Monday, June 28, 2004
    Bukan ku Pinta.. tapi ikutkan hati

    Aku tak meminta tetapi aku memberi alasan tertentu untuk skip or dalam ertikata yang lain ambil cuti mengejut dari kerja ku hari ini. Kali ini aku terbabas dari plan asal datang ke KL cuma 2 hari sahaja n lepas aja kenduri aku plan akan kembali ke Pulau Mutiara namun plan aku menjadi sia-sia kerana banyak sangat aktiviti yang membuatkan aku lupakan akan kerja, dan aku lupa aku tak dapat gaji lagi.

    Buat pertama kali pada hari Sabtu lalu aku bersemuka face 2 face dengan EP. Memang best EP nihh terasa cepat jaa mesra (bodek coz EP dah belanja makan banyak kali sangat sampai aku pun naik segan) kalau tak percaya tanya lah yang lain-lain yang biasa bersemuka dengan EP, lagi pun EP orang senegeri dengan aku so boleh belasah cakap utara. Ada yang menganggap EP nie sebagai abang, bapa n atuk (najmi panggil macam tu), anyway aku salute orang yang macam nihhh, EP memang best. Tak sesekali akan ku lupakan akan jasa Kak Pnut & abg Tokey Pajak, aku rasakan dia orang nihh dahhh macam family sendiri laaa. Thanx a lot to Kak Pnut n abg Mior atas layanan mesra, makan minum, penginapan dan segalanya,

    Kalau ada AFUNDI untuk dia orang nie so dah lama dah aku VOTE, yang pastinya lebih dari 7 kali untuk K.Pnut, abg Mior n EP. MJ pulak aku akan vote sebagai sahabat yang still bujang terbest, sementara untuk yang dah kawen aku tuu aku tak pilih sesiapa lagi coz tak kesempatan aku untuk menilai lagi, hmmm... nanti lah aku fikirkan. So far Rudy still memegang Wedding of The Year untuk GEJU, tapi aku tak tahu lah kot-kot ada geng-geng GEJU yang nak buat kenduri lagi untuk tahun nie, maybe yang lebih hebat lagi who knows kan tetapi yang teramat pasti bukannya aku.

    Untuk pengetahuan semua pada tika dan waktu aku update blog nie aku still lagi dekat Shah Alam maybe untuk malam terakhir menjelajah kat sini untuk bulan nie. Bulan depan tak sure lagi nak datang ker tidak tapi insyaallah bulan August rasanya muncul kembali lah aku di kawasan tengah nihh. Semuanya tak pasti kekadang tuu time aku cakap tak nak datang tetiba ada pulak aku di sini, susah nak cakap coz kekadang tu tanpa perancangan pun boleh jadi.

    Lupa pulak nak cerita sepanjang hari sabtu lalu aku n MJ berkhursus tentang Akedemi Fantasia dengan K.Pnut kat rumah dia n buat pertama kali juga dalam seumur hidup, aku nengok konset mingguan AF yang mana sebelum nie aku tak kenal sesiapa pun bebudak AF musim kedua tu. Secara terus terang aku nak bagi taw rasanya antara semua tu aku minat nengok Linda coz suara dia power lahh n rupa dia rasanya macam sejuk jaa hati pabila memandang. AFUNDI for LINDA, hehehe, terpengaruh jugak aku dengan AF nihh walaupun baru sehari aku nengok n ambil tahu pasal rancangan nie serta pelajar terbarunya. Rasanya aku takkan jadi peminat FANATIK macam yang dah ada sekarang nie kot coz aku cuma nengok dan ambil tahu pabila ada masa terluang jaa. Anyway sekali lagi vote for Linda, hehehehee.








Purbe | 11:55 PM | Friday, June 25, 2004

    Hujan ohhh... hujan

    Suasana yang sunyi sepi terasa macam tak happy aja di pagi Jumaat nie, sahabat-sahabat kat YM pun sepi begitu juga dengan keadaan di office nihh. Semalam mungkin aku terkasar bahasa dengan seseorang so aku minta maaf, sebenarnya aku tak suka berada di dalam situasi tanda tanya, sakit jiwa jadinya. Aku bukannya sengaja nak menghanyatkan suasana tetapi aku terasa semakin hari makin tertanya-tanya dan berada di dalam keadaan BLUR.. diri aku terasa makin tertekan sementara minda aku pula asyik berputar ,bertanya itu ini dan ingin tahu siapakah hamba allah ini sebenarnya.

    Aku tak tersedar bila masanya titisan-titisan hujan membasahi bumi Pulau Mutiara ini, mungkin kerana aku terlalu asyik melayan mimpi-mimpi di penghujung malam hari. Alhamdulillah... itu lah yang aku dapat ucapkan di pagi hari ini takala melihat permandangan di sini yang sudah agak jelas sekali. Permandangan yang kabur pada hari-hari sebelumnya sudah lenyap maybe kerana air hujan yang meranapkannya. Kesegaran udara sesudah hujan juga dapat di rasai dengan nyamannya pada pagi ini, itu lah yang aku harapkan di pagi-pagi seterusnya.

