada pada list aku hinggalah tiba pada waktu ini aku dah tak tahu nak kemana-mana lagi. Di waktu tengah malam or terlalu awal pagi ini hanya kedengaran bunyi ketap... ketap ketap petikan keyboard yang agak keras oleh jari jemari aku ini dan kadangkala kedengan bunyi kenderaan di main road.

    Bukan ku pinta untuk tidur di sini, bukan ku pinta untuk dinner malam nie, tetapi kerana pujukan acu aku (emak cousin aku) agar aku dinner bersama dan dalam masa itu juga memujuk aku supaya tidur di sini. Aku ada perancangan lain di rumah sewa aku tetapi hati aku kalah dengan pujukan, kenapa aku selalu kalah dengan pujukan... lemah sangat kah hati aku ini...

    Besok merupakan hari terakhir cousin aku berada kat tanah air dan besok juga dia akan fly mengejar cita-cita untuk mendapatkan Master di bumi kangaro. Degree in Biotech tetapi buat master dalam IT, betapa jauh bezanya umpama musang dengan jebon. Anyway aku harap dia akan berjaya mengejar cita-citanya yang menggunung itu... kali ini mama dengan abahnya akan hantar hingga ke sana, sambil selam minum air tetapi jangan sampai lemas udah lah..

    Badan aku dah mula keletihan dan mata aku pula dah mula pedih-pedih so... cukup lah dulu catatan kau pada tika ini, hingga jumpa lagi...... adios









Purbe | 1:53 AM | Tuesday, February 10, 2004

    Purbe mohon maaf pada sesiapa yang pernah sign in Purbe Guestbook.
    Guestbook lama terpaksa di ganti dengan Guestbook baru atas sebab-sebab teknikal.
    So... pada sesiapa yang sudi Purbe mengalu-ngalukan untuk memberi comment di Guestbook Purbe yang baru tetapi tetap sama.

    I'm so sorry to all of you... my friends..


    Sayang tetapi terpaksa....




Purbe | 8:28 PM |

    Suatu Petang Yang Membara...

    Aku bukanya pemarah, aku bukannya bad tample, aku bukannya ada darah tinggi or penyakit-penyakit yang seangkatan dengannya. Aku cuma terasa maca tetiba ada gunung berapi dengan lava yang sedang menggelegak di dalam diri aku ini. Aku merasakan darah mebuak-buak tetiba. Aku pendam aja kemarahan aku didalam diri walaupun ianya umpama lava gunung berapi, namun aku cuba timbus lava itu dengan salji. Aku timbus, aku timbus.. aku timbus lagi tanpa henti-henti.....

    Aku cuba tenangkan diri dan hanya hati aku aja yang tahu bagaimana perasaan aku pada masa itu. Aku tak suka orang lain tahu akan kemarahan aku, aku lebih rela membakar diri sendiri daripada meluahkannya ,sekali lagi aku jadi Lilin. Aku takan mengungkit, aku takan menyalahkan sapa-sapa biarlah diri aku aja medendam rasa.

    Aku meminta maaf mungkin aku memberotak dan tak melayan sesangat sapa-sapa kat dunia cyber seperti yang diharapkan. Aku ada masaalah dalaman, darah aku mendidih bukan kerana teman dan sahabat-sahabat aku di dunia cyber nihh, tetapi someone di dunia reality aku dan bukan juga di opis aku nihh. Aku insan biasa dan kadangkala perasaan aku terguris walaupun dengan kata-kata.

    Selama aku mencari expirence di alam bekerjaan sebelum ini selama itu lah aku tak pernah memarah or menunjukan kemarahan aku di tempat aku mencari rezeki, hinggakan officemate aku mengatakan yang aku nie tak tahu apa itu erti marah. Aku bersabar dengan apa jua.. dan tak tergamak untuk meluahkannya kerana aku tahu ianya mungkin akan menyakitkan hati orang lain pula. Aku bersyukur kerana aku mempunyai kesabaran yang sebegini dan aku akan terus bersabar sedaya mana yang mingkin. Diri aku sendiri pun sukar nak mempercayai yang aku tak pernah sesekali melenting or bercakap kasar dengan officemate aku walaupun hati dan telinga aku panas.

