Thursday, April 29, 2004
    Sepanjang Perjalanan..

    "Workers Memorial Day".... ramai orang berkumpul di sebelah tugu tu dan aku nengok ada baju-baju di gantung kat pokok-pokok kat situ. Aku tertanya-tanya pada diri ku, apa yang diaorang buat sebenarnya dekat sebelah Penang Bridge tuu. Semakin ramai orang berhenti kat situ dan ada pelbagai bangsa yang berkumpul kat situ.. Untuk meraikan apa agaknya?
    Ingat-ingat di dalam hati " nak juga aku berhenti dan ambil tahu" tetapi memandangkan aku ada meeting pagi semalam so aku just nengok-nengok aja.

    Di dalam si maroon aku berfikir mungkin dia orang memperingati sahabat-sahabat dan saudara mara mereka yang telah terkorban semasa kerja-kerja membina Penang Bridge nie. Iyeppp... dedulu aku dengar banyak juga pekerja yang terkorban sewaktu pembinaannya dan sesudah siap. Dan ramai jugak orang yang mengorbankan diri atas masalah peribadi. Kemungkinan dia orang meraikan kedua-dua pengorbanan itu kot, sama tapi tak serupa coz satu mati kerana kerja dan satu lagi mati kerana jiwa terseksa. Patutkah kita meraikan mereka yang dah pergi selamanya di hadapan tugu dan ianya untuk apa, mengembalikan kenangan lama bersama or membuka kembali luka yang parutnya hampir hilang selamanya.

    Pagi tadi dalam perjalanan aku ke office, entah macam mana tak tahu lahh ada sebuah kereta tuu terbabas dan terlanggar tiang elektrik sampai patah dua tiang tu, kesiannya. Semuanya berada dalam keadaan selamat, tak ada sesiapa yang hentam bontot kereta sesiapa, cuma kereta yang malang dan tiang itu aja yang parah. Malang kereta boleh di repair tapi malang bagi tiang tu kerana perkhidmatannya sudah di tamatkan buat selamanya di sebabkan oleh kecuaian manusia.






Purbe | 12:16 PM | Tuesday, April 27, 2004

    Panas, Hujan, Tangkul dan Ikan..

    Woowww panasnya hari nie! Tak tahan aku duduk kat situ... panas.. kat sini pun panas jugak..tak taw nak melepak kat mana lagi dahh, itulah rintihan aku pada hari Ahad lepas.
    Cuaca di kampung halaman aku panas terik macam jugak cuaca kat Penang nihh, bergerak sikit dah berpeluh-peluh. Basah abis baju dan wangi-wangian mula menghilangkan diri di ganti pula dengan wangian yang kurang best.. Kalau kat badan orang lain lahh tapi kat diri aku ok jaa, harum dan semerbak pulak. Anyway kita patut bersyukur dengan segalanya coz manusia sentiasa tak berpuas hati dengan apa yang ada. Panas salah, hujan pun salah. Memang susah untuk memuaskan hati setiap insan.

    Ahad lalu merupakan satu satunya hari yang aku betul-betul boleh merehatkan diri setelah sekian lama ke sana sini, fenat n fenat laaa.. Aku lepak kat umah atok aku seharian, lunch kat sana melayan saudara mara yang datang ke sana n nengok tv pun kat sana boleh dikatakan semuanya di sana lah. Dari pagi sampai ke petang hidup aku bosan aja melepak, melepak n terus aja melepak. Takda benda yang aku boleh buat sesangat. Kepanasan mentari kian reda tatkala awan gelap yang dah sarat dengan titisan-titisan kian muncul tiba, bahang panas mentari dah hilang penguasaannya dan muncul pula angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke pelusuk kampung halaman dengan nyamannya. Betapa indahnya suasana di kala itu tetapi ianya hanya buat seketika aja kerana selepas itu muncul pula sang hujan dengan begitu lebat sekali sehingga mengaburi permandangan yang tadi nampak cukup indah sekali.

    Onngg.. annggg ooonnnggg aaanngg... katak berbunyi tatkala hujan sudah menunjukkan kepenatannya setelah berjam-jam mencurah tanpa henti. Kadangkala bunyi katak nie tak kedengaran kat tempat tinggal korang terutamanya kat area rumah aku (coz katak nie asyik kena langgar jaa masa nak melintas highway). Nyamannya suasana selepas hujan dan si katak-katak nie pun makin kuat pula menjeri-jerit, best aja pabila berjalan-jalan di kawasan sawah padi sambil menghidu udara yang nyaman tanpa pacat-pacat yang mencari mangsa-mangsanya. sesetengah orang cukup takut dengan pacat, tapi bukannya pada aku kalau lintah tuu lain lahh pula ceritanya.

    Dedulu aku pernah mandi dan belajar berenang kat sungai (tali air) tuu tetapi sekarang cuma tinggal kenangan manis yang tak dapat aku lupakan selamanya. Hidup kita perlukan kenangan yang manis untuk di simpan di dalam memori coz kadangkala ia berguna untuk menjadi penghibur tatkala kita di dalam kedukaan. Nak di jadikan cerita kat belakang rumah atok aku tuu ada satu tangkul (orang kedah panggil benda tuu tangkui) yang dah lama menunggu hari-hari hujan macam nie baru lah di gunakan coz time macam nie kebanyakan ikan nak berhijrah dari sungai kecik tuu ke kawasan sawah padi. Aku dengan cousin aku pun mencuba nasib, ternyata cubaan aku bukan sia-sia hasilnya boleh tahan jugak higgakan plan aku untuk balik ke Penang lepas maghrib tuu terbawa hingga ke pukul 11.30 malam. Best aja pabila kita mendapat hasil dan melihat ikan haruan, keli , puyu dan sepat benua melompat-lompat bila tangkul di angkat. Aku rasa memori manis di sungai yang dahulunya jadi tempat permainan aku, kembali menjelma setelah sekian lama ianya meninggalkan aku di kala umurku meningkat dewasa.

    Indahnya hari minggu aku kali ini walaupun hanya sehari aku boleh beristirehat di kampung atok aku. Aku puas dan segala kepenatan aku bekerja siang dan malam sebelum ini sudah terubat.







Purbe | 5:56 PM | Monday, April 26, 2004

    SEDEKAH...

    DaripadaNya kita datang dan padaNya juga kita akan kembali, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitu juga dengan setiap permulaan pastinya ada pengakhiran. Itulah lumrah kehidupan kita sebagai umat tuhan. Pasrah.. iyer kita haruslah pasrah dengan segala yang ditentukanNya. Kita tak dapat untuk melawan takdir so kita haruslah terimanya dengan tabah. Aku pun pernah merasai kehilangan yang tak kan kembali lagi dan setiap insan-insan lain pun akan merasainya juga cuma masa aja belum di tentukan.

    Dengan itu mari lah kita sama-sama sedekahkan buat mereka yang dah pergi dan takkan kembali lagi dengan "AL FATIHAH" pada wife EP dan semua umat islam yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh-roh mereka di cucuri rahmat. Semoga dengan sedekah kita ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di alam yang satu lagi AL FATIHAH.....

    Aku minta maaf kerana aku tak sempat untuk menghadiri majlis kat umah EP dan kat Masjid KLCC semalam tuu atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Aku hanya mampu sedekah dari jauh aja...





Purbe | 11:45 AM | Friday, April 23, 2004

    Perlukan Sokongan Anda...

    Kembali lagi takala hari berselang hari "Jumaat" penghulu segala hari dan juga penamat hari pabila sangkala di tiup di kemudian hari. Muncul dan pergi tanpa disedari, manusia pun begitu juga ada yang mempunyai kesihatan yang sihat tetapi ada yang sebaliknya. Sekiranya kita insan yang prihatin apasalahnya kita saling membantu dan hulurkan segala bantuan yang kita terdaya, insyaallah segala bebanan dapat diringankan. Dengan itu aku menyeru pasa sesiapa yang ada kelapangan masa pada hari ahad supaya datang beramai-ramai untuk majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat khas untuk wife EP dan juga pada anak Wkdin.