    Kemungkinan lewat petang nanti aku akan bertolak ke Ibukota yang kadangkala buatkan aku jadi pening kepala dengan segalanya yang ada di sana. Selagi terdaya dan selagi termampu akan ku hadiri apa-apa jua aktiviti yang tak melanggar hukum hakam agama.





Purbe | 12:08 PM | Thursday, June 24, 2004

    Masalah Alam..

    Semalam setelah aku menyelak page by page sebuah akhbar kat opis aku nie, baru aku sedar rupa-rupanya services Ferry akan di kurangkan dan takkan ada lagi perkhidmatan Ferry selama 24 jam sehari. Pada aku, perkara nie biasa aja coz kalau menunggu ferry time tengah malam fuhhhh.. sampai hilang kesabaran aku untuk terus menunggu coz itulah aku prefer bridge tak payah nak menunggu-nunggu n boleh terus aja perjalanan.

    Sudah lama dahh ferry ke Pulau Mutiara nie memberi khidmat selama 24 jam dan pekerja PPSB (penang port sdn. bhd) juga dari golongan yang sama. Dari generasi datuk nenek hinggalah ke cucu cicit kesemuanya saudara mara aja yang kebanyakanya mendapat jawatan kat situ. Susah nak dapat kerja jika tak ada sedara mara bekerja kat situ kini. Kemungkinan ini sudah menjadi lumrah kot coz zaman sekarang nie segalanya perlukan cable dan kalau cable sebesar ferry itu sendiri lagi terjamin lah kot, ahaks. Aku bukannya nak mengata tetapi itu lah kebenarannya walaupun ianya tak bersangkut paut dengan aku, iyer lahhh keturunan lain pun nak bekerja kat port jugakkkkkk.

    Dunia kita ini makin hari semakin bermasalah, puncanya manusia itu sendiri tak pandai untuk menjaga apa yang di pinjamkan padanya. Musibah terbaru yang ketara ialah jerebu yang mana ianya membuatkan pemandangan di Pulau Mutiara nie terjejas dengan agak teruk jugalah. Pabila aku n si meroon berada kat atas Penang Bridge hari tuu.. jerebu nie menutupi habis segenap pemandangan di Pulau Mutiara dan yang ternampak cuma jerebu-jerebu kelabu, kalau sekali pandang orang akan kata kabus dan pabila berkali-kali pandang boleh sakit mata gitu. Dari situ aku nengok kebanyakan kenderaan di penuhi dengan habuk-habuk so sekarang nie kebanyakan kereta dah sama taraf dengan si meroon, opppss.. silap si meroon lagi bersih lahh. Bukan aku tak nak basuh tapi tengok lahh keadaan sekarang nie kejap aja semua benda di penuhi dengan debu-debu, terasa Tuhan sedang menunjukan tanda-tanda kebesaran dan kekuasanNya pada kita.

    Masalah bermusim sekarang nie kat Malaysia pulak pasal kes meRAGUT, makin kejam peragut era moden nihh hinggakan dia orang sanggup meragut nyawa sekali di samping beg tangan yang tak seberapa. Mungkin jawatan kosong sebagai PERAGUT nie dah makin popular dan di isi pula oleh mamat-mamat tak berhati perut yang kebanyakannya MALAS berusaha secara HALAL dan ada yang memang dah ketagih sesangat menatang KEJADAH tuuuu. Suntikan maut yang dia orang tagihkan dan maut pulak yang dia orang pertaruhkan, dunia give n take.

    Apa nak jadi pada dunia kini, bekalan masa depan pun entah ada entah tidak.



Purbe | 2:00 PM | Tuesday, June 22, 2004

    Not In Plan...Langkawi

    Lagu Somewhere I Belong berbunyi dari handphone aku dan secara kebetulan pula serentak dengan laungan azan dari surau berdekatan dengan rumah aku pada pagi Ahad itu. Aku tersedar dari mimpi-mimpi yang tak dapat di fahami dan sejurus itu aku terus aja ke bilik bersiram untuk membersihkan diri. Persiapan ala kadar sudah cukup untuk diri ku yang di dalam keadaan antara sihat dan tidak sihat.

    Setelah semuanya mengambil turn memasing membersih dan menyiapkan diri so bergeraklah we all ke rumah MJ seawal 6.30am. Aku tahu pada tika itu MJ terpaksa memaksa dirinya untuk membangunkan diri walaupun dia baru aja 2 jam melelapkan mata kerana demi pengharapan hidup yang begitu bermakna sekali bagi setiap individu yang mempunyai hati dan perasaan di dalam kehidupan ini.

    Kecerahan siang hari makin menunjukkan dirinya dan sang sinar matahari pun makin menonjolkan diri. Berkejar lah we all ke jetty Kuala Kedah untuk mendapat tiket seawal mungkin supaya sampai ke pulau Lagenda seawal mungkin.
    Tiket yang terawal pun cuma pada pukul 7.30 pagi untuk pelayaran pertama pagi itu ke Pulau Langkawi. Pada masa itu firasat aku menyatakan bahawa we all boleh sampai kat Pulau Lagenda tu sebelum pukul 9.00am tapi boat tuu pulak tersangat lahh lembab perjalanannya hinggakan boat yang bertolak pada pukul 8.00am boleh sampai terlebih dahulu. Iktibarnya "boat yang awal tak semestinya sampai dulu so pilih lah boat yang betul-betul laju", ahaks. Next time aku prefer boat dari company nie KPLFS walaupun lewat tetapi bolah sampai awal.