    Aku suka menyepi untuk menyejukan hati dan perasaan aku, coz aku rasa dengan berbuat sedemikian diri aku akan tenang dan hati aku cepat sejuk. Yesss.. memang terbukti berkesan pada diri aku ini, kini tak sampai 1 jam aku dah kembali 95% seperti hari-hari ceria aku.

    At last aku sukakan cabaran walaupun ianya menyakitkan...





Purbe | 7:05 PM | Monday, February 09, 2004

    Satay..satay... Menyelerakan or Meloyakan..










    Pelbagai jenis satay yang tak di jual di negara kita tetapi ada di sekitar negara-negara asean yang lain. Hidangan yang menjadi sesuatu pekara biasa di dalam bangsa lain tetapi bukannya pada bangsa melayu or bangsa malaysia amnya.

    Apa pendapat anda tertelan tak kalau di paksa memakan satay nihhh...







Purbe | 7:30 PM | Saturday, February 07, 2004

    Terkenang Sejenak...Mandi Sungai

    Dulu aku pernah di rotan kerana mandi sungai, kerana belajar hisap rokok masa umur belum cecah belasan tahun. Rotan juga buat aku tak suka dengan rokok dan asap-asap rokok. Tetapi kenakalan aku buatkan aku tahu benda lain yang perlu tahu umpamanya berenang.. aku tahu berenang, tetapi adik-adik perempuan aku tak tahu coz dia orang tak da peluang untuk tunjuk kenakalan.

    Selepas aja mengaji Quran aku dan beberapa lagi geng jahat selalu aja gii mandi sungai dekat denga sawah padii tuu.. Quran dan kain pelekat di letakan di peredu pokok pisang, n then dengan ghairahnya berlari atas titi kayu n terus aja terjun kat dalam sungai, bloommm... terjun kaki dulu kat dalam sungai tuu.. bila dah berani sikit terjun kepala dulu pula and then bila dah hyper berani so.. buat lahh skill pusingkan badan di atas angin kekadang menjadi jerr tetapi selalunya kebammmm.. badan aku menghempas air, merah habis seluruh badan aku dan terasa pedih-pedih.

    Masa tuu semuanya terasa best, kawan-kawan pun ramai sehati sejiwa pula tuu.. bila dah puas mandi manda sampai merah saga biji mata barulah teringat nak balik rumah. Masing-masing terasa takut perents tahu yang we'll mandi sungai. Bila dah tengok semuanya clear aku lari cepat-cepat masuk bilik air dan terus mandi, kekadang tuu.. arwah abah aku dapat tangkap aku masa kat luar rumah so apa lagi.. we'll main kejar-kejarlah dan selalunya aku tertewas juga dalam segalanya. Emak aku selalu jadi penyabar dan penyelamat aku daripada kena lebih-lebih. Kadangkala aku terlepas lari daripada arwah abah aku tetapi bila malam menjelang tiba aku kena jugak balik rumah so time tuuu... emak aku pulak yang berleter, rasanya lagi teruk daripada kena dengan arwah abah aku tuu..

    Budak-budak memang degil tak serik-serik tak tahu berputus asa janji segala keseronokan diperolehi. Dekat rumah atok aku pun ada sungai, just bersebelahan dengan rumah aja. Nak dikatakan air sungai tuu.. ok pun tak jugak tapi aku n da geng tak peduli asalkan dinamakan sungai semuanya boleh dimandi, tetapi sungai kat umah atok aku tuu takda titi yang berdekatan dengan tempat yang we'll selalu mandi manda tuu... so terjun dari tebing aja, tak lahh best sangat anyway kerana keinginan mandi sungai tuu.. kira ok jugalah macam tuu pun.

    Kat umah atok aku nihh.. ok tak yahh nak kena marah bila aja lepas mandi nanti coz atuk aku nie sporting, tetapi bila time dia orang panggil naik tuu.. so kenanlah naik cepat-cepat kalau tak semuanya akan kena kejar.

    Dulu semua sungai (tali air) tuu ok jaa, tak banyak sampah or sekotor macam hari ini. sekarang ini dah takda sesiapa lagi yang mandi-manda kat sungai dekat dengan umah atok aku nihh.. dan rasanya sungai tuu dah macam makin sempit sesempit pemikiran aku bila aja orang bertanya soalan cepu emas.





