Wednesday, February 11, 2004
    Caca Mereba.... fly.. fly away

    Hidup aku umpama cherita yang bersiri-siri-siri sehiggalah tiba ke siri terakhir dimana tiada lagi sambungan cerita dan hilanglah si hero daripada pandangan umum. Kadangkala apabila mengimbas kembali kisah-kisah silam aku terasa malu pada diri sendiri, aku berasa bersalah dan aku terasa betapa bodohnya aku kerana tak menggunakan masa dengan bijaknya, namun semuanya sudah terlepas kini aku cuma perlu memandang kedepan aja... kedepan depan tetapi aku tak pasti apa yang bakal ku tempuhi selanjutnya....

    Siang berlapar, malam bermewahan, siang mencari idea malam bercerita, siang mengantuk malam berjaga.

    Dedulu diwaktu remaja aku, aku terlewat sampai untuk hantar someone, hari ini pula aku tak kesempatan untuk hantar cousin aku kebetulan pula kedua-dua gii sambung belajar di tempat yang sama kat bumi Kangaroo. Dedulu susah nak beli handphone dan tak ramai orang menggunakannya. Hari ini aku just call and wish Good Luck, mudah ajer zaman sekarang nie serba canggih. Aku nengok sahabat-sahabat aku tenggelam di dunia cyber dan ada yang jatuh cinta, merana, dah berumahtangga kerana kecanggihan teknologi. Aku... aku.. pun bekerja di dunia virtual dan kadangkala aku perlu melihat sesuatu masaalah itu dengan mata aku sendiri barulah idea itu datang.

    Malam semalam aku berkawan dengan Toshiba dan malam nie pula aku bertemankan Fujitsu.

    Sudah 2 hari aku tak balik ke rumah sewa aku dan tiada sesiapa bertanya di manakah aku, kemanakah aku pergi, aku terasa bebas bila diriku tidak disoal. Si meroon umpama almari bergerak aku dan semua keperluan tersedia ada untuk 3 hari, tetapi malam ini aku nekad untuk balik coz ada hal yang perlu di bincangkan sebelum berangkat ke Batu Pahat. Aku kerap kali jadi penyuluh pada jalan-jalan kebahagiaan, dan cuma satu sahaja teman aku yang hampir-hampir or di klifikasikan untuk bergelar Laduda secara sah. Kebahagiaan bukannya dapat di nikmati oleh semua orang untuk selama-lamanya dan teman aku nie antara yang di pinggirkan oleh kebahagiaan. Aku bersimpati apabila mendengar kisah-kisah sedihnya, aku sayu apabila dirinya di perlakukan sebegitu.

    Aku nak nengok EPL..

    Hari ini takda kisah Jebon, musang mahupun bugs..
    Cuma kadangkala otak aku ini terbelit..... aku perlukan......















Purbe | 11:17 PM |