Friday, April 23, 2004
    Perlukan Sokongan Anda...

    Kembali lagi takala hari berselang hari "Jumaat" penghulu segala hari dan juga penamat hari pabila sangkala di tiup di kemudian hari. Muncul dan pergi tanpa disedari, manusia pun begitu juga ada yang mempunyai kesihatan yang sihat tetapi ada yang sebaliknya. Sekiranya kita insan yang prihatin apasalahnya kita saling membantu dan hulurkan segala bantuan yang kita terdaya, insyaallah segala bebanan dapat diringankan. Dengan itu aku menyeru pasa sesiapa yang ada kelapangan masa pada hari ahad supaya datang beramai-ramai untuk majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat khas untuk wife EP dan juga pada anak Wkdin.

    Bertempat di :
    MESJID KLCC
    JAM 3.00 PETANG
    PADA HARI AHAD 25 APRIL 2004


    Marilah kita beramai-ramai manabur bakti dan berdoa untuk sahabat-sahabat kita yang memerlukan sokongan. Sertailah Majlis ini tak kira siapa diri anda asalkan kita iklas dengannya.






Purbe | 12:56 PM |