Purbe | 7:37 PM |

    Alone... Sorang-sorang

    Tidur sorang-sorang, bangun sorang-sorang, mandi sorang-sorang, breakfast sorang-sorang, buat kerje sorang-sorang, cari buku n benda sorang-sorang. Dalam erti kata lain i'm lonely today.

    Awal pagi aku kena berkejar ke tempat customer sedangkan hari ini aku memang cuti, tak pergi rasa bersalah n tak sampai hati so.. terpaksa korbankan awal pagi aku kat tempat yang sememangnya aku malas nak pergi pada hari cuti, tetapi apakan daya aku terlalu baik hati. Tak sampai sejam aku dah soft problem tuu.. aku balik rumah coz nak ajak sapa-sapa temankan aku gii cari barang, but dia orang masih tidur n ada hal sendiri. Aku frust.. coz takda sapa-sapa yang sudi...

    Aku terpaksa bergerak seorangan ke KOMTAR, dah bertahun aku tak kunjungi komtar ini pun coz aku nak kena cari barang yang susah nak cari kat tempat lain. Aku terpaksa coz kerana aku suka berjanji untuk menolong orang lain. Aku jumpa kedai tuu.. yang satu-satunya jual benda tuu.. tetapi akak indon tuu.. pula cakap bos takda so.. dia tak tahu apa-apa, anything kena tanya bos. Aku pusing seluruh komtar n lepak-lepak kat kedai buku, cari buku yang aku nak beli tuu tetapi tak jumpa-jumpa juga bayangan buku tuuu.. so.. aku pusing sorang-sorang pulak kat Perangin Mall, tak ada anything yang menarik perhatian aku kecuali aweks-aweks yang pakai cantik-cantik menunggu bf masing-masing. Takala masa aku berjalan area aweks penuggu setia tuu.. terasa pulak macam dia orang ternantikan aku nihhh... iisskkk....iiskkk..
    camna aku boleh terbayangkan macam tuuu... hahahha.. nasih baik aku tersedar dari lamunan, so aku teruskan pusingan aku.

    Jealous aku nengok semua orang keluar dating pagi-pagi.. aku.. aku.. dating dating dengan si meroon aja tiap-tiap hari, takda sapa-sapa pun yang nak duduk kat sebelah.. hahahaa.. aku melalut sekali lagi. Anyway kadangkala bila aja nengok orang berpasangan hati kita pun berdetik untuk mempunyainya juga. Namun.. bukan senang macam anak ayam, nak aja boleh ambil satu bila-bila masa kita suka(kawan aku cakap macam nie).

    Hari ini aku tersesat juga sampai ke opis nihh.. pada awalnya ingat nak melepak n baca novel jaa.. tapi lain pulak jadi ceritanya bila ada depan computer nihh..

    Aku teringat kisah-kisah nan lalu, kisah-kisah indah sentiasa bermain di minda aku takala aku berseorangan. Kadangkala bila mengimbas cerita lalu, diri kita akan tersenyum sendirian, senyuman yang orang lain tak dapat memahaminya, senyuman yang dapat membuatkan hati terasa happy sejenak. Apabila semuanya berlalau diri kita akan normal kembali dan menerima segala kenyataan yang ada pada masa ini.





Purbe | 5:32 PM | Friday, February 06, 2004

    Kejutan... kejutan.. Ooo.. Phucott..

    Tergejut.. tergezut.. ternganga... aku di kejutkan lagi dengan berita-berita yang tak di sangka-sangka, begitu cepat perancangan, begitu cepat dia orang buat decision, aku tak sure samada aku akan available pada tarikh tuuu... tetapi dia orang mengharapkan aku..
    Nak kata tidak aku rasa serba salah dan kalau kata iya aku kena cancel segala yang telah aku rancangkan.