    Bertempat di :
    MESJID KLCC
    JAM 3.00 PETANG
    PADA HARI AHAD 25 APRIL 2004


    Marilah kita beramai-ramai manabur bakti dan berdoa untuk sahabat-sahabat kita yang memerlukan sokongan. Sertailah Majlis ini tak kira siapa diri anda asalkan kita iklas dengannya.






Purbe | 12:56 PM | Wednesday, April 21, 2004

    Sunday the Blues...

    " Knooockkk.. knooockkk... Assalamulaikum.. hang dah bangun ka belum" itu lahh benda pertama yang aku dengar di awal-awal pagi, aku memicit handphone dan jam kat handphone tuu menunjukan baru pukul 6.30 pagi. Aku tak puas lagi tidur dan kepenatan aku belum hilang lagi dahh pun masuk waktu subuh, aku bangun dan buat senaman seminit dua lepas tuu aku bergegas ke bilik mandi. Solat dan terus aja menyiapkan diri aku dengan segera coz aku nak numpang member aku nihh hingga kat opis dia area KLCC tuu, senang tak payah nak menyusahkan diri kerana tidur.

    Setibanya di opis member aku nihh aku teman kan dia breakfast lepas tuu melepak dan tidur di katil yang sudah tersedia untuk diaorang melelapkan mata, aku pun numpang jaa tidur selama sejam rasanya. Legaaaa... rasa mengantuk aku sejak dari awal pagi dah terubat so mengunggu Nida, Salji & masa aja untuk ke rumah Wkdin. Berjumpa di KLCC aku blom lagi makan tengahari sama juga dengan Nida, we'll kelaparan tapi pabila call tipah we'll jadi serba salah coz time tuu dia sorang-sorang jaa menunggu kat hentian putra kat Gombak, kesian pula kat dia. Nida.. iyaaa nida memandu wiranya dengan menyelit-nyelit di celah-celah hujan yang turun pada petang tuuu dan tibalah kami di sana. Jolie & geng, Tipah, Salji & Aida, Zhoulsz dan Mely telah tersedia menunggu di sana dan tak lama kemudian Salina & geng pula tiba so bermulalah konvoi we'll ke rumah Wkdin.

    Fuuuuhhhhh... jauh jugak kena belok kiri kanan, kena terjun lopak itu ini, kena masuk kawasan pokok kelapa sawit, pusing lorong itu ini dan tersilap lagi barulah boleh sampai kat rumah Wkdin, macam WRC daaaaaa.... Tipah memandu macam pelesit sekejap aja kereta Nida ditinggalkan namun Jolie still mengikut kereta Nida dari belakang. Pabila sampai aja kat rumah Wkdin suasana dah jadi riuh rendah, masing-masing dengan celoteh tersendiri dan kumpulan tersendiri. Aku, Zhoulsz & Salji melepak kat meja makan jaa coz senang bila borak n then dahaga just minum jaa kalau lapar pula mengunyah aja macam mesin pepak pulak bila berada di depan makanan yang banyak-banyak nihh. Dalam sehari dua nie memang murah betul rezeki makan. We'll ke sana sini di hidangkan dengan makanan.

    Pabila dah puas berborak bergambar dan mendukung anak Wkdin yang kecik sekali tuu (bab-bab dukung budak kecik nie Tipah no.1, dia minat sangat maybe dia patut punyai satu lahh..) dan akhir sekali bergambar beramai-ramai sekali lagi dan majlis pun bersurai, thanx wkdin coz bagi we'll makan dan minum. Jolie terus aja balik coz dia ada hal lain lagi sementara Mely pula di hantar ke stesyen LRT Gombak dan terus balik ke rumahnya. Salina pula menghilang dari awal lagi sementara we'll (aku, Nida , Tipah, Zhoulsz, Salji & Aida) meneruskan dengan aktiviti seterusnya. Menjamu selera kat Nasi Lemak Mali itu lahh aktiviti terakhir untuk hari ini.

    Salji & Aida hantar aku ke Puduraya dan aku jadi pemandu kereta Salji pada masa itu coz Salji mengalami sakit gigi pada tahap maximum hinggakan dia tak dapat drive lagi dahh. Setiba kat Puduraya aku parking kerete, ambil tiket bus dan gii cari ubat untuk Salji, tak sampai hati aku nengok salji sakit macam tuu tetapi aku dah kesuntukan masa kalau tak ,sure aku dah hantar dia balik dah.

    Thanx to Salji & Aida coz bersusah payah hantar aku ke Puduraya.
    Thanx to Tipah kerana belanja makan nasi lemak Mali.
    Thanx to Zhoulsz kerana belanja minum kat Mali.
    Thanx to Nida coz menjemput di tengah hujan dan menumpangkan aku.
    Thanx to Wkdin coz menyediakan segala makan minum di kala aku kelaparan.
    Thanx to Kak Pnut coz mejemput ke rumah dan menyediakan makan malam.
    Thanx to Kak G coz memberi layanan yang teristimewa dan segala keriangan kat KLD.
    Thanx to Semua-semua yang aku jumpa coz sudi jadi kawan aku.
    T.A.M.A.T






Purbe | 4:58 PM | Tuesday, April 20, 2004

    Destinasi Ku...

    Alhamdulilah... itulah ucapan sesudah aja menjamu selera pepagi nihh, dengan sekeping roti canai dan segelas milo tarik sudah memadai untuk mengisi perut aku yang kosong. Sahabat-sahabat aku yang lain pun sama juga masing-masing dengan selera tersendiri sambil mengunyah sambil berborak itulah adat pabila beramai-ramai. Masa yang sepatutnya bergerak ke KLD sudah pun jauh meniggalkan we'll namun semuanya masih dengan sikap slamber ajaaa.

    Pukul 9.xxam rasanya we'll memulakan perjalanan dari Serdang yang di dahului oleh kereta iswara kaler hijau pucuk pisang. Meluncur laju meninggalkan yang lain-lain coz pemandu dan penumpang kereta nihh dah prepare segalanya so tak payah nak singgah or henti kat mana-mana lagi. Drive dengar radio dan berborak so.. masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Pada pukul 11.xxam rasanya aku, mush n salji tiba kat exit toll Tangkak. Kereta ku hentikan, enjin ku matikan dan aku menoleh kebelakang namun aku belum lagi nampak kereta sahabat-sahabat ku ini apa lagi so.. melepak n menunggu ajerlahhh. Berehat setelah 2 jam perjalanan dan kemudian muncul kereta wira spyz dan di susuli dengan kereta kelisa syida, tak lama kemudia kak engku dan family tiba so tamat ajer lah penantian di plaza toll Tangkak. Terbayang pulak aku pada iklan minyak pelincir kat tv tuu, seorang pelumba tuu dah sampai ke kawasan penamat, ambia piala dan sempat pusing 2 , 3 round lagi baru lahh pelumba yang lain sampai ke penamat, ahaks.

    Fikiran aku mula terbayang bagaimanakah keadaan KLD itu nanti dan pastinya penuh dengan keriangan. Masa berlalu pergi dan jam menunjukan pukul 12.00 noon rasanya so pada masa tu we'll tiba di kawasan KLD. Ketibaan kami di sambut oleh Kak G dengan senyuman yang menceriakan dan pada masa itu jugalahhh masing-masing memperkenalkan diri di samping beramah mesra bersama Kak G, ramah lahh Kak G nihh macam dah lama kenal mengenali. Aktiviti pertama setelah ketibaan di KLD, Kak G bawa we'll jungle tracking sambil bersiar-siar dia kawasan sekitar di samping mempelajari akan tumbuhan-tumbuhan hutan seperti orkid hutan (bunga kaler putih), pokok periuk kera, pokok halau nyamuk dan a few jenis pokok lagi lah yang aku tak tahu namanya. Mush memang terror dalam hal pokok-pokok nihh coz dia Orang Hutan, di cabutnya pokok Orkid untuk di bawa balik (nak menternak pokok pulak lahh dia orang nihh). Penat juga jika tak pernah panjat memanjat, redah meredah tetiba aja di bawa ke tempat macam tuu, berpeluh jantan aku di buatnya.

