Wednesday, March 10, 2004
    Menyepi...

    Kadangkala kita menyepi bukan bermakna diri kita pendiam, menyepikan diri dan bertafakur itu untuk kita mendekatkan diri dengan yang maha esa. Kerana menyepikan diri juga kadangkala orang mengatakan diri kita sombong tetapi pada hakikat sebenarnya kita tak ada idea untuk berborak. Kepala otak kita tak boleh nak ngam dengan situation pada masa itu, kita tak boleh nak serasi dengan sebegitu pantas sekali.

    Menyepikan or mendiamkan diri tuu lebih baik kerana kita akan kurangkan dosa-dosa kering. Kadangkala menyepi ini membuatkan kita kekurangan kawan-kawan pada tahap maximum. Orang ingin berborak dengan kita tetapi sikap kita yang suka menyepi tuu.. buatkan orang lain pun kehilangan segala idea-idea, mana tidaknya orang bertanya 3 patah perkataan kita cuma jawab sepatah aja. Susah nak bergaul kalau dah berada didalam situasi macam ini, siapa yang bersalah... kita atau orang lain. Kalau sebut pasal kesalahan nihh.. tak semua orang yang sanggup mengaku akan kesalahan masing-masing. Susahh.. susahh.. lagi lagi susah kalau bersalah tetapi still nak berkata yang dirinya tidak bersalah.

    Semuanya coretan-coretan di atas tak bersangkut paut dengan diri aku tapi kalau sipi-sipi tuu adalah. Sesetengah orang mengatakan aku nihh.. pemalu, betulkah diri aku nihh seorang pemalu or aku memang respek setiap insan itu. Apakah bila seseorang bercakap dengan kita kita harus memandang mukanya or kita boleh pandang benda-benda lain tetapi telinga masih lagi tertumpu pada ceritanya. Bagi aku... aku gak malu nak memandang muka terutama sekali seseorang wanita itu, entah kenapa maybe aku dilahirkan dengan sifat malu yang menebal didalam diri aku or aku takut diri aku tergoda..
    aaarrghhh... tergoda.. kenapa harus aku tergoda hanya dengan memandang muka, aku bukan macam tuu.. aku bukan jenis lelaki yang mudah tergoda dengan kecantikan luaran seseorang wanita. Banyak yang dah aku alami dalam hidup ini, kecantikan bukan menjamin kebahagiaan selamanya tapi kalau sekejap sahaja tuu ada lah rasanya coz insan yang bernama manusia nihh cepat jemu dengan apa yang di milikinya.

    Jika tak dapat kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya, bila dah dapat kita tak menghargainya dan pada masa kehilangan kita akan tercari-cari dan merinduinya.., itulah sifat sesetengah hamba tuhan yang bergelar manusia.



    " Insan sepi tercari-cari akan kesudian dan keserasian "











Purbe | 7:03 PM |