Tuesday, March 23, 2004
    Feng Shui..!!!

    Feng Shui or dalam bahasa melayu menilik, semua tu mengarut kan. tetapi kekadang ramalan itu ada yang mengena pula, aarghh.. itu semua hanya ramalan semata-mata. Petang tadi ada apek feng shui datang dengan big bos aku dari KL tuu, tok feng shui nie jalan-jalan seluruh office dan memberi komennya sambil nengok sana nengok sini tapi apa yang di cakapkannya satu pun aku tak paham, at last officemate aku terangkan. Macam-macam kat opis nie kena di ubah, kedudukan meja lahh, kena tutup tempat-tempat yang mempunyai bucu-bucu yang tajam lah n ada yang lain-lain lagi yang aku tak bersetuju dengan ramalannya.

    Apa salahnya dengan satu sudut tuu, hinggakan kena tutup sudut yang agak menarik dengan dinding, aku still tak faham kenapa... aku betul-betul tak setuju apabila permandangan ke arah laut yang indah yang mana we'll kat office nihh boleh nampak laut yang luas terbentang, kapal-kapal besar belayar serta tahah besar itu akan di halang dengan sekeping dinding kurus yang bakal di tambah. Tak ada freedom, kalau kurang sales tuu bukannya salah sapa-sapa semuanya salah salesman dia orang tak agresif macam dedulu lagi dah. Aku tak percaya pada apa-apa kecuali dari yang maha esa. Aku hanya lah pekerja so.. aku kena ikutkan juga, lagi pun bukannya aku ada syer dalam company nihh.. hehhee... aku hanya lilin.

    Hidup kita kena ada freedom, permandangan kita juga harus ada kebebasan tertentu yang tidak melanggari perintah tuhan, namun dalam masa itu kadangkala kita terlajak jauh dan jauhhh.. tersesat dari persimpangan sebenar, hanyut entah kemana-mana. Kadangkala diri aku juga kecundang dengan kehidupan di masa kini namun aku tetap berpegang teguh dengan prinsip-prinsip keimanan yang ada di dalam diri aku ini. Diri ku bukan sebaik-baik insan yang berada di muka bumi tuhan ini dan diri ku juga bukan lah seleka-leka insan dengan segala tanggungjawabnya pada tuhan. Nikmat dunia hanya untuk duniawi sahaja manakala yang berkekalan adalah amalan, amalam juga akan menentukan kemanakah diri kita akan di campak kemudian hari setelah kiraan segala amalan selesai. Jiwa dan diri ketakutan bila memngingati dan membayangkannya namun itu hanya seketika pada kita yang bergelar manusia. Kita akan melupakan ketakutan itu denga datangnya keseronokan duniawi... Itulah kehidupan manusia di masa kini yang menganggap segala amalanya di terima 100%, tapi kita silap... kita perlukan tambahannya, kita perlukan pengorbanan masa di dunia ini untuk menambah bekalan di kemudian hari.

    Aku ingin memulakan sesuatu tapi aku tak pasti bila masa ianya akan di mulakan, oleh itu aku terus nanti dan terus menanti sehingga ianya bermula ~ Melayar Rindu~






Purbe | 7:30 PM |