    Aktiviti Jungle Tracking dah pun selesai masing-masing memegang pokok kegemaran untuk di bawa balik (hmmm... bawa balik untuk di tanam ker di biarkan mati kering aja, aku cuma kesian dengan nasib yang bakal menimpa pokok-pokok tuu...). Meredah sana sini udah pun selesai so.. tiba lah pula akan aktiviti ke 2 pulak, hmm.. tak lain tak bukan selain dari memboyotkan perut, semuanya sudah tersedia dan terhidang so cuma menunggu we'll aja untuk menjamahnya. Hmmm.... menu nampak menarik aja bersesuaian dengan suasana KLD, ada ikan yang fresh (rasanya dari kolam memancing kat sebelah tuu), ada ayam masak lemak, ada pucuk paku + pucuk xxxxx + tempe (yang nie sedap dan menyelerakan) dan sudah tentunya nasi beserta air ais kaler merah. Spyz antara orang yang yang cukup berselera sekali pada hari tuu di samping anak-anak Kak Engku.

    Wahhhhhh.. selepas makan sure lahh semua orang mencari port yang baik untuk merebahkan diri so we'll semua melakukan aktiviti bebas masing-masing melepak sana sini. Selepas aja bersolat dan beristirehat we'll di beri pula life jacket untuk menerus kan aktiviti "mengenali tasik dan airnya", cepat aja geng-geng pompuan terjun kat dalam tasik tuu confident jaa dia orang macam pandai berenang tetapi aku masih was-was untuk membasahkan baju dan seluar aku, lagi satu aku tak suka sangat bermain dan berjemur di dalam air pada waktu panas terik nihh. Aku kecundang juga dengan pujukan dari dia orang so.. aku pun join sekali, hehehe terasa best pulak pabila terapung-apung di atas air tanpa susah payah guna banyak tenaga. We'll berendam dan terus berendam, Syida orang yang paling takut sekali coz dia baru nak belajar berenang dan baru pertama kali berada di dalam situation macam tuu, ketakutan takkan kekal lama coz bila mula pelajari dan dah mula serasi ketakutan akan beransur hilang.

    Berendam pun sudah so.. tibalah pula aktiviti kemuncak " berkayak" ini lah yang aku paling gemari. Semua orang dengan pasangan masing-masing termasuklah aku, cepat aja aku boleh menyerasikan diri dengan berkayak nihh. Ini juga merupakan kali pertama aku berkayak, best memang best berkayak beramai-ramai nihh.. macam-macam kerenah boleh di saksikan hinggakan aku boleh tersenyum sendirian pabila mengingatinya kembali. Satu pesanan jika nak berkayak pilihlah yang pandai mengemudi dan bukannya rakan yang sama taraf pengmudiannya dengan kita. Rugi jika pergi KLD tanpa berkayak coz suasana tempat dan tasik boleh melapangkan minda anda, percayalah cakap ku ini.

    Acara penutup untuk lawatan ke KLD dengan menjamu selera setelah penat bermain air dan memerah keringat mendayung kesana sini. Last sekali Kak G membawa we'll ke satu destinasi berhampiran untuk melihat permandangan di kala matahari sedang terbenam. Dalam pukul 7.xx we'll bergerak untuk kembali ke ibukota, kereta aku dan syida berhenti sekejap di perhentian untuk buat apa yang patut di samping itu Mush menyambung melayan mimpi-mimpinya. Aku drive Mush tidur aku drive lagi Salji pula tidur dan akhirnya aku drive sorang-sorang bertemankan radio yang tah henti-henti berceloteh.

    Aku pecut dan terus memecut sehingga ke Masjid UPM, Salji ambil keretanya dan we'll gii jemput Langsat dan destinasi seterusnya ke rumah Pnut. Iyepp we'll akan dinner pada malam ini di rumah Kak Pnut seperti yang aku dengan Kak Pnut arrangekan. Spyz call aku bertanya di mana kami berada dan selepas tuu Amyz pula sms suruh cari nama jalan yang dia orang berikan. Berpusing pusing juga we'll di sekitar Putrajaya untuk mencari rumah Kak Pnut dan akhirnya we'll (aku, salji, mush & langsat) di suruh tunggu kat Petrol stesyen dan dijemput baru lah boleh sampai ke tempat tujuan. Fuuuhhhh... banyak makanan betul kak pnut sediakan Mat Jan sebagai pembantunya, menyelerakan, lapar dan keletihan. Riuh rendah jadinya hall rumah kak pnut dengan pelbagai cerita tak henti-henti tepat. Jam 11.00 malam we'll meminta diri dan bergerak pulang, sepertimana di awal pagi aku menjemput dan aku juga yang menghantar Mush balik ke rumahnya sementara aku pula bermalam di Kuchai Lama rumah tuan punya kereta.

    Berakhir sudah catitan untuk hari sabtu dan KLD cuma....


    Final episod bakal muncul dalam tempah 20jam daripada catitan ini :-






Purbe | 7:28 PM | Monday, April 19, 2004

    Kemana Aku Pergi...

    Friday 16 April'04 Aku melangkah dan terus melangkah lebih kurang 20 minit aku berjalan baru lahh aku sampai ke tempat yang dituju. Suatu tempat yang mulia bagi orang-orang islam "Masjid". Aku sengaja nak memerah keringat aku untuk ke masjid yang satu nihh coz aku terasa macam nak mencuba dan akhirnya aku sampai ke situ juga walaupun matahari melimpahkan sinarnya dengan begitu perit sekali. Ketabahan aku tidak tercabar langsung walaupun perut menyanyi lagu keroncong kerana aku harus sampai ke destinasi sebelum terlewat untuk dapat pahala lebih sikit buat bekalan aku di alam satu lagi. Sesudah selesai aja bersolat aku kembali mengatur langkah-langkah aku untuk kembali ke tempat aku mencari rezeki, selangkah aku terpandang sesuatu dan aku berasa hiaran bin pelik kerana ada juga bangsaku dan kaum seagama ku berpasang-pasangan tanpa segan silu bercanda di persisiran Gurney Drive time padahal semua orang baru aja keluar dari masjid. Aku tak pasti samada si Hero tuu skip solat or lepas solat jaa cepat-cepat berlari untuk melakukan dosa, selalunya dosa nie buat orang happy sementara alahhh.. macam hisap dadah jugalah.

    Aku bekerja dan terus bekerja hingga sampai pukul 10.00 malam untuk siapkan kerja-kerja aku namun still tak habis-habis juga. Aku kesuntukan masa dimana aku kena mengejar masa supaya diri aku pula tak mengejar bus untuk ke destinasi aku pada minggu ini. Iyaaa.. ibukota ..aku kan kembali ke ibukota untuk mengotakan janji-janji aku. Walaupun bus aku pada pukul 12.45am (on Saturday) aku harus balik awal untuk mengaturkan segalanya termasuk meminta pertolongan member aku untuk hantar aku ke stesyen bus, aku memang kena mencari sesuap nasi supaya perut aku tak menyanyi semasa di dalam bus nanti dan menyiapkan segala pakaian yang di perlukan semasa bercuti. Pukul 12.45am aku dari Butterworth dan aku sampai ke Puduraya dalam pukul 5.30am. Pepagi lagi aku sudah bersiram, segar rasanya selepas bangun dari tidur yang kurang best coz kerusi bus tuu sempit dan aku bersabar aja dengan kerenah orang kat depan aku yang tak bertimbang rasa. Sanggup dia menurunkan kerusinya hinggakan keselesaan orang lain terganggu demi keselesaan dia tidur di atas bus, aku tak sampai hati pula nak turunkan kerusi aku lebih-lebih coz aku takut mengganggu keselesaan orang lain. Nak buat macamana aku kan putera lilin membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.

