Monday, March 29, 2004
    Fun.. fun.. "n" FUN..

    Skreeettt... sebuah Kelisa biru membrek betu-betul di depan SOGO, beberapa kali aku memfokuskan retina mata aku ke arah pemandunya dan ternyata itu lah orang yang aku tertunggu-tunggu bersama-sama Nile n ADk. Tak molek rasanya jika aku duduk di kerusi belakang berhimpit-himpit dengan anak-anak dara nihh so.. nida memberi peluang pada aku untuk menjadi co-pilot. Ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki ke dalam Produa Kelisa terutamanya sekali milik Cik Tipah, tidak pernah bermimpi aku namun ianya menjadi reality.

    Aku.. aku terdiam diri apabila semuanya perempuan kecuali diri aku yang sebenar-benar lelaki sejati, idea aku untuk beborak hilang dengan tiba-tiba maybe coz dia orang lebih banyak berceloteh kot. Nile dengan ceritanya, ADk pula dengan pengalamannya di pagi hari menjelajah kesana-sini, aku pula meneruskan dengan sikap membisu aku. Tipah terus aja memandu menuju ke Sungai Wang dan aku mula berbicara bila si sapa oleh Nida.
    Semakin lama semakin rancak perbualan semua orang di dalam kereta hinggalah tibanya ke destinasi yang di tuju. Semuanya perlukan tenaga pada masa tuu kecuali ADk yang awal-awal pagi lagi sudah bersaparan di KFC. Nile cakap dia tak boleh makan "KERAS" so.. aku , Nida n Tipah terpinga-pinga sekejap apa itu keras, ahaks we'll tahu juga apakah maksud Nile yang sebenarnya.

    Mulanya we'll masuk ke MacD bila dah buat order, mamat kat kaunter tuu bagi tahu untuk satu order nihh we'll kena tunggu sampai 30 minit sebab dia orang baru aja memasaknya, so censel aja cubaan pertama tu we'll bergelegar lagi mencari dan terus mencari restoran yang semangnya tak ada dekat situ. Keputusan mutamat we'll nak makan dekat food court aja coz kat situ terdapat pelbagai jenis masakan. Di dalam perjalanan mengisi perut we'll melalui ruang legar dan di disitu Nile tersentak apabila dengan sengaja dia memegang badut lelaki serba putih tuu yang di sangkanya patung. Nile tergezut bukan kepalang lagi, aku hanya boleh tersenyum hingga ke telinga apabila ADk bagi tahu cerita tuu. Pengajaran jangan simply pegang sebarang patung kerana adakalanya patung itu akan hidup, ahaks.

    Sesi menjamu perut sudah selesai so.. tibalah pula sesi menunggu pada hadirin di depan perkarangan pintu masuk ke pusat bowling tuu, melayu dengan janji-janji melayu apa yang boleh buatkan coz semuanya melayu. Mawar n Ifa antara yang terawal sampai siap beli tiket n masuk menunggu dekat dalam pusat bowling tuu lagi, bagus betul dia orang berdua nihh mempunyai sikap yang terpuji. Kemudian tibalah Bajonz n wife, Salji kemudian sajji n Aida, Mie (best aja aku berborak dengan Mie nihh), Mushroom, Zhoulsz n Mimi, and then we'll masuk dan menunggu yang lain kat dalam. Bukan main bersemangat lagi semuanya berkobar-kobar nak menunjuk skill, selepas tuu Wkdin datang dengan anak dia dan time menunggu untuk memulakan game tetiba blackout sekejap, semangat we'll tetap tak luntur menunggu sehingga semuanya seperti sediakala kembali.

    Aku, Salji, Salina n Hana lane yang ketiga so we'll agak terpisah daripada dua group lagi, namun semuanya tetap happy, ada yang melontar, menggolek dan membaling kat atas lane yang di sediakan untuk mengena sasaran. Pelbagai kerenah dapat disaksikan, beberapa kali aku lontar masuk longkang, hehehehe.. aku semangnya pakai hentam aja janji bola tuu bergolek sampai ke hujungnya. Takala tengah asyik menggolekan bola tuu, Mely n da geng (Ana, Lin, Ina) datang so.. aku pun berkenalan lahh dengan dia orang nihh.
    Pada game kedua Mely, Ana n Tedd join we'll sementara Salji di gantikan oleh Aida. Game menjadi semakin rancak di mana Tedd menguasai kedudukan teratas sehinggalah tamatnya permainan untuk hari tuu.

    Di dalam kesibukan aku berbual-bual dengan Cipong, Ismail dan lain-lain aku tertoleh pada seseorang yang macam aku kenal aja, rasanya macam kenal tetapi aku tak berani untuk bersapa dan akhirnya aku memberanikan diri untuk mengenalkan diri aku padanya setelah aku dapat confimation dari Salji, siapa lagi kalau bukan JOLIE. Anggun sungguh Jolie pada petang tuu, aku tak sempat nak berborak panjang coz Jolie sedang mengejar masa, OK Jolie next time jumpa lagi.

    Setiap permualaan pasti ada pengahirannya, begitu juga dengan kemeriahan dan kegembiraan permainan bowling pada hari tuu, Mawar, Ifa , Lin & Tedd, Bajonz & Wife, Mie antara yang terawal meminta diri so selepas aja solat Maghrib we'll melepak pula dekat food court dan pada masa itu datanglah Rudy bersama tunangannya, berborak hingga tiba masanya aku dan rakan sekereta dengan Tipah mengundur diri. Tipah terus aja meluncur dengan laju selepas keluar dari parking Sg. Wang tuu, destinasi seterusnya Satay Kajang so tipah pun mula menekan pedal minyaknya untuk cepat-cepat sampai destinasi sambil di pandu arah oleh Nida, setelah 2 kali bayar toll maka tibalah we'll ke tempat yang di tuju, tanpa melengah masa we'll order Satay n minuman. Cekedis join we'll tidak berapa lama kemudian setelah we'll sudah kekenyangan mengunyah satay dan keletihan hanya bantal aja ternampak di dalam kotak memori masing-masing. Thanks Nile kerana belanja we'll makan Satay + minuman, semoga Nile di murahi rezeki lagi, Aminnn..

    Akhirnya aku membuat keputusan untuk tido aja kat hotel coz aku tak mahu menyusahkan cousin aku di tengah-tengah malam dan aku juga tak mahu menyusahkan lagi Tipah n Nida. Aku tahu dia orang pun keletihan macam aku juga, tambah-tambah lagi Tipah yang drive Kelisa Birunya kesana-sini. Anyway thanx a lot Tipah kerana sudi menumpangkan aku, thanx juga pada Nida kerana melayan aku berborak and thanz to all of you yang memeriahkan aktiviti bowling tuu.. FRIENDS FOREVER







Purbe | 9:14 PM |

    Jumpa n Kenal..

    Sebelum nie aku tertanya-tanya pada diri aku samada aku nak pergi or tak pergi, berhari-hari aku berada di dalam tandatanya. At last aku buat keputusan petang Jumaat lepas aku beli tiket bas dulu n pergi tak pergi tuu belakang kira, coz keputusan aku boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Tepat pada pukul 8.00 pagi pada hari sabtu aku menjejak kaki tak atasa tangga bus, di situ bermulalah perjalanan aku ke destinasi yang best dihuni sekali sekala dan lagi best jika ada banyak kertas kepala agung yang bermacam-macam kaler tuu.

    Sepanjang perjalanan aku melayan novel cinta saja, cinta pada orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain di atas sebab desakan keluarga. Hati di miliki orang lain tapi body bersama dengan suami, namun kesucian tetap terpelihara pada awalnya. Cerita tentang keogoaan seorang lelaki yang mudah sahaja melepaskan setiap tutur kata tanpa berfikir akan perasaan orang lain terutama yang bergelar isteri. Salina gadis dari kampung di nikahi kerana ketegasan ayahbonda untuk membentuk anak lelaki tunggal yang suka berpoya-poya. Namun sikap ego lelaki tetap meninggi, isteri di ibaratkan sebagai orang gaji, rumah cuma tempat untuk merehatkan diri setelah penat bekerja dan berpoya-poya. Semua pasal lelaki yang mempunyai segalanya tetapi bukan cinta yang sesuci embun pagi.

    Aku terlelap sekejap kerana keadaan di dalam bas yang tak stabil apabila melalui jalan-jalan tertentu dan aku menyambung kembali novel itu sehingga tibalah aku di PuduRaya.
    Lega rasanya bila dah selamat tiba di destinasi yang di tuju, tanpa membuang masa aku meneruskan perjalanan (jalan kaki) menuju ke destinasi yang di janjikan SOGO. Sudah sekian lama rasanya dan sepuluh tahun aku tak berjalan kaki dari puduraya ke Jalan TAR, sambil melayan BLUES di dalam kepala aku nihh.. aku mengimpas kembali kenangan lama. Sedar-sedar aku dah tiba dia hadapan SOGO, hehehehe.. pada masa itu jugalah peluh mencurah-curah, sihat rupanya aku nihh, dah lama dah aku tak keluar peluh macam nie semenjak dari footsal hari tue. Aku call budak Ganu tuu, dan aku cakapkan aku akan menunggu dia kat top floor dalam sogo tuu. Puas sudah aku menunggu barulah aku dapat bersua dengan Kartini (ADK), malu-malu rimau aku pada masa tuu, al-maklumlah jumpa pompuan katakan, aku bersapa dan terus aja menjemput si dara tuu duduk, aku berceloteh sekejap dan terus menyambung baca novel sambil menunggu Nile Chem.

