Saturday, February 07, 2004
    Terkenang Sejenak...Mandi Sungai

    Dulu aku pernah di rotan kerana mandi sungai, kerana belajar hisap rokok masa umur belum cecah belasan tahun. Rotan juga buat aku tak suka dengan rokok dan asap-asap rokok. Tetapi kenakalan aku buatkan aku tahu benda lain yang perlu tahu umpamanya berenang.. aku tahu berenang, tetapi adik-adik perempuan aku tak tahu coz dia orang tak da peluang untuk tunjuk kenakalan.

    Selepas aja mengaji Quran aku dan beberapa lagi geng jahat selalu aja gii mandi sungai dekat denga sawah padii tuu.. Quran dan kain pelekat di letakan di peredu pokok pisang, n then dengan ghairahnya berlari atas titi kayu n terus aja terjun kat dalam sungai, bloommm... terjun kaki dulu kat dalam sungai tuu.. bila dah berani sikit terjun kepala dulu pula and then bila dah hyper berani so.. buat lahh skill pusingkan badan di atas angin kekadang menjadi jerr tetapi selalunya kebammmm.. badan aku menghempas air, merah habis seluruh badan aku dan terasa pedih-pedih.

    Masa tuu semuanya terasa best, kawan-kawan pun ramai sehati sejiwa pula tuu.. bila dah puas mandi manda sampai merah saga biji mata barulah teringat nak balik rumah. Masing-masing terasa takut perents tahu yang we'll mandi sungai. Bila dah tengok semuanya clear aku lari cepat-cepat masuk bilik air dan terus mandi, kekadang tuu.. arwah abah aku dapat tangkap aku masa kat luar rumah so apa lagi.. we'll main kejar-kejarlah dan selalunya aku tertewas juga dalam segalanya. Emak aku selalu jadi penyabar dan penyelamat aku daripada kena lebih-lebih. Kadangkala aku terlepas lari daripada arwah abah aku tetapi bila malam menjelang tiba aku kena jugak balik rumah so time tuuu... emak aku pulak yang berleter, rasanya lagi teruk daripada kena dengan arwah abah aku tuu..

    Budak-budak memang degil tak serik-serik tak tahu berputus asa janji segala keseronokan diperolehi. Dekat rumah atok aku pun ada sungai, just bersebelahan dengan rumah aja. Nak dikatakan air sungai tuu.. ok pun tak jugak tapi aku n da geng tak peduli asalkan dinamakan sungai semuanya boleh dimandi, tetapi sungai kat umah atok aku tuu takda titi yang berdekatan dengan tempat yang we'll selalu mandi manda tuu... so terjun dari tebing aja, tak lahh best sangat anyway kerana keinginan mandi sungai tuu.. kira ok jugalah macam tuu pun.

    Kat umah atok aku nihh.. ok tak yahh nak kena marah bila aja lepas mandi nanti coz atuk aku nie sporting, tetapi bila time dia orang panggil naik tuu.. so kenanlah naik cepat-cepat kalau tak semuanya akan kena kejar.

    Dulu semua sungai (tali air) tuu ok jaa, tak banyak sampah or sekotor macam hari ini. sekarang ini dah takda sesiapa lagi yang mandi-manda kat sungai dekat dengan umah atok aku nihh.. dan rasanya sungai tuu dah macam makin sempit sesempit pemikiran aku bila aja orang bertanya soalan cepu emas.





Purbe | 7:37 PM |