Wednesday, April 21, 2004
    Sunday the Blues...

    " Knooockkk.. knooockkk... Assalamulaikum.. hang dah bangun ka belum" itu lahh benda pertama yang aku dengar di awal-awal pagi, aku memicit handphone dan jam kat handphone tuu menunjukan baru pukul 6.30 pagi. Aku tak puas lagi tidur dan kepenatan aku belum hilang lagi dahh pun masuk waktu subuh, aku bangun dan buat senaman seminit dua lepas tuu aku bergegas ke bilik mandi. Solat dan terus aja menyiapkan diri aku dengan segera coz aku nak numpang member aku nihh hingga kat opis dia area KLCC tuu, senang tak payah nak menyusahkan diri kerana tidur.

    Setibanya di opis member aku nihh aku teman kan dia breakfast lepas tuu melepak dan tidur di katil yang sudah tersedia untuk diaorang melelapkan mata, aku pun numpang jaa tidur selama sejam rasanya. Legaaaa... rasa mengantuk aku sejak dari awal pagi dah terubat so mengunggu Nida, Salji & masa aja untuk ke rumah Wkdin. Berjumpa di KLCC aku blom lagi makan tengahari sama juga dengan Nida, we'll kelaparan tapi pabila call tipah we'll jadi serba salah coz time tuu dia sorang-sorang jaa menunggu kat hentian putra kat Gombak, kesian pula kat dia. Nida.. iyaaa nida memandu wiranya dengan menyelit-nyelit di celah-celah hujan yang turun pada petang tuuu dan tibalah kami di sana. Jolie & geng, Tipah, Salji & Aida, Zhoulsz dan Mely telah tersedia menunggu di sana dan tak lama kemudian Salina & geng pula tiba so bermulalah konvoi we'll ke rumah Wkdin.

    Fuuuuhhhhh... jauh jugak kena belok kiri kanan, kena terjun lopak itu ini, kena masuk kawasan pokok kelapa sawit, pusing lorong itu ini dan tersilap lagi barulah boleh sampai kat rumah Wkdin, macam WRC daaaaaa.... Tipah memandu macam pelesit sekejap aja kereta Nida ditinggalkan namun Jolie still mengikut kereta Nida dari belakang. Pabila sampai aja kat rumah Wkdin suasana dah jadi riuh rendah, masing-masing dengan celoteh tersendiri dan kumpulan tersendiri. Aku, Zhoulsz & Salji melepak kat meja makan jaa coz senang bila borak n then dahaga just minum jaa kalau lapar pula mengunyah aja macam mesin pepak pulak bila berada di depan makanan yang banyak-banyak nihh. Dalam sehari dua nie memang murah betul rezeki makan. We'll ke sana sini di hidangkan dengan makanan.

    Pabila dah puas berborak bergambar dan mendukung anak Wkdin yang kecik sekali tuu (bab-bab dukung budak kecik nie Tipah no.1, dia minat sangat maybe dia patut punyai satu lahh..) dan akhir sekali bergambar beramai-ramai sekali lagi dan majlis pun bersurai, thanx wkdin coz bagi we'll makan dan minum. Jolie terus aja balik coz dia ada hal lain lagi sementara Mely pula di hantar ke stesyen LRT Gombak dan terus balik ke rumahnya. Salina pula menghilang dari awal lagi sementara we'll (aku, Nida , Tipah, Zhoulsz, Salji & Aida) meneruskan dengan aktiviti seterusnya. Menjamu selera kat Nasi Lemak Mali itu lahh aktiviti terakhir untuk hari ini.

    Salji & Aida hantar aku ke Puduraya dan aku jadi pemandu kereta Salji pada masa itu coz Salji mengalami sakit gigi pada tahap maximum hinggakan dia tak dapat drive lagi dahh. Setiba kat Puduraya aku parking kerete, ambil tiket bus dan gii cari ubat untuk Salji, tak sampai hati aku nengok salji sakit macam tuu tetapi aku dah kesuntukan masa kalau tak ,sure aku dah hantar dia balik dah.

    Thanx to Salji & Aida coz bersusah payah hantar aku ke Puduraya.
    Thanx to Tipah kerana belanja makan nasi lemak Mali.
    Thanx to Zhoulsz kerana belanja minum kat Mali.
    Thanx to Nida coz menjemput di tengah hujan dan menumpangkan aku.
    Thanx to Wkdin coz menyediakan segala makan minum di kala aku kelaparan.
    Thanx to Kak Pnut coz mejemput ke rumah dan menyediakan makan malam.
    Thanx to Kak G coz memberi layanan yang teristimewa dan segala keriangan kat KLD.
    Thanx to Semua-semua yang aku jumpa coz sudi jadi kawan aku.
    T.A.M.A.T






Purbe | 4:58 PM |