    Tetiba telefon Kartini berbunyi dan dia bagi tahu aku bahawa Nile on the way ke tempat we'll melepak tuu, dia orang berchit cat bahasa ganu aku pula terus n terus aja membaca coz aku cuma faham sikit-sikit aja apa yang dia orang bualkan, ahaks. Sesudah masuknya waktu Zohor we'll gii solat dahulu dan dalam masa itu menunggu Tipah n Nida datang menjemput we'll kat mana lagi kalau tak kat depan SOGO tuu.








Purbe | 7:19 PM | Thursday, March 25, 2004

    Berakit-rakit Di Tepian....

    Sejenak aku menoleh, terkenang daku pada masa lalu di waktu keriangan memenuhi diri aku. Di kala itu aku hanya anak pada serorang bekas tentera yang berkhidmat di perbatasan dan tidak di peduli walaupun kehilangan sesuatu yang penting di dalam organ badan. Lupakan kisah yang sedih itu... di sini aku ingin sekali mencoretkan kenangan manis aku di kala usia muda ku. Aku gembira bukan kepalang di waktu itu, di kala hujan turun tak henti-henti dan cucuran air hujan memenuhi segala empangan, sungai-sungai serta alur-alur.

    Di kala itu lah banjir... sesetengah orang risau akan banjir, tetapi aku di kala itu cukup gembira sekali kerana pelbagai aktiviti aku boleh jalankan. Selalunya halaman rumah atok aku akan di tenggelami air berbanding rumah kedua ibubapa aku. Saat-saat indah dan di kala itu memang tidak dapat di lupakan dan ada juga yang harus di korbankan demi mencapai impian so.. siapa lagi kalau tidak pokok-pokok pisang yang gemuk-gemuk yang semestinya menjadi korban. Keghairahan bermain dikala banjir melebihi segala-galanya, bukannya selalu ianya datang dan dikala itu jugalah terjadinya rakit dengan menggunakan 3 - 4 batang pokok pisang yang di kembarkan dan di cucuk dengan buluh agar semuanya bersatu, kenangan itu masih lagi terpahat di minda aku ini. Aku ingin sekali merasai saat-saat itu kembali tetapi kini banjir sudah dapat di tangani dengan sistem perparitan yang lebih sempurna. Aku merindui kenangan berakit seperti dulu-dulu, aku dapat menjelajah sungai dan kampung-kampung di kala itu cuma dengan berakit. Ketakutan tidak lansung timbul di dalam pemikiran aku melainkan keseronokan dan keghairahan berakit.

    Puas sudah orang tua aku melarang namun aku tetap juga melanggarinya, berbekalkan sebatang buluh panjang sebagai penggerak pada rakit. Aku tidah pernah memikirkan akan ketakutan dan keselamatan pada masa itu, semuanya aku take easy, Aku Boleh.
    Opppss... aku risau pada satu benda aja, LINTAH hahahaa... binatang nie aja yang merisaukan aku pada masa tu, yang lain aku tak fikirkan lansung. Aku n da geng pada masa tuu.. merantau merata-rata hinggakan ke salam sawah padi yang di tenggelami tanpa memperduli we'll menambah parah pada pokok-pokok padi yang di tenggelami. Dahulunya kawasan sawah yang luas terbentang dengan kehijaun pokok-pokok padi kini ditenggelami, permandangan pula berubah umpama sebuah laut yang luas hanya di penuhi dengan air-air sahaja. Seperti aku kata tadi keseronokan mengatasi segalanya hinggakan tak teringat lansung akan makan minum dan bila aja selesai menjelajah barulah aku kembali ke rumah atok aku mencari makanan. Di kala itu apa sahaja cukup menyelerakan coz perut kekosongan dan diri keletihan, di waktu malam selalunya aku tidur dengan begitu nyenyak sekali dan di esoknya menyambung pula berakit tanpa rasa jemu.

    Sudah sekian lama dan melebihi 20 tahun aku meniggalkan zaman silam aku berakit, kini aku mendapat peluang sekali lagi untuk berakit, cuma masa, kewangan, kesanggupan dan kumpulan pula menjadi penentu. Kali ini berakit secara legal "EKSPIDISI BERAKIT SUNGAI PAHANG 2004" pada 24 April - 1 Mei 2004 menanti aku. Aku boleh terus lagi mengembalikan memori lama aku, tentunya ini lebih mencabar lagi dan menguji ketahanan fizikal aku. Aku ingin sekali memasukinya tetapi aku tak mempunyai team dan aku tak mempunyai geng, semuanya memerlukan tenaga seramai 6 orang termasuk diri aku. Siapakah yang sudi menjelajah bersama aku.. aku tak pasti, dan aku kan terus menanti. JOOOMMMM join aku...






Purbe | 8:45 PM | Tuesday, March 23, 2004

    Feng Shui..!!!

    Feng Shui or dalam bahasa melayu menilik, semua tu mengarut kan. tetapi kekadang ramalan itu ada yang mengena pula, aarghh.. itu semua hanya ramalan semata-mata. Petang tadi ada apek feng shui datang dengan big bos aku dari KL tuu, tok feng shui nie jalan-jalan seluruh office dan memberi komennya sambil nengok sana nengok sini tapi apa yang di cakapkannya satu pun aku tak paham, at last officemate aku terangkan. Macam-macam kat opis nie kena di ubah, kedudukan meja lahh, kena tutup tempat-tempat yang mempunyai bucu-bucu yang tajam lah n ada yang lain-lain lagi yang aku tak bersetuju dengan ramalannya.

    Apa salahnya dengan satu sudut tuu, hinggakan kena tutup sudut yang agak menarik dengan dinding, aku still tak faham kenapa... aku betul-betul tak setuju apabila permandangan ke arah laut yang indah yang mana we'll kat office nihh boleh nampak laut yang luas terbentang, kapal-kapal besar belayar serta tahah besar itu akan di halang dengan sekeping dinding kurus yang bakal di tambah. Tak ada freedom, kalau kurang sales tuu bukannya salah sapa-sapa semuanya salah salesman dia orang tak agresif macam dedulu lagi dah. Aku tak percaya pada apa-apa kecuali dari yang maha esa. Aku hanya lah pekerja so.. aku kena ikutkan juga, lagi pun bukannya aku ada syer dalam company nihh.. hehhee... aku hanya lilin.

    Hidup kita kena ada freedom, permandangan kita juga harus ada kebebasan tertentu yang tidak melanggari perintah tuhan, namun dalam masa itu kadangkala kita terlajak jauh dan jauhhh.. tersesat dari persimpangan sebenar, hanyut entah kemana-mana. Kadangkala diri aku juga kecundang dengan kehidupan di masa kini namun aku tetap berpegang teguh dengan prinsip-prinsip keimanan yang ada di dalam diri aku ini. Diri ku bukan sebaik-baik insan yang berada di muka bumi tuhan ini dan diri ku juga bukan lah seleka-leka insan dengan segala tanggungjawabnya pada tuhan. Nikmat dunia hanya untuk duniawi sahaja manakala yang berkekalan adalah amalan, amalam juga akan menentukan kemanakah diri kita akan di campak kemudian hari setelah kiraan segala amalan selesai. Jiwa dan diri ketakutan bila memngingati dan membayangkannya namun itu hanya seketika pada kita yang bergelar manusia. Kita akan melupakan ketakutan itu denga datangnya keseronokan duniawi... Itulah kehidupan manusia di masa kini yang menganggap segala amalanya di terima 100%, tapi kita silap... kita perlukan tambahannya, kita perlukan pengorbanan masa di dunia ini untuk menambah bekalan di kemudian hari.

    Aku ingin memulakan sesuatu tapi aku tak pasti bila masa ianya akan di mulakan, oleh itu aku terus nanti dan terus menanti sehingga ianya bermula ~ Melayar Rindu~






Purbe | 7:30 PM | Monday, March 22, 2004

    Liku-liku Hidup..

    "Dah di takdirkan so.. terima ajalah dengan seadanya..."
    Selalu aja aku mendengar kata-kata macam nie, bahkan ianya bukan di ucapkan pada aku saja maybe orang lain juga pernah di ucapkan dengan kata-kata sedemikian. Maybe niat orang yang menyucapkan kata-kata itu iklas terhadap kita and maybe dia orang ucapkan kata-kata itu cuma untuk memudahkan lagi jalan ceritanya. Sebenarnya dia orang tak memahami masaalah kita dan dia orang tak nak merumitkan pemikiran dia orang dengan masaalah orang lain.

    Sebagai manusia yang normal perjalanan hidup kita masing-masing berlainan dan kadangkala kita akan alami benda yang sama seperti orang lain juga. Sebagai lelaki Melayu Islam aku kena menghadapi cabaran pertama dalam hidup aku iaitu BERSUNAT, aku tak dapat lari lansung daripada benda nihh. Pabila di beritahu aja akan di sunatkan kepala otak aku mula berputar dengan laju (tapi tak terbelit macam masa--masa sekarang nihh) masa kecik-kecik dulu. Aku memikirkan Tok Mudim, aku memikirkan akan kesakitan, aku memikirkan macam-macam lagi. Dalam pada masa itu pula ada orang sengaja mengusik untuk menambahkan lagi kerunsingan kepala otak aku pada masa tuuu.. Hari berganti-hari dan apabila tiba harinya aku kena menghadapinya, di saat itu aku cukup takut sekali dan ada orang kata tak sakit cuma macam semut ketit aja, hehehe... macam semut ketit ajaaa...