    Diri aku nie kan LILIN so tugas aku cuma menerangi orang lain, hehehheh...
    Cherita sebenarnya begini, housemate aku tetiba aja ada kat ruang tamu umah aku semalam. Dia datang semata-mata kerana aku untuk bagi tahu ada hal yang dia nak bincang dengan aku coz tuu lah dia balik ke rumah we'll walaupun cuti dia masih panjang lagi. Aku dah dapat mengajak tetapi tak tahu bila tarikhnya... Atan bawa aku keluar makan-makan dan setelah puas aku menghabiskan suara aku bercerita macam-macam dan tanpa henti, barulah dia membuka ceritanya.

    Atan (housemate aku) dia meminta aku menolong dia bawa family dia untuk masuk meminang girlfriend dia pada hari Sabtu nanti 14 february 2004, di Batu Pahat Johor, fuuuhhh... jauh perjalanan tuu... dan aku pun baru aja balik dari KL last 2 week. Minggu depan 19 February 2004 aku kena ada kat KL lagi hadiri seminar so.. kena travel lagi..









Purbe | 7:07 PM | Wednesday, February 04, 2004

    Percintaan.....

    Cinta.... setiap insan yang hidup di muka bumi tuhan ini mempunyai perasaan dan sifat cinta. Cinta memberi banyak pengertian, cinta pada sesama manusia, cinta pada tuhan, cinta pada kebendaan , cinta pada keduniaan dan pelbagai lagi yang boleh di tafsirkan sebagai cinta. Semuanya terletak pada diri sendiri, kita bebas untuk memilih perasaan cinta kita.

    Cinta juga ada pasangannya iaitu kekecewaan, tanpa cinta maka tiada lah kekecewaan.
    Sudah banyak aku melihat insan-insan mengabadikan dirinya pada percintaan. Kalau bercinta so biarlah seiklas dan setulusnya sepertimana terujudnya pegabadian tanda cinta seorang raja terhadap permaisurinya seprti ujudnya Taj Mahal.


    Taj Mahal, lambang percintaan yang kekal hingga ke hari ini.
    Namun pada masa dan zaman ini, cinta sudah berlainan konsepnya, cinta datang dengan sekelip mata dan pergi umpama tiupan angin lintang. Pada masa ini percintaan cyber kian menjadi-jadi, tanpa mengenali paras rupa dan budi bicara yang sebenarnya insan-insan kini boleh meluahkan rasa cinta yang kadangkala boleh membawa ketelanjuran pula. Namun semuanya terletak pada keimanan dan kefahaman masing-masing terhadap cinta. Bila bercinta diri happy selalu dan segala rintangan sanggup di tempuhi untuk memenaginya demi mengejar keasyikan naluri.

    Kadangkala cinta membuahkan hasil dan sebaliknya, bercinta tak salah tetapi mengabadikan diri pada tajuk cinta itu boleh mengundang bermacam-macam perbuatan yang bakal membawa penyesalan. Tak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan..

    Housemate aku bakal mengikat tali pertunangan, bercinta hampir 3 tahun dan akhirnya dia orang akan berjaya sampai ke destinasi yang di impikan. Pertunangan merupakan satu permulaan, permulaan untuk memulakan perkongsian hidup. Seperti tahun-tahun sebelunya aku cuma dapat melihat kebahagiaan orang lain namun dirku tetap sama.

    Kini khidmat aku di perlukan lagi dan kali ini aku akan memikul tanggungjawab yang lebih berat lagi untuk menyatukan 2 insan bercinta. Aku macam tidak percaya.. kenapa diri aku dipilih untuk menguruskan majlis pertunangan mereka nanti, kenapa diriku di pertanggungjawabkan dalam mengatur tuturkata di dalam majlis itu nanti. Siaplah aku..
    aku bukannya biasa untuk berbicara bahasa-bahasa yang aku belum pernah alaminya.

    Adakah diri aku layak untuk berbicara pasal segalanya, sedangkan diri aku masih lagi di awangan mencari tempat untuk berteduh. Aku bukannya duda, bukanya duda anak satu seorang member aku tuu, aku belum pernah alami segalanya.... aku masih lagi teruna..

