Friday, February 06, 2004
    Kejutan... kejutan.. Ooo.. Phucott..

    Tergejut.. tergezut.. ternganga... aku di kejutkan lagi dengan berita-berita yang tak di sangka-sangka, begitu cepat perancangan, begitu cepat dia orang buat decision, aku tak sure samada aku akan available pada tarikh tuuu... tetapi dia orang mengharapkan aku..
    Nak kata tidak aku rasa serba salah dan kalau kata iya aku kena cancel segala yang telah aku rancangkan.

    Diri aku nie kan LILIN so tugas aku cuma menerangi orang lain, hehehheh...
    Cherita sebenarnya begini, housemate aku tetiba aja ada kat ruang tamu umah aku semalam. Dia datang semata-mata kerana aku untuk bagi tahu ada hal yang dia nak bincang dengan aku coz tuu lah dia balik ke rumah we'll walaupun cuti dia masih panjang lagi. Aku dah dapat mengajak tetapi tak tahu bila tarikhnya... Atan bawa aku keluar makan-makan dan setelah puas aku menghabiskan suara aku bercerita macam-macam dan tanpa henti, barulah dia membuka ceritanya.

    Atan (housemate aku) dia meminta aku menolong dia bawa family dia untuk masuk meminang girlfriend dia pada hari Sabtu nanti 14 february 2004, di Batu Pahat Johor, fuuuhhh... jauh perjalanan tuu... dan aku pun baru aja balik dari KL last 2 week. Minggu depan 19 February 2004 aku kena ada kat KL lagi hadiri seminar so.. kena travel lagi..









Purbe | 7:07 PM |