    Pada masa tuu mana ada ubat bius tak macam zaman sekarang nihh. Tok mudim sekarang nihh dah ada ubat bius serta ada ubat penahan sakit sekali tuu. Kalau bersunat sekarang dah tak di balut tebal-tebal macam dahulu lagi dah, semuanya up to date. Pada masa xxxx aku di potong hidup-hidup, fuuuhhh... potong idup-idup tuu.. tak lah sakit sangat cuma macam kena sengat dengan tebuan ajaaa.. Kalau korang tak tahu jugak setakat mana sakit pabila di sengat dengan tebuan tuu.. giii cari sekor suruh tebuan tuu sengat korang so.. lepas tuu dah paham macam mana.

    Aku dah pernah merasa macamana terkena sengatan si tebuan nihh, masa tu aku masih lagi menuntut dalam form 4. Heeheee.. bukan tebuan tuu sengaja-sengaja datang n menyengat aku tapi..... aku dengan classmate aku yang lain jeles dengan tebuan tuu, mana taknya cik-cik tebuan nihh buat sarang dekat dengan padang hoki yang we'll selalu berlatih petang-petang tuu. Teringat lagi aku pada masa tuu, waktu rehat dalam pukul 10 lebih rasanya, we'll agak nakal mana taknya we'll boleh baling batu bagi kena sarang tebuan yang baru buat tuu, hehehe... padahnya we'll di serang kembali dengan angkatan jet pejuang cik-cik tebuan nihh, nasib aku kurang baik so aku dapat satu habuan di kepala aku, lepas tuu semuanya bertempiran lari untuk menyelamatkan diri, hahahaaaa... padan muka aku kan..

    Pabila loceng berbunyi maka kelas pun bersambung kembali, penerima padahnya adalah aku, sengatan cik tebuan tuu membuatkan kepala aku terasa berdenyut-denyut dan kesakitan kian menjelma, takala cikgu mengajar di hadapan aku pula sibuk mengerjakan kesakitan dengan di kepala aku tuu dengan menghentak kepala aku ke dinding perlahan-lahan berkali-kali, itu pun nasib baiklah meja aku bersebelahan dengan dinding kalau tak aku nak nak hentuk kat kepala member sebelah aku kerr ,ahaks. Time tuu ingatan (nasib baik lah kepala otak aku masih boleh pakai lagi) aku tak sabar nak balik rumah, nak letak ubat, aku nak cepat sembuh, time tu juga aku tak sempat nak memikirkan penyesalan coz terlebih melayan kesakitan n denyutan tuu.. denyutan tu melebihi segala-galanya. Biarlah ianya jadi pengajaran di dalam hidup aku, aku dah faham adalah tak baik jika menganggu ketenteraman orang lain kerana kita akan mendapat padahnya nanti.

    Selepas debaran bersunat aku akan menghadapi satu lagi saat-saat yang bakal mendebarkan di dalam hidup aku nihh. Bila masanya aku tak sure, aku tak pasti bila ianya akan muncul di dalam hidup aku coz aku tak mempunyai apa-apa or sesiapa yang betul-betul berada di dalam hati aku ini. Mencari dan terus mencari, betulkah aku mencari or aku still mengharapkan ia datang dengan sendirinya. Kalau mencari.. di mana harus aku mencari, dari mana aku patut mulakannya... Kalau menunggu di cari siapa yang nak datang mencari aku pula. Takan perigi mencari timba pula, tapi apa salahnya kalau sekali sekala perigi datang mencari timba demi sesuatu kebahagian yang mungkin abadi di dunia fana ini, Segalanya mungkin di zaman serba moden ini.
    Pemikiran kita bukan lagi di takuk yang lama, kita anak-anak melayu moden so pemikiran kita harus kedepan takala itu pemikiran kita harus juga bimbingan dengan prinsip-prinsip keislaman.

    Malam semalam selesai sudah segala kerja-kerja yang memenatkan aku sepanjang 2 bulan ini. Pukul 1 pagi aku selesaikan semua kerja denga jayanya, customer aku happy dan aku pula bertambah-tambah happy coz dah tak payah lagi aku bekerja lagi time semua orang bercuti. Aku dah boleh ambil cuti panjang serta merehatkan minda aku yang berserabut dan terbelit kebelakangan ini. Kemana harus aku pergi, Sabah mungkin itu tempat terbaik di dalam idea-idea aku untuk bercuti, Korea... hmmm... aku postpone dulu plan aku tuu sehingga aku betul-betul ada ongkos yang menyenangkan hati, insyallah maybe dalam tahun ini aku akan sampai ke sana juga. Asyik melancong aja aku bila ada kesempatan dan kewangan so.. bila pula aku nak melancong dengan teman hidup yang HALAL. Kalau tak halal kira ok tak or takut nanti melancong jadi pula MELENCONG, bahaya betul kan kalau macam tuu tambah-tambah lagi ada si tanduk merah tuuu, dia akan happy aja bila nengok kita kecundang, kita pula cuma happy buat seketika dan sesal selamanya.


    HALAL ONLY






Purbe | 8:02 PM | Thursday, March 18, 2004

    Tangis... Menangis...

    MENANGIS.. sudah menjadi lumrah didalam kehidupan diri kita sebagai insan, setahu aku semua manusia yang hidup di muka bumi ini pernah menangis, tak kira samada seseorang itu di lahirkan cacat mahupun sempurna. Tidak bermakna hanya dengan mengelurkan air mata itu kita tafsirkan itu sebagai menangis, bermacam-macam cara lagi setiap individu itu menangis. Tangisan bukan sahaja lahir pada zahir seseorang individu itu namun kadangkala ianya datang dari batin diri kita nun.. jauh di lubuk hati tiada siapa yang tahu.

    Adakah hidup kita cukup sempurna jika di penuhi dengan tawa sahaja tanpa ada tangis??Pada pendapat aku, tidak dan tidak sesekali, sebab setiap kegembiraan yang bermakna perlu ada tangisan tanda kepuasan di dalam diri dan jiwa kita. Menangis kerana keinsafan, menangis kerana kehibaan, menangis kerana kekecewaan, menangis kerana kegembiraan, waahhhhh.. banyak betul dapat di tafsirkan dengan menangis ini. Sebagai insan normal tak menjadi kesalahan jika kita menangis dan terus menangis kerana tangisan kadangkala dapat mengubat hati yang terluka.

    Pada zahir kita tawa namun pada batin kita menangis umpama kata "batin ku menangis" , tangisan di batin jauh lebih parah lagi dari tangisan zahir, tiada sesiapa yang tahu batin kita menangis keculi empunya diri dan yang maha esa sahaja. Aku pernah mengalaminya dan aku tidak ingin mengulanginya berkali-kali di dalam hidup ini, cukup dan cukup lahh apa yang aku alaminya sebelum ini. Berat rasa jiwa merana, diri pula akan menjadi tenggelam punca, kesakitan penderitaan di dalam jiwa boleh manghilangkan kewarasan seseorang insan itu. Keimanan sahaja menjadi pebimbing di masa diri tiada pertimbangan untuk melawan kata hati dan melawan hasutan syaitan.

    Kadangkala diri aku menangis bila mengenang pekara-pekara lalu, aku menangis kerana malu pada diri sendiri, aku menangis juga kerana kelewatan. Pekara lalu usah di kenang itulah yang selalu di ucapkan namun kenangan lalu datang dan pergi sesuka hatinya. Takala terkenang arwah abah aku, aku.. merasakan diri aku bukannya anak yang cukup sempurna dan berjasa. Pemergiannya lebih kurang 5 tahun lalu di tangisi oleh setiap ahli keluarga aku termasuk saudara-mara aku yang lain, namum kenapa pada masa itu aku tetap cool sedangkan yang lain menampakan kesedihan masing-masing. Apakah aku tidak menyayanginya.. tidak.. tidak sesama sekali, aku cukup menyayangi dan amat menghormatinya. Kenapa.. adakah hati aku cukup keras dengan ego aku sebagai lelaki ini pun aku rasa tidak tepat sesama sekali. Adakah aku kejam dengan diri aku tanpa membiarkan aku menangis... yang ini aku tak pasti, aku pun tak tahu nak macamana tafsirkannya. Kadangkala kesedihan itu datang di dalam diri aku takala aku kerinduan dan kesunyian, perasaan aku menjadi sayu di dan kala itu cecair-cecair jernih serta masin itu mula memenuhi empanganya. Segalanya sudah terlambat ianya pergi tanpa menoleh kebelakang lagi dan pergi untuk selama-lamanya, hanya sedekah dan amal jariah sahaja dapat membantunya.

    Terkenang lagi aku kisah lalu.. kisah kesempurnaan hidup untuk menjadi seperti insan-insan lain yang mempunyai generasi tersendiri. Bukan sekali, bukan dua.. tetapi lebih dari itu aku kecundang, aku kecundang di dalam setiap perjuangan sebelum ini. Matlamat aku tidak menjadi kenyataan, perancangan aku musnah di tengah jalan, apa yang hampir aku miliki tidak menjadi kenyataan. Segalanya usaha telah di lakukan namun takdir telah menentukan segalanya.....

    Perjuangan harus diteruskan dengan kekuatan diri dan pengharapan namum hidup masih jauh dan banyak liku-liku yang harus aku tempuhi. Memangis bukan jawapan dan cara terbaik untuk jalan penyelesain.






Purbe | 10:08 PM | Wednesday, March 17, 2004

    Karangan... maybe lucu

    Aku dapat nie dari email yang member aku hantar so.. mari bersama-sama membaca karang ini..