    Pukul 6.xxam lebih aku bergerak ke hentian Masjid Jamek, mana taw pada masa tu aku boleh tersilap beli tiket STAR sedangkan aku nak ke KLCC (bukan mana aku tahu tapi sememangnya aku tak tahu, ahaks..). Aku berlagak tahu aja menunggu di atas tuu sepertimana orang lain menunggu.. nak di jadikan cerita ada seorang mamat nihh tanya aku " abang yang satu train untuk ke Bandar Tasik Selatan" aku dengan konfidennya menjawab "naik train yang menuju menuju ke Sri Petaling tuu dari situ boleh sampai ke sana" hehehe.. aku boleh lagi menunjuk arah pada orang lain sedangkan diri aku sendiri was-was dengan tiket Star yang aku pegang tuu. Aku tak berpuas hati so aku call aja mushroom untuk bangunkan dia dari mimpi-mimpi tetapi yang paling utama dalam fikiran aku pada masa tuu ialah untuk mendapatkan kepastian. Memang benar tepat dan tak salah lagi sememangnya aku tersilap ambil tiket dan menunggu di tempat yang salah so pepagi lagi aku dah sedekat duit pada STAR. Ooooo... rupanya untuk ke KLCC kena ambil LRT yang kat bawah tanah tuu yerks, hmmm.. pepagi lagi aku dah melakukan kesilapan aaarrrghhhHHHH bosannya.

    Kelakar betul pepagi nihhh, bila aja aku turun di hentian KLCC aku ikut jaa orang lain untuk exit dari situ sehingga lah aku sampai kat dalam KLCC, hati aku cakap ikut aja mamat kat depan tuu mungkin destinasi dia sama dengan aku so kaki aku pun ikut ajalah dia and then dia berhenti dan membuka kedainya, sekali lagi aku tersilap ikut petunjuk, tak boleh pakai betul kata hati aku pagi nihh. Setelah berlegar ke sana sini akhirnya aku jumpa juga exit so alhamdulilah lahhh aku berjaya keluar dari bangunan kaca nihh. Aku mengatur langkah lagi dan bila aja tiba satu tempat tuu.. langkah aku dengan tetiba aja terhenti coz aku BELUM SOLAT. Aku tunai dulu kewajipan aku kat masjid KLCC walaupun orang kata time tuu subuh gajah so.. gajah pun gajah lahh janji aku buat juga apa yang di wajibkan ke atas diri aku. Aku tunggu dan menunggu hinggalah kawan tiba kat opisnya, tiada halangan or resah bagi aku untuk menunggu coz aku perlukan keretanya untuk menjayakan expedisi aku untuk hari ini. Tak manis rasanya jika terus aja ambil dan berlalu pergi so aku temankan member aku breakfast walaupun aku kelewatan untuk menjemput Mush. Senang aja perjalanan aku ke rumah Mush pepagi nihh tak banyak sangat kenderaan dan setelah menjemput Mush aku teruskan perjalanan ke tempat yang dijanjikan "Masjid UPM Serdang"

    Hmmm... dari rumah Mush aku memecut laju aja ke destinasi sambil Mush menjadi co-pilot semua arahan dari Mush aku turuti coz aku tak tahu jalan yang satu nihh. Aku tekan dan terus menekan pedal minyak untuk cepat-cepat sampai ke destinasi coz kalau mengikut sepertimana waktu yang di tetapkan aku sudah kelewatan. Pabila tiba aja kat dalam kawasan masjid aku toleh ke kiri ke kanan namum tak ku nampak juga muka-muka yang aku kenali. Lega rasanya.. aku dengan Mush jadi antara orang yang terawal tiba di tempat menunggu. Salji menampakkan mukanya dan dia juga orang yang paling menepati masa untuk kali ini kemudian setelah berceloteh seketika muncul pula Spyz bersama family, Nett dan Amyz. So.. setelah ketibaan Syida we'll pun memulakan aktiviti awal untuk pepagi tuu dengan bersarapan kat gerai-gerai makan besebelahan tasik tapi bukan tasik hmmm.. alahh lebih kurang kolam kot.


    Cerita seterusnya akan bersambung di episod akan datang :-









Purbe | 7:32 PM | Thursday, April 15, 2004

    Alam Misteri..

    Kisah misteri, alam misteri, pengalaman misteri dan ingatan misteri semuanya berakhir dengan penuh misteri tanpa ada jawapan yang benar-benar dapat meyakinkan diri kita. Kadangkala sesuatu yang sukar untuk ita menerimanya terjadi di depan mata kita, mungkin tuhan menunjukan akan kebesarannya supaya kita bersyukur padanya. Sama jugalah apa yang kita tak inginkan tetapi kita mendapatnya dan apa yang kita nak sesangat so benda tuu makin jauh dari kita.

    Pengalaman aku memberi aku pengajaran, kisah ini sudah lama berlalu namun ingatan aku pada waktu dedulu masa aku menunggu SPM aku sempat mengisi masa terluang menunggu keputusan dengan bekerja di salah sebuah kilang yang sekarang nie dah berkali-kali bertukar nama entah kenapa tidak ku tahu. Pertama kalinya aku betul-betul melihat sesuatu yang misteri, ianya terjadi di kala aku tengah asyik membuat kerja tetiba sahaja seorang kakak yang berada tak jauh daripada aku menjerit dengan begitu kuat sekali dan meremangkan bulu tengkuk aku. Aku terpinga-pinga tak tahu apa yang terjadi sebenarnya dan dalam sekelip mata aja ramai orang dah berkumpul di situ. Aku meneruskan kerja-kerja yang aku lakukan sebelum ini tetiba belum habis riuh rendah, kakak yang duduk di sebelah aku menjerit yang mana sebelum ini dia berkumit-kumit membacaya ayat Kursi aku betul-betul tersentak dengan jeritannya yang tetiba. Setelah mengeluarkan jeritan yang meremang bulu tengkuk aku lalu si kakak tadi rebah menyembah lantai simen. Macam tak percaya tetapi semuanya reality ianya terjadi dengan begitu pantas sekali macam ada networking antara satu sama lain.

    Aku tolong mengangkat kakak tu (walaupun just pegang lengan baju tuu kita tolong juga kan, ahaks sebenarnya aku takut) ke clinic mana tahu di dalam perjalanan ke clinic ada serang budak perempuan tengan mengisi form minta kerja tetpi aja dia pun menjerit , hehehee yang kelakarnya kawan dia yang datang bersama dengan mangsa tadi bertempiaran lari dan tak kembali lagi jenuk kawan dia tuuu..
    Aku hiaran dari mana datangnya power seorang perempaun yang kecil untuk melawan 4 orang jejaka yang gagah masa kat dalam clinik tuu. Mana tidaknya si kakak kecik molek tuu walaupun di bius oleh doktor sebanyak 2 kali masih lagi kuat melawan we'll yang pegangnya dan akhirnya we'll tewas dia boleh mengangkat tangan dan kaki yang di pegang kuat dengan slamber aja kemudian mengilai.

    Wahhhhh... meremang bulu roma aku di buatnya pada tika tuu, tetiba dia berkata-kata dengan suarang yang cukup menggerunkan "aku mahu kepala kambing hitam kalau tidak aku ambil nyawa seorang demi seorang", hahhahaa... pada masa itu aku dah tak tertahan lagi untuk melawan debaran dan perasaan takut aku dan tak lama kemudian aku belalu pergi meniggalkan kawan-kawan aku yang jauh lebih tua dan berani aja. Pelik kan namun aku tak dapat nak lupakan kata-kata suara yang menggerunkan tuu hingga kini, itulah pengalaman yang betul-betul menakutkan diri aku. Kenapa n mengapa hanya kaum hawa dan melayu sahaja yang menjadi mangsa, dan suara yang menggerunkan itu pula bercakap bahasa melayu? Semuanya menjadi misteri apakah ianya betul-betul dapat mengambil nyawa seseorang umat itu or just omong kosong suara itu aja coz setahu aku tuhan aja yang menentukan ajal maut seseorang itu.

