Friday, February 27, 2004
    Macam Minggu Nyanyuk SeDunia...

    Mengapa.. pasai apa dan kenapa boleh terjadinya nyanyuk or dalam ertikata lain pelupa or dalam bahasa saintifiknya DIMENTIA. Kakadang orang muda pun mengalaminya dan tak semestinya menunggu tua, tetapi bukan semua orang tua yang mengalaminya cuma segelintir aja. Kalau mengikut apa yang aku telah baca..

    "Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali."

    Salah Satu Puncanya...

    DIMENTIA adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia.

    Salah Satu Cara Untuk Mencegahnya...

    RAWATAN bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini.

    Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum.

    Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.

    Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

    Cerita sebenarnya yang aku nak sampaikan di sini bukannya pasal sapa-sapa yang nyanyuk or dapat penyakit tuu but something about aku punya perjalanan hidup dalam beberapa hari dalam minggu ni. Anyway..i intro aku nihh terlalu panjang sangat, but ianya untuk kebaikan dan pengetahuan bersama.. Di dalam minggu nie aku alami bemacam-macam pekara dan aku asyik tersilap aja maybe coz otak aku terbelit sekali lagi.. feningg.. feninggg.. memikirkan seribu satu macam hal-hal di dalam kotak memory aku nihh...

    Kotak memory aku dah tersasul or sekali sekala terkeluar dari landasan normal, hehhee.. surelah semua yang baca ni jadi stone-stone kan.. dengan apa yang aku coretkan di sini, ahaks.. aku asyik tersilap menulis tersilap dengan kata-kata aku tersilap arah yang sebenarnya.. arrghhh.. macam-macam silap lahh aku minggu nihhh..
    Harus di ingat Nyanyuk tuu lain , Silap tuu lain dan Lupa tuu bukannya nyanyuk.

    Aku tersilap write kat conference semalam tuu.. apa yang aku nak cakapkan batch tapi aku write badge.. aarrghh.. jauh benar makna tuu.. nasib baik Dona peringatkan aku.. tuu salah satunyalahh.. lepas tuu sebelah malam pulak aku banyak kali tersasul menyebut benda-benda yang acap kali aku menyebutnya, berkali kali-kali aku di tegur fuuuhhh.. apa dah jadi dengan aku.. kotak memory aku dah makin lemah.. or batterynya dah berkarat. Lepas tuu aku boleh tersilap print out Quotation kat wrong letter head pulak, bila nak serahkan kat member aky baru aku tersedar, so it's too late, nasib baik member aku understanding kalau tak sure dah mengamuk dengan dia hehehe.. macam-macam trajedi betul lahhh... apa dah jadi dengan memory aku dah makin menjadi-jadi.

    Hari ini.. pagi tadi member aku minta tolong dia terangkan something dekat pengarah bomba tuu.. so dengan tak prepare apa-apa aku slamber jaa, keluarkan apa yang berguna dari kotak memory aku tuu untuk meyakinkan mr.pengarah tuu dan akhirnya dia orang happy dengan company member aku. Selepas tuu aku ada meeting sampai pukul 1.00pm dah lepas solat aku rush ke airport jumpa someone and then lepas aja selesai keja aku dengan si DIA (bukan gf lahh but someone tak special lebih kurang client aku) aku kena gii Georgetown pula masa aku kat Coastal Highway aku tersilap lane pulakkkk.... aku tersilap lane.. aku silap lane.... aku buat silap lagiii.. so masuk lane ke bridge, aku tak boleh turn back aarrghhh.. aku kena gii main land baru boleh pusing balik.. buang masa , buang minyak n buang duit toll aku aja. Masa aku paling penting dari semua-semua.. aku terlalu kesuntukan masa.. dalam masa tuu jugak aku melakukan kesilapan besar.. tension betull lahhhhhh...
    Maybe aku terlalu banyak sangat memikirkan seribu satu macam pekara kot...

    Ini ada satu dua cerita tambahan.. member aku cerita kat aku so aku sampaikan kat sini, bermulanya begini... kawan member aku secara tak sengaja buat lawak hahaha..
    Member aku nak cari kerja lain so.. member dia bagilah suggestion suruh member aku nihh cari keja kat Power Man, jenuh member aku memikirkan apa tuu Power Man dan dalam ingatan member aku nihh pastinya bersangkut paut dengan electric lahh.. tetiba bila kawan member aku nihh dah habis bercerita baru member aku tahu apa tuu Power Man, ahaks.. yang sebenarnya Man Power syarikat agensi pekerjaan tuu.. camner bleh terbalik plak.

    Cerita tambahan lagi... nie cerita tentang bos aku yang tahu tak tahu nak cakap melayu, chinese kat penang kebanyakan tak seberapa tahu nak cakap melayu dengan betul. Bermulanya di sini 2 hari lepas masa aku gii site visit dengan bos aku nihh ada satu part tuu dia explain kat customer aku, semua orang cakap London jaa tapi sampai kat satu hal yang bos aku campur melayu satu perkataan nihh KIPAS, aku dengan client aku nihh heran apa tuu kipas, ligat jugak aku memikirkan binatang kipas hahahhaaa... bila bos aku terangkan lagi baru lahh we'll dapat tahu apa benda tuu sebenarnya.. rupa-rupanya Lipas di sebut kipas, aku nak tergelak sangat-sangat masa tuu tapi tahan aja so.. aku gelak dalam hati lahh..

    ## Memory aku dah OK & dah tak terbelik lagi dahh malam nihh... Coz ada orang nak belanja aku Dinner jap lagi. ##







Purbe | 8:49 PM |