Purbe | 3:06 PM |

    Kerja Aku....

    Semalam pepagi aku dah ada kat tempat client aku, mulanya ada meeting lepas tu ada site visit, penat sungguh kerja semalam tuu.. selama 2 jam aku berjalan kaki dan berhenti sekejap-kejap aja untuk nengok location n ambil information. Bukan main besar lagi tempat customer aku nihh.. maklum lah one of the biggest steel company dikawasan utara nihh dan mungkin juga dalam top 4 ranking antara steel company terbesar di malaysia.

    Aku.. tak suka site visit macam nihh.. kena pakai safaty helmet, safety shoes tapi aku cuma ada safety helmet aja hehehe.. yang lain aku kelabukan mata dia orang tapi keselamatan aku sedikit terkurang lahh. Makkk.. nenekk.. banyaknya habuk kat kilang nihh.., dah kerja so.. terpaksa lahh visit semua tempat kat seluruh kilang termasuk production. Pada masa tengah ber visit tuu ada sesetengah tempat tuu aku tak dapat nak buka mata coz debu-debu yang beterbangan tuu terlalu banyak sangat dan time tu.. aku cuma boleh buka sedikit aja kelopak mata aku dan kadangkala memejam terus... Malang tak berbau, tapi habuk tuu berbau lahh.. ahaks, benda dah nak jadi time aku pejam mata tuu.. aku terhantuk sesuatu dengan kuat fuuuuhhhh... nasib baik aku memakai safety helmet kalau tak maunya kepala aku terbelah, syukran... syukran..

    Aku berasa cukup lega kerana aku di protect oleh safety helmet tuu... dan pada masa yang sama juga sambil berjalan aku tersenyum sendirian coz i'm so lucky today, satu lagi nak tambah kalau kat production tuu... wahhh..bunyi bising betul lah n kalau aku keje situ sure dah lama pendengaran aku terganggu. Time dia orang meleburkan steel yang di recycle tuu... time tuu lah terdengar bunyi yang teramat kuat sekali bunyi meletup-letup macam letupan bom di medan perang, BOOOM....BAMMMM.. BOOOMMM... BAAAMMM.. bunyinya, terasa macam aku berada di medan pertempuran pulak, deria pendengaran aku terganggu seketika kerana bunyi-bunyi tuu..., engineer kat situ cakap pada masa peleburan tuu amat n teramat bahaya sekali jika ada air yang tertumpah dari mana-mana masuk ke dalam tempat peleburan tuu, kemungkinan akan menyebabkan satu malapetaka yang boleh menjadikan seluruh kilang dan kawasan sekitarnya musnah macam di bom, fuuuhhh.. bahaya betul kan. Satu lagi aku nengok sesetengah orang yang kerja kat situ ada yang tak memakai ear protector macam tak meyakitkan telinga dia orang aja n macam tak peduli aja dengan bunyi letupan-letupan tuu.. sedangkan aku siap tutup telinga dengan kedua-dua belah tangan aku pun terasa bunyi tuuu kuat lagi.

    At last site visit selesai.. setelah berjalan beberapa kilometer dan naik turun tangga itu tangga ini, masuk bilik itu bilik ini. Aku berasa cukup-cukup lega.. anyway aku dapat nengok bagaimana besi di lebur, dicairkan dan dijadikan rod besi yang besar, terasa bagaimana panasnya bahang pada masa peleburan tuu. Boleh dikatakan semua tempat di penuhi oleh habuk-habuk kecuali bilik-bilik yang ada aircond. Kesimpulannya kalau di beri pilihan aku tak nak kerja di tempat macam tuu.. coz organ-organ dalam badan aku akan rosak dengan cepat, aku akan jadi pekak fuuhhh.. macam-macam lagi keburukan yang aku fikirkan pada masa tuuu..

    Malam semalam..
    Aku balik rumah lebih kurang pukul 9 lebih, kiranya awal kot dalam masa sebulan dua nihh, nengok tv takde cite menarik, bila tekan-tekan semua channel kat astro pun tak ada cerita-cerita yang menawan hati jugak so... so... aku ngan member aku kat rumah tuu nengok DVD ajer lah, cerita Gothika menarik jalan cerita nihh.. Nengok punya nengok cerita nihh dan sampai kat satu part tuu, si heroin tuu (lakonan Halle Berry) menjerit dalam kereta tuu dan pada masa tuu dia dah tak tahan lagi dah coz selalu di ganggu oleh hantu tuu.. so dengan menjerit si heroin nie cakap " what did you want from me" tetiba member aku yang baru datang melepak kat rumah aku tuu slamber aja menjawab, HOBBY... kan kerja hantu mengusik orang, aku dengan member aku yang sorang lagi cepat-cepat aja berpaling pada member aku yang baru datang nihh.. cehhh.. pandai pulak hang tokok tambah.. lepas tu semuanya ketawa.


    Member aku nihh.. memang selalu macam tu, kalau layar buruk tuuu serah ajerlah kat dia, akan tetapi kadangkala hati manusia akan terguris tanpa orang lain menyedarinya.
    Kadangkala kita tersilap coz pada pandangan kita benda yang kita cakapkan itu cuma joking tapi bagi sebelah pihak yang lain ia bermaksud sebaliknya. Hati.. hati manusia nie kadangkala dapat menerima dengan cool tetapi tak semuanya sama, bak kata orang " Rambut sama hitam tapi hati lain-lain". Aku heran.... member aku yang selalu layar buruk tuu.. bila aja terima call dari wife dia cepat-cepat aja nak balik, hmmmm... takut kat bini or sayang bini lebih-lebih. Ini bukan sekali dua we'll nengok dia begitu tetapi dah kerap sangat hehehhee... aku masih bujang so.. aku tak tahu apa itu kasih sayang suami isteri.







Purbe | 10:40 AM | Monday, March 15, 2004

    Edesi Kedua.. Aktiviti Sosial..

    Pepagi bangun awal checkout n tak sempat nak breakfast free.. coz sahabat aku dah on the way ke tempat aku menginap nihh.. Seperti biasa aku akan jadi pilot dan sahabat aku nihh jadi co-pilot, pagi tuu we'll breakfast di kedai mamak berdekatan dengan tempat yang bakal menjadi opis member aku nihh.. Aku makan roti telur sementara sahabat aku nihh.. makan roti bakar 2 set minuman sama aja iaitu teh tarik. Sesudah aja breakfast sahabat aku nihh gii opis dia dan aku tak tahu nak kemana n at last aku hantar kereta sahabat aku nihh gi servis setalah mendapat kelulusan darinya.

    Pukul 1400 ada appointment dengan Bluehippo yang mana ini 1st time juga aku jumpa dia face 2 face, aku bukan dating dengan dia tapi we'll bertiga... hmmm.. bukannya bertiga dengan yang ada tanduk tuu, ini bertiga dengan sesama manusia.. we'll gii menunggu dia kat mines n solat zohor kat situ dan bertemu kat situ dalam masa tuu sempat juga aku beli 3 buah novel. So.. we'll having lunch kat mines foodcourt,
    aku teringat makanan yang aku makan bersama dengan dinn hari tuu so aku pilih benda yang sama macam hari itu juga. Nama apa makanan nihh aku tak tahu tapi yang pasti ianya di hidangkan di dalam kuali, bagi aku makanan ini menyelerakan dan menepati citrasa aku pada masa tuu..



    Pada petangnya seperti apa yang di janjikan aku bersama sahabat aku nihh menunggu ahli-ahli geju yang di Mesjid Jamek Kg. Baru. Aku n sahabat tiba di tempat yang dijanjikan setengah jam lebih awal dari masa yang dijanjikan (we'll tak nak orang menunggu macam semalam lagi dahhh) so.. lepas aja solat Asar we'll bergerak ke KSS mengikut aja kereta team leader, kat situ.. aku dapat kenal-kenal lagi dengan member-member Tipah, majlis sua kenal bermula sekali lagi, tak lama kemudian bermulalah sukan Footsal. Sebelum ini ada orang bertanyakan pada aku footsal tuu macamana heheheee... orang yang bertanya nie ingatkan footsal tu main macam ping pong.. aku tak boleh nak gelak lebih-lebih dekat dia coz tempat dia tinggal tuu takda footsal so dia orang tak tahu apa itu footsal sebenarnya.

    Pada awalnya aku hanya penonton aja di samping pom-pom girl, aku ada keinginan untuk bermain tetapi kerana pergerakan aku akan terbatas coz of aku pakai jeans n kasut kulit so aku batalkan aja hajat aku tuhh.. aku tak bersedia untuk bersukan dengan pakaian aku pada masa tuhh.. Tak beberapa lama kemudian Wkdin dahh pancit so.. aku kena lah juga masuk untuk mencukupi team dan pada masa itu team yang aku baru join tuu.. dah kena belasah dahh..
    Macam biasa lahh kalau cerita hindi, awal-awal tuu memang kalah dulu tapi di akhirnya menang dengan banyak sekali sampai tak terkira dah... sorry team yang kalah next time cuba lagi..

    Dahh.. lama dahhh.. dah lama aku tak bersukan lari-lari macam nihh.. bila sekali lari dan kerahkan semua tenaga terasa penat teramat sangat hinggakan tekak aku terasa begitu loya sekali macam nak muntah. Kalau muntah sure malu aku kan.. sedangkan orang lain ok aja... aku memang happy dengan member-member aku nihh.. lain kali boleh lahh aku selalu-selalu turun KL join aktiviti dengan member-member aku nihh.. Sambil menyihatkan badan boleh juga beramah mesra dengan member-member geju.. kalau ada tiap-tiap bulan pun best jugak camnihhh...