    Sepanjang perjalanan aku merehatkan minda aku dengan mimpi-mimpi dan pabila aku tersedar aku dah boleh nampak kepulauan dan yang paling jelas sekali Pulau Langkawi lah. Setibanya di Jetty we all menyewa kereta Iswara dengan kadar RM40.00 sehari (sampai pukul 7.00pm) dan seperti biasa aku jadi pemandu memerangkap pemandu pelancong. Setelah mengisi minyak sebanyak RM5.00 aku terus aja bawa dia orang ke Pantai Cenang untuk jalan-jalan dan juga breakfast. Kemudian we all masuk tengok-tengok barang-barang kat duty free bersebelahan Underwater World tetapi we all tak masuk pun kat dalam Underwater World tu coz nak jimatkan masa dan ongkos, hehehehe. Aida sebut nak beli coklat aja sejak dari tanah besar lagi.

    Destinasi seterusnya aku bawa pula dia orang nihh ke Burau Bay dimana we all singgah sekejap di sekitar tempat parking kapal-kapal layar yang menawan hati semua nihhh. Pemandangan kat situ memang cantik dengan tersusunnya banyak kapal-kapal layar dari pelbagai negara dan suasana yang cukup menarik sekali. So.. dalam masa yang sama juga we all tak melepas lahh peluang bergambar di tempat yang cukup menawan nihhh, agaknya kalau waktu petang or malam tempat nihh bertambah menawan lagi lahh. Di situ juga terdapat stesyen Petronas yang paling menawan sekali yang pernah aku jumpa so Aida pun tak melepas peluang membeli coklat yang di idam-idamkan olehnya dari awal-awal pagi lagi.

    Selepas aja sesi bergambar dan menikmati pemandangan kat situ selesai, we all mula bergerak pula ke destinasi yang boleh dikatakan wajib pada sesiapa yang bercadang untuk ke Langkawi. Cable Car itu lahh yang aku maksudkan memang best, suasana dan pemandangan kat situ berbeza sekali dengan cable car yang ada kat Genting tuuu. Kali ini we all kena bayar pula RM15.00 seorang untuk menaiki Cable Car nihh, suasana dan permandangan cukup indah sekali dan pabila cable car berhenti di perhentian yang pertama we all turun kat situ menikmati permandangan dan hembusan angin yang sejuk serta begitu nyaman sekali, rugi kalau tak turun kat hentian pertama nihh.

    Hentian kedua dan hentian terakhir ialah kat atas puncak Gunung Mat Cincang tuu, kat situ we all boleh nampak permandangan penuh Pulau Langkawi dan juga tanah Siam (selatan Thailand). Setelah berlegar kat situ seketika we all pun menaiki kembali cable car tuu untuk turun ke permukaan bumi yang mendatar. Aku cadangkan eloklah korang mencuba sendiri pengalaman ini yang mana aku merasa belum puas lagi menikmati pemandangan dan menaiki cable car nihhh. Nak naik lagiiiiii...... tak dapat di gambarkan dengan hanya kata-kata aja.

    Hajat untuk menaiki cable car dah pun tercapai so seterusnya we all singgah pula di set pengembaran filem "Ana and The King" dan bayaran masuk di kenakan sebanyak RM3.00 seorang. Agak menarik juga set pengembaran nihh yang kini menjadi salah satu tempat menarik bagi para pelancong ke Langkawi, setelah selesai melihat barang-barang yang di pamerkan we all berehat sebentar di anjung istana dalam set pengembaran nihh yang bersebelahan dengan laut. Deruman ombak laut yang memukul pantai membuatkan aku terlelap seketika semasa berbaring di kaki lima istana tuuu.

    Sejurus kemudian we all meneruskan perjalanan lagi ke dan kali ini aku mengerah kan sang Iswara putih ke Teluk Datai pula. Wahhhhhh... bestnya pabila berjumpa dengan air terjun yang begitu menarik sekali. Dedulu semasa aku datang ke Teluk Datai cuma time hujan aja baru aku boleh melihat air terjun Temurun tapi sekarang nie anytime aja ada. Tak payah hujan-hujan lagi dah coz sekarang dia orang dah buat satu kawasan untuk air terjun yang di hasilkan dengan teknologi. Memang best berjalan di sekitar gua buatan dan mendaki ke atas bukit buatan di samping kedengaran deruman air terjun di sana-sini, nyaman rasanya.

    Destinasi terakhir we all untuk trip kali ini ialah ke Black Sand Beach untuk berjumpa seorang blogger dari Langkawi di sampaing melihat Black Sand Beach nie dengan sendirinya (pada dia orang belum pernah sampai lahh). Setelah berjumpa, melepak dan berbual rasanya mudah mesra lah pula si Mizi (dulu menggunakan nama Pujangga)nihh walaupun baru 1st time berkenalan. Macam biasalah aku n MJ lebih ramah lagi coz bahasa we all dengan mizi nie sama, ahaks.

