Tuesday, February 03, 2004
    Dahh.. Raya ke-3

    Penat beraya kali ini.. lepas ajer sembahyang sunat Aidiladha aku terus gii beraya kat rumah member-member sekampung. Kat kampung aku tuu tak banyak orang buat korban pada hari raya pertama, so gii beraya sambil makan-makan apa-apa yang ada lahhh..

    Aku dan 3-4 orang member-member lain selalu gii umah member aku yang seorang nihh.. coz emak dia selalu buat TAPAI, (aku punya favorite) sedap n dah lama aku tak memakan tapai.. berbungkus-bungkus we'll habiskan walaupun ianya belum sampai ke tahap kemanisan yang maximum. Borak-borak dengan tetamu lain lepas tuu gii pulak rumah member yang lain, kali ini aku di hidangkan pula dengan mee hun sup, semuanya menyelerakan rasanya besar pulak ruang kat perut aku nihh..
    ketupat pun sedap , kuih pun sedap so aku merasa kesemuanya.. kalau tak merasainya nanti teringat-ringat pula bila balik ker umah sewa nanti.

    Selepas sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain dan akhirnya sampai kat rumah aku, hehhee.. emak aku buat mee hun goreng jerr.. simple, oppppsss...
    aku terlupa nak makan ketupat pagi tadi sebelum balik ke sini... arrgghh.. aku kempunan ketupat plakk.. macamana tetiba aku boleh merasa begini, terasa ingin sesangat untuk merasa ketupat tuu. aku nakkkk.. aku nakkk..ketuapat.. fuhhhh.. sedap tuuu.. ada macam-macam dalam ketupat tuuu... camner aku bleh lupa nak makan.. isk.. iskk..

    O.k aku sambung balik cerita tadi... camner plakk blehh tersasul masuk pasal ketupat nihhh... Selepas beraya kat rumah aku we'll gii nengok anak member aku memerangkap jiran kat belakang rumah aku tuu.. baby yang berusia hampir sebulan rasanya. G dapat anak lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan isteri yang berasal dari Serawak tuuu.. Baby lelaki bernama Muhammad Daniel Hakimi Bin Tarmizi,
    baby tuu asyik nangis jerr masa we'll sampai kat rumah member aku nihh. Member aku nihh dah totally berubah selepas berkahwin, daripada tak kenal siang malam sebelum kahwin berubah ke suami ter..terr...terlalu misali.

    Selepas aja menjamu selera, melepak dan beraya kat situ, aku ajak dalam nada paksa member-member aku nihhh ikut aku beraya kat rumah atok aku, lebih kurang 2km dari rumah parents aku. So.. bila sampai kat sana aku jumpa cousin aku yang balik beraya kat umah atok aku, dia ada baby boy yang berusia hampir 7 bulan, kebetulan adik aku n family dia ada kat situ juga, age anak adik aku juga berusia hampir 7 bulan so.. suasana jadi lagi meriah dengan ada baby-baby nihhhh..

    Anak cousin aku nihh.. manja skit dia tak nak kat sapa-sapa kecuali parents dia aja.. kulit baby nihh cukup lembut berbeza sekali dengan baby adik aku.. skin anak cousin aku nihh.. selembut kapas dan kaler putih kemerah-merahan pulak tuu... geram ajer aku nengok baby tuuu...
    Ingatkan nak lepak kejap ajer coz byk lagi tempat nak di tujui, tetapi cousin aku buka cerita Jutawan Fakir plakk so.. apa lagi we'll layanlah dulu sampai abis.

    Tadi aku janji nak gii umah kawan aku yang sorang nihh pukul 5.30pm tapi oleh kerana Jutawan Fakir we'll terlewat sejam sampai kat rumah dia. Fuhhh.. we'll di hidangkan dengan nasi n daging korban. Mata aku hampir-hampir nak tertutup bila aja bersandar di kerusi rumah member we'll nihh, letih n kekenyangan bila sampai satu masa tuu aku terlelap dan di tegur oleh emak member aku nihh...

    Ingatkan upacara beraya n memakan dah habis dah apabila we'll balik kerumah masing-masing, tetiba lepas maghrib member aku call pula suruh datang rumah dia coz dia buat khekah untuk anak dia. Kalau tak gii terasa bersalah pulak so.. lepas ajer solat isyak aku gii rumah dia dan dihidangkan lagi dengan nasi berlaukan daging-daging. Aku benar-benar kekenyangan hari tuuu... dan diri aku terasa tersangat letih tak terhingga namun aku memaksa juga diri aku untuk gii umah member aku tuu..
    Bila aja sampai ke rumah lepas menjamu selera dan berborak terus aja aku masuk bilik n tidur hingga muncul pula raya ke-2.






Purbe | 2:38 PM |