Monday, March 29, 2004
    Jumpa n Kenal..

    Sebelum nie aku tertanya-tanya pada diri aku samada aku nak pergi or tak pergi, berhari-hari aku berada di dalam tandatanya. At last aku buat keputusan petang Jumaat lepas aku beli tiket bas dulu n pergi tak pergi tuu belakang kira, coz keputusan aku boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Tepat pada pukul 8.00 pagi pada hari sabtu aku menjejak kaki tak atasa tangga bus, di situ bermulalah perjalanan aku ke destinasi yang best dihuni sekali sekala dan lagi best jika ada banyak kertas kepala agung yang bermacam-macam kaler tuu.

    Sepanjang perjalanan aku melayan novel cinta saja, cinta pada orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain di atas sebab desakan keluarga. Hati di miliki orang lain tapi body bersama dengan suami, namun kesucian tetap terpelihara pada awalnya. Cerita tentang keogoaan seorang lelaki yang mudah sahaja melepaskan setiap tutur kata tanpa berfikir akan perasaan orang lain terutama yang bergelar isteri. Salina gadis dari kampung di nikahi kerana ketegasan ayahbonda untuk membentuk anak lelaki tunggal yang suka berpoya-poya. Namun sikap ego lelaki tetap meninggi, isteri di ibaratkan sebagai orang gaji, rumah cuma tempat untuk merehatkan diri setelah penat bekerja dan berpoya-poya. Semua pasal lelaki yang mempunyai segalanya tetapi bukan cinta yang sesuci embun pagi.

    Aku terlelap sekejap kerana keadaan di dalam bas yang tak stabil apabila melalui jalan-jalan tertentu dan aku menyambung kembali novel itu sehingga tibalah aku di PuduRaya.
    Lega rasanya bila dah selamat tiba di destinasi yang di tuju, tanpa membuang masa aku meneruskan perjalanan (jalan kaki) menuju ke destinasi yang di janjikan SOGO. Sudah sekian lama rasanya dan sepuluh tahun aku tak berjalan kaki dari puduraya ke Jalan TAR, sambil melayan BLUES di dalam kepala aku nihh.. aku mengimpas kembali kenangan lama. Sedar-sedar aku dah tiba dia hadapan SOGO, hehehehe.. pada masa itu jugalah peluh mencurah-curah, sihat rupanya aku nihh, dah lama dah aku tak keluar peluh macam nie semenjak dari footsal hari tue. Aku call budak Ganu tuu, dan aku cakapkan aku akan menunggu dia kat top floor dalam sogo tuu. Puas sudah aku menunggu barulah aku dapat bersua dengan Kartini (ADK), malu-malu rimau aku pada masa tuu, al-maklumlah jumpa pompuan katakan, aku bersapa dan terus aja menjemput si dara tuu duduk, aku berceloteh sekejap dan terus menyambung baca novel sambil menunggu Nile Chem.

    Tetiba telefon Kartini berbunyi dan dia bagi tahu aku bahawa Nile on the way ke tempat we'll melepak tuu, dia orang berchit cat bahasa ganu aku pula terus n terus aja membaca coz aku cuma faham sikit-sikit aja apa yang dia orang bualkan, ahaks. Sesudah masuknya waktu Zohor we'll gii solat dahulu dan dalam masa itu menunggu Tipah n Nida datang menjemput we'll kat mana lagi kalau tak kat depan SOGO tuu.








Purbe | 7:19 PM |