    Aku terdengar macam-macam cerita pasal Norita tentang sesuatu yang pelik setelah di kebumikan, kononnya rohnya yang tak tenteram kembali menganggu ketenteraman para penduduk sekitar kawasannya. Sukar untuk dipercayai samada cerita itu reality or rekaan individu tertentu sahaja, hingga kita ia menjadi misteri di dalam fikiran aku untuk mempercayainya, tetapi seram juga di buatnya jika benar macam tuu. Hanya tuhan sahaja yang maha berkuasa ke atasa segala-galanya kita ini hanya umatnya yang mudah terpedaya dengan khabar angin dan dusta.


    Who wants to be a suicide bomber...






Purbe | 8:01 PM | Wednesday, April 14, 2004

    Kusut..

    Takala aku sedang nyenyak tidor tetiba aja aku terasa macam ada bunyi music " Some where I Belong" dan pabila aku menghayati lagi baru aku tersedar bunyi tuu datang dari miss Nokia aku. Dengan nada kurang bermaya aku terus menjawab haaahhh... pepagi begini customer aku dah call minta aku segera datang ketempatnya coz dia cakap Production Office down(bukannya Back Hawk Down lahh..). Aku mengiya aja dan dengan sepantas kilat aku bangun bersenam seminit kemudian terus aja mencapai towel terus ke bilik bersiram.

    Aku penat dengan masaalah yang aku cuba solve kan tuu, aku dah mencuba segalanya tetapi tak ku temu juga apa problemnya n at last setelah 2 jam aku memerahkan keringat otak aku nihh aku ketemu juga. Aku dapat pengajaran jangan percaya dari kata-kata customer aja, periksa dan pastikan biar berpuas hati coz apa yang customer cakap kadangkala tak semuanya betul, ahaks.

    Namun itu semua cerita semalam hari ini lain pulak storynya, pepagi lagi internet line down so.. telefon asyik berbunyi tak henti-henti bertanyakan kenapa dan macam-macam rungutan terpaksa di dengar, bukan aku punya salah dan bukan juga company aku punya salah nak buat camner line dari S.J ke aku punya HQ down semuanya salah TIME Dot Com. Aku terpaksa menyepi dari internet dan tumpukan jaa setiap saat aku pada kerja-kerja aku tanpa menoleh kat kelip-kelip kaler orange di barisan terbawah sekali dalam screen computer aku nihh. Pada waktu pagi hari ini aku tak sentuh lansung YM, MSN or yang seangkatan dengannya. Petang hari nie aku hampir berjaya menyiapkan semua kerja-kerja aku yang terbangkalai so.. kepala aku juga tak lagi kekusutan memikirkan hal-hal kerja nihh.

    Peringatan besok 15 April 2004 ada sembang-sembang IT kat Radio 1 pada jam 4.15 petang, para tetamu ialah Mat Jan & Pnut, bercerita tentang BLOG, mehhh ramai-ramai kita mendengarnya










Purbe | 3:09 PM | Monday, April 12, 2004

    Cita-cita OR Angan-angan..

    Tetiba cikgu menyebut nama aku dan bertanya apa cita-cita kamu bila besar nanti..?? Aku terpinga-pinga pada masa tu coz cita-cita aku kerap kali berubah-ubah kadangkala aku nak jadi polis bila aja nengok cerita polis yang hebat-hebat kat tv dan kemudian berubah lagi bila aja nengok doktor yang penuh dedikasi semuanya mengikut apa yang aku bangga dengan seseorang itu. Namum semuanya sudah berlalu zaman kanak-kanak aku di tinggalkan begitu jauh sekali sehingga ada yang telah terpadam di kotak memori aku.

    Bila usia hari ke sehari meningkat aku pun makin dewasa dan sudah capai ketahap yang mana dosa-dosa aku tidak lagi di tanggung oleh kedua ibubapa aku. Pada saat-saat itulah (Baligh) suara aku mula berubah, imiginasi aku juga turut berubah dan pandangan aku terhadap perempuan juga sudah berubah. Aku rasa setiap lelaki TULEN merasainya akan perubahan itu. Cita-cita aku juga pada masa ini kian berubah aku nekad nak jadi someone yang boleh di banggakan oleh kaum keluarga dan juga diri aku sendiri. Pabila satu demi satu cita-cita aku kecundang so.. cita-cita aku berubah menjadi angan-angan yang hanya di awangan.

    Tetiba angan-angan menjadi kenyataan, apa yang aku impikan menjadi reality walaupun bukan semuanya dan aku tak lahh juga berangan yang teramat over-over nihh. Kadangkala bila keresahan best juga melayang angan-angan yang terover, ahaks , bukan apa cuma untuk mengisi masa kosong yang penuh dengan kekeliruan. Apakah salah jika kita meneruskan angan-angan, apakah angan-angan itu sekadar membuang masa or penghappy jiwa buat sementara. Jiwa kita tak semestinya happy seperti apa yang kita zahirkan di fizikalnya coz tuu lah kadangkala diri kita memerlukan fantasi untuk melupakan seketika apa yang berserabut dan terbelit di minda kita.






Purbe | 2:44 PM | Friday, April 09, 2004

    Memori Yang Hilang...

    Tercari-cari tetapi tak ku jumpa, ternanti-nanti tetapi tak muncul-muncul jua di mana saat itu aku perlu memerlukanya. Apakah yang di cari, apa yang aku ternanti semuanya berada di dalam kotak memori aku tetapi dengan tetiba ianya lenyap entah kemana, aku selaminya namun tak ku jumpa, jenuh aku memikirkannya dan saraf-saraf neuron aku mula contacts each other untuk mencari maklumat yang di perlukan supaya aku dapat memngigatinya namun ianya tetap tak berjaya. Korang semua pernah tak alaminya? Memori hilang dengan tetiba takala kita sedang berbicara..

    Semalam aku terlewat untuk menghadiri meeting yang kurang penting pada aku tetapi agak penting untuk company aku, ahaks biul sekejap, aku terbabas masa kerana kegairahan aku bekerja bersama YM , rasanya Ym tak bersalah tapi diri aku sendiri yang bersalah, takpa sekali jaa aku bersalah bukanya berulang kali. Aku ingin cerita sikit pasal iklan kat radio yang kerap kali aku dengar, iklannya mengenai chop SIRIM tuu pabila aku mendengarnya aku terfikir dan otak aku mula berputar berputar ke arah sesuatu yang tak sepatutnya, macam nihh si suami nak nengok ada tak chop sirim barulah dia nak beli so si siteri pula menyindir dengan menyatakan " masa dulu masa awak nak masuk meminang saya kenapa tak nengok saya ka chop sirim ker tidak". Hehehe.. otak aku dah berkali-kali memusingkan fakta aku terfikir camner kalau pada masa tuu bakal suami nak nengok ada chop ker tidak, nak kena geledah kesemunya kahh.. muskil muskil... nasib baik SIRIM tak lekat stiker kat penduduk Malaysia kan, kalau tak haru jadinya..

    Geng Jernal (BLOG) Keluar Radio

    Semalam member aku (cik madu) ada bagi tahu kat Radio (radio 1 jam 4 lebih) ada sembang-sembang pasal IT dan dia orang ada menyentuh pasal Blog di Malaysia, dia orang terangkan makna apa itu Blog ? (blog adalah satu laman web yang di update hari-hari) dan beberapa nama pengendali blog di sebut. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi so boleh gii baca kat Madulebah coz si cik madu lebah ini lah yang mendengar keseluruhan rancangan tu, aku cuma diceritakan aja pada masa tu. Aku jarang sesekali mendengar Radio 1 entah kenapa tak tahu lah, lagipun kat office aku nie mana ada radio lahhhh..

