|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Wednesday, March 17, 2004
Semalam pepagi aku dah ada kat tempat client aku, mulanya ada meeting lepas tu ada site visit, penat sungguh kerja semalam tuu.. selama 2 jam aku berjalan kaki dan berhenti sekejap-kejap aja untuk nengok location n ambil information. Bukan main besar lagi tempat customer aku nihh.. maklum lah one of the biggest steel company dikawasan utara nihh dan mungkin juga dalam top 4 ranking antara steel company terbesar di malaysia. Aku.. tak suka site visit macam nihh.. kena pakai safaty helmet, safety shoes tapi aku cuma ada safety helmet aja hehehe.. yang lain aku kelabukan mata dia orang tapi keselamatan aku sedikit terkurang lahh. Makkk.. nenekk.. banyaknya habuk kat kilang nihh.., dah kerja so.. terpaksa lahh visit semua tempat kat seluruh kilang termasuk production. Pada masa tengah ber visit tuu ada sesetengah tempat tuu aku tak dapat nak buka mata coz debu-debu yang beterbangan tuu terlalu banyak sangat dan time tu.. aku cuma boleh buka sedikit aja kelopak mata aku dan kadangkala memejam terus... Malang tak berbau, tapi habuk tuu berbau lahh.. ahaks, benda dah nak jadi time aku pejam mata tuu.. aku terhantuk sesuatu dengan kuat fuuuuhhhh... nasib baik aku memakai safety helmet kalau tak maunya kepala aku terbelah, syukran... syukran.. Aku berasa cukup lega kerana aku di protect oleh safety helmet tuu... dan pada masa yang sama juga sambil berjalan aku tersenyum sendirian coz i'm so lucky today, satu lagi nak tambah kalau kat production tuu... wahhh..bunyi bising betul lah n kalau aku keje situ sure dah lama pendengaran aku terganggu. Time dia orang meleburkan steel yang di recycle tuu... time tuu lah terdengar bunyi yang teramat kuat sekali bunyi meletup-letup macam letupan bom di medan perang, BOOOM....BAMMMM.. BOOOMMM... BAAAMMM.. bunyinya, terasa macam aku berada di medan pertempuran pulak, deria pendengaran aku terganggu seketika kerana bunyi-bunyi tuu..., engineer kat situ cakap pada masa peleburan tuu amat n teramat bahaya sekali jika ada air yang tertumpah dari mana-mana masuk ke dalam tempat peleburan tuu, kemungkinan akan menyebabkan satu malapetaka yang boleh menjadikan seluruh kilang dan kawasan sekitarnya musnah macam di bom, fuuuhhh.. bahaya betul kan. Satu lagi aku nengok sesetengah orang yang kerja kat situ ada yang tak memakai ear protector macam tak meyakitkan telinga dia orang aja n macam tak peduli aja dengan bunyi letupan-letupan tuu.. sedangkan aku siap tutup telinga dengan kedua-dua belah tangan aku pun terasa bunyi tuuu kuat lagi. At last site visit selesai.. setelah berjalan beberapa kilometer dan naik turun tangga itu tangga ini, masuk bilik itu bilik ini. Aku berasa cukup-cukup lega.. anyway aku dapat nengok bagaimana besi di lebur, dicairkan dan dijadikan rod besi yang besar, terasa bagaimana panasnya bahang pada masa peleburan tuu. Boleh dikatakan semua tempat di penuhi oleh habuk-habuk kecuali bilik-bilik yang ada aircond. Kesimpulannya kalau di beri pilihan aku tak nak kerja di tempat macam tuu.. coz organ-organ dalam badan aku akan rosak dengan cepat, aku akan jadi pekak fuuhhh.. macam-macam lagi keburukan yang aku fikirkan pada masa tuuu.. Malam semalam.. Aku balik rumah lebih kurang pukul 9 lebih, kiranya awal kot dalam masa sebulan dua nihh, nengok tv takde cite menarik, bila tekan-tekan semua channel kat astro pun tak ada cerita-cerita yang menawan hati jugak so... so... aku ngan member aku kat rumah tuu nengok DVD ajer lah, cerita Gothika menarik jalan cerita nihh.. Nengok punya nengok cerita nihh dan sampai kat satu part tuu, si heroin tuu (lakonan Halle Berry) menjerit dalam kereta tuu dan pada masa tuu dia dah tak tahan lagi dah coz selalu di ganggu oleh hantu tuu.. so dengan menjerit si heroin nie cakap " what did you want from me" tetiba member aku yang baru datang melepak kat rumah aku tuu slamber aja menjawab, HOBBY... kan kerja hantu mengusik orang, aku dengan member aku yang sorang lagi cepat-cepat aja berpaling pada member aku yang baru datang nihh.. cehhh.. pandai pulak hang tokok tambah.. lepas tu semuanya ketawa. ![]() Member aku nihh.. memang selalu macam tu, kalau layar buruk tuuu serah ajerlah kat dia, akan tetapi kadangkala hati manusia akan terguris tanpa orang lain menyedarinya. Kadangkala kita tersilap coz pada pandangan kita benda yang kita cakapkan itu cuma joking tapi bagi sebelah pihak yang lain ia bermaksud sebaliknya. Hati.. hati manusia nie kadangkala dapat menerima dengan cool tetapi tak semuanya sama, bak kata orang " Rambut sama hitam tapi hati lain-lain". Aku heran.... member aku yang selalu layar buruk tuu.. bila aja terima call dari wife dia cepat-cepat aja nak balik, hmmmm... takut kat bini or sayang bini lebih-lebih. Ini bukan sekali dua we'll nengok dia begitu tetapi dah kerap sangat hehehhee... aku masih bujang so.. aku tak tahu apa itu kasih sayang suami isteri. ![]() |