    Tadi aku nengok sesi interview yang di rakamkan oleh cameraman Geju (Wkdin),
    Wahhh... agak bulart juga muka aku nihh.. itu bermakna aku makin sihat, makin lalu makan, hati senang, otak riang dan kurang melakukan aktiviti menyihatkan badan tetapi banyak jaa aktiviti menambah berat badan. Selepas nihh aku kena gii cari stimina lagi... ehhh.. kalau nak beli boleh tak, kat mana ada jual yerks fast stimina nihh, hehehhe.. tapi aku nak stamina yang kekal so aku kena kembali ke gym ke swimming pool n track belakang rumah aku nihh.. dah hampir setahun aku tak menjenguk semua tuu.. (awal tahun lalu aku plan camnihh gakk tapi satu pun tak menjadi)

    Selepas aja game tuu.. we'll gii menjamu tekak dekat kampung baru dan destinasi serusnya menunaikan menunaikan solat. Selepat aja tunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Cik Tipah buat plan gii menjamu selera kat nasi lemak Malee tapi setelah gii.. jauh-jauh tutup pula kedai nasi lemak tuu.., so.. perbincangan seterusnya di lakukan di hadapan perkarangan surau. Setelah persetujuan para peserta ekspidisi jalan-jalan cari makan maka destinasi seterusnya adalah Restoran Tupai-Tupai, fuhhhh... jauhnya perjalanan pusing sana, pusing sini sesat sana sesat sini, at last we'll sampai jugak. Aku ikut jaa hala tuju kereta sportz biru kat depan tuu.. bukan main laju lagi dia.. kekadang aku ketinggalan. Dari kedai nasi lemak tuu nak ke Tupai-tupai aja ambil masa lebih kurang sejam.. bukan kerana jem tapi kerana.. kerana dia.. sportz car biru yang mamandu arah.

    Pabila penat memerah deruman kereta so.. sampailah ke destinasi jalan-jalan cari makan tuu.. aku nampak Salji sedang tertunggu... pada malam tuu aku n Salji ajerlah Hero yang lain semua herion.Tupai-tupai di berinama.. restorannya indah dengan suasana yang selesa, suasana nyaman diwaktu bulan mencerahkan kegelapan malam, terasa ingin aku selalu-selalu gii situ tapi apakan daya tomyamnya kurang enak untuk selera aku. Maybe.. maybe.. aku celebrate birthday aku kat situ, who knows kan rezeki aku murah ker.. maybe aku dapat project yang lumayan ker.. tapi maybe ajerlah kan.. kan..



    Gambar di atas menunjukan sebahagian daripada geng-geng jalan-jalan cari makan, pada masa tuu.. masing-masing cuma menunggu sesi bergambo selesai aja untuk memulakan upacara menjamu selera. Sedap tak sedap terletak pada pandangan individu itu masing-masing lah.. aku ada komen aku tersendiri so.. aku sendiri aja yang tahu.

    Sesudah semuanya selesai.. makan dah sudah, berborak dah sudah, meminum pun dah habis air segelas terasa masa bergerak dengan sebegitu pantas sekali, belum puas untuk berbicara, belum puas untuk senyum tawa dahh.. tiba pula masa untuk berpisah. Pepisahan sementara sehingga ada perjumpaan or aktiviti lain di masa depan dan apa kata kalau aku cadangkan kita gii jalan-jalan cari makan dekat Tanjung Gila (nama sebenar Tanjung Harapan) dekat dengan pelabuhan kelang tuu.. suasananya kedamaiannya jauh lebih meriah lagi daripada restoran nelayan ari tuu..
    kat situ kita boleh menjamu selera sambil merasakan tiupan agin-angin laut yang selembut bayu itu. Permandangan... gelap aja kalau pada waktu malam tuu.. kecuali boleh nampak lampu-lampu kapal yang kekadang mengasikan, kalau gii waktu petang ok jugak coz boleh nampak permandangan yang luas terbentang. Operasi kat restoran tuu selalunya bermula pada jam 6.00 petang, surau disediakan. Fikir-fikirkanlahh...

    Sesudah.. semuanya selesai.. yang perempuan bersalaman n peluk cium sesama mereka (ehh... ada kerr aksi-aksi macam nihh..) dan aku dengan Salji cuma bersalaman (tak boleh lebih dari itu nanti orang ingat spesis tengah-tengah pulak) so.. mulalah we'll bergerak menuju ke halaun yang di setkan dalam minda home we'll going home.. Sekali lagi aku dengan sahabat aku nihh hantar Mushroom balik.. aku dah hafal dah jalan-jalan nak kerumah dia kali ini. Oleh kerana aku kasihankan sahabat terulung aku nihh yang terlihat keletihannya so.. decide nak naik bus ajer coz tak lahh jauh sangat untuk sahabat aku nii menghantar aku. So.. aku mabil bus pada pukul 12.00 tengah malam..

    Akhir sekali aku ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada sesiapa yang aku jumpa dalam masa 2 hari itu kerana sudi mengenali diri aku yang serba kekurangan ini, terutama sekali aku ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat terunggul aku seorang nihh.. kerana sanggup bersusah payah dan meluangkan masa demi dan bersama aku.
    aku berdoa agar sahabat aku nihh.. berjaya dalam apa-apa jua yang diharapkan.....

    Sehingga jumpa lagi di next trip.... or aktivity my friends...






Purbe | 9:16 PM |

    Aktiviti Sosial..

    The Day aku ponteng keje dengan alasan yang kukuh.. hehehe.. korang tak yahh tahu apa alasannya coz memang cukup kukuh sekukuh sebuah bukit kat belakang rumah aku kat kampung tuhh. Apa ada kat kampung aku yerks... hmm.. lebih kurang 150 meter dari belakang rumah aku ada pusat rekriasi n lebih kurang 2 km pulak ada muzium padi yang belum di buka-buka hingga kini. Lembab sungguh kerajaan negeri.. maybe takde padi yg nak di muziumkan kot. Lain kali lahh.. aku cerita pasal kampung aku..

    Pukul 1.45pm aku tiba di Ibukota.. aku musafir so... Walaupun aku kena ada kat Penang pada hari Ahad coz ada kerja yang perlu aku selesaikan di tempat client aku tuhh, namun hati aku tetap gakk nak jumpa kawan-kawan yang sebelum ini aku hanya kenal di YM aja. Dari Puduraya aku ambil LRT ke Bandar Tasik Selatan dan di situ sahabat setia memerangkap sahabat baik memerangkap sahabat yang aku cukup hargai mengambil aku kat situ. We'll gii selesaikan kerjanya dahulu lepas tuu.. sementara menunggu pukul 6.30pm we'll abiskan dahulu masa yang ada dengan nengok wayang dan pada masa itu cuma ada cite BULI aja so.. BULI pun buli lahh.. Boleh tahan jugak jalan ceritanya, mula-mula dah kelakar sampai kebanyakan yang ada kat dalam situ ketawa-ketawa tak henti-henti termasuk teman di sebelah aku tuu. Tetapi mana tahu bila aja habis cerita tuu dah pukul 6 lebih dah dan we'll belum solat lagi so berkejar pula ke masjid untuk menunaikan solat Asar.

    Fuhhh.. bila dah selesai solat jam dah menunjukan waktu meeting dengan geng-geng Geju yang aktif dah melepasi batas waktunya tapi aku still kat dalam kereta lagi, dan pada masa tuu.. jalan-lalanraya pula di penuhi dengan kereta yang berebut-rebut nak ke pelbagai arah, aku tersangkut lagi dan aku sekali membiarkan masa berlalu dengan kawan-kawan aku menunggu we'll, aku terasa macam nak berlari dan cepat-cepat sampai tapi apakan daya aku tetap kena beratur dan menuggu turn aku untuk melepasi satu demi satu traffic light tuu..

    Lebih kurang 7.30pm akhirnya we'll sampai juga di Maju Junction selepas aku terlepas satu persimpangan .. Pada masa we'll sampai tuu.. ada yang tengah menjamu selera dan ada yang sudah pun selesai mengisi perut, semua orang cuma menunggu we'll aja, aku rasa cukup bersalah sekali. I'm so sorry my friends semua yang menunggu... MINTA MAAF KU PINTA kerana membuatkan u'll semua menunggu. Maafkan daku....

    Di situ aku jumpa Wkdin, Spyz, Nett, Salji, Kak Zar, Ct Cute, Mushroom, Madulebah, Tipah, Amyz, Langsat, Aida, dan sesiapa yang aku tak sebut tuu sorry lah maybe aku tertinggal nama, ramai jugak yang datang dan ramai jugak yang bolehh aku bersalaman kecuali yang bukan muhrim aku jaa.. Pelbagai pekara di bincangkan untuk projek KLD tuu.. Hampir-hampir pukul sepuluh malam agaknya coz aku tak pakai jam so main agak-agak ajer lahh.. tapi kalau siang hari tuu aku boleh nengok waktu dengan cara kuno hehhehe... bincang lahh punya bincang.. maka sampai kat satu limit tuu.. perbincangan pun selesai so.. masing-masing bersurai.., aku n langsat hantar muchroomcute balik umah dia dan kemudian aku dengan sahabat aku nihh gii makan Western Food kat Restoran F1 dan kemudia aku terus aja balik ke hotel. Selesai udah.. aktiviti untuk hari Jumaat tuu..








