Sunday, May 30, 2004
    Aku Yang Kehilangan...

    Semuanya serba tak menjadi, posting aku pun tergantung-gantung umpama sarang burung tempua yang di tinggalkan. Setelah bercuti selama seminggu dan kembali bertugas semula. Kerja 5 hari kemudian aku bercuti lagi pada jumaat lepas demi hari-hari bahagia orang lain, iyerlah aku cuma Prince of Candle so macam tuu lah life aku. Kini aku kehilangan lagi seorang sahabat di alam GEBU, dia sudah berlainan statusnya daripada diri aku yang still tak berubah-rubah walaupun orang di sekeliling aku berubah menuju ke alam bahagia.

    Kali ini pengalaman aku lebih menarik coz ada benda-benda yang tak di rancang tetapi ianya berlaku, diantara kehappyian ada juga terselit kerunsingan. Kalau megikut plan aku hanya sampai setakat Batu Pahat aja, namun last minutes plan terlaksana tanpa ada halangan. Aku, Mat Jan & Manmoncang (Poad) meminta maaf banyak-banyak pada akak Rosram coz tak sempat nak bertemu di B.P coz kesuntukan masa, anyway aku ucapkan terima kasih bebanyak pada akak Rosram kerana bersungguh-sungguh nak berjumpa we'll. Aku & da' gang terikat dengan rombongan pengantin so terpaksa menunggu sehingga semua majlis habis.

    Banyak picture dan cerita-cerita perjalanan aku kali ini termasuk saat-saat indah pasangan yang penuh kepiluan meninggalkan alam bujang dan pada masa yang sama muncul kegembiaraan yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata pabila sudah resmi bergelar husband & wife. Pabila anda melihat picture publish aku nanti (coming soon after aku habis bercuti) anda akan faham kenapa aku berkata sedemikian. Antara lain gathering wilayah selatan yang aku hadiri dan sesi berpoya-poya, ahaks.

    Semuanya menarik menarik menarik, banyak yang nak diceritakan, so sementara itu jemput lah join GHATERING zon UTARA pada 12 JUNE 2004 nanti. Jommm join aku, MAt Jan n yang lain-lain beramah mesra pada 12 JUNE, ingat tuuuuu... 12 JUNE 2004.







Purbe | 11:30 PM | Wednesday, May 26, 2004

    Sinar Gemilang...

    Hari ini minda aku terdetik untuk mencoretkan pengalaman-pengalaman percutian aku sesudah aja Projek KLD tamat. Rasanya terlalu banyak cerita yang di baca dan di khabarkan oleh rakan-rakan blogger aku ini. Ceritanya hampir sama cuma pengalaman individu itu yang membezakan suasana jalan cerita. Kebanyakanya bercerita dengan cukup detail semua orang bercerita mengenai KLD. KLD memang best dan rugilah pada sesiapa yang tak join pada hari itu.

    Reader dan penulis blog saling bertemu dan berkenalan, ruih rendah jadinya yang belum kenal di perkenalkan, yang tak berteman pula bertemu temannya. Tetapi aku simpati pada sesetengah insan yang meredam perasaan dan akhirnya terlepas jua, aku melihat memandang dan mendengar setiap apa yang termampu. Kadangkala hati aku berdetik tetapi ianya berhenti dengan tiba-tiba entah kenapa.

    Semua telah berlalu, berlalu pergi dan hanya tinggal memori yang indah di minda ini.











Purbe | 12:36 PM | Saturday, May 22, 2004

    Secerbis Peluang Seribu Harapan...

    Tak ku duga akhirnya tiba jua, tak kusangka kaca boleh bertukar jadi permata. Walaupun hidup ini dengan secebis harapan namun aku tetap untuk meneruskan jua, selagi hidup selagi itulah adanya usaha. Aku hanya insan yang managih dari insan yang lain yang mana aku takan mendapatinya jika berseorangan. Pada di kau aku ucapkan beribuan terima kasih dia atas secebis peluang yang tak ternilai ini.

    Pabila bercuti ke sana sini dengan teman-teman dan sahabat-sahabat ku rasakan hidup ini cukup gembira sekali tambahan lagi di temani. Aku begitu happy dengan cuti aku kali ini walaupun aku terpaksa mengambil 2 hari cuti tambahan, aku happy berborak, aku happy berjumpa berbual dan ketawa namun di dalam tawa ada juga tangisnya. Segala pengalaman di KLD mahupun percutian aku di KL masih lagi fresh di dalam minda aku ini. Bebudak GEJU memang best aku salute pada korang semua sebut apa aja program tentu boleh jadi.

