|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Tuesday, April 20, 2004
Alhamdulilah... itulah ucapan sesudah aja menjamu selera pepagi nihh, dengan sekeping roti canai dan segelas milo tarik sudah memadai untuk mengisi perut aku yang kosong. Sahabat-sahabat aku yang lain pun sama juga masing-masing dengan selera tersendiri sambil mengunyah sambil berborak itulah adat pabila beramai-ramai. Masa yang sepatutnya bergerak ke KLD sudah pun jauh meniggalkan we'll namun semuanya masih dengan sikap slamber ajaaa. Pukul 9.xxam rasanya we'll memulakan perjalanan dari Serdang yang di dahului oleh kereta iswara kaler hijau pucuk pisang. Meluncur laju meninggalkan yang lain-lain coz pemandu dan penumpang kereta nihh dah prepare segalanya so tak payah nak singgah or henti kat mana-mana lagi. Drive dengar radio dan berborak so.. masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Pada pukul 11.xxam rasanya aku, mush n salji tiba kat exit toll Tangkak. Kereta ku hentikan, enjin ku matikan dan aku menoleh kebelakang namun aku belum lagi nampak kereta sahabat-sahabat ku ini apa lagi so.. melepak n menunggu ajerlahhh. Berehat setelah 2 jam perjalanan dan kemudian muncul kereta wira spyz dan di susuli dengan kereta kelisa syida, tak lama kemudia kak engku dan family tiba so tamat ajer lah penantian di plaza toll Tangkak. Terbayang pulak aku pada iklan minyak pelincir kat tv tuu, seorang pelumba tuu dah sampai ke kawasan penamat, ambia piala dan sempat pusing 2 , 3 round lagi baru lahh pelumba yang lain sampai ke penamat, ahaks. Fikiran aku mula terbayang bagaimanakah keadaan KLD itu nanti dan pastinya penuh dengan keriangan. Masa berlalu pergi dan jam menunjukan pukul 12.00 noon rasanya so pada masa tu we'll tiba di kawasan KLD. Ketibaan kami di sambut oleh Kak G dengan senyuman yang menceriakan dan pada masa itu jugalahhh masing-masing memperkenalkan diri di samping beramah mesra bersama Kak G, ramah lahh Kak G nihh macam dah lama kenal mengenali. Aktiviti pertama setelah ketibaan di KLD, Kak G bawa we'll jungle tracking sambil bersiar-siar dia kawasan sekitar di samping mempelajari akan tumbuhan-tumbuhan hutan seperti orkid hutan (bunga kaler putih), pokok periuk kera, pokok halau nyamuk dan a few jenis pokok lagi lah yang aku tak tahu namanya. Mush memang terror dalam hal pokok-pokok nihh coz dia Orang Hutan, di cabutnya pokok Orkid untuk di bawa balik (nak menternak pokok pulak lahh dia orang nihh). Penat juga jika tak pernah panjat memanjat, redah meredah tetiba aja di bawa ke tempat macam tuu, berpeluh jantan aku di buatnya. Aktiviti Jungle Tracking dah pun selesai masing-masing memegang pokok kegemaran untuk di bawa balik (hmmm... bawa balik untuk di tanam ker di biarkan mati kering aja, aku cuma kesian dengan nasib yang bakal menimpa pokok-pokok tuu...). Meredah sana sini udah pun selesai so.. tiba lah pula akan aktiviti ke 2 pulak, hmm.. tak lain tak bukan selain dari memboyotkan perut, semuanya sudah tersedia dan terhidang so cuma menunggu we'll aja untuk menjamahnya. Hmmm.... menu nampak menarik aja bersesuaian dengan suasana KLD, ada ikan yang fresh (rasanya dari kolam memancing kat sebelah tuu), ada ayam masak lemak, ada pucuk paku + pucuk xxxxx + tempe (yang nie sedap dan menyelerakan) dan sudah tentunya nasi beserta air ais kaler merah. Spyz antara orang yang yang cukup berselera sekali pada hari tuu di samping