    Sesetengah orang kata Forum kat GEJU dah semakin suram, maybe coz tak ada tajuk-tajuk menarik untuk di bualkan coz tuu lah jadi macam tu, itu lah apa yang aku dengar dari apa yang bualkan pagi ini. Namun weblog tetap berkembang dari hari ke sehari sekarang ini pun boleh dikatakan setiap hari ada aja weblog yang baru serta ramai orang dah mula mengenali dan memahami apa itu blog(weblog). Sekarang ini ramai juga para blogger-blogger baru ( blog aku di consider baru ker tidak) menjinakan diri dalam weblog ini.

    Pelbagai jenis orang dan juga pelbagai jenis weblog yang ada contohnya jongkangjongket hasil dari idea Matjan, sudah ramai orang terhibur, terlekat dengan gaya penulisanya yang cukup bersahaja serta berunsur humor mengenai isu-isu semasa yang mana kita tak menyedarinya, BRAVO Matjan. Dedulu di kala aku baru mengenali dunia blog nihh, aku di perkenalkan pada jernal dr. Max dan secara tak lansung aku menjadi peminat setia dengan catitan Dr.Max. Blog ini menceritakan mengenai kehidupan peribadi seorang insan yang berkhidmat sebagai seorang doktor muda di sebuah pulau dengan memegang pelbagai jawatan dan kadangkala sibuk sehingga tak cukup tangan di masa lain pula sehingga tak ada apa-apa untuk di lakukan, cerita mengenai perit manis tugasannya tetapi boleh membuatkan anda tersenyum berkali-kali bila membacanya. Kini tiada lagi coretan dari Dr. Max setelah menyepikan diri mungkin kerana kesuntukan masa untuk mencurahkan segala idea-idea yang melekat di minda. Sehingga kini masih ramai peminat Dr.MAx tertunggu-tunggu akan update terbaru darinya, tunggu dan terus menunggu Dr.Max untuk membuka kembali kedai epalnya ( An Apple A Day) setelah sekian lama di tutup.

    Bermula dari Guestbook Dr.Max seorang insan berbakat yang bergelar Darkampo telah menarik perhatian begitu ramai peminat Dr.Max dengan awalan cerita mengenai saat-saat akhir arwah bapanya. Walaupun aku tak bersetuju catitan yang panjang lebar di dalam guest book orang lain tetapi di dalam hati aku cukup mengkagumi penulisannya yang mana membuatkan aku tertarik untuk terus mengikut updatenya tetapi apakan daya Darkampo juga turut menyepikan diri setelah dr.Max menutup kedainya. Makandeh blog baru yang menceritakan akan kehidupan sebagai seorang ibu yang mana ia juga memainkan peranan sebagai seorang bapa di dalam mendidik dan membesar anak-anaknya dengan penuh kasih sayang serta menanamkan sifat-sifat murni pada anak-anaknya, banyak pegajaran dapat di pelajari bagi bakal-bakal ibu.

    Jika anda berminat akan cerita seumpama novel anda boleh melawat blog Seriadriani yang menceritakan tentang kehidupan seorang ibu yang tersepit antara cinta dan tanggungjawab dalam CSA 2 tetapi sesetengah orang asyik bertanya adakah itu kisah sebenar kehidupan penulisnya walaupun tercatat kat bawah tuu "Cerita dan watak adalah tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..Sekiranya terdapat persamaan, mungkin satu kebetulan".
    Perlukah aku mengulas dengan lebih panjang lebar lagi mengenai lain-lain blogger hmmm... rasanya tak kot coz kalau bagi masa seminggu pun belum tentu aku dapat habis bercerita.






Purbe | 3:12 PM | Thursday, April 08, 2004

    2 in 1

    Khas buat peminat kereta n Reebok
















Purbe | 4:20 PM |

    Cut "n " Paste

    Aku tak ada idea hari ini so aku cut n paste aja apa yang member aku email kat aku. Aku tak sure samada korang dah pernah baca or belum lagi tapi pada aku ini merupakan 1st time aku baca so.. enjoy ur self.

    You have one

    Your mother uses your father's one

    And your auntie uses your uncle's one

    A married lady would acquire one

    But a divorced lady would lose her one

    ArnoldSchwarzenneger has a longer one

    Michael J. Fox has a shorter one

    Madonna doesn't have one

    The Chinese usually have short ones

    While the Indian usually have long ones

    Do you have one?

    How long is your one?

    Which one is your preferred one?






    (see below for answer)







    Answer : its your Surname, what else !!
    but I like the way you think .........







Purbe | 2:35 PM | Wednesday, April 07, 2004

    Cave Of Darkness

    Nama Indera kayangan macam cerita-cerita melayu dedulu yang tersangat taksub dengan kehidupan di kayangan yang serba advance coz orang-orang kayangan tuu ada power, cantik lawa dan harmoni. Betul ker tak betul aku tak tahu lah yang pasti aku cuma insan biasa yang tak mempunyai sebarang power batin kalau zahir tuu kena tunggu aku jadi boss ker ahli politik ker or jadi apa-apa yang ada title.

    Plan awalnya cuma untuk ke Padang Besar tetapi haluan tersasar kerana kehendak hati tak selari dengan apa yang dirancang oleh minda coz itulah boleh tersampai kat Cave of Darkness (macam tajuk cerita seram jaa..) or dalam bahasa ibundanya Gua Kelam. We'll agak keletihan dan dahaga kerana cuaca pada hari tu panas terik namun hati tetap juga nak menerokai Gua Kelam, ini merupakan pertama kali pertama dalam diari hidup aku menjejak kaki ke tempat nihh.


    Kalau tak ada cahaya pastinya kelam kan sama juga kat dalam gua nihh, tapi yang specialnya kat gua nihh dah ada elektrik alahh macam kat rumah kita jugalah. Namun demi kesenangan umat manusia keaslian telah dikorbankan, so.. disini aku ingin bagi pendapat aku macamana nak kekalkan keaslian walaupun bukan 100% kerana titi gantung itu memang di perlukan.

    Komen Aku..

    OK tak jika sebarang pelawat yang datang di bekalkan dengan touch light (disewa or di jual terus) untuk di jadikan penyuluh jalan semasa dalam tu so tak payah lah di letakkan lampu elektrik supaya kita terasa akan keaslian kegelapan di dalam gua itu sepenuhnya sepertimana nama gua itu.
    Jika ingin suasana yang lebih menarik lagi seperti pada zaman tanpa teknologi seperti dahulu kala pihak pengurusan boleh membekalkan obor macam kegunaan orang dedulu untuk bergerak di waktu malam pada setiap pelawat coz dengan itu para pelawat akan terasa lebih adventure lagi apabila meneroka kat dalam gua itu.
    Pada pendapat aku juga pihat pentadbir pelancongan di gua kelam tak tahu macam mana nak gabungkan cahaya elektrik yang ada kat dalam gua tu untuk menaikan lagi seri di dinding-dinding gua tu sepertimana kita lihat lampu-lampu menyuluh dari dari bawah ke atas pada bangunan-bagunan bersejarah di ibukota, so apa yang aku lihat sekarang cuma ada cahaya lampu yang bertujuan untuk menerangi jalan bagi kemudahan pelawat untuk melihat persekitaran gua itu aja.



    Selepas aja tamat menu melawat gua kelam we'll pun bergegas untuk ke satu tempat lagi yang member aku panggil "Taman Jepun" di Changloon Kedah tetapi ketibaan kami kat situ agak lewat so.. acara ini di tunda sehingga di beritahu kelak. Aku meluncur lagi balik ke kampung halaman aku dan singgah sekejap kat Muzium Padi dan kemudian aku bawa Matjan melihat sekitar pusat rekreasi sekitar kampung aku dan acara untuk hari ini di habiskan dengan memakan malam dekat Nasi Lemak Royal,
    agak sedap juga nasi lemak nihhh.. macam nak makan lagi dan lagi dan lagi.