    Rasanya jika aku update pasal KLD pun tak best lagi dah coz semua orang dah bercerita so aku yang terlambat untuk bercerita dan tentunya sudah ketinggalan serta tak menarik lagi dah or dalam erti kata lain sudah tak fresh. Namun aku kan tetap bercerita tentang hari-hari gembira aku dia masa percutian aku selama seminggu itu, namun hanya tika dan masa aja menentukan bila aku berpeluang mengarang cerita yang entah apa-apa.

    Aku rindu untuk bercerita lagi tetapi tika ini masa tidak mengizinkan, aku perlu melakukan sesuatu yang lain dahulu. Aku bercadang untuk mengumpul GEJU n Reader untuk akitiviti di kawasan utara pula agar semuanya dapat merasai kemeriahan suasana aktiviti GEJU. Pada sesiapa yang berminat dengan cadangan aku nihh bolehlahh tinggal pesan kat guest book aku so aku akan usahakan agar ianya menjadi kenyataan.







Purbe | 12:08 AM | Monday, May 17, 2004

    Prosessss...

    Aku bukan menghilang diri tetapi aku still dalam pencarian, mencari seribu satu macam pengalaman untuk memenuhi memori aku yang hampir full di dalam percutian aku bermula dengan projek KLD, sebelum KLd dan selepas KLD.

    Aku orang semekin so aku tak mampu nak beli digital camera dan memasuki peraduan fotografi kat KLD tapi aku still happy coz dapat kenal n mengenali teman-teman baru yang sebelum ini hanya di Cyber.
    Ooppss... lupa nak cakap aku dengar khabar puting beliung ada orang kecoh dalam pengundian (undi hantu).

    Aku teramat syoookk dan best dengan projek geju kali nihh, cubalah tanya semua orang yang gii sure semuanya berpuas hati, besok-besok lahh aku cerita lagi. Macam-macam lagi aktiviti aku lepas balik dari KLD. Sekarang nie aku kat CC kerana terlalu rindu akan internet japp lagi nak balik tidur n besok ada lunch lagi dengan member-member blogger, boleh dikatakan semua aku tak mempersia-siakan masa cuti aku dengan just melepak.

    Pada sesiapa yang nak join call lah aku we'll akan lunch kat menara maybank tepat pada jam 12.45pm. Cerita seterusnya akan di siarkan tak lama lagi, gerenti HIT punya.






Purbe | 10:38 PM | Thursday, May 13, 2004

    Coretan ku Sepintas lalu..

    Mampukah diri kita bertepuk hanya dengan sebelah tangan, mampu lagikah kita memasang angan-angan. Secara logiknya jika hendak bertepuk kita harus mencari pasangannya. Tak kisah lah apa-apa pun, baru lah boleh mengeluarkan bunyi, barulah bertepuk namanya. Bertepuk di angin lalu..andai bunyi tepukan itu mampu membawa maksud pada hati yg merindu.

    Hari-hari cuti aku di dalam kedua-dua minggu yang lalu cukup bermakna segala jenis kegembiraan aku kecapi zahir mahupun batin. Setiap detik dan tika di penuhi dengan pelbagai aktiviti semuanya suka dan tiada ruang untuk duka mengambil peluang. Minggu sebelumnya aku bepeleseran dengan sahabat-sahabat geju meneroka Penang, tatkala Penang ketika itu di penuhi dengan lautan manusia dengan pelbagai perayaan. Seterusnya aku berpeleseran pula dengan beberapa kumpulan nasyid seperti kumpulan Firdaus, Saujana, D'harty dan beberapa kumpulan lagi yang aku dah lupa.

    Thanx aku ucapkan pada kumpulan Firdaus dan Saujana coz belanja makan mee udang kat Sungai Dua. Aku n MJ happy melepak seharian bersama kumpulan Firdaus melayan cerita dan rakaman konsert mereka yang lalu. Ku rasakan sehari dua berkenalan tapi kemesraan terjalin umpama bertahun lamanya. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih bebanyak pada semua ahli kumpulan Firdaus kerana sponsor makan malam dan atas kebaikan dan keramahan.