Purbe | 4:27 PM | Wednesday, March 10, 2004

    Menyepi...

    Kadangkala kita menyepi bukan bermakna diri kita pendiam, menyepikan diri dan bertafakur itu untuk kita mendekatkan diri dengan yang maha esa. Kerana menyepikan diri juga kadangkala orang mengatakan diri kita sombong tetapi pada hakikat sebenarnya kita tak ada idea untuk berborak. Kepala otak kita tak boleh nak ngam dengan situation pada masa itu, kita tak boleh nak serasi dengan sebegitu pantas sekali.

    Menyepikan or mendiamkan diri tuu lebih baik kerana kita akan kurangkan dosa-dosa kering. Kadangkala menyepi ini membuatkan kita kekurangan kawan-kawan pada tahap maximum. Orang ingin berborak dengan kita tetapi sikap kita yang suka menyepi tuu.. buatkan orang lain pun kehilangan segala idea-idea, mana tidaknya orang bertanya 3 patah perkataan kita cuma jawab sepatah aja. Susah nak bergaul kalau dah berada didalam situasi macam ini, siapa yang bersalah... kita atau orang lain. Kalau sebut pasal kesalahan nihh.. tak semua orang yang sanggup mengaku akan kesalahan masing-masing. Susahh.. susahh.. lagi lagi susah kalau bersalah tetapi still nak berkata yang dirinya tidak bersalah.

    Semuanya coretan-coretan di atas tak bersangkut paut dengan diri aku tapi kalau sipi-sipi tuu adalah. Sesetengah orang mengatakan aku nihh.. pemalu, betulkah diri aku nihh seorang pemalu or aku memang respek setiap insan itu. Apakah bila seseorang bercakap dengan kita kita harus memandang mukanya or kita boleh pandang benda-benda lain tetapi telinga masih lagi tertumpu pada ceritanya. Bagi aku... aku gak malu nak memandang muka terutama sekali seseorang wanita itu, entah kenapa maybe aku dilahirkan dengan sifat malu yang menebal didalam diri aku or aku takut diri aku tergoda..
    aaarrghhh... tergoda.. kenapa harus aku tergoda hanya dengan memandang muka, aku bukan macam tuu.. aku bukan jenis lelaki yang mudah tergoda dengan kecantikan luaran seseorang wanita. Banyak yang dah aku alami dalam hidup ini, kecantikan bukan menjamin kebahagiaan selamanya tapi kalau sekejap sahaja tuu ada lah rasanya coz insan yang bernama manusia nihh cepat jemu dengan apa yang di milikinya.

    Jika tak dapat kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya, bila dah dapat kita tak menghargainya dan pada masa kehilangan kita akan tercari-cari dan merinduinya.., itulah sifat sesetengah hamba tuhan yang bergelar manusia.



    " Insan sepi tercari-cari akan kesudian dan keserasian "











Purbe | 7:03 PM | Tuesday, March 09, 2004

    Berdarah...

    Berdarah... berserau darah, naik darah, turun darah, semuanya memberi pengertian yang berbeza cuma perkataan darah itu aja memberi pengertian yang sama pada kita. Sebut aja darah sure teringat macam-macam yang negetif dan jarang ada yang positif. Bagi sesetengah orang darah itu menggerunkan dan adakalanya bila dah nengok banyak darah megalir keluar dia akan pengsan, tetapi bagi aku darah tuu.. normal ajaa aku tak terasa mual or terasa anything bila nengok darah banyak-banyak nihh, tapi kalau part-part body manusia tuu.. gerun jugakk aku.

    Semalam kepala aku pening-pening mata aku tersangat layu namum diriku tetap melayan member-member aku berborak. friendship more then anything, betul ker camnie.. more then anything ker.. kalau true love tu camner pulak. Setelah berjam-jam kat depan computer nihh, tanpa mandi tanpa makan.. tetiba aku merasakan sesuatu mengalir kat atas bibir aku dan ada sesetengahnya menitik kat atas meja aku, rasanya hmmm.. agak pelik dan tetiba baru aku tersedar ada darah sedang mengalir keluar dari hidung aku. Aku segera mengesatnya dan semakin lama semakin banyak pula, aku tak terasa pedih atau sakit kat mana-mana bahagian muka aku. Aku... aku mengesatnya dengan tangan ku namun ianya tidak memadai, dengan spontan terus aja mengesat dengan baju aku, kini baju aku kelihatan kemerahan.

    Darah... darah mengalir tak henti-henti, aku terus aja ke restroom mencucinya namun tidah ada tanda-tanda untuk berhenti pengalirannya, mengalir dan terus mengalir umpama ada sungai yang mengalirkan darah dari hidung ku ini, suam dan masin rasanya darah aku ini apabila ada sesetengahnya terus aja masuk kat dalam mulut aku. Pada masa tuu.. aku cuma terfikir satu idea aja.. sambil menahan darah keluar dari hidung menggunakan baju aku tuu, aku terus ke peti sejuk mengambil beberapa ketul air batu dan letakan kat atas hidung aku. Fuuhhhh... sejuk giler batang hidung aku nihhh... tetapi darah yang mengalir macam air sungai tuuu.. makin lama makin sedikit dan terus aja berhenti, menjadi jugak idea aku nihh... Alhamdulillah dah tak ada apa-apa.

    Sudah sekian lama aku tak alami pekara macam nihh.. seingat aku cuma masa aku kecik-kecik dudulu ajer. Namum.. selepas aku dah ada dosa sendiri aku dah tak alaminya lagi dah sehinggalah semalam, bak kata Tun Dr. Mahathir " dahh.. lama dahhh".



    Tanpa aliran darah di dalam sebujur tubuh yang bernyawa tanpa itu jugalah kita tidak akan ada pada hari ini. Bermula dari segumpul darah jugalah kita dijadikan hasil dari ikatan murni 2 insan yang saling sayang menyayangi dan ikatan itu dari sumber-sumber yang halal. NON HALAL tuu... DOSA besar, jangan sesekali terfikir untuk mewujudkan ikatan itu. Kadangkala CINTA boleh memusnahkan kesucian seseorang wanita, kerana cinta jugalah ada orang sanggup mengambil nyawa sendiri tengok lahh dah seberapa ramai dah yang dari terjun penang bridge cuma berita tuu tak keluar dekat akbar-akbar utama.

    Aku membaca.. paper hari ini aku terasa sedih dengan beritanya semakin maju negara kita semakin menjadi-jadi sifat haiwan pemangsa rakyat kita, kerana nafsu yang gila seseorang manusia yang bernafsu haiwan sanggup mengorbankan nyawa insan yang lain. Wanita selalunya menjadi tempah mencurahkan kasih sayang dan bukannya tempat untuk memuaskan nafsu gila. Kelembutan serta belaian wanita menjadi idaman setiap lelaki yang sebenar-benar lelaki. Namun ada juga manusia-haiwan ini terlalu inginkan sesuatu kepuasan sementara itu tanpa mempeduli nasib mangsanya.
    Kejam... KEJAM.. itu aja yang boleh aku katakan.






Purbe | 6:54 PM | Monday, March 08, 2004

    New Star

    Sporty But Cheap > Check out Magazine Autoworld ...
    The New Kia KCV-III >> RM82,570 ONLY OTR .... SOOOOOOONNNN !!!!



    Cantik.. menawan, memikat sama kaler dengan Si Meroon aku... kete ni boleh buat aku tergoda dan aku akan dapat merealisasikan impian aku yang dah lama kecundang, tetapi bila yerrkkss maybe dalam setahun dua tiga lagi kot.. bila aku dah ada mem sendiri nanti-nanti.






Purbe | 9:14 PM |

    Bertanggungjawab....??

    Sifat tanggungjawab.. banyak pengertian di dalam tanggungjawab nihh.. Tanggungjawab pada tuhan , pada ibubapa, pada keluarga, pada kawan-kawan, pada kerja, pada bangsa, pada agama, pada girlfriend yang nie aku takda, tanggungjawab pada negara, pada datuk nenek, pada haiwan-haiwan, jiran-jiran dan pada apa-apa ajerr lahh..

    Pagi tadi masa aku gii si minyak n beli biskut tiger kat shell tuu.. aku nengok satu sifat bertanggungjawab, seseorang warga tua tuu.. berhenti kete kat situ cuma nak buang sampah-sampah mengikut tong-tong yang di sediakan, dia pilih sampah tuu satu persatu dan masukan kedalam tong-tong yang di sediakan, aku terleka nengok dia hinggakan keretanya berlalu pergi meninggalkan aku hingga di hon, ahaks. Rasanya kalau warga muda nihhh.. nak cepat aja so takda masa nak pilih memilih macam tu kan. lagi senang buang semuanya dalam satu bekas ajaaa..

    Bertanggungjawab... hari mengundi dah makin dekat so pada sesiapa yang layak tuu, mengundilah coz itu tanggungjawab kita pada negara. Anyway.. nak sokong yang mana satu itu terletak pada fahaman masing-masing tak sesiapa boleh memaksa cuma di pengaruhi tuu ada lahh kot. Penting kah kalau jadi penyokong fanatik sesuatu parti tuu?? Aku tak sure.. yang mana berkenan di hati aku pilih lahh, tetapi bukan cuma pilih dengan membabi buta aja, macam-macam aku nilaikan sebelum diri dan hati aku setuju. Kekadang or dalam ertikata lain selalunya janji-janji manis di taburkan sebelum berlansungnya pilihanraya itu.. tapi selepas tuu janji-janji manis entah hilang kemana aku tak tahu yang cuma aku tahu janji hanya tinggal janji. Delulu pemimpin yang aku pilih tuu.. cuma memperkayakan dirinya aja, hinggakan para penduduk or dalam bahasa lain orang kampung dia sendiri susah untuk meminta tolong takda lansung pembagunan di kawasan itu, jalanraya berlopak-lopak dah sekian lama barulah di tampung, aku ulang sekali lagi cuma ditampung aja dan bukannya dikikis dan di buang yang lama.