    Bagaimana aku hendak menolak sedangkan perancangan sudahpun di atur, ini bukan majlis yang dapat aku mudah mempermudahkan, ini majlis penting buat sahabat aku...
    Aku dah bossann.. menjadi pengapit dan benda-benda yang seangkatan denganya.
    Mengikut kata orang dulu-dulu, orang yang jadi pengapit niee.. boleh dapat berkat tetapi kemana perginya berkat itu.. dah lebih sepuluh orang sahabat aku mendirikan rumah tangga dan aku pula di suruh jadi pengapit semuanya.
    Namun dari dulu hingga kini aku tetap macam diri aku pada tahun-tahun sebelumnya aku
    masih lagi jadi hero Lone Ranger..

    Kenapa bila kita dah suka seseorang tetapi seseorang itu tak dapat memahami perasaan kita... adakah diri kita masih lagi di biarkan tertanya-tanya or ternanti-nanti..
    sampai bila harus kita teruskan dengan perasaan yang sebegini...
    Adakah masih ada lagi sisa-sisa cinta buat diri ku....
    atau... aku ditakdirkan jadi Lone Ranger selamanya.........





Purbe | 8:32 PM | Tuesday, February 03, 2004


    Sesi Bergambar Terakhir Pada Malam Bersejarah..

    Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah. Setiap sesuatu yang bermula pastinya akan berakhir, setiap kehidupan pastinya akan menemui hari-hari pengakhirannya. Begitu juga dengan perjumpaan akan di sudahi dengan perpisahan samada sementara ataupun selama-lamanya. Ini lah dikatakan lumrah alam cuma yang kekal hanya akhirat ajaa....

    Ini lahh.. gambar kenanngan berlima we'll gii gathering GEJU so berlima jugalah we'll balik bersama. Aku tak pasti bila akan berjumpa dengan jelitawan-jelitawan ini lagi, dan kemungkinan takan berjumpa lagi... aku meminta maaf kiranya terkasar bahasa dan tersalah budi bicara. Apa yang aku harapkan cuma sebuah persahabatan yang tiada pengakhirannya..


    dari kiri maton, din, purbe,syati ceqtie n last sekali tuu hadiah lucky draw & buah tangan dari GEJU yang aku tertinggal.





Purbe | 5:55 PM |

    Kesatria & Knight

    Kesatria & knight menunjukan aksi-aksi macho masing-masing di samping mendengar alunan muzik dari atas pentas. Tarian tradisional di pesembahkan bagi mengiringi alunan muzik yang mengasyikan.
    Kesatria yang baru tiba pada masa itu sedang menjamu selera di samping tuan puteri.



    Dari kiri yang cuma nampak sebelah muka aje coz asyik menjamu selera.. iaitu Puteri Elaira Eliza dan bermulanya dengan kesatria pertama yang duduk iaitu fajar, dah lupa nama, dah lupa nama. knight yang berbaju hitam bermula dengan zhoul, purbe & din.






Purbe | 5:03 PM |

    Photo Gathering GEJU ke-3 yang terlewat

    Imbasan kenangan Gathering Geju yang ke-3.
    Mungkin aku orang yang paling terlewat untuk meletakan photo kenangan semasa menghadiri gathering geju 17 januari lalu, namum aku nak jugak letak walaupun terlewat sebab semuanya kenangan yang tak mungkin dapat dikecapi lagi dalam bentuk yang sama di masa depan-depan nanti. Kenangan tetap kenangan...



    Ini lah picture teman-teman seround table aku pada masa round table belum di penuhi dengan kesatria dan jelitawan yang lain.
    Dari kiri yang duduk bukanya berdiri, kak ros, syati, iwan, din, purbe, maton & ceqtie.
    Pada masa ini we'll masih dalam sesi sua kenal dan antara semua iwan yang paling peramah sekali. Maybe lelaki sesama lelaki coz tuu lah lebih cepat mesra lagi, kalau dengan perempuan tuu.. kena take time sikit rasanya.





Purbe | 3:52 PM |

    Dahh.. Raya ke-3

    Penat beraya kali ini.. lepas ajer sembahyang sunat Aidiladha aku terus gii beraya kat rumah member-member sekampung. Kat kampung aku tuu tak banyak orang buat korban pada hari raya pertama, so gii beraya sambil makan-makan apa-apa yang ada lahhh..