    Minggu lalu cuti-cuti aku di penuhi pulak dengan keasyikkan, kemesraan serta pengisian. Sudah lama aku tak kecapi saat indah sebegini dan sekian lama aku hanya sendirian kat Pulau Mutiara ini. Satu pengharapan yang baru namun aku tak pasti akan sinar pengharapan itu. Sudah banyak beberapa kali plan aku tak menjadi so kali ini aku bawa pula teman-teman baru ku melawat Butterfly Farm yang dahulunya RM5.00 sahaja dan kini dahpun jadi double. Sesudah itu we'll berpeleseran pulak sekitar Gurney Plaza menjamu mata yang tak jemu-jemu menjeling sekali sekala.

    Aku nengok cerita Van Helsing bersama temanku yang mana ceritanya begitu menarik minat aku untuk menontonnya buat kali ke dua. Di sini aku mengucapkan terima kasih bebanyak kepada akak ku yang memberi buah tangan dari kampung halamannya di mana aku amat menyukainya. Thanx.. thanx.. n thanx....

    Camner keropok yang aku goreng itu tetiba menjadi hitam dan asap berkepul-kepul memenuhi ruang dapur. Aku "fail" dalam hal memasak nihh hinggakan member serumah aku pun tak bagi aku sentuh dapur lagi dah. Keropok tuu memang menyelerakan bila orang lain yang memasaknya, tak macam sebelum ini, ahaks.





Purbe | 12:17 PM |

    Sajak ku

    Aku dan Hatiku...

    Sampan di beri dayung juga di sediakan
    Tika dan waktu hatiku terdetik cuba mengail di lautan
    Ku redah ombak kecil untuk memecahkan penantian
    Lalu aku mencuba nasib yang sudah lama tak bertuan.

    Di waktu perasaan ku asyik di buai ombak lautan
    Hati ku terbuka menampakkan sinar keceriaan
    Segalanyanya indah hingga aku lupa akan kesepian
    Justeru itu aku tanamkan hasrat dan impian.

    Tetiba muncul pula kabus-kabus putih menutupi segenap penglihatan
    Fikiran ku jadi bingung dan jiwa mula rasa tertekan
    Hati ku menjerit penuh dengan keresahan
    Agar diriku segera beroleh pedoman untuk ku teruskan perjalanan.

    Aku dayung dan terus mendayung mengikut petunjuk hati dan perasaan
    Tanpa ku sedar dayung ku hanyut dek kesungguhan
    Kini diri ku terkapai-kapai di tengah lautan
    Sampanku hanyut tanpa kawalan.

    Tiada lagi kelihatan camar yang berterbangan
    Jauh sekali bayangan daratan
    Diriku cuma ada satu pengharapan
    Agar bertemu kembali dayung yang kehilangan.

    Apa daya aku untuk menentukan haluan
    Hanya angin dan ombak yang menjadi pengharapan
    Memimpin sampan ku hingga ketemu daratan
    Pada tuhan sahaja aku menyerahkan segala penentuan.













Purbe | 9:28 AM | Thursday, May 06, 2004

    Mengemas..

    Sabtu 1 May 2004

    Seawal pagi aku tersedar dari mimpi-mimpi setelah telefon berdering-dering tanpa henti menanyakan itu ini, aku cuma menyambung kembali mimpi-mimpi aku namun tak menjadi coz kesemua pelakon-pelakon di dalam mimpi itu telah meninggalkan set penggambaran. Sebelum ini suasana di rumah aku tak terasa sebegitu sunyi begini. Selalunya pepagi ada aja bunyi radio mahupun peti tv. Namun suasana sunyi begini membuatkan aku terasa begitu asing sekali dan aku decide aku harus buat sesuatu untuk mengelakkan akan kebosanan aku melepak kat rumah di hari semua orang sudah berada di kampung halaman or tempat percutian.