Purbe | 8:27 PM |

    Masih di Indra Kayangan..

    WANG KELIAN namanya tak seGah seperti mana Padang Besar mahupun Bukit Kayu Hitam di kawasan utara ni, namun hari semakin hari ia menjadi semakin popular terutamanya bagi golongan wanita sebagai salah satu tempat untuk membeli belah di samping membuat koleksi barang-barang keperluan rumah sehingga ada sesetengah barang itu tak pernah di guna langsung walaupun dah bertahun membelinya. Itulah sifat sesetengah golongan warga dan bangsa kita, membeli kerana tertarik dengan pandangan mata yang di kongsi bersama dengan nafsu dan bukannya kerana keperluan sesuatu barang itu. Sifat ingat akan di guna pada suatu hari dan bukannya pada besok hari coz itu lah barang-barang itu kekal sebagai koleksi.

    Pada aku Wang Kelian macam tempat yang biasa aja bagi kaum lelaki coz tak ada apa-apa yang menarik maybe time aku sampai pada masa tu dah agak petang so tak ramai sangat orang yang berniaga mahupun membeli belah kat situ. Peniaga-peniaga cuma berniaga di susur jalan aja dan tak ada gerai-gerai khas seperti mana Padang Besar. Sebenarnya Wang Kelian bukannya syurga untuk lelaki, hehehehe.. kalau nak betul-betul enjoy sebagai lelaki gii lah Hanyai tetapi dosa tuu tanggung sendiri.

    Penat juga aku and da geng naik turun bukit dengan bantuan si meroon barulah boleh sampai kat tempat yang dinamakan syurga baru beli belah. Hmmmm... kat situ we'll tak membeli apa-apa cuma meneguk segelas air untuk membasah kerongkong bergambar sekeping dua dan berlalu pergi. On the way keluar dari kawasan wang kelian tu we'll singgah sekejap kat atas hentian yang di sediakan kat atas bukit tu, memanjat lagi dengan berjalan kaki untuk ke puncak kemudian bergambar dan terus berlalu ke Gua Kelam untuk destinasi berikutnya.


    Picture kat atas semasa aku & Matjan bergambar di Wang Kelian berdekatan dengan border untuk ke Satun di kawasan Selatan Thailand just beberapa langkah aja dari situ aku kan berada di negara lain dah.


    Gambar di atas pula semasa we'll berhenti untuk menikmati pemandangan di atas bukit yang menampakkan bumi ciptaan tuhan.





Purbe | 2:14 PM |

    Tour De' Indra Kayangan..

    Bershopping paling kecil-kecilan di Padang Besar.

    Bertempat di kawasan utara semenanjung Malaysia, seorang jejaka telah tersedar dari mimpi-mimpinya ngeri kerana panggilan dari emaknya untuk menunaikan solat subuh. Macam karangan budak-budak sekolah pula kan, sebenarnya hari Ahad lalu timetable aku memang pack abis mau tidaknya di awal pagi lagi aku dah mula aktiviti breakfast bersama emak dan adik aku. Kemudian aku call Artan suruh dia get ready coz aku nak bawa dia join aktiviti aku untuk hari nihh.

    Pukul 10 lebih aku sampai ke rumah Matjan, sambil minum milo sempat juga berborak-borak dengan Pak Long, tanpa melengah masa we'll pun bergerak menuju ke destinasi untuk pagi nihh dan akhirnya we'll sampai di Padang Besar dalam pukul 11 lebih, time tu memang dah ramai orang datang untuk bershopping, apa lagi selapas aja parking si meroon we'll pun menyukan diri lah meronda kesana sini, akhirnya we'll beli seorang sehelai baju aja dan aku beli seekor teddymush teddybear. Antara semua Artan orang yang paling bejaya dalam ekspidisi kali ini coz dia paling banyak menghabiskan RM dengan beras pulut dan buah pelam (mangga).

    First time Aku, Artan & Matjan lunch dengan memakan Pulut Ayam, sedap juga next time boleh mencuba lagi, pada sesiapa yang akan ke Padang Besar aku galakkan mencubanya coz tak rugi jika mencuba sesuatu yang baru dan enak.



    Haaahh.. aku cuma ada pic nie jaaa.. masa kat padang besar, sukar nak percaya..

    LUNCH DI PADANG BESAR









Purbe | 12:31 PM | Tuesday, April 06, 2004

    Dinner..

    Malam minggu not for Kedah, Kelantan & Terengganu
    Cahaya matahari pada hari Sabtu minggu pertama dalam bulan April sudah kian pudar dan tibalah giliran bulan mengambil shiftnya dengan melimpahi keheningan malam dengan cahayanya yang lebih damai, mengasyikkan dan menggerunkan(pada sesiapa yang selalu nengok cerita hantu laa..). Tetapi dalam cerita aku nihh tak hantu-hantu dan seram-seram, semuanya saat-saat indah bersama teman-teman.

    Bertempat di Aina Bistro Cafe jam 9 malam, unofficial Dinner untuk member-member Geju di kawasan utara telah dirancang dan di sempurnakan dalam masa yang teramat singkat tak sampai 24jam pun, yang menghadirinya termasuklah aku, Mat Jan, Cikgu Midad, Zaza & Dr.Max. Dalam pukul 8.45 malam aku jemput Matjan di rumahnya dalam masa tu sempat juga aku berborak dengan Pak Long (bapa pada Mat Jan & Dr.Max) memerangkap juga salah seorang journalis di kawasan utara nihh, so lepas tuu we'll terus aja menuju ke tempat seperti yang di janjikan. Rupanya kat Alor Setar ada juga tempat yang menarik macam nihh.. dah lama dahh aku tak makan malam kat Bandaraya Alor Setar nihh.. kiranya ini juga lah 1st time aku menjejak kaki ke Aina Bistro Cafe. Setelah berfikir aku dengan Matjan decide melepak kat meja yang open air aja coz lebih nyaman n dapat nengok bulan dan bintang-bintang kiranya aku takda idea untuk berborak, ahaks. Aku start berborak dengan Matjan so.. tak lama kemudian tiba pula Cikgu Midad bersama dengan Zaza, apa lagi time tuu.. perbualan jadi makin rancaklah, masing-masing dengan slang utara sekali sekala aja cik zaza terslang KL, hehehe.. aku bukan mengata tetapi bercakap apa yang benar.

    Aku order Beef steak, Matjan & Cikgu Midad order Chiken chop n Zaza pula dengan koteow Kung fu, nyammm... nyaaammm... not bad masakannya dan murah juga. Pabila sudah selesai menjamu selera tuuuttt.. tuuuttttt... kedengaran bunyi handphone matjan, Dr.Max on the way nak join we'll setelah dia abis majlis BBQ dekat Jitra.

    Disini aku sertakan pic dinner we'll pada malam tu, so korang agak-agaklah sendiri yang mana satu Dr. Max, Zaza n Cikgu Midad. Aku bagi satu tips Matjan & Dr. Max 2 beradik, Zaza & Cikgu Midad 2 beradik so.. aku jaa yang tak beradik pada masa tuu.


    Ini pula pos teristimewa aku ambil untuk tatapan peminat-peminat Dr. MAx.


    Ini pula jari-jari waitress yang aku minta tolong ambil gambar we'll tuu, "saya tak reti nak ambil gambaq" katanya. Dengan malu-malu waitress tuu berlalu pergi, anyway thanx a lot miss waitress.



    Kesimpulannya dinner pada malam tuu memang best coz dapat berborak dan makan beramai-ramai. Maybe next time ada lagi kot...





