Tuesday, February 10, 2004
    Suatu Petang Yang Membara...

    Aku bukanya pemarah, aku bukannya bad tample, aku bukannya ada darah tinggi or penyakit-penyakit yang seangkatan dengannya. Aku cuma terasa maca tetiba ada gunung berapi dengan lava yang sedang menggelegak di dalam diri aku ini. Aku merasakan darah mebuak-buak tetiba. Aku pendam aja kemarahan aku didalam diri walaupun ianya umpama lava gunung berapi, namun aku cuba timbus lava itu dengan salji. Aku timbus, aku timbus.. aku timbus lagi tanpa henti-henti.....

    Aku cuba tenangkan diri dan hanya hati aku aja yang tahu bagaimana perasaan aku pada masa itu. Aku tak suka orang lain tahu akan kemarahan aku, aku lebih rela membakar diri sendiri daripada meluahkannya ,sekali lagi aku jadi Lilin. Aku takan mengungkit, aku takan menyalahkan sapa-sapa biarlah diri aku aja medendam rasa.

    Aku meminta maaf mungkin aku memberotak dan tak melayan sesangat sapa-sapa kat dunia cyber seperti yang diharapkan. Aku ada masaalah dalaman, darah aku mendidih bukan kerana teman dan sahabat-sahabat aku di dunia cyber nihh, tetapi someone di dunia reality aku dan bukan juga di opis aku nihh. Aku insan biasa dan kadangkala perasaan aku terguris walaupun dengan kata-kata.

    Selama aku mencari expirence di alam bekerjaan sebelum ini selama itu lah aku tak pernah memarah or menunjukan kemarahan aku di tempat aku mencari rezeki, hinggakan officemate aku mengatakan yang aku nie tak tahu apa itu erti marah. Aku bersabar dengan apa jua.. dan tak tergamak untuk meluahkannya kerana aku tahu ianya mungkin akan menyakitkan hati orang lain pula. Aku bersyukur kerana aku mempunyai kesabaran yang sebegini dan aku akan terus bersabar sedaya mana yang mingkin. Diri aku sendiri pun sukar nak mempercayai yang aku tak pernah sesekali melenting or bercakap kasar dengan officemate aku walaupun hati dan telinga aku panas.

    Aku suka menyepi untuk menyejukan hati dan perasaan aku, coz aku rasa dengan berbuat sedemikian diri aku akan tenang dan hati aku cepat sejuk. Yesss.. memang terbukti berkesan pada diri aku ini, kini tak sampai 1 jam aku dah kembali 95% seperti hari-hari ceria aku.

    At last aku sukakan cabaran walaupun ianya menyakitkan...





Purbe | 7:05 PM |