Thursday, April 29, 2004
    Sepanjang Perjalanan..

    "Workers Memorial Day".... ramai orang berkumpul di sebelah tugu tu dan aku nengok ada baju-baju di gantung kat pokok-pokok kat situ. Aku tertanya-tanya pada diri ku, apa yang diaorang buat sebenarnya dekat sebelah Penang Bridge tuu. Semakin ramai orang berhenti kat situ dan ada pelbagai bangsa yang berkumpul kat situ.. Untuk meraikan apa agaknya?
    Ingat-ingat di dalam hati " nak juga aku berhenti dan ambil tahu" tetapi memandangkan aku ada meeting pagi semalam so aku just nengok-nengok aja.

    Di dalam si maroon aku berfikir mungkin dia orang memperingati sahabat-sahabat dan saudara mara mereka yang telah terkorban semasa kerja-kerja membina Penang Bridge nie. Iyeppp... dedulu aku dengar banyak juga pekerja yang terkorban sewaktu pembinaannya dan sesudah siap. Dan ramai jugak orang yang mengorbankan diri atas masalah peribadi. Kemungkinan dia orang meraikan kedua-dua pengorbanan itu kot, sama tapi tak serupa coz satu mati kerana kerja dan satu lagi mati kerana jiwa terseksa. Patutkah kita meraikan mereka yang dah pergi selamanya di hadapan tugu dan ianya untuk apa, mengembalikan kenangan lama bersama or membuka kembali luka yang parutnya hampir hilang selamanya.

    Pagi tadi dalam perjalanan aku ke office, entah macam mana tak tahu lahh ada sebuah kereta tuu terbabas dan terlanggar tiang elektrik sampai patah dua tiang tu, kesiannya. Semuanya berada dalam keadaan selamat, tak ada sesiapa yang hentam bontot kereta sesiapa, cuma kereta yang malang dan tiang itu aja yang parah. Malang kereta boleh di repair tapi malang bagi tiang tu kerana perkhidmatannya sudah di tamatkan buat selamanya di sebabkan oleh kecuaian manusia.






Purbe | 12:16 PM |