Tuesday, February 17, 2004
    Kegilaan Sementara...

    Bercinta memang indah dan tiada apa-apa yang lebih indah selain daripada mengalami perasaan cinta menyintai, sesiapa sahaja boleh menikmatinya asalkan perasaan itu ada pada pasangan masing-masing. Kalau tak der pasangan so.. tak payah fikir bab-bab cinta nie coz nanti kempunan pulak...

    Aku... aku..hmmm... aku dah lama lupa camner perasaan cinta menyintai nie, dahh.. lama dahhh.. bak kata Tun Chek Det. Aku marasa macam gayat ajer kalau nak bercinta balik, maybe perasaan tuu belum lagi jumpa jalan pulang untuk kembali di dalam diri aku buat masa ini, masa-masa depan tuuu.. aku tak tahu lah. Aku nengok betapa happynya housemate aku yang baru bertunang tuu.. abis tuu tunangannya pun makin manja-manja lagi dengan dia kerap pula menelepon.
    Bahagia... bahagia... dia orang nihhh... aku harap dia orang tak gaduh-gaduh lahhh..

    Perasaan cinta yang berkobar-kobar boleh di tafsirkan sebagai kegilaan yang sementara pada setiap individu yang tengah mabuk bercinta nihh.. bila dah lama dan capai apa yang dihajati so.. kegilaan ini akan beransur hilang sikit demi sedikit dan kadangkala bagi sesetengah individu, ianya hilang terus, coz tuu.. lah terjadinya permainan kayu 3. Masa tengah mabuk bercinta semuanya indah, gunung sanggup direntasi, hujan sanggup di harungi walaupun basah kuyup, jauh dekat semuanya tak di peduli asalkan naluri di turuti, malam terasa cukup panjang dan masa berdetik dengan lambat coz nak berdating pada siang hari tuu..

    Indah-indahhh, tiada apa yang lebih indah selain daripada melayan perasaan cinta.
    Bagaimana nak bercinta.. aku pun tak tahu nak explain coz aku tak mengalaminya pada masa ini, susah nak bercerita.. walau bagaimana pun seseorang itu boleh bercinta or jatuh cinta dengan perlbagai cara tertentu..
    Menurut ahli sosiologi John A.Lee ada 6 jenis cinta iaitu Cinta kerana Kecantikan, Cinta Main-main, Cinta antara teman, Cinta Melampau, Cinta Kudus, Altruistik dan Cinta Praktik.

    Ada beberapa konsep dalam cinta, salah satunya halo effect ( cinta pandang pertama),
    Cinta Roller Coaster atau cinta bermusim yang mana adakalanya ok dan ada masa tidak. Ada juga orang yang cepat-cepat jatuh cinta tetapi takut-takut dan tak yakin dengan perasaan cintanya itu.

    Bagaimana perempuan nak memikat lelaki atau mula menyukai lelaki...??
    iaitu dengan Copulatory gaze - pandangan yang mengambarkan minat.

    Copulatory gaze ini lelaki , perempuan pun melakukannya, salah satunya melalui solekan, dia orang akan bersolek sakan untuk memikat dan satu lagi dengan memakai baju lawa-lawa just for U.

    Anyway setiap perasaan LOVE itu mesti ada passion. Cinta juga tidak boleh dipaksa ianya harus datang dengan sendirinya. Aku simpati pada sahabat-sahabat aku yang masih menagih cinta yang tiada kepastian. Harapan yang menggunung namun hasilnya entah macamana.. susah nak di ramalkan dan semuanya kelihatan kabur.
    Aku tumpang bergembira andainya kebahagiaan muncul di pangakhiran matlamat sahabat-sahabat aku nihh...


    Wassup...

    Perfect love exists when two people feel liberated and empowered by their relationship instead of feeling contained, repressed or held back. Love should not cramp your style. Neither partner should feel that he or she has given anything up or sacrificed any other part of his or her life for the sake of the relationship. Perfect love makes the lives of both partners better at the expense of neither!






Purbe | 8:05 PM |