|
kata-kata hikmah archives October 2003 geng jajahan & keturunan utara * ceqtie * max * mat jan * cikgu midad * zaza * yadziz * EP * pijah * tipahvogue * madulebah * mosquitoz * sheikh * P-Nut * ilhami marsila * akhimasrawi * ana * wanda * azya * abrar(dok belajaq di utara) * irja * nurul aini * kel@mbu * mydinz * cempakabiru * shahida portal * idaman sanubari * hazman * matnet * boybelantik * sarjen jebat * paklong * irda82 * akasyah adam * arisya * bean * anielza * zamry * ron97 geng limited edition * tipahvogue * madulebah * dinn * cikgu midad * june * adk * jannah * ciklina geng geju * adk * pakdi * ciklilin * darkampo * makandeh * sultanmuzaffar * tudungpurple * maya * joliekins * viva * tok rimau * toksik * cikdaun * rudy * fajar * spyz * Puteri Elaira Eliza * amyz * kak ros * syati * salji * khalilur * kuntum * lyna * kak G * riz * diyana * gnela * nonie * zhoulsz * hanyasayang * wkdin * ellene * salina * iwan * dinn * mely * merry * rick darkness * nixk * sharul myroutine * suriram * manmoncang * seriadriani * azell * mawar * walinungsari * suraya  * ezwan * susan * ayaka * indigotulip * lan * ct cute * maharani * ayue * ina * mushroomcute * jiGOMorrison * kak su * basrie * kak engku * seriadriani haliku maliku * nilzd4 * jaja * cekya * walkthrulife * ateef magdy * kay * meertaro * sufi * abon * luqman * e-1 * ady * firul * bro-shy * kak zar * chempaka_sari * paichowan * junaidix * petz * wajfa * eisya * missapple_EL * maya_dr. * cewek(indon) * mystery(indon) * deathberry * angah * wira * d.a.l.e * mat * marilyn * thurayya * afxzal * my_theory * antiaf * doBot * wizurai * acidmaisya * pika * nesloice * jenab * sokai * muhtar suhaili * acidmaisya * yusairi * rza * paichowan * anjang * Nash V.Khan * book * zam * orange mokhzani * wakdojer * apeq * aero * icam * sayangmama * ezan * jijah * zaiman * jogho * ND * bunda shafiya * salimna * mersik * muhtarsuhaili geng special edition * mat jan * abg.tokei pajak * P-Nut * EP * aidaadriani slot tinjau-tinjau online sastera
massage purbe guestbook ![]() View Purbe Guestbook Sign Purbe Guestbook counter nedstat online credits ![]() ![]() ![]()
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
|
Thursday, April 01, 2004
Dahulu di waktu kecilku.. kampung halaman aku tidak mempunyai apa-apa yang mengkagumkan untuk jadi tempat pesinggahan pelancong, cuma ada sebuah bukit batu tunggal aja, tetapi sekarang ini semuanya dah berubah sesama sekali. Hidup anak-anak muda dah terlalu advance hingga ada yang menggilai perwatakan barat, aku bukannya benci akan pembangunan dan kemajuan tetapi aku benci akan sikap-sikap dan perubahan negatif yang datang bersama dengan pembangunan, itu aja. Kehidupan tatatertib sebagai anak-anak Melayu juga kian hilang daripada sanubari remaja masa kini, rasa malu dan respek kian terhakis di dalam jiwa. Kehidupan di kampung pada masa itu cukup aman damai, takala bila sahaja matahari mulai terbenam dan malam menjelang tiba suasana akan berubah menjadi sunyi sepi cuma kadangkala di waktu tengah malam kedengaran salakan anjing mendayu-dayu menyalak bukit, bab nihh buat aku paling takut sekali kadangkala masa aku tengah nyenyak tidur pun boleh terjaga, kemudian aku akan menarik selimut sehingga menutupi muka dan kemudian ambil pula bantal menutup kedua-dua belah telinga aku supaya tidak kedengaran salakan itu, hehehe kerana salakan anjing yang tak reti henti-henti tuu lahh buatkan aku meremang bulu roma, apa yang anjing itu salakan or nampak itu aku tak tahu lahhh. Pabila malam sudah berlalu tiba pula mentari dan di awal pagi lagi keadaan yang sunyi di malam hari akan berubah menjadi agak bising kerana kerja-kerja yang di lakukan di kuari JKR yang mana terletak beberapa jauh dari rumah aku. Bila tiba masanya ada pula letupan di lakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memecah dan meruntuhkan batu-batu itu dari tempat asalnya. Pada masa itu penggera