    Jadi dengan.. itu jugalah penduduk kampung aku naik bengang dan hasilnya ia kecundang. Dia orang bukan tak nak sokong tapi dah bertahun apply tak dapat-dapat jugak dah 2 penggal still sama takda perubahan so.. cuma dengan cara mengundi aja dapat memilih pemimpin yang baru dan berwibawa.


    Tahun nie mengundi lagi aku di kawasan N15.






Purbe | 8:15 PM | Saturday, March 06, 2004

    SAHABAT

    Satu lagi sajak yang di tulis oleh sahabat aku nih..



    SAHABAT

    Aku datang lagi padamu sahabat,
    menunggu kau kuakkan pintumu
    melangkah masuk dengan hati berbunga tulus,
    berbarig di lantaimu....
    cuba merasa dingin kamar hatimu,
    bergebar di ranjangmu...
    cuba merasa hangatnya harapanmu.
    Sejenak singgah di teratakmu sahabat,
    memberi padaku makna putihnya niat,
    sejenak bicara bersamamu sahabat.
    membangkitan rasa insaf tentang hakikat.
    ariesa05 :
    03/03.01









Purbe | 6:01 PM | Friday, March 05, 2004

    Mari Bersajak...

    Semalam.. aku bertemu kembali sahabat lama kat ym, dah sekian lama menyepi dengan kesibukan sebagai pebimbing dan ini buah tangan dari mindanya...
    Aku cuma saluran penyiar aja..


    Rasa

    Pabila rasa itu mengocak lagi di dalamku
    Walau di matamu ketenangan kau pamer melulu
    Kau tak mungkin kan tahu
    Remuknya hatiku hampir membunuh segala bahagia
    hingga
    .......megorak segala lara
    .........yang menghuni teratak jiwa
    ........gemar sekali ia berkampung di hati
    Telah kucuba mengusir bayangmu
    Ia datang jua bertandang tanpa sapa
    Sekadar memandang dan kaku membisu
    Bagai sudah berkurun kehilangan suara
    Tanpa kata, tanpa sebarang tanda
    Membuatku terus tertanya-tanya
    Benarkah seperti yang kurasa
    Kau menyimpan segara hasrat ...
    menyembunyi sekuat kudrat...
    semuanya kau palang mati,
    di hati.
    Pesanku teman, bangkitlah dari ragumu
    jika kau ingin berlari
    bangun dan bertatihlah hala ke pintu
    gagahkna langkah mu, larilah selajunya
    .... menuju ke bintang
    Seperkara yang perlu kau sedar,
    Pulangkan punyaku...
    sekeping jiwa yang kau curi tanpa sedarku
    hingga ku bermimpi maha indah
    ... namun singkat sekali....
    karya: ariesa05
    05/02/2003













Purbe | 7:41 PM | Thursday, March 04, 2004

    Apa-apa Ajaaa...


    Dari kiri atas : Buah hatiku si meroon, Nilai 3 di waktu malam, Namamu Sundal Malam coz pada waktu malam aja bunganya mewangi.(takda bunga coz aku takda masa nak letak baja)
    Dari kiri bawah : Anak itik gembo-gembo yang comel, Boyz in Red si giant Artan n Aku, Pertama kali tapi tak sure samada yang terakhir.



    Harta...?? Aku tak berharta cuma ada apa yang aku ada, Nyawa..?? Iya aku masih lagi bernyawa, Rumahtangga..?? Hmm.. aku masih lagi tercari-cari dimana rumah dan dimana tangganya. Girlfriend..?? semua wanita yang aku kenali adalah girlfriend aku kecuali lelaki yang menukar spesis. Kerjaya..?? Mungkin iya mungkin tidak coz manusia tak pernah puas dengan apa yang di perolehinya. Kesihatan..?? Pasal bab nihh aku antara yang tersihat. Kawan-kawan...?? Semua yang baik dengan aku adalah kawan-kawan aku.

    Makanan..?? Aku memakan apa sahaja asalkan halal n tidak sama sekali pada sotong n ikan air tawar. Minuman..?? Segalanya asalkan halal. Smooking..?? No way.. aku kurang selesa dengan asap rokok. Hobby..?? Apa-apa aja boleh jadi hobby asalkan aku boleh happy. Muzik..?? Aku ikut mood tetapi semua muzik boleh masuk dengan jiwa aku nihh. Sukan..?? Apa-apa saja yang aku reti main. Pakaian..?? Aku tak kisah mengikut keselesaan dan selalunya jeans lahh.

    Fuuuhhh... macam-macam aku cerita tentang diri aku, hmmm.. terasa macam kena isi form interview pulak. Petang nanti aku ada meeting dengan client pukul 6.00pm sharp dan bukannya macam janji-janji melayu.

    Barang-barang..?? Kalau camera tuu aku minat brand Olympus sama gak dengan digicam, Jam.. aku minat brand Tissot (hati aku tak tergerak nak pakai jam lagi kecuali orang hadiahkan macam dulu-dulu), Kasut.. aku minat Nike kalau sport shoes n kalau kasut kulit pula aku minat Timberland.(aku penaja setia kedua-dua brand nihh), Perfume... aku penaja Boss dengan CK pada masa ini.

    Aku ada banyak collection DVD9 dalam kebanyakan cerita-cerita menarik, yang terbaru aku beli cerita Missing, School Rock dan satu lagi cerita hantu, aku dah lupa tajuknya dahh.









Purbe | 2:35 PM | Wednesday, March 03, 2004

    Tak Nak & Tak Suka, Tetapi Terpaksa.....

    Sesungguhnya kita hanya merancang tuhan aja yang menentukan segalanya, apalah power kita yang bergelar hamba ini, semuanya ketentuannya. Bukan semua yang kita plan akan menjadi dan kita tak dapat untuk menidakannya kiranya sesuatu itu datang pada kita. Yang enak kita sambut dengan senyuman dan kadangkala terlompat-lompat macam nyet kerana over happy, manakala benda-benda or pekara-pekara yang memang kita minta simpang malaikat 44 tak pulak tersilap simpang n terus aja menuju ke arah kita.

    Kita tak boleh nak berkata ehhh.. aku tak nak yang nie tolong bagi kat orang lain boleh tak, coz itu ketentuannya, kita tak diberitahu dan tak berpeluang lansung untuk memikirkannya dan dengan pantasnya ianya sudah terjadi. Kadang kala benda-benda yang sememangnya tak enak ini kita rasakan macam bermimpi aja dan kadangkala kita menampar pipi kita untuk sedarkan diri kot-kot kita sedang bermimpi namun ianya bukan mimpi tetapi reality yang harus kita menerimanya. Hanya pada sesiapa yang masih kekal dengan rohnya aja dapat memikirkan sebegitu dan bagaimana pula pada sesiapa yang terpisah selamanya dengan rohnya.. aku pun tak tahu macamana nak bayang kan... coz aku belum alaminya lagi takda expirence lagi namun kita tak dapat untuk melarikan diri daripada mengecapi expirence itu.

    Malam semalam aku pulang kekampung halaman ku, aku pulang setelah menerima panggilan dari my cs. My mom kena Appendix so semalam my mom di masukkan ke hospital dan pada malamnya pula my mom di bawa masuk ke OT macam kata dr.Max dan lebih kurang 3 jam selepas tuu.. baru semuanya selesai, alhamdulillah semuanya dah selamat walaupun just a minor operation namun bagi sesetengah orang yang tak biasa sure terasa gerun juga kan bila dengar nak kena operate nihh. She getting better dahh.. pagi tadi aku nengok dia dah OK cuma tunggu masa aja dari sibaju putih tuu, maybe sehari dua lagi rasanya dah boleh balik rumah lahh.

    Malam semalam ada Fren Forever belanja aku makan kat Pizza Hut, anyway thanx a lot my fren. Sedap dan menyelerakan lagipun time tuu.. aku memang kelaparan, hehehehe... saja tak tunjuk sifat kebulur aku kat depan my fren nihh.. berlagak slamber aja aku pada masa tuu.. macam-macam dibualkan hinggakan tak sedar masa berlalu dengan pantasnya.

    Pagi tadi aku kat Hospital nengok my mom and aku bergerak dari Hospital balik ke Pulau Mutiara lebih kurang pukul 10 lebih-lebih. Aku bukan tak ambil berat tetapi aku tak boleh nak bercuti coz ada hal-hal yang penting yang aku perlu uruskan. Semenjak dari pertengahan bulan February lepas sehingga bulan April nanti, takan ada cuti dalam kalender aku. Seven days a week tak kira hari minggu or kelepasan am aku terpaksa bekerja juga coz pada masa orang lain bercuti itu lah kesibukan aku memuncak hinggakan bekerja sampai pukul 1 hingga 2 pagi. Sambung balik cerita tadi semasa aku dalam perjalanan balik ke Penang aku ternampak satu kecelakaan jalanraya kat atas highway arah yang bertentangan dengan perjalanan aku, fuhhhh.. parah juga rasanya coz kereta proton iswara tuu... dah jadi setengah dari saiz asal .. pada masa tuu mangsanya baru aja dimasukan kedalam ambulance, macam ngeri aja accident tuu.

