Tuesday, April 27, 2004
    Panas, Hujan, Tangkul dan Ikan..

    Woowww panasnya hari nie! Tak tahan aku duduk kat situ... panas.. kat sini pun panas jugak..tak taw nak melepak kat mana lagi dahh, itulah rintihan aku pada hari Ahad lepas.
    Cuaca di kampung halaman aku panas terik macam jugak cuaca kat Penang nihh, bergerak sikit dah berpeluh-peluh. Basah abis baju dan wangi-wangian mula menghilangkan diri di ganti pula dengan wangian yang kurang best.. Kalau kat badan orang lain lahh tapi kat diri aku ok jaa, harum dan semerbak pulak. Anyway kita patut bersyukur dengan segalanya coz manusia sentiasa tak berpuas hati dengan apa yang ada. Panas salah, hujan pun salah. Memang susah untuk memuaskan hati setiap insan.

    Ahad lalu merupakan satu satunya hari yang aku betul-betul boleh merehatkan diri setelah sekian lama ke sana sini, fenat n fenat laaa.. Aku lepak kat umah atok aku seharian, lunch kat sana melayan saudara mara yang datang ke sana n nengok tv pun kat sana boleh dikatakan semuanya di sana lah. Dari pagi sampai ke petang hidup aku bosan aja melepak, melepak n terus aja melepak. Takda benda yang aku boleh buat sesangat. Kepanasan mentari kian reda tatkala awan gelap yang dah sarat dengan titisan-titisan kian muncul tiba, bahang panas mentari dah hilang penguasaannya dan muncul pula angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke pelusuk kampung halaman dengan nyamannya. Betapa indahnya suasana di kala itu tetapi ianya hanya buat seketika aja kerana selepas itu muncul pula sang hujan dengan begitu lebat sekali sehingga mengaburi permandangan yang tadi nampak cukup indah sekali.

    Onngg.. annggg ooonnnggg aaanngg... katak berbunyi tatkala hujan sudah menunjukkan kepenatannya setelah berjam-jam mencurah tanpa henti. Kadangkala bunyi katak nie tak kedengaran kat tempat tinggal korang terutamanya kat area rumah aku (coz katak nie asyik kena langgar jaa masa nak melintas highway). Nyamannya suasana selepas hujan dan si katak-katak nie pun makin kuat pula menjeri-jerit, best aja pabila berjalan-jalan di kawasan sawah padi sambil menghidu udara yang nyaman tanpa pacat-pacat yang mencari mangsa-mangsanya. sesetengah orang cukup takut dengan pacat, tapi bukannya pada aku kalau lintah tuu lain lahh pula ceritanya.

    Dedulu aku pernah mandi dan belajar berenang kat sungai (tali air) tuu tetapi sekarang cuma tinggal kenangan manis yang tak dapat aku lupakan selamanya. Hidup kita perlukan kenangan yang manis untuk di simpan di dalam memori coz kadangkala ia berguna untuk menjadi penghibur tatkala kita di dalam kedukaan. Nak di jadikan cerita kat belakang rumah atok aku tuu ada satu tangkul (orang kedah panggil benda tuu tangkui) yang dah lama menunggu hari-hari hujan macam nie baru lah di gunakan coz time macam nie kebanyakan ikan nak berhijrah dari sungai kecik tuu ke kawasan sawah padi. Aku dengan cousin aku pun mencuba nasib, ternyata cubaan aku bukan sia-sia hasilnya boleh tahan jugak higgakan plan aku untuk balik ke Penang lepas maghrib tuu terbawa hingga ke pukul 11.30 malam. Best aja pabila kita mendapat hasil dan melihat ikan haruan, keli , puyu dan sepat benua melompat-lompat bila tangkul di angkat. Aku rasa memori manis di sungai yang dahulunya jadi tempat permainan aku, kembali menjelma setelah sekian lama ianya meninggalkan aku di kala umurku meningkat dewasa.

    Indahnya hari minggu aku kali ini walaupun hanya sehari aku boleh beristirehat di kampung atok aku. Aku puas dan segala kepenatan aku bekerja siang dan malam sebelum ini sudah terubat.







Purbe | 5:56 PM |