    Dalam perjalanan balik ke Jetty kereta Iswara yang tadinya di isi dengan cuma RM5.00 aja tu dah kehausan tenaga coz dengan minyak sebanyak RM5 tu manalah nak cukup untuk ke sana sini dan boleh dikatakan hampir sebuah pulau di kelilingi. At last aku dengan MJ terpaksa berjalan kaki sejauh 4km pergi dan balik ke stesyen minyak. Penat lahhh berjalan nihhh sambil bergilir-gilir aku dengan MJ mengusung bekas berisi minyak tuuhhhh. Selepas tu aku terus aja drive ke pekan Kuah nengok barang-barang untuk habiskan masa dan kemudian terus ke Jetty ambil tiket.

    Tiket ferry pada pukul 7.30pm so we all masih ada 1 jam lagi untuk berjalan-jalan sekitar Dataran Helang. Setelah bergambar dan melepak tibalah pula masa untuk masuk ke dalam ferry yang mana time nak bagi tiket tuu aku tersilap bagi tiket yang pagi tadi punya dan dia orang asyik bertanya ada tiket lain lagi tak? So dengan beria aku cakap takda cuma yang tuu aja(dalam fikiran aku ingatkan dia orang bagi tiket yang salah). Rupa-rupanya memang ada tiket yang lagi satu dalam poket seluar aku, hehhehee aku terpaksa menebalkan muka sekejap.

    Aku keletihan dan kelaparan setibanya di Tanah Besar so selepas aja mengambil tiket untuk Salji & Aida we all pun menjamu selera dengan western food yang tak seberapa kat area Sahab Perdana tuuhhh. Selepas hantar MJ balik rumah aku pun balik rumah dan terus aja melelapkan mata dengan penuh lenanya.





Purbe | 2:00 PM | Monday, June 21, 2004

    Satu Lagi Hujung Minggu...

    Krookk.. kroookk.. Hp aku berbunyi dan itu maknanya ada message yang masuk. Aku keletihan so aku lelapkan mata kejap lagi dan kemudian barulah aku membaca message kat Hp aku tuhh. Message kat skrin Hp aku tertulis sebegini "Kitorang dh smpi kedah" so aku pun bangun gosok gigi, sembahyang dan terus aja ke Sahab Perdana.

    Setibanya aku di Sahab Perdana aku tercari-cari kemana gerangan sepasang member Geju aku nihh dan pabila mundar mandir kesana-kesini, baru lah aku berjumpa dengan dia orang berdua so aku terus aja bawa dia orang balik ke rumah aku untuk berehat seketika dan mandi manda. Pabila semunya selesai aku bawa Salji & Aida nie gii breakfast dan kemudiannya terus ke rumah MJ.

    Rupa-rupanya MJ baru nak mandi time we all sampai kat rumah dia tuu, hehehehe sekarang salji n aida plak lak yang menunggu MJ. Setelah berborak dan meneguk secawan milo kat rumah MJ baru lah bermulanya aktiviti pada hari sabtu nihh.

    Mulanya we all ke rumah kelahiran Tun Mahathir Mohammad, MJ jadi pengatur rancangan, aku memerangkap pemandu sementara Salji & Aida pelancong yang harus di layan, ahaks. Dari tempat tidur, ceruk dapur, hinggalah ke salasilah keluarga Tun M dan ada macam-macam lagi lahh yang di pamerkan. Kalau nak tahu lebih-lebih so gii lahh melawat sendiri.

    12.30pm aku dah berjanji untuk berjumpa dengan seorang kawan baik aku nie dekat KFC Jalan Stadium untuk membincangkan sesuatu yang mungkin menjadi rezeki aku kalau segalanya berjalan dengan lancar lahh. Semuanya makan isi ayam, kepak ayam, dada ayam dan aku cuma makan roti dengan kentang aja coz kesihatan aku betul-betul kurang mengizinkan untuk aku menjamah menu utama kat KFC nihh.

    Aku blur dan terus blur.... tak tahu nak bawa kemana dia orang pergi lagi selepas aja menjamu selera so aku kerah aja kereta aku ke arah utara. Pabila sampai di suatu destinasi tuu semua orang macam malas aja n nak melayan tidur so aku kerah lagi si meroon ke Bukit Kayu Hitam dan pabila sampai kat sana, aku bertanya lagi diaorang nak turun tengok barang-barang tak so dia orang cakap tak nak. Penat jugak aku mengerah si meroon jauh-jauh dan akhirnya aku bawa dia orang melepak kat sebelah tasik dekat dengan Jitra. Mata aku pun nak tertutup jugak masa drive tuuu, mau tidaknya semua orang asyik melayan mimpi aja sedangkan aku berseorangan drive dengan tanpa tujuan jadi mata dan minda aku pun perlukan rest jugak.

