Thursday, February 12, 2004
    Cakap Tak Serupa Bikin....

    Sudah berkali-kali aku betanya pukul berapa nak bergerak... pukul berapa nak bergerak.. dan jawapan yang sama aku dapat " bertolak pada waktu pagi dan sembahyang jumaat kat KL" so aku membuat perancangan tersendiri untuk berjumpa member-member aku apabila berada di kotaraya. Aku berjanji dengan kawan-kawan aku utuk berjumpa dan mungkin dia orang pun membuat perancangan untuk aku.

    Tetiba jap tadi aku dapat massage.. dari Atan
    "depa nak pi lepas sembahyang jumaat, lebih kurang pukul 3 dari Alor Setar"
    Fuuhhh... segala perancangan aku semuanya musnah dan kalau dia orang bagi tahu awal-awal aku boleh jaa ambil cuti half day dan pada waktu pagi tuu.. aku boleh jumpa client aku so.. tak payah nak postpone gii next week. Pukul tiga dari alor setar hmmm... aku macam tak percaya dengan janji-janji melayu (bangsaku) coz dah banyak kali sesangat aku terpaksa menuggu orang yang tak menepati janji. Aku lebih suka ready lebih awal daripada masa yang di tetapkan dan aku juga tak suka tertunggu-tunggu tanpa sebarang alasan.

    Problem.. pening.. pening.. perjalanan bukannya dekat kenapa nak di lewat-lewatkan, aku tak faham dengan idea yang tak bernas orang tua-tua nie, diaorang tak tetap pendirian.
    Aku bosan dengan perancangan-perancangan yang macam nihhhh...... bila aku call bertanya kenapa dan jawapannya dia orang dah 2 minggu tak sembahyang jumaat kat kampung, aku... aku.. tak dapat nak terima alasan yang macam tak logik, musafir boleh sembahyang di mana-mana saja dan kenapa yang tu dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan perjalanan. Aku cuma diminta menolong aja dan aku tak ada hak untuk bersuara, sekali lagi aku menjadi lilin.

    Kemungkinan tuhan ingin menduga aku dan aku redho dengan segalanya.






Purbe | 10:15 PM |