electronik belum muncul lagi so.. dia orang still menggunakan cara kuno iaitu dengan menggunakan sebatang besi yang besar di gantung pada sebatang pokok dan kemudian akan di ketuk pula dengan sebatang besi kecil. Bunyi dari ketukan besi-besi itu yang melantun-lantun kedengaran dengan kuat sekali, kiranya itu macam siren lahh untuk memberitahu seluruh penduduk kampung supaya berhati-hati kerana letupan akan di lakukan, so.. orang-orang kampung pun pada masa itu akan berlarian ke bawah rumah supaya ada double protection kiranya ada batu-batu yang tersasar dan mengenai rumah penduduk kampung. Sejarah menunjukan tak ada sesiapa yang tercedera terkena serpihan batu lagi kalau rumah penduduk kampung tu ada lah sekali sekala bumbung dibocori oleh serpihan batu-batu kecil. Penduduk kampung ok aja tetapi yang tak ok tu pekerja JKR coz boleh dikatakan every year ada aja kemalangan dan ada juga yang meragut nyawa. Ngeri betul apabila melihat kemalangan yang tak di ingini macam tuh. Selalunya pekerja-pekerja bahagian letupan itulah yang paling berisiko tinggi coz dia orang terpaksa mendaki bukit tu dan membuat lubang-lubang di dalam batu tuu untuk meletakan bahan letupan, bahaya kan kerja dia orang nihh. Kalau setakat wall climbing tuu tak ada apa-apa lah bagi dia orang, kerja dia orang macam X-tream sport pada masa sekarang nihh, menggadai nyawa bagi segenggam nasi untuk anak isteri. Dahulu pada zaman kuno.. masa aku kecik-kecik ada kepercayaan mengarut-ngarut kat kampung aku tuhh. Dia orang akan buat kenduri dekat dengan bukit tuu, selalunya dia orang masak pulut kuning beserta dengan lauk pauknya untuk dimakan beramai-ramai, kononnya kalau tak buat kenduri macam tu akan ada kemalangan yang meragut nyawa contohnya jatuh bukit dan lain-lain lagi lah. Aku tak tahu apa-apa pakai belasah aja makan lagipun kenduri dengan menu yang sedap-sedap pulak tuu. Sampai sekarang aku jadi peminat setia pada pulut kuning, ahaks.. semalam aku gii beli pulut kuning kat pasar malam berlaukan ikan tongkol n ayam, fuuuhhhh... sedapp tuuuuu.... sehingga menjilat jari. Oooppss... sambung balik cerita aku, seingat aku lepas aja menjamu selera aku ngan budak-budak lain pun mengilangkan diri lahh.. Masing-masing membawa diri untuk bermain-main aku n da genag pula selalunya gii bermain kat atas longgokan pasir yang banyak-banyak tuu.. longgokan pasir itu aja boleh menimbus 2 buah rumah. Selalunya we'll akan mengorek lubang besar-besar di atas loggokan pasir itu dan kemudian ambil ranting-ranting kecil letak berselang-seli selepas itu ambil pula daun pisang untuk menjadi alas teratas abis tuu we'll tutup kesan-kesan lubang dan daun pisang itu dengan pasir so.. pada sesiapa yang tak tahu dan tak bernasib baik akan terjatuh ke dalam lubang itu. Hehehehe.. nakal kan.. so far takder sesiapa lagi lah yang tercedera kerana perangkap we'll tuu, kalau setakat menangis tuu adalah. Zaman kanak-kanak aku sudah belalu dan kini aku terpaksa mengharungi kehidupan yang serba mencabar serta penuh dengan rintangan. Semua hanya memori usang yang tak akan kembali melainkan aku ada Time Machine macam dalam cerita omputeh tuuu... Tak mungkin ada kan.. coz itu semua cuma angan-angan kepala pembikin filem barat sahaja dan kalau kat Malaysia pula cuma ada Aziz M.Osman aja yang memikirkan macam tu. Sekarang nie Aziz pun dah slow dalam pembikinan cerita-cerita yang melangkaui minda tuhhh.. tapi banyak pulak cerita romantik. Lupakan pasal filem, bukit kat kampung aku sekarang ini dah menjadi pusat rekreasi dan setiap hujung minggu ramai aja orang yang datang melawat. Kini pihak kerajaan membuat anak-anak tangga supaya pengunjung boleh mendaki hingga ke puncak bukit sambil melihat permandangan di kawasan sekeliling, aku macam biasa tak pernah pun terasa ingin memanjat tangga tuu sorang-sorang, tinggi beb... tak larat lahh aku nak panjatnya kalau reramai lain lah sikit semangat pun lain jugak kan. ![]() |