Tuesday, March 09, 2004
    Berdarah...

    Berdarah... berserau darah, naik darah, turun darah, semuanya memberi pengertian yang berbeza cuma perkataan darah itu aja memberi pengertian yang sama pada kita. Sebut aja darah sure teringat macam-macam yang negetif dan jarang ada yang positif. Bagi sesetengah orang darah itu menggerunkan dan adakalanya bila dah nengok banyak darah megalir keluar dia akan pengsan, tetapi bagi aku darah tuu.. normal ajaa aku tak terasa mual or terasa anything bila nengok darah banyak-banyak nihh, tapi kalau part-part body manusia tuu.. gerun jugakk aku.

    Semalam kepala aku pening-pening mata aku tersangat layu namum diriku tetap melayan member-member aku berborak. friendship more then anything, betul ker camnie.. more then anything ker.. kalau true love tu camner pulak. Setelah berjam-jam kat depan computer nihh, tanpa mandi tanpa makan.. tetiba aku merasakan sesuatu mengalir kat atas bibir aku dan ada sesetengahnya menitik kat atas meja aku, rasanya hmmm.. agak pelik dan tetiba baru aku tersedar ada darah sedang mengalir keluar dari hidung aku. Aku segera mengesatnya dan semakin lama semakin banyak pula, aku tak terasa pedih atau sakit kat mana-mana bahagian muka aku. Aku... aku mengesatnya dengan tangan ku namun ianya tidak memadai, dengan spontan terus aja mengesat dengan baju aku, kini baju aku kelihatan kemerahan.

    Darah... darah mengalir tak henti-henti, aku terus aja ke restroom mencucinya namun tidah ada tanda-tanda untuk berhenti pengalirannya, mengalir dan terus mengalir umpama ada sungai yang mengalirkan darah dari hidung ku ini, suam dan masin rasanya darah aku ini apabila ada sesetengahnya terus aja masuk kat dalam mulut aku. Pada masa tuu.. aku cuma terfikir satu idea aja.. sambil menahan darah keluar dari hidung menggunakan baju aku tuu, aku terus ke peti sejuk mengambil beberapa ketul air batu dan letakan kat atas hidung aku. Fuuhhhh... sejuk giler batang hidung aku nihhh... tetapi darah yang mengalir macam air sungai tuuu.. makin lama makin sedikit dan terus aja berhenti, menjadi jugak idea aku nihh... Alhamdulillah dah tak ada apa-apa.

    Sudah sekian lama aku tak alami pekara macam nihh.. seingat aku cuma masa aku kecik-kecik dudulu ajer. Namum.. selepas aku dah ada dosa sendiri aku dah tak alaminya lagi dah sehinggalah semalam, bak kata Tun Dr. Mahathir " dahh.. lama dahhh".



    Tanpa aliran darah di dalam sebujur tubuh yang bernyawa tanpa itu jugalah kita tidak akan ada pada hari ini. Bermula dari segumpul darah jugalah kita dijadikan hasil dari ikatan murni 2 insan yang saling sayang menyayangi dan ikatan itu dari sumber-sumber yang halal. NON HALAL tuu... DOSA besar, jangan sesekali terfikir untuk mewujudkan ikatan itu. Kadangkala CINTA boleh memusnahkan kesucian seseorang wanita, kerana cinta jugalah ada orang sanggup mengambil nyawa sendiri tengok lahh dah seberapa ramai dah yang dari terjun penang bridge cuma berita tuu tak keluar dekat akbar-akbar utama.

    Aku membaca.. paper hari ini aku terasa sedih dengan beritanya semakin maju negara kita semakin menjadi-jadi sifat haiwan pemangsa rakyat kita, kerana nafsu yang gila seseorang manusia yang bernafsu haiwan sanggup mengorbankan nyawa insan yang lain. Wanita selalunya menjadi tempah mencurahkan kasih sayang dan bukannya tempat untuk memuaskan nafsu gila. Kelembutan serta belaian wanita menjadi idaman setiap lelaki yang sebenar-benar lelaki. Namun ada juga manusia-haiwan ini terlalu inginkan sesuatu kepuasan sementara itu tanpa mempeduli nasib mangsanya.
    Kejam... KEJAM.. itu aja yang boleh aku katakan.






Purbe | 6:54 PM |