    Pada sebelah malamnya aku n MJ bawa pula Salji & aida gii makan Nasi Lemak Royale (nasi Kandar) yang agak top juga lah kat area Alor Setar nihh. Kerana semuanya berada di dalam keletihan so lepas aja dinner aku hantar MJ balik rumah dia n we all balik kerumah aku coz besok pagi we all kena bangun seawal pagi untuk ke destinasi yang BEST.

    Besoknya setelah azan subuh......






Purbe | 3:13 PM | Thursday, June 17, 2004

    Sambungannya..

    Selepas aja aku n Mj manjarakan diri dari tempat kenduri tuu, we all tak ada idea nak kemana-mana so berpusing-pusing lah sekejap dan pabila perut terasa boleh di isi sedikit lagi so singgah n melepak kat Aina Bistro. Lepak lahh punya lepak so Own call aku, dalam kebosanan melepak 2 orang jaa tuu aku pun pujuklah Own datang melepak sekali dengan we all.

    Tunggu... dan terus menunggu sampai habis berita jam 8 kat tv3 tetapi tak nampak jugak bayangan si Own nihh. Aku n Mj sambung lagi menonton Majalah 3 pulak bila dah sekerat jalan majalah 3 tuu baru lah dengan tersengeh-sengah aku nampak muka Own di temani oleh kak angkat dia kat dalam kancil putih tuu.

    Aku dah bosan melepak sejam lebih kat Aiena Bistro tuu so aku bawa lah kesemuanya ke Restoran Lambaian lebih kurang 5-10 minit dari Aiena tuu.
    Tak ku sangka perbualan boleh jadi rancak pulak dengan kakak angkat Own tuu kerana ada aja topik yang di buka, antaranya mengenai filem laa, drama laaa dan macam-macam lagi. Suasana sekeliling di riuhkan dengan cerita-cerita dan gelak tawa we all aja, tapi order makanan tak banyak mana pun.

    Memang best pabila berborak dengan orang yang memang penuh dengan idea perbualan nihh. Walaupun rancak berborak tetapi sampai we all balik kerumah pun aku n mj tak pasti apa nama K.angkat Own tu hhehehe... coz terlalu asyik berbual. Coz tuu lah terkeluar idea untuk buat Gathering geng utara kat Gunung Jerai, tetapi tak confirm lagi jadi ker tidak coz kena nengok respon peserta lahh jugak.





Purbe | 5:49 PM | Wednesday, June 16, 2004

    Cerita Pasal Kenduri.

    Di sini aku nak bercerita serba sedikit pasal majlis kenduri kawen yang berlangsung kat rumah Artan kat kampung aku gakk lah tuu. Daging di bawa dari KL coz di sponsor oleh bapa sedara dia sebanyak 200kg(jimat dah nihh). Aku sepanjang hari dengan baju melayu aja n kali ini aku dipaksa jugak-jugak jadi pengapit walaupun aku tak nak dah, lepas tu aku jadi cemeraman, aku jadi model pendengar dan penyambut tetamu padan kawan-kawan Artan(memerangkap kawan2 aku juga). Fuhhh.. banyaknya tugas aku disamping tuu sedara mara sebelah emak mentua si Artan nie pulak tanya aku macam-macam soalan peribadi sampai ada yang aku cuma mampu tersenyum aja, hehhehe.

    Khemah ada 5 semuanya satu untuk hidangan utama, khemah yang kedua pula untuk kawasan makan-makan bagi lelaki, ketiga n keempat untuk kaum perempuan dan last sekali khemah yang ke lima untuk kaum perempuan meyusun hidangan sebelum di bawa ke khemah perempuan. Kat kampung aku nihh kaum perempaun dan lelaki makan berasingan tak campur-campur melainkan datang satu family. Habis tu semua kerja di lakukan dengan bergotong royong termasuk basuh membasuh pinggan mangkuk dan semuanya lah yang boleh dilakukan. Part pengantin lelaki n pompuan tu dia orang lakukan sendiri lahh,hehehhe.

    Kenduri kat kampung nie tak ada limit masa nak datang waktu mana pun boleh walaupun kat kad jemputan ada tertulis dari pukul 11.00am to 6.00pm. Member-member aku ada yang datang dekat-dekat pukul 7.00 malam so di layan sama gakk, lauk pauk n bunga telor still ada lagi. Rezeki selalu ada lahh so kalau datang kenduri kat kampung aku nihh, datang lah time mana-mana pun anda akan di layan dengan penuh mesra.(promo kampung aku skit).

    Menu untuk hidangan pada hari kenduri tuu untuk tetamu yang menghadirkan diri ada daging masak kurma, ada kari daging, acar timun n ada acar buah-buah. Menu lauk pauk untuk kenduri kat rumah Artan nie consider biasa ajer lahh tak macam best-best tu ada 5 hingga 6 jenis hidangan.

    Menu untuk meja pengantin ada udang besar-besar, ikan, daging, buah tembikai sebagai pencuci mulut yang di ukir cantik-cantik tu, yang tuu aja aku ingat coz kali nie aku tak makan bersama dengan pengantin, sedih kan.