    Last week.. Pada malam hari member aku bergegas gii ziarah member dia yang accident dan meninggal on the spot, ulang sekali lagi on the spot. Menurut sumber cerita dari mulut member aku nihh.. member dia tuu accident di hadapan salah sebuah kilang di tempat si mangsa itu mencari rezeki, pecah kepala rasanya. Cerita yang paling menghayat hati dan sedih.. dan berat untuk di terima oleh kaum keluarganya terutamanya pada isteri si mangsa nihh.. Si mangsa nie masih muda lagi dan baru aja mendirikan rumahtangga dalam sebulan lebih. Pada hari hari kejadian tuu.. si mangsa bekerja pada shift petang so.. pada paginya si mangsa bawa wife dia gii klinik untuk buat pemeriksaan dan di sahkan pula isteri si mangsa ini mengandung lebih kurang sebulan. Si mangsa happy dengan berita itu tetapi ajal maut tak dapat di duga, tak mengenal sesiapa tak kira tua atau muda. Kegembiraan yang muncul pada pasangan ini cuma bersifat sementara daan belum sempat untuk meraikan kemunculan orang ketiga bersama kedua ibubapa masing-masing namun dengan tetiba dunia menjadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Aku bersimpati dengan keseluruhan cerita yang di khabarkan dan aku mula membayangkan bagaimana situasi isteri si mangsa pada masa itu.

    Pada pandangan aku, Orang yang paling perit untuk menerima kenyataan ialah isteri si mangsa itu, bagaimana hendak menerimanya sedangkan baru sebulan lebih aja baru mengecapi hari-hari bahagia, nikmatnya pun belum di kecapi dengan sepenuhnya namun dengan tiba-tiba pula si isteri kehilangan kebahagiaan dengan sekelip mata dan sepantas kilat. Macam bermimpi tetapi ianya bukan mimpi namun ianya satu kenyataan yang boleh membuatkan dirinya hilang pegangan, hilang keimanan, hilang kewarasan dan membuatkan dirinya terasa kosong sekosong-kosongnya di dalam jiwa.

    Masa begitu pantas berlalu namun adakalanya perasaan kehilangan akan terubat dengan masa-masa yang berlalu, tetapi di dalam kes ini janin or zuriat itu semakin hari semakin membesar manakala si ibu pula makin terasa dengan kemunculannya. Bagaimana untuk melawan perasaan, bagaimana untuk dilupakan kenangan lalu. Keperitan.. kerinduan akan tetap kembali di dalam fikiran, di dalam jiwa, aargghhh...
    tak kesampaian otak aku untuk memikirkan. Ianya bukan berlaku pada diri aku namun aku dapat rasakan akan keperitannya....

    Mungkinkah kekuatan dalaman, keimanan dan ketabahan aja yang dapat membantu mengatasi situation seperti ini.

    #* Apa Pendapat Korang Dengan Perasaan Sebegini, Apakah Formula Terbaiknya. *# bagilah comment skit geng









Purbe | 10:22 PM | Tuesday, March 02, 2004

    Delima Semalam...

    Delima semalam.. fuuuhhh... macam tajuk novel pulak tajuk aku pada hari nie, layakah aku jika aku berangan nak jadi penulis novel. Hmmm.. laku kah novel angan-angan aku nihh.. bermacam-macam pekara kena memikirkannya. Coretan aku entah apa-apa, penulisan ku tak menarik lansung... aaargghhh.. berangan lagi aku, terpengaruh lagi aku. Macam-macam aku nak jadi, macam-macam imiginasi aku.. pagi-pagi lagi aku dah berada di awan-awangan, jauh mengelamun kesana sini, aku terus dan terus melayari dunia fantasi tanpa sempadan.

    Semalam.. ini cerita semalam kalau simpan lama-lama nanti dah basi, anyway kat sini ada jual roti beggali dengan kuah gulai semalam. Aku belum pernah cuba tapi member-member aku cakap best n sedap jaa.. Semalam aku plan balik keja awal, so aku keluar lah dari opis tepat-tepat pukul 7.55pm, bagi aku kalau pukul 8 malam tuu kira awal lah. Aku plan nak balik awal coz nak nengok cerita School Rock yang aku agak-agak cerita nihh sure gila-gila sikit. Mana tahu apabila aku sampai kat Jelutung Highway, kereta bumper to bumper jemmed giler, aku nunggu nak buat turn pun memakan masa sampai sejam. Aku bosan menunggu lama so dengan akal panjangnya aku memikirkan ferry.

    Ferry.. ferry.. ingatkan ferry takder orang tetiba aja ferry terlalu sesak, banyak kereta bersusun-susun menunggu turn, aku tak mampu nak menunggu lama-lama dalam kete so.. aku turn back n balik ke opis so.. melepak kat situ sampai pukul 12 and then baru balik dengan selesanya tak der halangan dah kecuali pak polisi nak tangkap sapa-sapa yang lari laju-laju. Malam semalam aku tido pukul 2 pagi lepas melayan cerita Fear Factor, pemenag tuu dapat 1juta US Dollar, banyak betul n lebih banyak dari sebelum-sebelum nihh.







Purbe | 11:32 AM | Monday, March 01, 2004

    Apa Yang Aku Tahu..

    Apa yang aku tahu tapi korang tak tahu... apa yang korang tahu tetapi korang buat-buat tak tahu.. fikir fikirkan lahhh.. semuanya terletak di dalam pemikiran kita.
    Jika.. pemikiran kita kata boleh nescaya kita akan boleh so.. berfikirlah benda-benda yang positif so semamangat kita untuk berjaya akan meningkat. Negetif.. negetif tuu semua tolak ketepi dulu coz perasaan negetif tuu.. lah yang akan membuat kita jadi lemah semangat dan hilang confident di dalam sesuatu pekara tuuu....

    Dari semalam lagi aku dah tahu apa aku nak lunch untuk hari nie.. coz tuu lah aku beli Tiger Biskut Tenaga semasa aku gii shopping sorang-sorang dekat Carrefour semalam tuu. Aku prefer makan roti or seangkatan dengannya coz nasi tak mengenyangkan aku. Maybe diri aku nie terlalu biasa sangat dengan roti kot coz tuu lah aku merasakan begitu.
    Kalaupun aku memakan nasi for sure lahh lepas tuu aku akan mencari roti juga walaupun sekeping untuk bagi diri aku berpuas hati. Aku boleh suai jaa nak makan apa-apa pun tetapi sesetengah orang tak boleh nak bersesuaian dengan cara permakanan aku. Aku tak kisah walaupun tak memakan nasi dalam seminggu dua asalkan ada roti dengan buah aja coz benda tu dah cukup untuk diri aku.

    Aku rasa pada masa ini.. macam musim nyamuk lahh coz terlalu banyak sesangat nyamuk kat rumah aku sampai dia orang boleh beratur beramai-ramai berehat kat dinding entah-entah siap tido kot coz kenyang makan kenduri kat rumah aku. Kekadang tuu ada yang kekenyangan sampai dah tak larat nak terbang lagi dahh.. murah betul rezeki nyamuk-nyamuk nihh.. makan free jaa tiap-tiap malam. Aku buka kipas laju-laju pun diaorang boleh terbang-terbang lagi.. power betul nyamuk-nyamuk nihhh...

    Dah lahh musim nyamuk lepas tuu ditambah pula dengan musim panas terik, kat Penang nihh siang malam cuaca cukup-cukup panas sampaikan kalau tak da kipas (kipas nie kipas angin betul bukannya lipas) berpeluh-peluh kalau terlambat buka kipas kat rumah aku tuuhh. Kat opis memang kena bagi betul-betul open baru semua aircond boleh keluar dengan lebih-lebihan. Siang malam panas.. mungkinkah dunia makin hari makin sesangat hampir dengan penghujungnya. Aaarghh.. itu aku paling takut tuuu.. bekalan aku belum mencukupi lagi, aku lalai dengan kepentingan dunia jaaa... tapi aku tak lupa akan suruhannya, cuma tak dapat nak tambah amalan jaaa...

    Tanda-tandanya dah ada.. semalam aku baca paper kat US lelaki boleh kawen dengan lelaki dan pompuan boleh kawen dengan pompuan. Fuuhhhh... sakit hati aja aku membacanya di mana letaknya kewarasan, di mana letaknya akal sebagai seorang manusia yang di kurniakan tuhan otak untuk berfikir. Manusia jauh lebih lebih lebih... bijak dan berakal tak macam haiwan yang hanya berotak tapi tak berakal namun sifat dan pemikiran manusia jauh lebih advance kolot dari haiwan coz haiwan tahu bagaimana nak bezakan jantan dan betina. Manusia yang berotak berakal dan bijaksana ini ada yang tak sukakan pasangan hidup yang ditentukan oleh tuhan tetapi memilih cara tersendiri kerana mengikutkan nafsu peribadi yang gila. NAFSU GILA MANUSIA kian menjadi-jadi di akhir-akhir zaman ini, semakin hari manusia bertambah maju dan dalam itu manusia juga semakin hilang kewarasannya, makin tua usia bumi makin luntur pula pegangan manusia pada tuhannya. Adakah bumi-bumi mereka akan di laknati seprti zaman-zaman terdahulu... EEeee... gerun aku bila memikirkannya.


    ** Layak kahh.. AKU..??? **





Purbe | 3:44 PM |