    Sepantas kilat otak aku berputar dengan seligat-ligatnya mencari sesuatu benda yang harus aku lakukan sejak dari dahulu lagi. Blink... blink... tetiba idea datang dan sepantas penyu aku terus aja memulakannya, pilih benda-benda yang tak berguna tetapi aku sayang sebelum nihh dan buangkannya walaupun berat hati. Bilik aku sepatutnya sudah lama bersih dan menawan tetapi oleh kerana banyak benda-benda yang sepatutnya masuk kat dalam bakul sampah tapi masih ku simpan lagi. Coz tuu lah buatkan bilik aku kelihatan serabut (sebelum ini aja but now not anymore) ahaks. Setelah semuanya selesai di pilih, baru aku sedar banyaknya barang-barang yang aku tak perlukan. Penuh 5 - 6 plastic bag aku isi dengan barang-barang yang aku tak perlukan tu. Sapu sampah, mop lantai semuanya aku lakukan pabila tahap kerajinan aku berada di puncak.

    Sedar-sedar dah 4 jam lebih aku mengemas bilik aku dan sebahagian rumah aku tanpa henti-henti langsung hinggakan aku terlupa nak breakfast, mandi n lunch. Cita-cita aku pada hari itu belum tercapai untuk mengemas seisi rumah coz aku kehabisan tenaga untuk membasuh kedua-dua toilet dan dapur memasak kat rumah aku tuu. Aku keletihan tetapi tak pula kelaparan nasib baik jugalah makcik depan rumah hantar kuih so boleh lahhh juga aku mengisi perut sesudah membersih dan mewangikan diri aku ini. Aku puas 80% puas hati dengan apa yang aku lakukan sepanjang pagi Sabtu tuu dan aku tak mensia-siakan masa aku dengan nonton cerita cartoon aja.

    Pagi dah pun berlalu cuma petang aja belum habis lagi, sempat juga aku melayan peti TV dan channel berbayar dengan cerita-cerita yang tak menarik langsung. Dalam pukul 5 petang lebih aku gii jemput M.J kat stesen bas berdekatan dengan stesen ferry , keretapi, teksi dan kapal tuu.. fuhhh rupanya kat situ semuanya ada.. senang semuanya dalam satu kawasan, rasanya tak ada lagi di dalam Malaya nie ada tempat yang macam tuu. Dengan machonya M.J berjalan ke arah si meroon dan terus aja aku memecut separuh laju si meroon ke salah sebuah supermarket yang tak seberapa jauh dari rumah aku just nak nengok pameran baju pengantin pameran kamera digital aja, mana taw kot-kot aku terberkenan di poket kaa.

    Balik rumah melepak, merehatkan badan sambil menonton dan mengunyah, antara cerita yang di tayangkan di mini pawagam pada malam tuu " Daddy Day Care & School Rock" menarik juga kedua-dua cerita nie dan kemudian aku n M.J sambung borak sampai pukul 3.30 pagi rasanya dan minda aku sudah membawa aku ke arah mimpi-mimpi hinggakan mata aku sudah tak larat nak disengkang lagi so apa lagi ZZzzz..... ajer lahh.

    Besoknya aku....






Purbe | 5:02 PM | Wednesday, May 05, 2004

    Cerita-cerita Ku...

    Arrgghhhhhh.... badan aku terasa teramat letih macam nak baring dan lelapkan mata aja tetapi kotak memori aku pula penuh dengan pelbagai cerita yang sememangnya menghiburkan dan penuh dengan pengalaman baru. Aku perlukan rehat sebelum dapat meluahkan segala benda yang bergelegar di kepala aku yang mana ianya tak sabar-sabar untuk keluar dan menetap di blog aku ini. Kesimpulannya hari-hari cuti aku minggu ini penuh dengan segala aktiviti dan aku amat bersyukur kerana setiap masa aku digunakan dengan sepuas hatinya.

    Aku tak sabar nak bercerita tetapi kerja yang bertimbun pula mencemburui aku.... namun kan ku sambung cerita-cerita menarik aku nanti, menarik dan sememangnya best tak caya cuba tanya M.J.

    Antara cerita-cerita aku..
    1- Ceritaku bersama rumahku
    2- Ceritaku bersama sahabat-sahabat Geju
    3- Cerita Penang dah jadi serabut dengan pelbagai perayaan.
    4- Ceritaku bersama dengan Artis dan Ukhwah.com
    5- Dan lagi ceritaku bersama dengan Artis
    6- Telatah pagi aku bersama kaum kerabatku.
    7- Dan lagi dan lagi bersama dengan Artis yang tak ku jemu-jemu.


    Anda ingin tahu ceritanya so nantikan....





Purbe | 11:28 AM |