    Rasanya dalam pukul 4 aku gii ambil MJ untuk datang ke kenduri rumah Artan n then melepak sampai pukul 7 lebih rasanya dan kemudian setelah balik rumah mandi, tukar baju dan buat apa yang patut so aku pun tinggalkan lah majlis kat rumah Artan tue.

    Besok pulak sambung pasal kegiatan aku selepas majlis kenduri tuu dengan MJ.





Purbe | 1:21 PM |

    Kenapa Aku Demam..

    Rasanya dah setahun lebih dah aku tak pernah rasa betul-betul demam macam nihh, maybe demam nihh nak uji antibodi dalam badan aku nihh coz tuu lah walaupun dah banyak hari tapi tak lega-lega lagi nihh.

    Kata orang maybe aku terlalu banyak sangat berjalan n beraktiviti coz tuu lah badan aku dah tak tertahan semuanya. Aku akui aku memang tak pernah rest dalam masa sebulan dua nie. Ada-ada aja yang perlu aku buat dan kebelakangan nie pulak aku sibuk dengan majlis perkahwinan housemate aku. Fuhhhh... syukran segalanya dah selesai tapi yang sedih plak demam aku tak reti-reti nak lega lagi.





Purbe | 9:58 AM | Tuesday, June 15, 2004

    Demam Tak Mengenal Sesiapa..

    Dah 3 hari aku demam dan terperap kat dalam rumah bertemankan selimut, tetapi hari ini aku gagahkan diri ku datang juga jenguk kat opis nihh dan gii jumpa customer yang buat appointment dengan aku pada hari Isnin lalu.

    Aku terpaksa berkorban sedikit coz tak nak customer aku terus menunggu dan di kala aku menaip posting ini pun tangan aku menggigil-gigil aku terasa macam nak demam kembali dan badan-badan aku makin lenguh.

    Ok lahhh aku dah tak tahan dok dalam aircond nihhh, terasa macam meloya aja nak muntah dan kepala aku pun makin stone-stone dahhh.....





Purbe | 6:25 PM | Thursday, June 10, 2004

    Menatang Apa Nihh...


    Dedulu masa aku kecik-kecik bebudak semua panggil menatang(serangga) nie LEMBU so sampai sekarang aku pun tak taw nama apa menatang nie so aku pun panggil menatang nie lembu jugalah.

    Pada masa aku kecik-kecik time tuu aku selalu jumpa menatang lembu nie dekat buah-buah kekabu yang dah pecah coz terover tua. Menatang lembu nie suka melepak kat isi kekapu yang putih dan soft tuu sebelum atuk aku asingkan isi n biji kekabu untuk dijadikan bantal. Fuhhh.. sampai laa nie aku still prefer bantal kekabu disamping bantal bulu angsa kesayangan aku tuuhhh, coz tuu lah kekadang aku terlebih tidur, hehehehe, hari minggu aja bukannya hari bekerja or seangkatan dengannya.

    Bila aku terpandang menatang yang bergelar lembu nie aku berfikir kenapa menatang nie melepak sekor-sekor aja kat atas daun tu dan tak berkumpulan seperti lazimnya. Aku muskil kat menatang lembu nihh so aku buat andaian aku lahh. Kemungkinan menatang lembu nie pun ada perasaan so dia melepak sekor-sekor kat situ untuk menenangkan fikiran dia kusut itu di samping memikirkan kembali hala tujuan hidupnya. Rasanya agak lama juga aku memerhati menatang lembu nie dan ia tak bergerak-gerak langsung. Di dalam pemikiran aku yang sebelah lagi berkata agak manarik jika di ambil menatang nie jadi model dalam cerita aku so apa lagi aku pun snap lahh gambar menatang lembu nihhh.

    Itulah kehidupan kadangkala kita perlukan ketenteraman untuk memikir dan mengatur kembali kehidupan diri kita. Kini musim kenduri kendara(musim kawen) dah berada di penghujungnya so nak kena tunggu cuti sekolah sekali lagi baru lahh akan ada banyak undangan-undangan perkahwinan. Minggu ini teman, sahabat memerangkap housemate aku si Artan akan kenduri pula di kampungnya. Aku teringat dengan janji-janji aku padanya membantu sedaya upaya yang mungkin dalam segala hal.

    Minggu ini aku sekali lagi akan balik ke kampung dengan membawa pulang bersama dengan aku dua pasang baju pengantin warna biru muda. Bergaya sakan dia orang nanti dengan penuh kegembiraan dan seribu kenangan. Sementara aku pula hanya jadi perantara di antara baju pengantin dan pemakai memerangkap Raja Sehari untuk hari sabtu nanti. Apakan daya aku hanya Prince of Candle....

    Aku tertanya-tanya pada diri ku adakah aku akan ada saat-saat.......





Purbe | 7:44 PM | Wednesday, June 09, 2004

    Kahwin.. Kawen.. Bernikah.. HAPPY.

