Wednesday, March 03, 2004
    Tak Nak & Tak Suka, Tetapi Terpaksa.....

    Sesungguhnya kita hanya merancang tuhan aja yang menentukan segalanya, apalah power kita yang bergelar hamba ini, semuanya ketentuannya. Bukan semua yang kita plan akan menjadi dan kita tak dapat untuk menidakannya kiranya sesuatu itu datang pada kita. Yang enak kita sambut dengan senyuman dan kadangkala terlompat-lompat macam nyet kerana over happy, manakala benda-benda or pekara-pekara yang memang kita minta simpang malaikat 44 tak pulak tersilap simpang n terus aja menuju ke arah kita.

    Kita tak boleh nak berkata ehhh.. aku tak nak yang nie tolong bagi kat orang lain boleh tak, coz itu ketentuannya, kita tak diberitahu dan tak berpeluang lansung untuk memikirkannya dan dengan pantasnya ianya sudah terjadi. Kadang kala benda-benda yang sememangnya tak enak ini kita rasakan macam bermimpi aja dan kadangkala kita menampar pipi kita untuk sedarkan diri kot-kot kita sedang bermimpi namun ianya bukan mimpi tetapi reality yang harus kita menerimanya. Hanya pada sesiapa yang masih kekal dengan rohnya aja dapat memikirkan sebegitu dan bagaimana pula pada sesiapa yang terpisah selamanya dengan rohnya.. aku pun tak tahu macamana nak bayang kan... coz aku belum alaminya lagi takda expirence lagi namun kita tak dapat untuk melarikan diri daripada mengecapi expirence itu.

    Malam semalam aku pulang kekampung halaman ku, aku pulang setelah menerima panggilan dari my cs. My mom kena Appendix so semalam my mom di masukkan ke hospital dan pada malamnya pula my mom di bawa masuk ke OT macam kata dr.Max dan lebih kurang 3 jam selepas tuu.. baru semuanya selesai, alhamdulillah semuanya dah selamat walaupun just a minor operation namun bagi sesetengah orang yang tak biasa sure terasa gerun juga kan bila dengar nak kena operate nihh. She getting better dahh.. pagi tadi aku nengok dia dah OK cuma tunggu masa aja dari sibaju putih tuu, maybe sehari dua lagi rasanya dah boleh balik rumah lahh.

    Malam semalam ada Fren Forever belanja aku makan kat Pizza Hut, anyway thanx a lot my fren. Sedap dan menyelerakan lagipun time tuu.. aku memang kelaparan, hehehehe... saja tak tunjuk sifat kebulur aku kat depan my fren nihh.. berlagak slamber aja aku pada masa tuu.. macam-macam dibualkan hinggakan tak sedar masa berlalu dengan pantasnya.

    Pagi tadi aku kat Hospital nengok my mom and aku bergerak dari Hospital balik ke Pulau Mutiara lebih kurang pukul 10 lebih-lebih. Aku bukan tak ambil berat tetapi aku tak boleh nak bercuti coz ada hal-hal yang penting yang aku perlu uruskan. Semenjak dari pertengahan bulan February lepas sehingga bulan April nanti, takan ada cuti dalam kalender aku. Seven days a week tak kira hari minggu or kelepasan am aku terpaksa bekerja juga coz pada masa orang lain bercuti itu lah kesibukan aku memuncak hinggakan bekerja sampai pukul 1 hingga 2 pagi. Sambung balik cerita tadi semasa aku dalam perjalanan balik ke Penang aku ternampak satu kecelakaan jalanraya kat atas highway arah yang bertentangan dengan perjalanan aku, fuhhhh.. parah juga rasanya coz kereta proton iswara tuu... dah jadi setengah dari saiz asal .. pada masa tuu mangsanya baru aja dimasukan kedalam ambulance, macam ngeri aja accident tuu.

    Last week.. Pada malam hari member aku bergegas gii ziarah member dia yang accident dan meninggal on the spot, ulang sekali lagi on the spot. Menurut sumber cerita dari mulut member aku nihh.. member dia tuu accident di hadapan salah sebuah kilang di tempat si mangsa itu mencari rezeki, pecah kepala rasanya. Cerita yang paling menghayat hati dan sedih.. dan berat untuk di terima oleh kaum keluarganya terutamanya pada isteri si mangsa nihh.. Si mangsa nie masih muda lagi dan baru aja mendirikan rumahtangga dalam sebulan lebih. Pada hari hari kejadian tuu.. si mangsa bekerja pada shift petang so.. pada paginya si mangsa bawa wife dia gii klinik untuk buat pemeriksaan dan di sahkan pula isteri si mangsa ini mengandung lebih kurang sebulan. Si mangsa happy dengan berita itu tetapi ajal maut tak dapat di duga, tak mengenal sesiapa tak kira tua atau muda. Kegembiraan yang muncul pada pasangan ini cuma bersifat sementara daan belum sempat untuk meraikan kemunculan orang ketiga bersama kedua ibubapa masing-masing namun dengan tetiba dunia menjadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Aku bersimpati dengan keseluruhan cerita yang di khabarkan dan aku mula membayangkan bagaimana situasi isteri si mangsa pada masa itu.

    Pada pandangan aku, Orang yang paling perit untuk menerima kenyataan ialah isteri si mangsa itu, bagaimana hendak menerimanya sedangkan baru sebulan lebih aja baru mengecapi hari-hari bahagia, nikmatnya pun belum di kecapi dengan sepenuhnya namun dengan tiba-tiba pula si isteri kehilangan kebahagiaan dengan sekelip mata dan sepantas kilat. Macam bermimpi tetapi ianya bukan mimpi namun ianya satu kenyataan yang boleh membuatkan dirinya hilang pegangan, hilang keimanan, hilang kewarasan dan membuatkan dirinya terasa kosong sekosong-kosongnya di dalam jiwa.

    Masa begitu pantas berlalu namun adakalanya perasaan kehilangan akan terubat dengan masa-masa yang berlalu, tetapi di dalam kes ini janin or zuriat itu semakin hari semakin membesar manakala si ibu pula makin terasa dengan kemunculannya. Bagaimana untuk melawan perasaan, bagaimana untuk dilupakan kenangan lalu. Keperitan.. kerinduan akan tetap kembali di dalam fikiran, di dalam jiwa, aargghhh...
    tak kesampaian otak aku untuk memikirkan. Ianya bukan berlaku pada diri aku namun aku dapat rasakan akan keperitannya....

    Mungkinkah kekuatan dalaman, keimanan dan ketabahan aja yang dapat membantu mengatasi situation seperti ini.

    #* Apa Pendapat Korang Dengan Perasaan Sebegini, Apakah Formula Terbaiknya. *# bagilah comment skit geng









Purbe | 10:22 PM |