|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Thursday, March 18, 2004
MENANGIS.. sudah menjadi lumrah didalam kehidupan diri kita sebagai insan, setahu aku semua manusia yang hidup di muka bumi ini pernah menangis, tak kira samada seseorang itu di lahirkan cacat mahupun sempurna. Tidak bermakna hanya dengan mengelurkan air mata itu kita tafsirkan itu sebagai menangis, bermacam-macam cara lagi setiap individu itu menangis. Tangisan bukan sahaja lahir pada zahir seseorang individu itu namun kadangkala ianya datang dari batin diri kita nun.. jauh di lubuk hati tiada siapa yang tahu. Adakah hidup kita cukup sempurna jika di penuhi dengan tawa sahaja tanpa ada tangis??Pada pendapat aku, tidak dan tidak sesekali, sebab setiap kegembiraan yang bermakna perlu ada tangisan tanda kepuasan di dalam diri dan jiwa kita. Menangis kerana keinsafan, menangis kerana kehibaan, menangis kerana kekecewaan, menangis kerana kegembiraan, waahhhhh.. banyak betul dapat di tafsirkan dengan menangis ini. Sebagai insan normal tak menjadi kesalahan jika kita menangis dan terus menangis kerana tangisan kadangkala dapat mengubat hati yang terluka. Pada zahir kita tawa namun pada batin kita menangis umpama kata "batin ku menangis" , tangisan di batin jauh lebih parah lagi dari tangisan zahir, tiada sesiapa yang tahu batin kita menangis keculi empunya diri dan yang maha esa sahaja. Aku pernah mengalaminya dan aku tidak ingin mengulanginya berkali-kali di dalam hidup ini, cukup dan cukup lahh apa yang aku alaminya sebelum ini. Berat rasa jiwa merana, diri pula akan menjadi tenggelam punca, kesakitan penderitaan di dalam jiwa boleh manghilangkan kewarasan seseorang insan itu. Keimanan sahaja menjadi pebimbing di masa diri tiada pertimbangan untuk melawan kata hati dan melawan hasutan syaitan. Kadangkala diri aku menangis bila mengenang pekara-pekara lalu, aku menangis kerana malu pada diri sendiri, aku menangis juga kerana kelewatan. Pekara lalu usah di kenang itulah yang selalu di ucapkan namun kenangan lalu datang dan pergi sesuka hatinya. Takala terkenang arwah abah aku, aku.. merasakan diri aku bukannya anak yang cukup sempurna dan berjasa. Pemergiannya lebih kurang 5 tahun lalu di tangisi oleh setiap ahli keluarga aku termasuk saudara-mara aku yang lain, namum kenapa pada masa itu aku tetap cool sedangkan yang lain menampakan kesedihan masing-masing. Apakah aku tidak menyayanginya.. tidak.. tidak sesama sekali, aku cukup menyayangi dan amat menghormatinya. Kenapa.. adakah hati aku cukup keras dengan ego aku sebagai lelaki ini pun aku rasa tidak tepat sesama sekali. Adakah aku kejam dengan diri aku tanpa membiarkan aku menangis... yang ini aku tak pasti, aku pun tak tahu nak macamana tafsirkannya. Kadangkala kesedihan itu datang di dalam diri aku takala aku kerinduan dan kesunyian, perasaan aku menjadi sayu di dan kala itu cecair-cecair jernih serta masin itu mula memenuhi empanganya. Segalanya sudah terlambat ianya pergi tanpa menoleh kebelakang lagi dan pergi untuk selama-lamanya, hanya sedekah dan amal jariah sahaja dapat membantunya. Terkenang lagi aku kisah lalu.. kisah kesempurnaan hidup untuk menjadi seperti insan-insan lain yang mempunyai generasi tersendiri. Bukan sekali, bukan dua.. tetapi lebih dari itu aku kecundang, aku kecundang di dalam setiap perjuangan sebelum ini. Matlamat aku tidak menjadi kenyataan, perancangan aku musnah di tengah jalan, apa yang hampir aku miliki tidak menjadi kenyataan. Segalanya usaha telah di lakukan namun takdir telah menentukan segalanya..... Perjuangan harus diteruskan dengan kekuatan diri dan pengharapan namum hidup masih jauh dan banyak liku-liku yang harus aku tempuhi. Memangis bukan jawapan dan cara terbaik untuk jalan penyelesain. ![]() |