Thursday, April 15, 2004
    Alam Misteri..

    Kisah misteri, alam misteri, pengalaman misteri dan ingatan misteri semuanya berakhir dengan penuh misteri tanpa ada jawapan yang benar-benar dapat meyakinkan diri kita. Kadangkala sesuatu yang sukar untuk ita menerimanya terjadi di depan mata kita, mungkin tuhan menunjukan akan kebesarannya supaya kita bersyukur padanya. Sama jugalah apa yang kita tak inginkan tetapi kita mendapatnya dan apa yang kita nak sesangat so benda tuu makin jauh dari kita.

    Pengalaman aku memberi aku pengajaran, kisah ini sudah lama berlalu namun ingatan aku pada waktu dedulu masa aku menunggu SPM aku sempat mengisi masa terluang menunggu keputusan dengan bekerja di salah sebuah kilang yang sekarang nie dah berkali-kali bertukar nama entah kenapa tidak ku tahu. Pertama kalinya aku betul-betul melihat sesuatu yang misteri, ianya terjadi di kala aku tengah asyik membuat kerja tetiba sahaja seorang kakak yang berada tak jauh daripada aku menjerit dengan begitu kuat sekali dan meremangkan bulu tengkuk aku. Aku terpinga-pinga tak tahu apa yang terjadi sebenarnya dan dalam sekelip mata aja ramai orang dah berkumpul di situ. Aku meneruskan kerja-kerja yang aku lakukan sebelum ini tetiba belum habis riuh rendah, kakak yang duduk di sebelah aku menjerit yang mana sebelum ini dia berkumit-kumit membacaya ayat Kursi aku betul-betul tersentak dengan jeritannya yang tetiba. Setelah mengeluarkan jeritan yang meremang bulu tengkuk aku lalu si kakak tadi rebah menyembah lantai simen. Macam tak percaya tetapi semuanya reality ianya terjadi dengan begitu pantas sekali macam ada networking antara satu sama lain.

    Aku tolong mengangkat kakak tu (walaupun just pegang lengan baju tuu kita tolong juga kan, ahaks sebenarnya aku takut) ke clinic mana tahu di dalam perjalanan ke clinic ada serang budak perempuan tengan mengisi form minta kerja tetpi aja dia pun menjerit , hehehee yang kelakarnya kawan dia yang datang bersama dengan mangsa tadi bertempiaran lari dan tak kembali lagi jenuk kawan dia tuuu..
    Aku hiaran dari mana datangnya power seorang perempaun yang kecil untuk melawan 4 orang jejaka yang gagah masa kat dalam clinik tuu. Mana tidaknya si kakak kecik molek tuu walaupun di bius oleh doktor sebanyak 2 kali masih lagi kuat melawan we'll yang pegangnya dan akhirnya we'll tewas dia boleh mengangkat tangan dan kaki yang di pegang kuat dengan slamber aja kemudian mengilai.

    Wahhhhh... meremang bulu roma aku di buatnya pada tika tuu, tetiba dia berkata-kata dengan suarang yang cukup menggerunkan "aku mahu kepala kambing hitam kalau tidak aku ambil nyawa seorang demi seorang", hahhahaa... pada masa itu aku dah tak tertahan lagi untuk melawan debaran dan perasaan takut aku dan tak lama kemudian aku belalu pergi meniggalkan kawan-kawan aku yang jauh lebih tua dan berani aja. Pelik kan namun aku tak dapat nak lupakan kata-kata suara yang menggerunkan tuu hingga kini, itulah pengalaman yang betul-betul menakutkan diri aku. Kenapa n mengapa hanya kaum hawa dan melayu sahaja yang menjadi mangsa, dan suara yang menggerunkan itu pula bercakap bahasa melayu? Semuanya menjadi misteri apakah ianya betul-betul dapat mengambil nyawa seseorang umat itu or just omong kosong suara itu aja coz setahu aku tuhan aja yang menentukan ajal maut seseorang itu.

    Aku terdengar macam-macam cerita pasal Norita tentang sesuatu yang pelik setelah di kebumikan, kononnya rohnya yang tak tenteram kembali menganggu ketenteraman para penduduk sekitar kawasannya. Sukar untuk dipercayai samada cerita itu reality or rekaan individu tertentu sahaja, hingga kita ia menjadi misteri di dalam fikiran aku untuk mempercayainya, tetapi seram juga di buatnya jika benar macam tuu. Hanya tuhan sahaja yang maha berkuasa ke atasa segala-galanya kita ini hanya umatnya yang mudah terpedaya dengan khabar angin dan dusta.


    Who wants to be a suicide bomber...






Purbe | 8:01 PM |