|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Thursday, March 25, 2004
Sejenak aku menoleh, terkenang daku pada masa lalu di waktu keriangan memenuhi diri aku. Di kala itu aku hanya anak pada serorang bekas tentera yang berkhidmat di perbatasan dan tidak di peduli walaupun kehilangan sesuatu yang penting di dalam organ badan. Lupakan kisah yang sedih itu... di sini aku ingin sekali mencoretkan kenangan manis aku di kala usia muda ku. Aku gembira bukan kepalang di waktu itu, di kala hujan turun tak henti-henti dan cucuran air hujan memenuhi segala empangan, sungai-sungai serta alur-alur. Di kala itu lah banjir... sesetengah orang risau akan banjir, tetapi aku di kala itu cukup gembira sekali kerana pelbagai aktiviti aku boleh jalankan. Selalunya halaman rumah atok aku akan di tenggelami air berbanding rumah kedua ibubapa aku. Saat-saat indah dan di kala itu memang tidak dapat di lupakan dan ada juga yang harus di korbankan demi mencapai impian so.. siapa lagi kalau tidak pokok-pokok pisang yang gemuk-gemuk yang semestinya menjadi korban. Keghairahan bermain dikala banjir melebihi segala-galanya, bukannya selalu ianya datang dan dikala itu jugalah terjadinya rakit dengan menggunakan 3 - 4 batang pokok pisang yang di kembarkan dan di cucuk dengan buluh agar semuanya bersatu, kenangan itu masih lagi terpahat di minda aku ini. Aku ingin sekali merasai saat-saat itu kembali tetapi kini banjir sudah dapat di tangani dengan sistem perparitan yang lebih sempurna. Aku merindui kenangan berakit seperti dulu-dulu, aku dapat menjelajah sungai dan kampung-kampung di kala itu cuma dengan berakit. Ketakutan tidak lansung timbul di dalam pemikiran aku melainkan keseronokan dan keghairahan berakit. Puas sudah orang tua aku melarang namun aku tetap juga melanggarinya, berbekalkan sebatang buluh panjang sebagai penggerak pada rakit. Aku tidah pernah memikirkan akan ketakutan dan keselamatan pada masa itu, semuanya aku take easy, Aku Boleh. Opppss... aku risau pada satu benda aja, LINTAH hahahaa... binatang nie aja yang merisaukan aku pada masa tu, yang lain aku tak fikirkan lansung. Aku n da geng pada masa tuu.. merantau merata-rata hinggakan ke salam sawah padi yang di tenggelami tanpa memperduli we'll menambah parah pada pokok-pokok padi yang di tenggelami. Dahulunya kawasan sawah yang luas terbentang dengan kehijaun pokok-pokok padi kini ditenggelami, permandangan pula berubah umpama sebuah laut yang luas hanya di penuhi dengan air-air sahaja. Seperti aku kata tadi keseronokan mengatasi segalanya hinggakan tak teringat lansung akan makan minum dan bila aja selesai menjelajah barulah aku kembali ke rumah atok aku mencari makanan. Di kala itu apa sahaja cukup menyelerakan coz perut kekosongan dan diri keletihan, di waktu malam selalunya aku tidur dengan begitu nyenyak sekali dan di esoknya menyambung pula berakit tanpa rasa jemu. Sudah sekian lama dan melebihi 20 tahun aku meniggalkan zaman silam aku berakit, kini aku mendapat peluang sekali lagi untuk berakit, cuma masa, kewangan, kesanggupan dan kumpulan pula menjadi penentu. Kali ini berakit secara legal "EKSPIDISI BERAKIT SUNGAI PAHANG 2004" pada 24 April - 1 Mei 2004 menanti aku. Aku boleh terus lagi mengembalikan memori lama aku, tentunya ini lebih mencabar lagi dan menguji ketahanan fizikal aku. Aku ingin sekali memasukinya tetapi aku tak mempunyai team dan aku tak mempunyai geng, semuanya memerlukan tenaga seramai 6 orang termasuk diri aku. Siapakah yang sudi menjelajah bersama aku.. aku tak pasti, dan aku kan terus menanti. JOOOMMMM join aku... ![]() |