Wednesday, February 18, 2004
    Sibuk tahap Kuda.....

    Pagi-pagi member aku msg bagi tahu yang dia sibuk tahap gajah hari nie, pada waktu tuu aku masih kat atas katil coz semalam aku balik keja agak lewat lebih kurang pukul 11.30pm rasanya. Hari-hari busy aku muncul kembali dalam kerjaya aku nie, dah setahun lebih aku tak busy giler macam nie. Aku rasa aku busy tahap kuda coz kalau gajah lambat nak begerak kalau kuda tuu.. boleh gii satu tempat ke satu tempat tuu dengan pantas jaa.

    Pagi-pagi hari nie aku dah ada banyak kerja, aku kena arrange aku punya contractor, aku menuggu dia orang jumpa aku, aku kena terangkan macamana dan aku kena confirmkan dan explain kat customer agar dia orang berpuas hati dengan perjalanan projek tuu. Kekadang customer nie banyak songeh jugak nak macam tu nak macam nie dan kalau lebih dari seorang yang incharge sure lagi pening kepala aku, lagi banyak yang dia orang nak ubah-ubah, aku.. aku... kena ubah layout pula nanti.

    Contractor aku layan aku dengan cukup baik sekali maybe coz aku selalu bagi project kat dia orang kot, aku pula layan customer aku dengan baik juga segala perubahan plan aku terima dengan anggukan dan senyuman coz The Customer Is Always Right. Aku juga dah biasa dah dengan segala kerenah customer nihh.. kekadang kalau kita layan lebih-lebih makin menjadi-jadi pula dia orang tetapi dia orang sumber pendapatan company yang aku kerja nihhh... sekali sekala terfikir macam nak tukar kerja lain pulak.

    Selepas dia orang dah mulakan kerja-kerja tuuu... aku attend pula call dari customer yang satu lagi, dia orang cakap yang Backbone dia orang down so.. dia orang tak boleh link dari prodution to main office, itu pun memang aku kena solve by today kalau tak sure director dia orang mengamuk punya. Kalau production down lama-lama rugi pun makin banyak coz tuu lah aku kena cepat-cepat solve benda-benda tuu..








Purbe | 5:15 PM |