Purbe | 12:24 PM | Monday, April 05, 2004

    Aktiviti aku ON Sabtu..


    Setelah sekian lama (hampir 2 bulan) aku bertungkus lumus dengan kerja siang dan malam, walaupun teramat penat namun aku terpaksa demi menjayakan apa yang di harapkan. Semenjak minggu lepas aku dah agak bebas dari bebanan kerja yang gila-gila, last week aku ke KL n this week aku balik ke kampung halaman aku n gii meeting dekat salah sebuah factory kat NAPOH.

    Dalam perjalanan balik dari Napoh ke Kampung halaman aku, tersempak plak dengan accident yang masih lagi fresh n basah lagi.nengok pic nihh...


    Sebenarnya kemalangan nie tak jauh sangat dari kampung halaman aku so selepas tu aku terus aja balik ke rumah, bila aja tiba kat rumah parents, aku nengok semua pintu berkunci aaarghhhh... rupa-rupanya takda orang emak aku gii melawat cucunya kat rumah adik aku so.. aku melepaklah dengan kawan-kawan sekampung, hehhee.. macam biasa bila dah lama tak balik kampung so kawan-kawan akan bertanya " dah lupa dah kaaa.. jalan untuk balik ke kampung". Biasalah aku sibok kebelakangan nihh..






Purbe | 6:01 PM | Thursday, April 01, 2004

    Memori Usang...

    Dahulu di waktu kecilku.. kampung halaman aku tidak mempunyai apa-apa yang mengkagumkan untuk jadi tempat pesinggahan pelancong, cuma ada sebuah bukit batu tunggal aja, tetapi sekarang ini semuanya dah berubah sesama sekali. Hidup anak-anak muda dah terlalu advance hingga ada yang menggilai perwatakan barat, aku bukannya benci akan pembangunan dan kemajuan tetapi aku benci akan sikap-sikap dan perubahan negatif yang datang bersama dengan pembangunan, itu aja. Kehidupan tatatertib sebagai anak-anak Melayu juga kian hilang daripada sanubari remaja masa kini, rasa malu dan respek kian terhakis di dalam jiwa.

    Kehidupan di kampung pada masa itu cukup aman damai, takala bila sahaja matahari mulai terbenam dan malam menjelang tiba suasana akan berubah menjadi sunyi sepi cuma kadangkala di waktu tengah malam kedengaran salakan anjing mendayu-dayu menyalak bukit, bab nihh buat aku paling takut sekali kadangkala masa aku tengah nyenyak tidur pun boleh terjaga, kemudian aku akan menarik selimut sehingga menutupi muka dan kemudian ambil pula bantal menutup kedua-dua belah telinga aku supaya tidak kedengaran salakan itu, hehehe kerana salakan anjing yang tak reti henti-henti tuu lahh buatkan aku meremang bulu roma, apa yang anjing itu salakan or nampak itu aku tak tahu lahhh.

    Pabila malam sudah berlalu tiba pula mentari dan di awal pagi lagi keadaan yang sunyi di malam hari akan berubah menjadi agak bising kerana kerja-kerja yang di lakukan di kuari JKR yang mana terletak beberapa jauh dari rumah aku. Bila tiba masanya ada pula letupan di lakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memecah dan meruntuhkan batu-batu itu dari tempat asalnya. Pada masa itu penggera electronik belum muncul lagi so.. dia orang still menggunakan cara kuno iaitu dengan menggunakan sebatang besi yang besar di gantung pada sebatang pokok dan kemudian akan di ketuk pula dengan sebatang besi kecil. Bunyi dari ketukan besi-besi itu yang melantun-lantun kedengaran dengan kuat sekali, kiranya itu macam siren lahh untuk memberitahu seluruh penduduk kampung supaya berhati-hati kerana letupan akan di lakukan, so.. orang-orang kampung pun pada masa itu akan berlarian ke bawah rumah supaya ada double protection kiranya ada batu-batu yang tersasar dan mengenai rumah penduduk kampung.

    Sejarah menunjukan tak ada sesiapa yang tercedera terkena serpihan batu lagi kalau rumah penduduk kampung tu ada lah sekali sekala bumbung dibocori oleh serpihan batu-batu kecil. Penduduk kampung ok aja tetapi yang tak ok tu pekerja JKR coz boleh dikatakan every year ada aja kemalangan dan ada juga yang meragut nyawa. Ngeri betul apabila melihat kemalangan yang tak di ingini macam tuh. Selalunya pekerja-pekerja bahagian letupan itulah yang paling berisiko tinggi coz dia orang terpaksa mendaki bukit tu dan membuat lubang-lubang di dalam batu tuu untuk meletakan bahan letupan, bahaya kan kerja dia orang nihh. Kalau setakat wall climbing tuu tak ada apa-apa lah bagi dia orang, kerja dia orang macam X-tream sport pada masa sekarang nihh, menggadai nyawa bagi segenggam nasi untuk anak isteri.

    Dahulu pada zaman kuno.. masa aku kecik-kecik ada kepercayaan mengarut-ngarut kat kampung aku tuhh. Dia orang akan buat kenduri dekat dengan bukit tuu, selalunya dia orang masak pulut kuning beserta dengan lauk pauknya untuk dimakan beramai-ramai, kononnya kalau tak buat kenduri macam tu akan ada kemalangan yang meragut nyawa contohnya jatuh bukit dan lain-lain lagi lah. Aku tak tahu apa-apa pakai belasah aja makan lagipun kenduri dengan menu yang sedap-sedap pulak tuu. Sampai sekarang aku jadi peminat setia pada pulut kuning, ahaks.. semalam aku gii beli pulut kuning kat pasar malam berlaukan ikan tongkol n ayam, fuuuhhhh... sedapp tuuuuu.... sehingga menjilat jari. Oooppss... sambung balik cerita aku, seingat aku lepas aja menjamu selera aku ngan budak-budak lain pun mengilangkan diri lahh.. Masing-masing membawa diri untuk bermain-main aku n da genag pula selalunya gii bermain kat atas longgokan pasir yang banyak-banyak tuu.. longgokan pasir itu aja boleh menimbus 2 buah rumah. Selalunya we'll akan mengorek lubang besar-besar di atas loggokan pasir itu dan kemudian ambil ranting-ranting kecil letak berselang-seli selepas itu ambil pula daun pisang untuk menjadi alas teratas abis tuu we'll tutup kesan-kesan lubang dan daun pisang itu dengan pasir so.. pada sesiapa yang tak tahu dan tak bernasib baik akan terjatuh ke dalam lubang itu. Hehehehe.. nakal kan.. so far takder sesiapa lagi lah yang tercedera kerana perangkap we'll tuu, kalau setakat menangis tuu adalah. Zaman kanak-kanak aku sudah belalu dan kini aku terpaksa mengharungi kehidupan yang serba mencabar serta penuh dengan rintangan.

    Semua hanya memori usang yang tak akan kembali melainkan aku ada Time Machine macam dalam cerita omputeh tuuu... Tak mungkin ada kan.. coz itu semua cuma angan-angan kepala pembikin filem barat sahaja dan kalau kat Malaysia pula cuma ada Aziz M.Osman aja yang memikirkan macam tu. Sekarang nie Aziz pun dah slow dalam pembikinan cerita-cerita yang melangkaui minda tuhhh.. tapi banyak pulak cerita romantik.
    Lupakan pasal filem, bukit kat kampung aku sekarang ini dah menjadi pusat rekreasi dan setiap hujung minggu ramai aja orang yang datang melawat. Kini pihak kerajaan membuat anak-anak tangga supaya pengunjung boleh mendaki hingga ke puncak bukit sambil melihat permandangan di kawasan sekeliling, aku macam biasa tak pernah pun terasa ingin memanjat tangga tuu sorang-sorang, tinggi beb... tak larat lahh aku nak panjatnya kalau reramai lain lah sikit semangat pun lain jugak kan.





Purbe | 4:03 PM |