    Aku dan 3-4 orang member-member lain selalu gii umah member aku yang seorang nihh.. coz emak dia selalu buat TAPAI, (aku punya favorite) sedap n dah lama aku tak memakan tapai.. berbungkus-bungkus we'll habiskan walaupun ianya belum sampai ke tahap kemanisan yang maximum. Borak-borak dengan tetamu lain lepas tuu gii pulak rumah member yang lain, kali ini aku di hidangkan pula dengan mee hun sup, semuanya menyelerakan rasanya besar pulak ruang kat perut aku nihh..
    ketupat pun sedap , kuih pun sedap so aku merasa kesemuanya.. kalau tak merasainya nanti teringat-ringat pula bila balik ker umah sewa nanti.

    Selepas sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain dan akhirnya sampai kat rumah aku, hehhee.. emak aku buat mee hun goreng jerr.. simple, oppppsss...
    aku terlupa nak makan ketupat pagi tadi sebelum balik ke sini... arrgghh.. aku kempunan ketupat plakk.. macamana tetiba aku boleh merasa begini, terasa ingin sesangat untuk merasa ketupat tuu. aku nakkkk.. aku nakkk..ketuapat.. fuhhhh.. sedap tuuu.. ada macam-macam dalam ketupat tuuu... camner aku bleh lupa nak makan.. isk.. iskk..

    O.k aku sambung balik cerita tadi... camner plakk blehh tersasul masuk pasal ketupat nihhh... Selepas beraya kat rumah aku we'll gii nengok anak member aku memerangkap jiran kat belakang rumah aku tuu.. baby yang berusia hampir sebulan rasanya. G dapat anak lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan isteri yang berasal dari Serawak tuuu.. Baby lelaki bernama Muhammad Daniel Hakimi Bin Tarmizi,
    baby tuu asyik nangis jerr masa we'll sampai kat rumah member aku nihh. Member aku nihh dah totally berubah selepas berkahwin, daripada tak kenal siang malam sebelum kahwin berubah ke suami ter..terr...terlalu misali.

    Selepas aja menjamu selera, melepak dan beraya kat situ, aku ajak dalam nada paksa member-member aku nihhh ikut aku beraya kat rumah atok aku, lebih kurang 2km dari rumah parents aku. So.. bila sampai kat sana aku jumpa cousin aku yang balik beraya kat umah atok aku, dia ada baby boy yang berusia hampir 7 bulan, kebetulan adik aku n family dia ada kat situ juga, age anak adik aku juga berusia hampir 7 bulan so.. suasana jadi lagi meriah dengan ada baby-baby nihhhh..

    Anak cousin aku nihh.. manja skit dia tak nak kat sapa-sapa kecuali parents dia aja.. kulit baby nihh cukup lembut berbeza sekali dengan baby adik aku.. skin anak cousin aku nihh.. selembut kapas dan kaler putih kemerah-merahan pulak tuu... geram ajer aku nengok baby tuuu...
    Ingatkan nak lepak kejap ajer coz byk lagi tempat nak di tujui, tetapi cousin aku buka cerita Jutawan Fakir plakk so.. apa lagi we'll layanlah dulu sampai abis.

    Tadi aku janji nak gii umah kawan aku yang sorang nihh pukul 5.30pm tapi oleh kerana Jutawan Fakir we'll terlewat sejam sampai kat rumah dia. Fuhhh.. we'll di hidangkan dengan nasi n daging korban. Mata aku hampir-hampir nak tertutup bila aja bersandar di kerusi rumah member we'll nihh, letih n kekenyangan bila sampai satu masa tuu aku terlelap dan di tegur oleh emak member aku nihh...

    Ingatkan upacara beraya n memakan dah habis dah apabila we'll balik kerumah masing-masing, tetiba lepas maghrib member aku call pula suruh datang rumah dia coz dia buat khekah untuk anak dia. Kalau tak gii terasa bersalah pulak so.. lepas ajer solat isyak aku gii rumah dia dan dihidangkan lagi dengan nasi berlaukan daging-daging. Aku benar-benar kekenyangan hari tuuu... dan diri aku terasa tersangat letih tak terhingga namun aku memaksa juga diri aku untuk gii umah member aku tuu..
    Bila aja sampai ke rumah lepas menjamu selera dan berborak terus aja aku masuk bilik n tidur hingga muncul pula raya ke-2.






Purbe | 2:38 PM |