    Bumi Malaysia dahulunya Malaya di sini lah aku di lahirkan dan dibumi Malaya ini jugalah aku mula mengenali dunia. Tanahair aku ini ada pelbagai kaum begitu juga dengan musim yang saling bertukar ganti. Antaranya ada musim hujan, ada musim buah. Tetapi ada jugak orang yang tak suka buah-buah yang bermusim nihh, kata orang durian tuu raja segala buah. Kalau jadi raja tentunyalah semua orang menyukai tambah pula raja yang best, tetapi ada orang tak suka langsung durian, adakah mungkin kerana baunya yang kuat tuu?? Bila dah rasa isinya hmmmm.. kesedapannya sehingga nak n nak lagi. Ada satu lagi musim yang tak pernah surut yang mana ia menyibukan kita semua iaitu musim cuti sekolah, musim nie semua orang sibuk nak berjalan-jalan makan angin, menghadirkan diri ke kenduri kendara dan buat kenduri pada sesiapa yang dah sampai serunya.

    Musim citi sekolah nie bersamaan juga dengan musim kenduri kendara, pasangan yang dahulunya tiada ikatan kini dah menjadi hak mutlak pasangan masing-masing.
    Maka bermulalah era baru di dalam kehidupan dan saling kongsi mengongsi apa-apa jua yang boleh di kongsi so paham-paham ajerlah sapa yang dah kawen tuu.
    Kalau pasal pengalaman berkahwin nie aku belum tempuhinya lagi tapi kalau bab jadi pengapit pengantin tuu aku dah terover sangat dahhh. Kalau nak dikirakan seri jadi pengapit tuu rasanya aku dah terlebih ambil seri dari pengantin itu sendiri, mana taknya dah berbelas orang aku aja yang kena jadi pengapit.

    Nak di jadikan cerita pada Sabtu lalu aku dah jumpa jalan balik ke kampung, ahaks, kebetulan pada hari tu aku n Artan melencong ke Pekan Rabu sebelum balik ke rumah coz ada hal-hal peribadi yang happy. Aku berborak, melepak dan menjamu selera kat gerai No.12, Mee Bandung kat situ sedap rupanya or aku yang kebuluran tak makan seharian sehinggalah jumpa kedai tuuu. Setelah melepak dan memerhati baru lahh aku sedar rupa-rupanya orang Bandaraya Alor Setar banyak yang COMEY LOTE, aku aja yang tak perasan sebelum nihh.

    Anyway hari Sabtu dah berlalu dan timbul pulak hari Ahad yang memberi seribu erti pada sedara bau-bau bacang aku nihh. Dedulu aku nengok dia masih kecik tetapi sekarang nie dia dah berjaya dalam pelajaran dan kini tibalah pula masanya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku kagum dengan pencapaiannya yang bermula dari stesyen bas ekspress dari Alor Setar (time tuu bukan Bandaraya lagi) ke Kuala Lumpur. Dahulu dia pun pernah juga kecewa kerana kekasihnya dikebas rakan sekuliah, semua itu cerita lama so kini dia dah mendapat jodohnya dan impiannya termakbul jua.

    Aku bila lagi..??? Itu lahh soalan yang selalu di tanya oleh emak sahabat-sahabat aku. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata "Tak Taw".

    Kenduri kat kampung aku nie macam gotong royong jugalah saling bantu membantu pada sesiapa yang baik hati n rajin. Kiranya aku nie spesis rajin jugalah coz ada kat sana sampai 3 petang, keja tuu kira macam anarki jugalah takda pemimpin dan penuh dengan kebebasan so aku bantu buat kerja mengikut kata hati aku lah. Kerja yang paling aku suka dan member-member aku suka memerhati orang yang datang so paham-paham ajer lahhh kann.

    Petang tuu suasana redup-redup jaa.. aku dan lain-lain kawan aku gii melepak kat rumah Pak Tam (rumah member aku yang jadi tempat melepak sejak zaman berzaman). Kata orang rezeki jangan di tolak so aku pun tak menolak lah pabila di di hidangkan dengan beberapa biji durian yang dia orang bawa balik daripada dusun. Tanpa membuang masa so aku n da'geng apa lagi dengan pantasnya mengoyak dan membaham isi-isi durian tuu dengan top speed lah, ahaks. Sedap lahhh durian yang masih fresh nihh.. dan rasanya yang berlemak tuu membuatkan rasa tak puas sehingga menjilat jari jemari, hehehehe.. Hari ini kat area rumah aku ada pasar malam so sure lahh banyak buah durian di jual kat situ, nak beli ke tak nak beli, nak beli ker tak nak beli........

    Cerita pasal buah durian nie so teringatlah pula aku pada dusun durian kepunyaan family aku yang dah lama aku tak menjenguk. Entah ada buah ker tidak or dah habis kesemuanya aku tak tahu lah. Dedulu masa ada arwah abah aku kerap juga we all pergi sana menjenguk dan menjaga pokok-pokok semua tu tetapi selepas abah aku tiada, jarang n tersangat jarang jugak lah sedara mara aku pergi sana. Macam lagu XPDC "Semangat Yang Hilang" begitulah keadaan dusun tuu sekarang nie.