anak-anak Kak Engku. Wahhhhhh.. selepas makan sure lahh semua orang mencari port yang baik untuk merebahkan diri so we'll semua melakukan aktiviti bebas masing-masing melepak sana sini. Selepas aja bersolat dan beristirehat we'll di beri pula life jacket untuk menerus kan aktiviti "mengenali tasik dan airnya", cepat aja geng-geng pompuan terjun kat dalam tasik tuu confident jaa dia orang macam pandai berenang tetapi aku masih was-was untuk membasahkan baju dan seluar aku, lagi satu aku tak suka sangat bermain dan berjemur di dalam air pada waktu panas terik nihh. Aku kecundang juga dengan pujukan dari dia orang so.. aku pun join sekali, hehehe terasa best pulak pabila terapung-apung di atas air tanpa susah payah guna banyak tenaga. We'll berendam dan terus berendam, Syida orang yang paling takut sekali coz dia baru nak belajar berenang dan baru pertama kali berada di dalam situation macam tuu, ketakutan takkan kekal lama coz bila mula pelajari dan dah mula serasi ketakutan akan beransur hilang. Berendam pun sudah so.. tibalah pula aktiviti kemuncak " berkayak" ini lah yang aku paling gemari. Semua orang dengan pasangan masing-masing termasuklah aku, cepat aja aku boleh menyerasikan diri dengan berkayak nihh. Ini juga merupakan kali pertama aku berkayak, best memang best berkayak beramai-ramai nihh.. macam-macam kerenah boleh di saksikan hinggakan aku boleh tersenyum sendirian pabila mengingatinya kembali. Satu pesanan jika nak berkayak pilihlah yang pandai mengemudi dan bukannya rakan yang sama taraf pengmudiannya dengan kita. Rugi jika pergi KLD tanpa berkayak coz suasana tempat dan tasik boleh melapangkan minda anda, percayalah cakap ku ini. Acara penutup untuk lawatan ke KLD dengan menjamu selera setelah penat bermain air dan memerah keringat mendayung kesana sini. Last sekali Kak G membawa we'll ke satu destinasi berhampiran untuk melihat permandangan di kala matahari sedang terbenam. Dalam pukul 7.xx we'll bergerak untuk kembali ke ibukota, kereta aku dan syida berhenti sekejap di perhentian untuk buat apa yang patut di samping itu Mush menyambung melayan mimpi-mimpinya. Aku drive Mush tidur aku drive lagi Salji pula tidur dan akhirnya aku drive sorang-sorang bertemankan radio yang tah henti-henti berceloteh. Aku pecut dan terus memecut sehingga ke Masjid UPM, Salji ambil keretanya dan we'll gii jemput Langsat dan destinasi seterusnya ke rumah Pnut. Iyepp we'll akan dinner pada malam ini di rumah Kak Pnut seperti yang aku dengan Kak Pnut arrangekan. Spyz call aku bertanya di mana kami berada dan selepas tuu Amyz pula sms suruh cari nama jalan yang dia orang berikan. Berpusing pusing juga we'll di sekitar Putrajaya untuk mencari rumah Kak Pnut dan akhirnya we'll (aku, salji, mush & langsat) di suruh tunggu kat Petrol stesyen dan dijemput baru lah boleh sampai ke tempat tujuan. Fuuuhhhh... banyak makanan betul kak pnut sediakan Mat Jan sebagai pembantunya, menyelerakan, lapar dan keletihan. Riuh rendah jadinya hall rumah kak pnut dengan pelbagai cerita tak henti-henti tepat. Jam 11.00 malam we'll meminta diri dan bergerak pulang, sepertimana di awal pagi aku menjemput dan aku juga yang menghantar Mush balik ke rumahnya sementara aku pula bermalam di Kuchai Lama rumah tuan punya kereta. Berakhir sudah catitan untuk hari sabtu dan KLD cuma.... Final episod bakal muncul dalam tempah 20jam daripada catitan ini :- ![]() |