Saturday, February 07, 2004
    Alone... Sorang-sorang

    Tidur sorang-sorang, bangun sorang-sorang, mandi sorang-sorang, breakfast sorang-sorang, buat kerje sorang-sorang, cari buku n benda sorang-sorang. Dalam erti kata lain i'm lonely today.

    Awal pagi aku kena berkejar ke tempat customer sedangkan hari ini aku memang cuti, tak pergi rasa bersalah n tak sampai hati so.. terpaksa korbankan awal pagi aku kat tempat yang sememangnya aku malas nak pergi pada hari cuti, tetapi apakan daya aku terlalu baik hati. Tak sampai sejam aku dah soft problem tuu.. aku balik rumah coz nak ajak sapa-sapa temankan aku gii cari barang, but dia orang masih tidur n ada hal sendiri. Aku frust.. coz takda sapa-sapa yang sudi...

    Aku terpaksa bergerak seorangan ke KOMTAR, dah bertahun aku tak kunjungi komtar ini pun coz aku nak kena cari barang yang susah nak cari kat tempat lain. Aku terpaksa coz kerana aku suka berjanji untuk menolong orang lain. Aku jumpa kedai tuu.. yang satu-satunya jual benda tuu.. tetapi akak indon tuu.. pula cakap bos takda so.. dia tak tahu apa-apa, anything kena tanya bos. Aku pusing seluruh komtar n lepak-lepak kat kedai buku, cari buku yang aku nak beli tuu tetapi tak jumpa-jumpa juga bayangan buku tuuu.. so.. aku pusing sorang-sorang pulak kat Perangin Mall, tak ada anything yang menarik perhatian aku kecuali aweks-aweks yang pakai cantik-cantik menunggu bf masing-masing. Takala masa aku berjalan area aweks penuggu setia tuu.. terasa pulak macam dia orang ternantikan aku nihhh... iisskkk....iiskkk..
    camna aku boleh terbayangkan macam tuuu... hahahha.. nasih baik aku tersedar dari lamunan, so aku teruskan pusingan aku.

    Jealous aku nengok semua orang keluar dating pagi-pagi.. aku.. aku.. dating dating dengan si meroon aja tiap-tiap hari, takda sapa-sapa pun yang nak duduk kat sebelah.. hahahaa.. aku melalut sekali lagi. Anyway kadangkala bila aja nengok orang berpasangan hati kita pun berdetik untuk mempunyainya juga. Namun.. bukan senang macam anak ayam, nak aja boleh ambil satu bila-bila masa kita suka(kawan aku cakap macam nie).

    Hari ini aku tersesat juga sampai ke opis nihh.. pada awalnya ingat nak melepak n baca novel jaa.. tapi lain pulak jadi ceritanya bila ada depan computer nihh..

    Aku teringat kisah-kisah nan lalu, kisah-kisah indah sentiasa bermain di minda aku takala aku berseorangan. Kadangkala bila mengimbas cerita lalu, diri kita akan tersenyum sendirian, senyuman yang orang lain tak dapat memahaminya, senyuman yang dapat membuatkan hati terasa happy sejenak. Apabila semuanya berlalau diri kita akan normal kembali dan menerima segala kenyataan yang ada pada masa ini.





Purbe | 5:32 PM |