    Sambung balik cerita aku melepak tadi so agak lama juga aku melepak kat situ sambil berborak dengan kawan-kawan n bapa member aku yang sporting abis nihh. Maka terkeluarlah cerita pasal ayam kampung yang mana dia orang nie sanggup membeli bapak dan ibu-ibu ayam dari baka-baka yang baik dan mahal untuk di bela kat reban ayam di rumah masing-masing. So.. aku cuma jadi pendengar ajer, macam-macam cerita ayam yang dia orang borakkan. Itu ini beli kat situ, beli kat sini. Al maklumlah dia orang dah berfamili so banyaklah aktiviti kekampungan yang dia orang dapat lakukan dengan bebas sekali.

    Antara cerita lain yang di bualkan selain ayam adalah mengenai sawah padi yang mana anak-anak padi semakin membesar dan kelihatan kehijauan memenuhi segenap permandangan yang berbatu-batu jauhnya. Mengikut kata Pak Tam rasanya dalam bulan August nanti boleh lah para petani mendapat hasil dari titik peluh dia orang. So time tu akan bergaya sakan lahh para petani time tuuu.hehehehe. Aku anak pesawah so family aku ada lah juga sawah padi tapi tak lahh banyak mana sangat kalau nak simpan buat makan tuu rasanya bertahun-tahun jugalah tak abis di makan beras-beras tuu. Jadi.. jalan terbaik jual ajerlahh kesemua hasil-hasil tuu, boleh juga membantu pendapatan emak aku.

    Senja dah berlalu so sang malam pun menjelma, pada tika itu sesudah aja solat Isyak, aku n da'geng ke rumah member yang aku sorang nihh gii ambil hadiah yang dia belikan dari Sarawak sebelum dia balik bercuti kat Semenanjung ari tuu. Lepas aja ambil hadiah tuu, aku n da'geng melencong lahhh pula dengan aktiviti malam-malam cari makan dan destinasinya kat Nasi Lemak Royale kat area-area hijau kuning tuu. Member-member aku kata kat situ makanan dia memang sedap coz tu laa dia orang tambah sampai dua kali, hehhehee.

    Besok paginya aku dengan bergayanya balik ke Pulau Mutiara untuk kembali bekerja dan mencari rezeki sekupang dua. Perjalanan aku smooth aja selepas breakfast dengan Artan kat jalan Teluk Kumbar.







Purbe | 3:07 PM | Wednesday, June 02, 2004

    Keletihan, Kepenatan & Kenangan..

    Lega rasanya pabila aku buka mata suasana sekeliling aku sudah berlainan, tak lagi kelihatan syiling kayu dan kegelapan di waktu malam di sepanjang highway.
    Kini siren dari kereta polis, ambulan dan bomba kembali kedengaran di telinga aku sepertimana selalunya. Pagi ini aku terbabas untuk menunaikan perintahNya, aku keletihan tahap maximum dan MJ pula time aku keluar rumah pukul 10.30 pagi tadi dia masih lagi terbaring dengan nyenyaknya tanpa sempat nak tanggalkan stokin, jaket dan semuanya sepertimana disiang hari cuma kasut aja yang di tanggalkan.

    Sepanjang travel dan percutian aku n MJ, masa untuk beristirehat cukup singkat coz boleh dikatakan everynight we'll tidur dalam pukul 3 or 4 pagi dan paling awal pun dalam pukul 2 lebih. Ada sekali tuu kereta aku pun buat perangai mungkin kerana terlalu letih travel ke sana sini tanpa henti, tetapi alhamdulillah tak ada big problem sangat.

    Fuhhh.. semuanya di awal pagi di kala semuanya sedang nyenyak tidur aku tiba di perkarangan rumah aku tepat-tepat jam 3.00 pagi nie. Aku nengok MJ lentok aja tidur kat seat sebelah, setelah buka pintu rumah dan sediakan tempat untuk beradu barulah aku bangunkan MJ. Tak banyak soal dia menyambung kembali mimpi-mimpinya di dalam bilik aku, keletihan tahap maximum rasanya tuu.

    Pagi ini aku tolong housemate aku hantar baju pengantin yang disewa sebelum aku datang ke office. Menawan betul baju-baju yang tergantung kat kedai tuu.. kepala aku pun start berangan baju mana yang aku nak pilih nanti. Hehehee... nanti.. nanti.. bila yerr nanti-nanti tuu, nie yang buatkan aku berfikir tak habis-habis nihh. Ada ker tak ada saat-saat itu di dalam hidup ku nanti or aku sekadar berimaginasi aja saat-saat indah yang macam tu. Aaarggghhhhhh.... aku tak nak fikirkan, makin difikir makin membebankan kepala aku ini, biarlah Dia yang menentukan segalanya, aku cuma hambaNya.

    Semalam aku cuma menjamah burger kat Nando's (burger pedas) kat Sunway Piramid, pagi ini pula aku cuma meneguk mineral water. Belum sempat ku membasahi tekak dengan selesanya, air tuu kehabisan lahh pulak. Aku kelaparan tapi aku terus menahan lapar dan dahaga aku sehingga aku keluar dari opis nie japp lagi, terasa macam aku berpuasa lahh pulak. Aku nak balik rumah awal hari nie jika semua kerja-kerja aku dah siap. Aku rindu melepak di dalam rumah aku sambil nengok tv n berangan, ahaks.






Purbe | 12:41 PM |